Produk Penjagaan Peribadi Enchanteur Paris.


Kita mmg dah tau yang ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, yang berinspirasikan daripada keunggulan haruman Perancis. Sekarang ni dah ada rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS untuk memberikan kita kesegaran secara menyeluruh.

Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri.



Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapati dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat-saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan ni paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Variasinya terdiri daripada Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar.. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


ENCHANTEUR PARIS Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).


Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Post a Comment

7 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!