Buku Kebahagian Yang Kutahu oleh Datuk Stella Chin - Kenapa semua wanita kena dapatkannya?

1:07:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Sally ni bukan jenis baca buku motivasi...Rasa macam jarang gila la Sally baca buku motivasi...Kalau English novel, yes..tapi buku "Kebahagian Yang Kutahu" oleh Datuk Stella Chin ni memang lain sikit...sebabnya buku ni bukan hanya sekadar buku motivasi tapi ada banyak tips yang boleh digunakan oleh wanita untuk lebih berjaya.


Siapa dia Datuk Stella Chin?

Beliau mengasaskan MELILEA International dan memacunya bersama suaminya, Datuk Dr Alan Wong menjadi sebuah syarikat multinasional yang berjaya pada hari ini.



Sally suka buku ni sebabnya intipati dia sangat santai dan tidak terlalu berat...Gaya penceritaan dalam buku ni bukannya kepada teori semata, tapi lebih kepada penceritaan tentang kehidupan seawal daripada jatuh bangun Datuk Stella Chin. Dan apa yang paling Sally banggakan sebab Datuk Stella Chin merupakan rakyat Malaysia yang berjaya bukan sahaja di Malaysia tapi di dunia.


Dalam buku ni, Datuk Stella Chin menegaskan yang kita boleh menjadi wanita yang serba boleh dan bukannya perlu bergantung harap pada lelaki...Walaupun macam tu, Sally suka bila baca buku ni sebab kita boleh mengimpikan hidup yg macam “Cinderella” tapi dalam masa yang sama kita berpijak dalam dunia yang nyata...sebabnya kita boleh ambil Datuk Stella Chin sebagai contoh...

Kisahnya Sally mmg cemburu dengan Datuk Stella Chin sebab dia sangat berjaya dalam hidup dia, dapat kerjaya, dapat cinta dan dapat anak-anak yang menjadi harta paling berharga...Bohong la kata kalau kita tak jealous kan...tapi jealous in a good way laa..bukannya dengki...kira inspired!


Sally sendiri dah pernah jumpa dia face to face and honestly, dia mmg sama macam mana dalam buku dia...seorang wanita yang sangat down to earth...Dia bukan jenis yang “Datuk” style...dia mmg macam seorang perempuan, seorang wanita yang bernama Stella Chin. Dia seorang yang memartabatkan wanita dan mementingkan perkembangan kanak-kanak...

Ada banyak program yang dia laksanakan bawah “StarLadies” sebab bg Datuk Stella Chin, wanita semua umpama bintang yang bersinar... Buku ni mmg semua wanita kena ada...sebabnya dalam ni ada banyak sangat tips dan cara macam mana kita nak jadi seorang wanita yang serba boleh dan yakin diri! Setiap keinginan, kemahuan, inspirasi, transformasi, kejayaan, masa dan segalanya berkait dengan tips kehidupan seorang wanita ada dalam ni..

Jangan lupa dapatkan buku KEBAHAGIAAN YANG KUTAHU di kedai buku berhampiran dengan harga RM39.90.

"Kita tidak perlu mengejar kesempurnaan dalam aspek kekeluargaan dan kerjaya tetapi kita boleh mencari kelengkapan dan keindahan.." - Datuk Stella Chin

You Might Also Like

9 comments:

  1. Beruntung Sally dapat jumpa dengan penulis buku tu sekali. Since you recommend buku ni, I might want to grab it then.

    ReplyDelete
  2. wow.... hebatnya. harap2dapat buku ni nanti

    ReplyDelete
  3. Hai, Sally. Terima kasih ya sudah visit ke blog saya. Senang ya bisa jumpa langsung dengan Datuk Stella. Saya belum selesai baca buku Datuk Stella ini, tapi so far setengah halaman saya baca, kalimat-kalimatnya enak untuk dibaca dan pastinya, banyak motivasi dan inspirasi di dalamnya. :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. Hebat!kena crik bku ni!

    ReplyDelete
  5. untung la dia dapat jumpa...
    wanita yang boleh di jadikan inspirasi.. ♥

    ReplyDelete
  6. Suka buku Datuk Stella sebab disertakan dengan formula huhuhu

    ReplyDelete
  7. Dahagakan buku yang boleh memotivasikan diri, thanks for the review Sally

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!