Bila hati dah tawar, buat apa pun serba tak kena.

4:44:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Bila hati dah tawar, buat apa pun serba tak kena.

Betul kan?

Benda ni apa yang Sally rasa sekarang...Sally dah tawar hati nak bekerja sekarang...entah kenapa, tapi macam dah takde hati nak bekerja...orang kata mungkin sebab mood bercuti masih lagi ada...pasal tu la kita jadi lemau, tapi Sally rasa takde kaitan langsung...nak kata tak boleh move on daripada percutian...tak jugak...

Sally rasa...sebab Sally dah terlalu lama kerja kat tempat yang sama...diam tak diam dah 6 tahun Sally kerja kat sini...walaupun gaji tidak lah boleh dibanggakan, tapi Sally suka suasana kerja kat sini...dekat pun dekat dengan rumah...

Tapi kebelakangan ni...Sally punya hati dah takde kat sini...I keep searching, googling for a new job opportunities, I need new environment, new people or maybe I just need a rest...hmmm...susah kadang nak faham dengan hati...nak Istikharah pun tak boleh sebab hati mmg dah kuat nak berhenti kerja...hmmm...

Ada sesape pernah rasa macam Sally?

Jeju-do; October 2016

You Might Also Like

9 comments:

  1. saya! hmm. tapi saya lagi lama. dah nak masuk 11 tahun. lama dah fikir nak cari kerja lain. tapi sekarang dah ada target baru. nak jadi blogger sepenuh masa dengan income dari internet. insyaAllah, tercapai setahun dua ni. amin.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. husna pernah rasa.. masa tu husna as kerani kat satu ofis nih sbelum masuk degree.. husna dh niat masa masuk keja situ mmg nak keja lama, jd sentiasa berdoa agar semuanya baik² ajaa.. lama kelamaan jd tak berapa seronok.. gaji tak setimpal dgn workload.. environment bias yg penuh dgn bukan org mlayu kita, malas nak mention.. saat tu mmg dah tawar hati sgt.. pastu husna apply degree, usaha mohon sampai naik shah alam.. alhamdulillah dapat.. terus blah tanpa pikir panjang..

    ReplyDelete
  3. siqah pernah ada perasaan camni jugak. tapi masih bertahan sampai sekarang. samalah macam sally, dah 6 tahun bekerja di tempat yang sama.

    Ada juga niat nak meninggalkan company nie, tapi siqah sayang team dan mungkin jugak sebab siqah tak bersedia lagi nak berubah.

    harap sally dapat apa yang sally hajati nanti.. semoga dipermudahkan urusan buat sally :)

    ReplyDelete
  4. Bila dah tawar hati akan easa kelam semuanya..huhu..

    ReplyDelete
  5. saya pn sama sally..tp rezeki tak de lagi kat tmpat lain..huhu

    ReplyDelete
  6. Perasaan je kut akak. Takpe cuba lagi istikarah sampai dapat petunjuk. tapi kalau ada mana2 lubang2 kerja yang berkenan dihati tanya yg lebih berpengalaman ya kak ? Stay strong!

    ReplyDelete
  7. kak liya bekerja kat sykt yg sma 8 thun lebih dah. kdg ada gak perasaan cam sally tp tu lahh hmm nak berenti mcm xda kekuatan ja

    ReplyDelete
  8. Kalau kita ikutkan hati yg tawar tu...
    memng kita rasa selemau-lemau nya nak p kerja...
    mungkin jugak sebab dah terlalu lama bekerja di situ...
    tapi cuba letakkan diri kita sebagai penganggur yg bekerja keras utk dptkan kerja kita skrg nie..kecian kan..akk dlu pun penah rasa benda nie, tapi kita kena positifkan diri kita, tapi kalau x boleh jgk..baru kita plan cari kerja lain, yang boleh beri kita semangat kerja yang baru :) teruskan usaha adik ku...

    ReplyDelete
  9. I feel you. Mungkin nak environment baru tu. Hehehe. Boleh je Sally kalau nak tukar kerja tapi kena cari dulu lah. Dah dapat baru tukar. Heheh. Seruuu sikit mood tu nanti ok balik lah tu :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!