Sehari di Cameron Highlands.

9:49:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Sempena birthday Sally yang lepas, sempat jugak la buat short birthday gateway..tak jauh pun...ke Cameron Highlands je...kat CH pun bukannya ada benda sangat yang boleh buat kan? Sally saja je jalan-jalan...buat hilang lelah bekerja...nak travel jauh-jauh poket tgh kering ni..hahahaha...

Thanks kat abang dengan kakak ipar Sally sebab culik Sally bawak jalan-jalan...sambil-sambil tu Sally boleh la bawak ibu shopping sayur dengan teh dekat sana...hihi..Sebenarnya dah lama dah Sally tak berjalan dalam negara...manjang fikir nak travel ke negara mana je...negara sendiri yang cantik tak nampak pulak kan keistimewaan dia..



Macam biasa laa..yang special kat Cameron Highland ni mestilah stoberi, sayur-sayuran, kaktus, jagung, ubi keledek, ubi kayu...Banyak jugak buah-buahan tempatan...tapi takde la semuanya Sally angkut balik balik KL kan...daripada beli jauh-jauh...baik beli je kat pasar...walaupun mahal sikit tapi ok la jugak daripada nak mengangkut!


Well, ibu dan pokok bunga mmg macam kawan baik...pulak dia nampak bunga orkid..lagi la tak nak balik...Berapa lama baru dapat tarik dia keluar daripada kedai bunga tuu..hahahaha...kesian jugak...Dia nak beli tapi Sally tak bg...Kenapa? Kalau korang datang rumah Sally...korang tau la betapa banyaknya pokok yang ada...hilang rumah tau! hahahaha



Sebelum balik, sempat borong buah Tampoi Madu...Kalau korang jarang balik kampun, mmg takkan kenal buah ni...rasa dia hampir sama macam buah rambai...isi dia macam buah manggis macam tu laa...kulit je tebal tapi isi dia alahai...sendu!


Sebelum balik, singgah Lata Iskandar untuk ambik gambar..hihi...lama gila dah kot tak sampai sini...Last datang rasanya masa arwah papa masih ada...ni dah 9 tahun dia tak ada...fuhh! Lama betul...masih cantik lagi si Lata Iskandar ni...

Overall, that's how my "Sehari di Cameron Highlands"...Oh! lupaaa...ada singgah minum teh sambil tengok ladang teh...tapi takde gambar sebab hujan lebat!

You Might Also Like

7 comments:

  1. Sukanyaaa bunga2 cantek tuuu. :)

    ReplyDelete
  2. Geram tengok buah stobery tu..mesti ibu sally sedih tak dapat beli pokok orkid...sabar ya aunty :)

    ReplyDelete
  3. Nak juga pergi cameron ni..hihi...

    ReplyDelete
  4. lama dah tak kesana. teringin nak pegi lagi. nak stoooobeerrriii

    ReplyDelete
  5. waa..minat sungguh ibu kat sally ngan bunga aeek..hehee..miza pun dulu baru g cameron balik hari jugak,balik hari pun macam-macam jugak boleh buat kann..^_^.
    btw kak sally miza nak ajak join giveaway miza..hihii
    http://dorayakino.blogspot.my/2016/11/giveaway-miniature-photography-by-waza.html

    ReplyDelete
  6. Kenangan terindah kat CH..
    Dah 4 tahun tinggalkan CH..

    Best tak guna laluan Lata Iskandar???
    pengalaman AM pernah juga muntah jika guna laluan ini selepas makan..Hahahaha

    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!