Explore sekitar Kuala Lumpur dengan Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana!



NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! | Siapa dah cuba minum NESCAFÉ® Tarik yang baru tu...? Haa..kalau belum, korang mmg kena cuba tau sebabnya NESCAFÉ® Tarik tu hanya ada di Malaysia sahaja...Kalau sebelum ni, nak dapatkan NESCAFÉ® Tarik je kita kena ke kedai mamak, tapi sekarang jangan risau...sambil mendaki, sambil berjalan, sambil pergi kelas tak pun sambil tunggu masa nak tidur pun boleh je minum NESCAFÉ® Tarik!

Minggu lepas Sally dapat jemputan untuk sama-sama dengan rakan blogger yang lain, bermain dalam cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! yang diadakan disekitar Kuala Lumpur, secara spesifiknya di kawasan Pasar Seni dan Masjid Jamek. Fuh! Dah lama tau sebenarnya Sally tak join cabaran macam ni...almaklum laa..nak bawak diri pun malas lagi nak berlari bagai..hahaha..tapi demi sokongan terhadap kopi (LOL), Sally join jugak...


Sebelum mulakan cabaran, dengar dulu ucapan pembukaan daripada Vanessa Lim, Senior Brand Manager of NESCAFÉ® RTD yang memperkenalkan keunikkan NESCAFÉ® Tarik dan selepas tu kami diberikan penerangan tentang cabaran ni...

Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! sebenarnya diadakan sebagai salah satu inisiatif daripada pihak NESCAFÉ® bagi memperkenalkan produk terbaru mereka kepada rakyat Malaysia...Lagipun, NESCAFÉ® Tarik ni hanya terdapat di Malaysia tau..khas utk rakyat Malaysia!

#TASK 1 : Mannequin Challenge (LRT Masjid Jamek)

Daripada Central Market berlari ke LRT Masjid Jamek..hahaha...yelaa...Sally tipu...Sally jalan dengan kelajuan paling maksima..hahahaha...Sampai je sana kena buat Mannequin Challenge...Kat sini takde gambar la sebab puas berlari (read as berjalan laju)..hahahha...

#TASK 2 : Share your love with people (UTC Puduraya)

Task kat sini mmg Sally dah boleh agak..hahaha...Kita nak kena kongsikan NESCAFÉ® Tarik yang terbaru dengan orang ramai yang ada disekitar sana...bukannya senang sebab nak kena mintak jasa baik dorang untuk upload kat Instagram dan gunakan hashtag #TarikManaMana sebagai sokongan dan bukti yang kami dah siapkan task...Syok bila dapat kongsikan kegembiraan dengan orang lain! :)


#TASK 3 : LION DANCE (PETALING STREET)

Ini yang paling rare dan paling malu gila weh nak buat...bayangkan berapa ramai orang kat situ...berapa ramai pulak foreigners yang pegang kamera merakam aksi kami yang mangarut tu...hahahaha...kalau ingat balik mmg kelakar tapi malu tu tetap ada!!


#TASK 4 : Tarik like a KING (Kasturi Lane)

Hahahaha...jangan risau...kat sini tak payah nak buat NESCAFÉ® Tarik pun...kan dah ada dalam tin buat apa susah-susah nak tarik...tapi kat sini kami kena pose macam mana maskot Uncle dalam poster tgh tarik...hahahaha..tak nak letak gambar! Maluuuuu~ hahahaha

#TASK 5 : Theme Photo

Ini yang paling senang la pada Sally tapi nak mencari idea supaya menjadi yang paling unik dan kreatif tu la paling susah...Nak buat macam mana...dah berlari tengahari buta mmg kepala jadi blur..hahahaha...So, ini antara shot yg terbaik la yg sempat buat..kekeke


Kami diberikan 5 props yang boleh digunakan.


#FINISH LINE : Merchant's Lane @ Petaling Street


Kami kumpulan yang keempat yang sampai...hahaha...lambat...ambil masa 57 minit untuk selesaikan semua tugasan yang mana agak hebat la pada Sally...Sedih jugak sebab tak menang...Yela..puas berlari anak sekitar ni...penat weh! Hahahaha...overall, masih jugak berpuas hati sebab bangga dapat siapkan semua task yang diberikan...


Thank you kat teamates yang maha sabar dengan Sally; Pojie (www.duniapatik.com), Kak Eyza Miel (www.eyzamiel.com) dan Reef (www.thisisreef.com)...Kalau takde dorang, rasanya takkan ada la semangat nak teruskan perjuangan...weh! Ayat bahasa baku! hahahahaha...


Antara blogger yang turut hadir...Tahniah kepada kumpulan Kuning, Biru dan Hitam sebab berjaya...dan thank you so much kepada pihak NESCAFÉ® sebab adakan cabaran macam ni dan peluang untuk kami sama-sama sebagai wakil untuk mempromosikan produk terbaru mereka...

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.nescafe.com.my atau Facebook page mereka www.facebook.com/Nescafe.MY

#NescafeTarik #TarikManaMana

Post a Comment

6 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!