Explore sekitar Kuala Lumpur dengan Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana!

9:00:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! | Siapa dah cuba minum NESCAFÉ® Tarik yang baru tu...? Haa..kalau belum, korang mmg kena cuba tau sebabnya NESCAFÉ® Tarik tu hanya ada di Malaysia sahaja...Kalau sebelum ni, nak dapatkan NESCAFÉ® Tarik je kita kena ke kedai mamak, tapi sekarang jangan risau...sambil mendaki, sambil berjalan, sambil pergi kelas tak pun sambil tunggu masa nak tidur pun boleh je minum NESCAFÉ® Tarik!

Minggu lepas Sally dapat jemputan untuk sama-sama dengan rakan blogger yang lain, bermain dalam cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! yang diadakan disekitar Kuala Lumpur, secara spesifiknya di kawasan Pasar Seni dan Masjid Jamek. Fuh! Dah lama tau sebenarnya Sally tak join cabaran macam ni...almaklum laa..nak bawak diri pun malas lagi nak berlari bagai..hahaha..tapi demi sokongan terhadap kopi (LOL), Sally join jugak...


Sebelum mulakan cabaran, dengar dulu ucapan pembukaan daripada Vanessa Lim, Senior Brand Manager of NESCAFÉ® RTD yang memperkenalkan keunikkan NESCAFÉ® Tarik dan selepas tu kami diberikan penerangan tentang cabaran ni...

Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana! sebenarnya diadakan sebagai salah satu inisiatif daripada pihak NESCAFÉ® bagi memperkenalkan produk terbaru mereka kepada rakyat Malaysia...Lagipun, NESCAFÉ® Tarik ni hanya terdapat di Malaysia tau..khas utk rakyat Malaysia!

#TASK 1 : Mannequin Challenge (LRT Masjid Jamek)

Daripada Central Market berlari ke LRT Masjid Jamek..hahaha...yelaa...Sally tipu...Sally jalan dengan kelajuan paling maksima..hahahaha...Sampai je sana kena buat Mannequin Challenge...Kat sini takde gambar la sebab puas berlari (read as berjalan laju)..hahahha...

#TASK 2 : Share your love with people (UTC Puduraya)

Task kat sini mmg Sally dah boleh agak..hahaha...Kita nak kena kongsikan NESCAFÉ® Tarik yang terbaru dengan orang ramai yang ada disekitar sana...bukannya senang sebab nak kena mintak jasa baik dorang untuk upload kat Instagram dan gunakan hashtag #TarikManaMana sebagai sokongan dan bukti yang kami dah siapkan task...Syok bila dapat kongsikan kegembiraan dengan orang lain! :)


#TASK 3 : LION DANCE (PETALING STREET)

Ini yang paling rare dan paling malu gila weh nak buat...bayangkan berapa ramai orang kat situ...berapa ramai pulak foreigners yang pegang kamera merakam aksi kami yang mangarut tu...hahahaha...kalau ingat balik mmg kelakar tapi malu tu tetap ada!!


#TASK 4 : Tarik like a KING (Kasturi Lane)

Hahahaha...jangan risau...kat sini tak payah nak buat NESCAFÉ® Tarik pun...kan dah ada dalam tin buat apa susah-susah nak tarik...tapi kat sini kami kena pose macam mana maskot Uncle dalam poster tgh tarik...hahahaha..tak nak letak gambar! Maluuuuu~ hahahaha

#TASK 5 : Theme Photo

Ini yang paling senang la pada Sally tapi nak mencari idea supaya menjadi yang paling unik dan kreatif tu la paling susah...Nak buat macam mana...dah berlari tengahari buta mmg kepala jadi blur..hahahaha...So, ini antara shot yg terbaik la yg sempat buat..kekeke


Kami diberikan 5 props yang boleh digunakan.


#FINISH LINE : Merchant's Lane @ Petaling Street


Kami kumpulan yang keempat yang sampai...hahaha...lambat...ambil masa 57 minit untuk selesaikan semua tugasan yang mana agak hebat la pada Sally...Sedih jugak sebab tak menang...Yela..puas berlari anak sekitar ni...penat weh! Hahahaha...overall, masih jugak berpuas hati sebab bangga dapat siapkan semua task yang diberikan...


Thank you kat teamates yang maha sabar dengan Sally; Pojie (www.duniapatik.com), Kak Eyza Miel (www.eyzamiel.com) dan Reef (www.thisisreef.com)...Kalau takde dorang, rasanya takkan ada la semangat nak teruskan perjuangan...weh! Ayat bahasa baku! hahahahaha...


Antara blogger yang turut hadir...Tahniah kepada kumpulan Kuning, Biru dan Hitam sebab berjaya...dan thank you so much kepada pihak NESCAFÉ® sebab adakan cabaran macam ni dan peluang untuk kami sama-sama sebagai wakil untuk mempromosikan produk terbaru mereka...

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.nescafe.com.my atau Facebook page mereka www.facebook.com/Nescafe.MY

#NescafeTarik #TarikManaMana

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Promo RM10 di Starbucks, harini sahaja! (30 November 2016)

7:09:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



As November ends and we welcome December, let's celebrate with RM10 on ANY Tall Sized Frappuccino! If you use your Starbucks Card, you can get it at RM9!

So, see you today!

Terms and Conditions:
1. Only applicable on the 30th of November 2016.
2. Applicable at all Starbucks stores in Malaysia except Genting Highlands stores, Tapah R&R Kiosk and Sunway Lagoon Kiosk.
3. Not valid with other discount or promotion.
4. Not entitled for Starbucks Card rewards.
5. Modifier will be charged at regular price.
6. Price inclusive of 6% GST.

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Puff Crust Pizza terbaru dari Domino's, weh..gila sedap!

7:48:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Korang suka makan pizza tak...? Sally rasa tahun ni dah boleh jadi duta Domino's dah...asal ada benda baru je Sally lah yang paling excited..hahahaha...Kalau korang perasan ada seleksi terbaru tau daripada Domino's...? Kali ni special sikit tau sebab crust dia bukan roti macam biasa tapi menggunakan puff!

Puff Pizza?


Terbaru ni...Domino's kembali dengan 2 seleksi puff pizza...Diinspirasikan daripada pastri Perancis dan sedikit sentuhan Sepanyol...korang boleh pilih nak perisa Fiery Beef Diavola atau Sriracha Tuna...Dua-dua ni sedap gila...Yang Fiery Beef Diavola tu sedap sebab ada sausages tuuu...yup...bukan macam sausages biasa tau...yang ni yang jenis diameter besar macam pepperoni tuuu...sedapnyaa rasa!

Buat peminat tuna, Sriracha Tuna tu mmg korang kena rasa...pedas dan berapi! Hahahaha...sedapnya yang ni...sebabnya kan Sally mmg peminat tuna...So, yang ni mmg paling favorite! No wonder la pihak Domino's ambik masa 6 bulan tau nak develop ramuan yang terbaik untuk puff pizza ni...!


Yang lagi best, pizza ni tak berbentuk bulat macam kebiasaannya tau...tapi dibuat dalam bentuk segi empat...Korang boleh jugak pilih menu yang biasa tapi Sally sarankan kalau korang rasa dua menu yang baru ni...Jangan risau sebab takde tambahan harga pun kalau korang rasa yang 2 menu ni...tapi cuma ada surcharge tambahan RM5 (REGULAR), RM7 (LARGE)...yang lain kekal macam biasa....


Mohon Domino's ambik Sally jadi duta...hahahaha...kan dah elok sangat dah rupanya makan macam tuu...hahahaha...Selain daripada puff pizza, ada lagi satu menu desserts...Kalau sebelum ni kita selalu makan Kek Lava Coklat biasa je kan...sekarang ni dah ada twist sikit, ada Kek Lava Coklat Mentega Kacang...mmg gila creamy la rasa dia...kalau ada aiskrim vanila, mmg superb!

Untuk maklumat lebih lanjut...jangan lupa kunjungi www.dominos.com.my

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Nescafe Exclusive Headphone.

4:52:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments



Yeay!

Dapat headphone baru...hahahaha...dah lama sebenarnya dah lama nak beli headphone yang baru tapi tak kesampaian lagi...tapi tengok-tengok dapat daripada Nescafe....Sally dapat ni masa sertai NESCAFɮTarik Mana Mana Challenge!

Details lain pasal event ni, Sally share nanti dalam satu entry tau...hahahaha...nampak tak Sally terlalu excited nak cerita dengan korang pasal headphone! Kahkahkah! 

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Box of Joy & LAZADA Online Revolution 2016!

1:34:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Rata-rata korang mesti dah tau pasal Box of Joy daripada Lazada ni kan...Sally pun baru je dapat Box of Joy Sally! Haaa! Apa yang korang sempat grab masa sales 11.11 haritu? Biasa la dah nak dekat hujung tahun...mmg ada banyak sale yang akan berlangsung...tapi pastikan korang beli apa yang korang perlukan je ye..jangan ikut nafsu sangat...Ingatlah masa ada lagi esok hari untuk hidup!

Hahahah...bercakap pasal sale ni, Lazada pun kembali dengan LAZADA Online Revolution 2016 Sale yang akan berlangsung selama sebulan daripada 11.11 - 12.12 (2016) dengan tema "Brands for All" yang mana memfokuskan barangan untuk semua generasi. Sama la macam kaedahnya Box of Joy yang diberikan ni...ada pelbagai jenis produk daripada beberapa brands yang terkenal di Malaysia dan semestinya mmg berbaloi dan perlu korang dapatkan.


Masa bawak balik Box of Joy daripada Lazada ni...orang yang paling happy macam biasa la kan...Semestinya ibu! Hahahaha...Sally ingat dia happy tgk Tefal tu tapi dugaan Sally salah, dia boleh gila excited tengok Food Panda punya maskot kecik tuu..hahahaha...Rasanya tgk semalam dah hilang...mana la agaknya dia sorok Panda Sally ni..

Macam yang korang nampak...ada pelbagai jenis barangan daripada beberapa brands yang terkemuka kat Malaysia ni...Contohnya Tefal, Nestle, Nescafe, Milo, Loreal, Food Panda, SanDisk dan Maggi...So, meh la Sally nak kongsikan sikit dengan korang apa yang ada dalam Box of Joy.


Sebelum dapat parcel ni...Sally sebenarnyda dah pernah cuba Nescafe White Coffee (Rasa Pandan) ni...Sally ada jugak cerita dalam entri kumpul Nescafe 3 in 1 dalam tin. Nescafe ni aroma dia yang sedap tuu...Macam mana korang suka bau daun pandan, macam tu jugak la wanginya bila buat kopi ni... Kalau rasa nak cuba, boleh je dapatkan kat Lazada.



Ini lagi satu benda yang Sally dah beli kat Lazada sebelum dapat yang lagi besar..hahahaha...Sally beli yang 32GB...Masa Sally beli tu ada promotion, jadinya Sally dapat dengan harga RM25 sahaja untuk 32GB...dah la free postage...kegunaan Ultra Dual OTG ni...Untuk kita simpan data, gambar atau video tanpa perlu menggunakan memori pada smartphone...Sally selalu bawak movie dalam ni sebab tak beratkan phone dan yang penting sekali boleh tgk drama Korea kat mana-mana pun!

Antara barang lain yang ada dalam Box of Joy:

1. MILO Promotion Bundle

2. Loreal Professional Mythic Oil Nourishing

3. Loreal Absolut Repair Lipidium Hair Masque

4. Mamy Poko

5. Cerelac Nutripuff Banana & Strawberry

6. MAGGI ROYALE White Tom Yam

7. Tefal Manual Chopper

8. NESTLE JUST MILK Full Cream Milk

Lazada ni dah mmg one stop center untuk dapatkan pelbagai jenis barangan...daripada gadget, makanan, pakaian, alat kelengkapan rumah...semuanya la senang kata...Mmg berbaloi sebabnya Lazada selalu ada promosi yang takkan dapat kalau shopping di pasaraya...Lagipun kan mudah, klik, bayar dan tunggu je sampai barangan yang korang pesan tuu...

**If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!

Jangan lupa, LAZADA Online Revolution 2016 Sale yang akan berlangsung selama sebulan daripada 11.11 - 12.12 (2016)..Gunakan code "20LAPOR25" untuk dapatkan diskaun sehingga RM25...

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Gambar-gambar Lee Kwang Soo di Malaysia!

9:58:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments









Running Man Challenge - Hydrated by 100PLUS with Lee Kwang Soo!

**More updates will be coming up soon :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tawaran pakej travel terbaik di www.touristguide.com.my

12:50:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Pakej Travel Murah | Cari pakej percutian tu sebenarnya macam berjudi jugak...kadang-kadang tu terkena yang elok, kadang tu bayar mahal tapi tak berbaloi...Dah la kita bersusah payah nak mengumpul duit kan tapi korang tau tak sekarang ni korang boleh bercuti dengan mudah dan murah, atau mungkin jugak secara percuma?


Pernah dengar atau tengok www.touristguide.com.my? Website ni merupakan salah satu website yang menawarkan pelbagai jenis pakej percutian dengan harga yang sangat murah! Yang paling best lagi...korang jugak boleh dapatkan pakej percutian secara percuma...


Laman web ini telah dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2016 yang lalu di Hotel Westin Kuala Lumpur. Majlis perasmian turut dihadiri tetamu VIP seperti En Mohd Akbal Setia, Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur dan penyanyi terkenal, Akim Ahmad


Jujurnya, nak mengembara melihat negara dan tempat orang mmg memerlukan budjet yang agak tinggi...nak kena kumpul duit sejak 4-5 bulan sebelum nak pergi...tapi dengan bantuan Tourist Guide, korang boleh dapatkan percutian impian dengan harga yang berbaloi...dan menjadikan budget bukan salah satu kekangan untuk kita pergi melancong!

Misi Tourist Guide ialah untuk menjadi "The World’s Largest Travel Network" dengan sasaran untuk mendapatkan 100,000 orang pengembara berdaftar dengan mereka di Malaysia sebelum melebarkan sayap ke negara lain...Sekarang ni dah ada hampir 3,000 orang yang mendaftar!

Majlis Perasmian Laman Web Rasmi Tourist Guide, www.touristguide.com.my
VIP : Mr. Devan Kumar (Managing Director, (TOURISTGUIDE.COM.MY)Mr. Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia)Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA)Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)
Dengan Tourist Guide, korang boleh menempah hotel dan membeli tiket kapal terbang dengan harga yang rendah, dan terdapat pelbagai jenis pakej yang akan membuatkan korang tak keruan...Contohnya macam......






Haaa! Murah kan...? Mana lagi nak dapat pakej yang bagi korang potongan sampai 50%!! Promosi yang Sally senaraikan ni tamat pada 30 November 2016 ni tau...dan korang boleh pilih mana-mana tarikh daripada 1st April 2017 – 31st March 2018 (kecuali cuti umum)...Sally paling tergugat tengok pakej ke Hong Kong tu...tapi kena tahan dulu la sebab bila-bila masa je dah kena berhenti kerja kan..hahahaha....

Rugi tau kalau korang tak rebut peluang ni...Sally sendiri sarankan kalau korang ada budget lebih, boleh la beli pakej yang macam Sally sertakan ni...Lepas ni rajin-rajin la ke website ni dan jangan lupa daftar jugak sebagai ahli dan korang akan dapat banyak kebaikkan sebagai seorang pengembara dan yang penting sekali korang akan berhubung dengan berjuta pengembara lain didunia!

Untuk maklumat lanjut lain boleh layari :-
Laman web : www.touristguide.com.my
Facebook : www.facebook.com/myTouristGuide
Instagram : www.instagram.com/touristguide.com.my
Tel : 1-800-38-3338

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Define me in one word.

10:13:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments



Hari tu saje la buat status ni...Sally suruh definasikan Sally dalam satu perkataa...Macam-macam jawapan yang dapat...yang paling banyak haritu Comel, KPOP, Doraemon dan CNBLUE...hahahahah...

Kalau korang pulak, macam mana? Cuba definasikan Sally dalam satu perkataan! :)

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Move on with life.

9:05:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Cry. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.

That's what actually I need to do, as I got new unexpected news regarding my roles in the company...The company will dissolved in no time and I still need to live and feed up my family...

Some people are worried about having the time and energy to step up to the larger challenge. Some are concerned that there is just so much to do and in the end you are measured not by how much you undertake but by what you finally accomplish.

There are something they call as three rules of success.

The first: Go on.

The second: Go on.

The third: Go on.


You must make a decision that you are going to move on. It won't happen automatically. You will have to rise up and say, ‘I don’t care how hard this is, I don’t care how disappointed I am, I’m not going to let this get the best of me. I’m moving on with my life.”

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

10:31:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Sebenarnya, filem ni dah ditayangkan di Astro First dalam bulan September yang lepas...Filem televisyen (FTV) terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd berjudul Bisik Pada Langit tu menampilkan Jalil Hamid, Ummi Nazeera dan Beto Khusyairi selaku tonggak utama.

Sebenarnya Sally baru berkesempatan nak tengok..hahahaha..biasa la kalau dah keluar kat Astro First mmg malas la nak beli..kekeke..tunggu jugak yang free...Sally nak review sebab filem ni bagi impak yang besar pada Sally sebab mengangkat kisah kekeluargaan sebagai plot utama dan aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir juga turut diketengahkan.

SINOPSIS FILEM BISIK PADA LANGIT

Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.


Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?

Kalau korang tgh mencari naskah terbaru untuk menonton, Sally cadangkan korang tengok filem ni...sebab pada Sally pengorbanan ayah dia sangat besar dan kita sebagai anak ni perlu faham dengan setiap satunya :)

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tajuk : Tanpa tajuk.

12:30:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



Plastic..! Hypocrite....! Pernah dengar...?
Mesti pernah punya...sebab kita selalu dikelilingi orang camni...bukan nak cakap kita ni perfect...tapi pada satu-satu masa mesti akan ada juga yang spesis macam ni....well, I am not perfect though but I'll try to be as transparent as I can without trying to be fake...

Dalam hidup ni, kalau kita nak orang buat baik kat kita, kite kena la belajar buat baik jugak dekat orang lain...jangan harap orang hormat kita tapi kita tak pernah ada inisiatif untuk hormat org lain...peringatan utk diri sendiri jugak...

p/s : not in the mood 😔😑

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Lilin]

11:51:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments




Ini mmg thorbaekkkk!

Jimat dan jimat!

Mana pulak nak cari benda ni aihhh~

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Travelogue ke Korea, lagi!

10:56:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Korea!

Rasanya kalau yang dah biasa dengan blog Sally, mmg tau kadar obsesnya Sally dengan Korea..Bukannya obses kat orang dia eh (CNBLUE excluded!)...tapi kepada negara dia....Walaupun ini merupakan kali kedua Sally ke Seoul dan Jeju, jujurnya banyak lagi tempat yang Sally tak dapat nak cover...6 hari, 7 hari tu bukan satu jangka masa yang lama sebenarnya...

So, korang kena la sokong Sally ye...Baca la travelogue kali kedua ni tau! Hahahaha...boleh pulak paksa orang baca kan..hahahaha...takde laa...Sally sebenarnya suka nak berkongsi pengalaman...Sally tau ramai yg ada menyimpan niat nak kesana sini..tapi ada banyak kekangan...Sally sendiri bukan orang yang senang, tapi Sally cuba untuk mencipta memori dan pengalaman untuk diri sendiri...

Walaupun sebenarnya Travelogue ke Melbourne masih dalam pending list, tapi jangan risau...nanti Sally akan sambung buat! Tapi lambat sikit laa..hihihi...So, in the meantime...Sally tinggalkan korang dengan kakak kimchi yg comel ni..hihi

Namsan Tower; 2016.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sehari di Cameron Highlands.

9:49:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Sempena birthday Sally yang lepas, sempat jugak la buat short birthday gateway..tak jauh pun...ke Cameron Highlands je...kat CH pun bukannya ada benda sangat yang boleh buat kan? Sally saja je jalan-jalan...buat hilang lelah bekerja...nak travel jauh-jauh poket tgh kering ni..hahahaha...

Thanks kat abang dengan kakak ipar Sally sebab culik Sally bawak jalan-jalan...sambil-sambil tu Sally boleh la bawak ibu shopping sayur dengan teh dekat sana...hihi..Sebenarnya dah lama dah Sally tak berjalan dalam negara...manjang fikir nak travel ke negara mana je...negara sendiri yang cantik tak nampak pulak kan keistimewaan dia..



Macam biasa laa..yang special kat Cameron Highland ni mestilah stoberi, sayur-sayuran, kaktus, jagung, ubi keledek, ubi kayu...Banyak jugak buah-buahan tempatan...tapi takde la semuanya Sally angkut balik balik KL kan...daripada beli jauh-jauh...baik beli je kat pasar...walaupun mahal sikit tapi ok la jugak daripada nak mengangkut!


Well, ibu dan pokok bunga mmg macam kawan baik...pulak dia nampak bunga orkid..lagi la tak nak balik...Berapa lama baru dapat tarik dia keluar daripada kedai bunga tuu..hahahaha...kesian jugak...Dia nak beli tapi Sally tak bg...Kenapa? Kalau korang datang rumah Sally...korang tau la betapa banyaknya pokok yang ada...hilang rumah tau! hahahaha



Sebelum balik, sempat borong buah Tampoi Madu...Kalau korang jarang balik kampun, mmg takkan kenal buah ni...rasa dia hampir sama macam buah rambai...isi dia macam buah manggis macam tu laa...kulit je tebal tapi isi dia alahai...sendu!


Sebelum balik, singgah Lata Iskandar untuk ambik gambar..hihi...lama gila dah kot tak sampai sini...Last datang rasanya masa arwah papa masih ada...ni dah 9 tahun dia tak ada...fuhh! Lama betul...masih cantik lagi si Lata Iskandar ni...

Overall, that's how my "Sehari di Cameron Highlands"...Oh! lupaaa...ada singgah minum teh sambil tengok ladang teh...tapi takde gambar sebab hujan lebat!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

NIVEA Skin Delight Body Milk, spa mewah dirumah.

8:19:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri wanita. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus.

Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.

NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan wanita mampu menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” selepas mandi.


NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak dan kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana “body milk” ini mudah untuk disapu.

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.


Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia merupakan sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Bagaimana nak gunakan NIVEA Skin Delight Body Milk?
Selepas mandi, oleskan “body milk”  ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap.

NIVEA Skin Delight Body Milk didatangkan dengan dua variasi wangian, Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda. NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Penyerahan Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz.

4:41:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Melihat kepada perlunya sumber ilmu yang sahih dalam mempelajari Al-Quran & Sunnah, Syarikat IK Dot My Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program khas iaitu Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Program wakaf yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan penyerahan wakaf kepada maahad-maahad tahfiz seluruh Malaysia.

Kitab yang dipilih untuk program ini adalah kitab Tafsir Ibnu Kathir, karya Imam Ibnu Kathir (Imam terkenal bermazhab Imam Syafie), yang menjadi bahan rujukan dan kajian utama majoriti umat Islam di seluruh dunia.

Kitab Tafsir Ibnu Kathir

Program khas yang dihadiri lebih 200 orang pelajar Akademi Darul Huffaz bersama-sama para pewakaf dan media menyaksikan penyerahan 20 set kitab yang terdiri daripada 200 jilid Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Acara dimulai dengan ucapan perasmian Ketua Pegawai Eksekutif IK Dot My, Tn Hj Khoirul Anam dan diteruskan dengan ceramah ringkas Kehebatan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

Tn Hj Khoirul Anam bersama Pengasas Akademi Darul Huffaz

Dalam kenyataan beliau:

“Misi utama Syarikat IK Dot My adalah untuk mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mentadabbur isinya dan dalam masa yang sama mewakafkan kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada penuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha mereka mempelajari ilmu agama.”

Para pelajar akademi bergambar bersama pemberi wakaf dan wakil IK Dot My

Syarikat IK Dot My berharap agar masyarakat Islam kembali kepada budaya Islam yang benar berdasarkan sumber ilmu yang shahih dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW melalui pembacaan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!