Kekal wangi dengan Best Perfume!

6:34:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Sally mmg addicted dekat perfume...sangat!

Baru-baru ni Sally dapat perfume baru..mohon jangan jealous okay! Sekarang ni, nak beli yang original macam susah sikit kan...tapi jangan risau sebab koleksi Best Perfume mmg worth it dengan harga, bau dia pun sangat best! Kalau korang tak percaya, korang boleh tanya kat pengasas Best Perfume ni sendiri sebabnya semua wangian ini dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Zazwani Zakaria.


Terkejut la tuuu...Haa! Ni lagi satu, Best Perfume sudah pun berjaya menembusi pasaran Brunei dan Singapura walaupun baru 3 bulan dalam pasaran. Tak yakin lagi?

Yang uniknya pasal Best Perfume sebab ianya boleh tahan selama 8 jam! (Lihat kepada aktiviti jugak) dan harganya pun murah dan mampu milik...Selain daripada tu, Best Perfume juga boleh dibawa solat dan mudah dibawa untuk travel...Haaa...macam Sally bawak g Korea ni! hihihi...


So, Sally nak update jenis perfume yang ada untuk korang pilih...

Pilihan wangian untuk lelaki

1. One Million _by_ Paco Rabanne
2. Legend _by_ Mont Blanc
3. Armani Code _by_ Girgio Armani
4. Polo Black _by_ Ralph Lauren
5. Dunhill Desire Blue _by_ Dunhill
6. Aqua De Gio _by_ Girgio Armani
7. Dunhill London _by_ Alfred London (Baru)

Pilihan wangian untuk wanita

1. Bombshell _by_ Victoria Secret
2. Fearless _by_ Victoria Secret
3. Lady Million _by_ Paco Rabanne
4. Black Xs _by_ Paco Rabanne
5. Live _by_ J.Lo
6. Vanilla _by_ Zara
7. Forbidden Rose _by_ Avril Lavinge
8. Incanto Shine _by_ Ferragamo
9. Nina Richi _by_ Nina Richi


Jangan risau tentang harga, kalau Sally yang suggest...mesti kena yang berpatutan! Haaa!

Setiap botol 10ml - RM 15, 20ml - RM 25, 30ml - RM 35

Murah kan?

Ni Sally share la sikit testimoni, biar korang terpedaya untuk membeli sekali..hahahaha...


Haa! Ramai dah kot yang cuba...kebanyakkannya mmg suka dan berpuas hati...korang tak nak ke cuba? Kalau korang nak cuba, jangan segan silu nak contact no kat bawah ni tau, kalau nak daftar jadi stokis ke jadi ejen ke, pun boleh.

Izzati (017- 987 9178)
FB : https://www.facebook.com/MummyJasmeen
FB PAGE : https://www.facebook.com/Bes tPerfumesHQ/?fref=ts
IG : www.instagram.com/bestperfumes_hq

Kalau nak jadi ejen @ stokis, boleh hubungi Zazwani Zakaria (011-3329 5357)

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sally dah sampai Jeju-do!

6:23:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Hai korang!

Sihat ke? Sally kat sini sihat jugak...alhamdulillah...walaupun cuaca agak sejuk, tapi masih lagi okay laa...Harini hari ketiga Sally ada di Jeju...diam tak diam dah nak hampir 5 hari dah ada kat sini...Rindu Malaysia!


Kalau ikut itinerary harini, Sally akan ke Hallasan Mountain...tapi takde la nak hiking...tengok daripada jauh je..lepas tu nak ke Jusangjolli Cliff, Cheonjeyeon Falls, Sanbangsan & Yongmeori Coast dan Osulloc Green Tea Farm.

Jauh perjalanan harini...Harap-harap takde la penat sangat...hihihi...korang buat ape tuuu? Cuti Deepavali kan kalau kat Malaysia harini...Hopefully korang pun enjoy la yer!

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Mencari Insoles yang sesuai untuk kasut.

4:00:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Kadang-kadang, bukan kasut yang bermasalah tapi tapak dalam dia yang kita panggil insoles yang menyebabkan kita tak selesa..Disebabkan nak ke Korea ni, dan mmg Sally akan berjalan dalam tempoh masa yang agak lama...Jadinya pemilihan kasut mmg sangat penting...

Beberapa minggu sebelum nak g trip ni, Sally cari jugak kasut baru tapi macam takde yang menarik perhatian...Sally nak beli sneakers, tapi tapak sneakers yang agak nipis tak sesuai untuk long walking distance...Ada yang berkenan pulak, takde saiz!

Jadinya terpaksa la recycle pakai kasut sports yang lama tapi Sally beli tapak insoles yang baru, yang sesuai untuk long walking distance dan yang penting sekali dapat kurangkan dan menjaga tapak kaki...Sebenarnya ada pelbagai jenis insole yang ada kat pasaran, dan yang macam Sally punya ni...Orthotics Insole, yang mana mengurangkan tekanan pada tumit kaki.


Dekat BATA ada jual beberapa jenis, contohnya macam gel massaging insoles, heavy user of sports and macam-macam lagi...Sally rasa untuk long walking distance, Orthotics Insole yang sesuai...Setiap kasut tu fungsi dia memang untuk melindungi kaki, tapi kita sebagai tuan punya kaki yang kena bijak memilih yang mana satu yang sesuai dengan aktiviti kita...Sama ada berlari, bersukan, atau berjalan!

p/s : I'm heading to Jeju Island now :)

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Shopping! Shopping kat ezbuy!

7:03:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Shopping lagi…Wanita dan shopping tu mana boleh berpisah...walaupun kat Malaysia ni postage dah naik, shopping tetap kena...terapi! Hahahaha..sebabkan dah mahal, jadinya kita lari ke China…eh..tak tak…kita masih duduk kat Malaysia tapi kita shopping daripada CHINA! How cool? Sally tak tau la sama ada korang pernah terlintas pasal ezbuy atau tidak…tapi Sally nak kata kerap tu tidak la…Cuma pernah beberapa kali membeli kat website ni sebabnya nak beli benda yang Sally nak kat KL ni agak mahal…

Sally jumpa dengan ezbuy masa mencari stok Loz Block yang macam Sally selalu update dulu...sebenarnya dah lama sangat Sally tak beli stok Loz Block sejak-sejak dah busy dengan kelas dan kerja hakiki ni kan...Jadinya, bila beli kat China…mudah sikit sebab Sally dapat beli dalam kuantiti yang banyak dan stok pun lebih updated daripada yang ada kat KL ni…eh, chop! Lupa nak bagitau ezbuy ni apa!!

Korang tau ke ezbuy ni apa?



Kalau korang nak tau, ezbuy ni sebenarnya sebuah portal membeli belah yang mengetengahkan barangan daripada China khususnya...yang best nya sebab korang boleh cari macam-macam benda kat sini...daripada sekecil-kecil benda sampai la sebesar benda macam perabot, pakaian lelaki dan perempuan, gadget, alat permainan kanak-kanak, barangan suka dam macam-macam lagi la…Pendek kata setiap satu benda yang korang nak cari akan ada kat sini…

Jom Shopping di ezbuy!

Mudah je nak shopping dengan ezbuy...Korang hanya perlu daftar, dapatkan username dan password, dan wallahhh..korang dah boleh mula shopping...Sally pun, terus la selongkar apa yang ada dalam tu kan…Kebetulan mmg Sally tgh cari kasut sebenarnya, sambal mencari LOZ Block Sally…selit jugak la masa nak cari kasut…Lagipun semua design up to date! Sampai tak tau mana satu yang nak beli…dah la harga murah..Untuk lebih banyak pilihan, korang boleh je usha kat LINK ni..

Walaupun Malaysia ni takde musim, nak jugak la feeling beli kasut untuk Winter…mana la tau kan kot tetiba sampai ke mana-mana ke kan..hahaha…Macam boot ni…dah la harga murah, siap ada diskaun lagi 30%...Aishh! memang mengundang duit jugak la kan…tak pasal-pasal Sally nak terbeli dah! Eh?


Tapi cantik kan?

Macam yang korang tau, bila shopping online daripada luar negara ni mmg kos penghantaran tu akan sedikit mahal, walaupun kat ezbuy ni shipping rate dia RM4.50/500g tapi kalau beli benda berat, sure mahal jugak kan...tetapi jangan risau, sebelum Sally suggest…Sally dah tolong cari solusi utk korang..hahaha…Jadinya, Sally cadangkan korang cuba gunakan PRIME.

Apa pulak servis PRIME ni?



Macam yang korang tengok kat banner contoh tu, korang boleh beli macam-macam benda dengan hanya kos penghantaran RM8.80...Besar mana pun parcel korang tetap harga RM8.80..Macam mana nak dapatkan PRIME, korang kena baca dekat link yang Sally bagi bawah ni..Bayangkan sebesar alam pun parcel korang, baru je RM8.80..kan murah sangat dah tuu..

Langgan PRIME: RM18.80 (Sebulan) / RM188.00 (Setahun)
Kos pengeposan akan sentiasa menjadi RM8.80!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRIME, korang boleh tengok kat link ni: http://bit.ly/2dGydUd

Atau...kalau korang nak yang lebih cepat dan mudah, korang boleh je gunakan code: ezsh15 untuk melayakkan korang dapat diskaun 15% untuk kos penghantaran..Haaa...dah takde alasan kan kalau nak cakap kos penghantaran mahal..Sekeh kepala kalau mintak free!

Haaa! korang tunggu apa lagi, jangan lupa daftar sekarang dan dapatkan voucher RM15 bila korang mendaftar kat link ni (Voucher RM15)..Siapa nak bagi RM15 macam tu je untuk kita shopping..kan?

Dah! Dah! Pergi shopping sana..hehehe...

Website: www.ezbuy.my

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ke Korea lagi ke Sally?

7:47:00 AM Sally Samsaiman 15 Comments


November 2011; Kali pertama Sally jejak kaki ke bumi Korea...

Oktober 2016; Yup..kali kedua..InsyaAllah kali kedua Sally akan pulang ke kampung halaman..hahahaha...podahhh! Banyak cantik! Sedar diri sikit lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur, tak payah nak feeling macam nak balik kampung bagai...hahahaha


Kali ni Sally pergi berdua je dengan sahabat baik Sally, Hidayah...dan masa korang tgh baca entri ni Sally dah pun dalam perut kapal terbang dalam perjalanan ke Seoul...Yup, kali ni Sally akan jejakkan kaki lebih lama kat Seoul dan jugak Pulau Jeju untuk kali kedua...

Doakan Sally selamat sampai ye...ETA dalam pukul 3.20pm waktu Korea...(sejam lambat kalau kat Korea) selepas 6 jam penerbangan...Dalam hati ni mmg mintak-mintak la jumpa CNBLUE kat airport tapi rasanya takde harapan kot...Sebab dorang masing-masing tgh busy dengan drama terbaru dan rasanya bulan 11 dorang akan busy dengan Arena Tour ke seluruh Jepun untuk promosikan album Jepun kelima mereka...


Jadinya, kali ni kita yang pergi jumpa dorang..hahahaha...Sally nak serang FNC ENTERTAINMENT! Hahahaha...Nampak kegagahan Sally nak jumpa?

Ok laa...Sally harap korang doakan la Sally selamat pergi dan selamat kembali dan selamat berjumpa CNBLUE walaupun kat kaki lima..hahahaha...dan doakan balik KL nnt Sally tak makan pasir sebulan sebab over-spent kat Korea :)

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal

4:55:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal | Sarang burung dah mmg lama terkenal dengan khasiatnya...kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan sistem dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah selain daripada merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, dan menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit..

Semalam Sally sempat ke Majlis Pelancaran "The Joy of Life", minuman berasaskan sarang burung dan kolagen yang seharusnya telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM...Minuman keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd, "The Joy of Life" dihasilkan dengan gabungan sarang burung, Marine Fish Collagen, gula batu dan RO Water. Jangan risau sebabnya dalam tidak ada sebarang pewarna atau perasa tambahan yang dicampur..dan takde bahan pengawet!


Minuman ni didatangkan dengan 5 perisa yang berbeza, antaranya Original, Aloe Vera, Longan, Laici, Kurma Merah dengan Buah Goji (Wolf-berry)...Semalam Sally dapat cuba semua perasa...dan Sally suka dengan perasa Aloe Vera dan juga Kurma Merah dengan Buah Goji tu...Walaupun nampak macam biasa je tapi tambahan kolagen dan sarang burung yang membuatkan ianya lebih special berbanding minuman kesihatan yang lain...


Selalunya kalau dengar je sarang burung, mmg semua geleng kepala fikirkan harganya yang mahal...Jangan risau, walaupun datang dengan pelbagai jenis khasiat dan menggunakan barang yang terbaik, harga dia tak mahal tau...kalau korang ke 7-Eleven, dengan hanya RM6.50 (sebelum GST) je dah boleh dapat!


Kalau korang nak tau, dalam setiap botol yg berisipadu 250ml ni ada 2500mg kolagen..Haa! Kalau korang minum selalu, takde alasan la nak kata korang dah tak cantik! Semalam Sally minum 4 gelas pun dah nampak macam Park Shin Hye versi belon berisi gas helium dah...kahkahkah! Ok, gurau!

So, jangan lupa cuba tau...Buat masa ni korang boleh dapatkan di semua stor 7-Eleven yang berdekatan ataupun farmasi yang terpilih...Dalam tahun 2017, ianya akan mula dipasarkan di semua pasaraya terkemuka di Malaysia..



Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke laman web www.thejoyoflife.my atau ke laman Facebook rasmi mereka ..

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita

2:42:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Disebabkan Sally nak menaip tapi takde masa...jadinya, Sally join segmen mudah daripada kak Nieyl ni...mana tau kot boleh berkongsi trafik daripada blog kakak sayang kan..hihihi...Korang pun jemput la join tau!


1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow Follow @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org
 
TAMAT : 29 Oktober 2016 

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Short vacay ke Janda Baik dengan kawan office!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Awalnya macam malas gila nak cerita tapi sebab dorang tanya whether Sally nak masuk dalam blog ke tak (sambil betulkan tudung dan rambut masing-masing), jadinya Sally faham la isyarat tuu...hahahahaha...

Ok, Sally tipu.

Hahahaha...Kalau nak cerita kronologi pasal short vacay ni...panjang mukadimah boleh buat novel..sebabnya dah plan over 2 month kot! Yang best sekali, yang plan dengan yang pergi...semuanya berbeza!


Biasa laa...bila dah plan lama, mana kita nak tau apa yang jadi kan...so, bila last minute..maka terjadilah pertukaran ahli yang pergi dan macam-macam lagi...Sally yang patut pergi dengan best-friend Sally pun end up jadi bawak cousin dengan ibu...Allah knows best :)

Trip kali ni lebih kepada nak hilangkan stress dan dalam masa yang sama nak bagi kenal siapa yang ada kat office HQ dan siapa yang ada kat site...

15/10/16
Kena kerja! Hahahaha...Punya la kejam bos, kena jugak g kerja...Nasib la check in pukul 2.30pm, lagipun daripada Ampang nak ke Janda Baik ambik masa dalam 30minit je...tapi nasib baik jugak dapat balik pukul 11am..Bodek bos..hahaha

Sampai sana agak lambat jugak, tapi takde la lewat mana...petang tu lepas check in...makan bekal yang certain colleague punya wife masak, terus buat sukaneka petang...hahahaha...Kalau yang mana ada follow Sally kat IG atau FB, mesti perasan teaser hadiah untuk games...Disebabkan kami tak rasa yang nak beli hadiah tu senang, jadinya Sally suggest untuk beli Downy, sebab botol  dia cantik...dan end up nak banyakkan hadiah, kitorang beli beras, air, sabun basuh baju, pelembut dan pewangi baju dan minyak masak!


Yes, mmg kerja gila!

Sukaneka pun bukannya susah sangat...main tiup belon sampai pecah, bowling kelapa (tapi pakai batu) dan baling belon berpasangan...hahahaha...kelakar tapi mmg masing-masing kepala ting tong...ingatkan takde yang nak hadiah tu...rupanya masing-masing dah ada benda yang dorang aim...ada yang beras dah nak habis kat rumah laa...nak basuh baju sabun habis laa...macam-macam...hahahaha...


Lepas solat Maghrib, kitorang siap-siap untuk masak BBQ...biasa laaa...dah duduk tepi sungai...ambik mood la macam dalam hutan...walaupun tak...Basically banyak la makanan...ada ayam, sosej, sate, kambing...mmg kembung perut nak makan...itu belum lagi makanan yang dah siap masak...ada bihun goreng, mee goreng, spaghetti...LOL!

Kalau dah BBQ, tak complete la kan kalau takde karaoke...Melayan yang suara kelaut, yang suara sedap, yang suara kepit, belum masuk yang menyanyi suara tak keluar...Lawak mmg lawak! Mmg totally released semua penat seminggu bekerja...Jangan tak tau...bos pun ada jugak join, tapi bos kata...kat sini..no bos...semua sama :)



16/10/16
Bangun pagi, dengan tak mandinya...terus turun bawak cari makan..hahahaha...Berani la turun sebab tau orang lain semua dah habis makan, then dorang nak main ATV...Sally malas nak follow sebab nak berendam kat sungai!


Yela...ingatkan sempat la mandi masa sampai semalamnya...tapi tak jugak...then, kita pulun la pagi tuu...Berendam mau nak dekat 2-3 jam jugak...sampai dah biru la bibir menahan sejuk...Serius sejuk gila air sungai kat Janda Baik...kalau korang yang dah pernah sampai, sure tau kan macam mana....




Check out time pukul 12pm...tapi nak dekat pukul 1.30pm jugak baru keluar dari bilik...mana tak nya...pukul 12pm pun masih dok ada dalam sungai...mandi berendam tak ingat dunia...Orang bandar dik, mana tak sawan jumpa sungai bersih!

And, that's how our short weekend had passed...seronok dalam masa yang sama sedih sebab Isnin dah keja! But, life must go on kan...walau apa pun...terima kasih la kat semua yang bagi kerjasama...walaupun ramai yang tarik diri last minute...tapi yang ada pun dah bawak banyak kegembiraan dah! Harapnya lepas ni ada lagi...geng urusetia dah mula cari lokasi baru...kat mana pulak kita nak g lepas ni?


5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bye #tabungmangga, Welcome #tabungepal

4:37:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Julai 2015; Sally beli tabung daripada tanah liat tu...Kalau orang dulu selalu panggil tabung ayam...dan Sally punya bentuk buah mangga...Niat nak menyimpan duit untuk travel tuu...Jadinya terpaksa simpan dalam tabung yang tak boleh korek..hahaha...jalan mudah nak ambil duit dalam tu, pecahkan!


Oktober 2016; RIP wahai #tabungmangga! Hahahaha...selepas satu tahun 3 bulan menyimpan...akhirnya Sally terpaksa pecahkan juga atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan...Sedih masa nak pecahkan dia tapi terpaksa...tapi jangan risau, walaupun Sally dah pecahkan #tabungmangga, tapi Sally tak lupa gantikan dengan tabung yang baru, jadinya ucapkan hai kat #tabungepal !!


Jumlah terkumpul dalam tabungan sepanjang satu tahun 3 bulan tu, Sally dapat RM448...Sebenarnya agak sedikit daripada yang Sally bayangkan...silap jugak sebab tak konsisten masa menyimpan...Yela, masuk duit bila rasa ada duit lebih...gamaknya mmg takkan pernah wujud la moment ada duit lebih tuu! LOL


Rasanya lepas ni nak kena konsisten dan masukkan bila mana Sally nampak tabung ni...lagi best lepas withdraw duit terus paksakan diri masukkan duit dalam tabung...baru la syok kan..hehehe...

Korang ada tabung tak?

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Movie | Never Say Goodbye

12:54:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Rasanya lama dah Sally tak share drama terbaru Korea kan, sekarang ni kekangan betul..nak follow yang on-going semuanya tak sempat...So, disebabkan tak sempat nak follow drama, terbaru ni Sally ada tengok satu movie baru...disebabkan pelakon utama dia Lee Joon Ki, yang dah lama Sally tak tengok dia berlakon dalam movie...Jadinya Sally tengok laa...

Movie ni sebelum ni bertajuk "Under the Sicily Sun" tapi dah ditukar kepada "Never Say Goodbye"...Movie ni keluar pada awal Ogos yang lalu, kiranya macam masih hot lagi la kan?


Movie ni mengisahkan tentang seorang pelajar Korea yang hanya mempunyai masa dalam 6 bulan untuk hidup sebab ada penyakit dan dia jatuh cinta dengan seorang gadis semasa di Shanghai... Cerita ni nak kata agak tragis tu tak la jugak, tapi ada melodrama dia dan yang sedih sebab perasaan tu mula dengan sebuah penipuan..tapi bukan tipu yang jahat, kisahnya tipu jela..hahahaha...Lokasi penggambaran banyak dilakukan di China dan juga Itali...

So, kalau korang nak tengok secara online atau nak download, boleh tengok kat dramacool.io//never-said-goodbye

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Acara Larian 'Be My Reason', tingkatkan kesedaran tentang kanser payudara.

11:06:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


PINK! PINK! PINK EVERYWHERE!

9 Oktober yang lepas, hampir 1, 500 peserta berkumpul untuk menyertai Be My Reason Shower Run bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser payu dara.

Acara Larian Be My Reason Shower Run ini dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian terkemuka di Malaysia, bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas.



Berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.



Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.



Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”



Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kenapa Sally suka makanan Korea?

11:37:00 AM Sally Samsaiman 18 Comments


Sally tau..korang dah bosan baca pasal makanan Korea dalam blog Sally...kasi can la Sally kan...Nak g Korea kang macam over sangat...So, kita feeling pun dah kira okay sangat..iye idok?

Agak-agak korang..kenapa Sally suka makan makanan Korea?

Sebenarnya ada banyak faktor kenapa Sally ni macam agak obses dengan makanan Korea...

1. Kimchi!
Sally suka gila makan kimchi..tapi ada certain kimchi je yang Sally suka...contohnya macam Kkakdugi, Baechu, Chonggak, Oi Sobagi dan Dongchimi...Yang lain-lain tu agak tak boleh diterima dek tekak ni...Jadinya, ini jela yang mampu Sally makan...

2. Panas!
Semua masakan Korea selalunya dihidang panas-panas...I mean real panas...lagi-lagi kalau dia guna stone pot tu...Sally suka makan panas-panas...walaupun hakikatnya derita tekak dan lidah sebab confirm akan melecur walau sedikit...but I like it!

Yuk Gae Jang

3. Terpengaruh!
Biasanya Sally akan terpengaruh dengan drama yang Sally tgh tgk..itu salah satu sebab kenapa Sally akan mencari makanan Korea...cuma yang paling sedih Sally masih belum jumpa jjangmyeon yang sedap di Kuala Lumpur ni...

4. Bosan!
Bosan pun adalah salah satu sebab kenapa..huhuhu...Sally mmg suka makanan..you now I mean that..kan? Bila Sally dah jemu makan kat rumah, sesekali Sally akan keluar untuk makan kat luar...dan selalunya makanan Korea tu salah satu sebab jugak laa...

5. ...................

Dah laa...malas nak cerita banyak...Ini orang panggil entri nak tutup bukti yang Sally g makan lagi makanan Korea...walaupun sorang-sorang je makan..tapi layan jela bila dah mengidam kan..hahahaha...Sally rasa lepas ni nak kena kongsi resepi pulak laa...Walaupun dah selalu makan kat kedai, sebenarnya ada jugak yang Sally buat sendiri...cuma kadang tu tak rajin..hahahaha...

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Promosi di Starbucks Oktober 2016

3:59:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Disebabkan Sally ni mmg dah macam duta Starbucks, jadinya Sally nak kongsi beberapa promosi yang ada kat Starbucks sempena bulan Oktober ni...Kalau yang mana berkesempatan, boleh la ke Starbucks tau...


1.Beli satu Frappuccino dan dapatkan satu lagi secara percuma!
~ Pada setiap hari Jumaat (14hb, 21hb & 28hb Oktober)
~ Bermula jam 5pm - 8pm
~ Sah digunakan dimana-mana Starbucks di Malaysia kecuali di stor Genting Highlands stores, Kiosk Sunway Lagoon dan Kiosk R&R Tapah.
~ Tidak boleh digunakan bersama-sama promosi atau diskaun yang lain
~ Frappuccino kedua perlu sama harga atau lebih murah daripada yang dibeli

2. RM10 untuk semua minuman Espresso bersaiz "Tall"
~  Pada setiap hari Isnin (10hb, 17hb & 24hb Oktober)
~ Bermula jam 12pm - 3pm
~ Sah digunakan dimana-mana Starbucks di Malaysia kecuali di stor Genting Highlands stores, Kiosk Sunway Lagoon dan Kiosk R&R Tapah.
~ Starbucks Card Reward tidak akan diberikan
~ Tidak boleh digunakan bersama-sama promosi atau diskaun yang lain
~ RM1 akan dicas jika upgrade minuman ke saiz yg lain
~ Setiap tambahan akan dicas seperti biasa

3. Starbucks Cold Brew
~ Starbucks Cold Brew is handcrafted in small batches daily, slow-steeped in cool water for 20 hours, without touching heat. The cold brewing process brings out the rich and balanced flavors for a sweet and smooth tasting iced coffee.
~ Double benefit count on every purchase of a Starbucks Cold Brew with Starbucks Card or Mobile App starts on 11th – 17th October 2016
~ Click here for participating stores

So, ni jela buat masa ni..kalau ada yang lain Sally akan update lagi ye..Nnt kalau beli tu jangan lupakan Sally pulak tau.. :) 

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Movie | Wolf Girl and Black Prince (Okami Shojo to Kuro Oji)

12:30:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Entah kenapa sejak kebelakangan ni Sally macam lebih menonton movie Jepun daripada melayan stok K-Drama yang banyak berstatus on-going tu...padahal semuanya Sally download tapi macam tak sampai seru lagi nak tengok...Rasanya salah satu sebab, kelas untuk semester baru dah mula.

Selepas movie Kurosaki kun no Linari ni Nante Naranai, Sally tengok pulak Wolf Girl and Black Prince. Drama ni tak banyak beza pun dengan movie Kurosaki kun no Linari ni Nante Naranai, masih berkisahkan pasal high school lovebirds..hihihi...


Movie ni diinspirasikan daripada siri Manga "Okami Shojo to Kuro Oji" yang ditulis oleh Ayuko Hatta (first published July, 2011 in shojo manga magazine Bessatsu Margaret)...Sebenarnya mmg ada banyak lack daripada segala segi bila Manga dijadikan movie, sama jugak la dengan movie ni tapi masih lagi berbaloi untuk tengok laa...

Plot

Erika Shinohara (Fumi Nikaido) is a first year of high school student. While talking to friends, she makes up a story about her "boyfriend." In reality, Erika Shinohara doesn't have a boyfriend. Erika's friends soon begin to doubt her story and Erika is also running out of lies. Erika then sees a pretty boy on the street and takes his picture discreetly. She later shows his picture to her friends as her boyfriend. The boy in the picture is Kyouya Sata (Kento Yamazaki) and happens to attend the same school as Erika. She tells Kyouya about her situation and asks him to be her pretend boyfriend. Even though Kyouya has a pretty appearance, he has a dark side.
So, kalau korang nak cari movie baru yang cepat habis..hehehehe..Boleh la cuba tengok movie Wolf Girl and Black Prince. Sally suka soundtrack dalam movie ni...best la...tak macam tipikal sangat..hahahaha...

[Movie] Wolf Girl and Black Prince - LINK

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Roti Benggali Charcoal Toast, original Penang mai!

9:59:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments



Fuh! Lama gila mencari...kalau nak ke Penang semata nak makan roti sangat la tak berbaloi kan...Selalunya roti benggali banyak digunakan di kopitiam ataupun warung yang menjual sup...Kali terakhir Sally makan charcoal bread dah macam agak berkurun jugak laaa...


Jangan risau sebab Maliia Bakery, bakeri generasi ketiga yang menjalankan business roti benggali ni dah bukak kilang mereka kat area Lembah Kelang pada Oktober 2014 di USJ1 dan yang paling best sebab ada lori kiosk yang bergerak yang jual roti ni...bukan takat tu je...dorang boleh tolong bakar dan serve dengan topping yang korang suka...Macam Sally mmg kaya dan planta la jadi pilihan...

Yang Sally makan ni Sally beli kat Jalan Masjid India, jangan risau sebab ada banyak lagi lokasi korang boleh dapatkan roti ni tau...Untuk dapatkan lokasi kat mana dorang akan menjual, korang boleh tengok kat Facebook dorang; Penang Heritage Roti Benggali.

Sape suka makan roti benggali? Korang suka makan dengan kari ke sup kambing ke makan macam mana?

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Last date dengan Ann :(

9:00:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Sedihnyaaa!

Ann ni merupakan kawan Sally masa g konsert CNBLUE...Sally pernah cerita pasla dia dalam beberapa entri dalm blog ni...terasa sedih sangat bila dia dah nak balik Sarawak...Btw, Ann ni merupakan anak jati Sarawak tapi bekerja kat KL...tapi baru ni dia dapat tawaran untuk kerja kat negeri kelahiran dia...So, she's back for good.

Sedih mmg sedih tapi at the same time rasa gembira sebab dia dapat tinggal dekat dengan parents dia kan...Jadinya sebelum dia balik ke Sarawak, sempat la jugak jumpa dengan dia...


Disebabkan nak borak punya pasal...melepak kat Franco pun dah 3 jam...mmg banyak benda la yang sibuk nak ceritakan...satu-satu benda nak cerita...Mana tak nyaa...kali terakhir Sally jumpa dengan Ann masa bulan Feb yang lepas...dah almost 8 bulan kot tak jumpa walaupun nak kata duduk jauh sangat tuu tak laa...masing-masing tetap dalam Kuala Lumpur lagi...tapi kekangan masa...

Dear Ann,

Opportunities may come to people who are at the right place at the right time. But success comes to people who persist. Don’t worry about deadlines, don’t worry about meetings, don’t worry about promotions, don’t worry about late evenings, don’t worry about nasty colleagues, don’t worry about having a nasty boss… just enjoy your new life, new opportunity and let your worries go for a toss. Good luck.

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

P.S. Tokyo Cafe 1st Anniversary Blogger Party!

4:28:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Dah 2 minggu berlalu, tapi baru ni je Sally dapat peluang nak kongsi dengan korang apa yang jadi sekitar P.S. Tokyo Cafe 1st Anniversary Blogger Party yang Sally hadiri...Masa dapat invitation tu mmg excited betul..hahahaha..Awal-awal macam pelik jugak la bila dapat invitation kan…tapi fikir sebab everything is sweet and full of desserts, jadinya marilah kita redah! Sebenarnya ini kali pertama Sally ke kafe P.S. Tokyo ni…

Masuk dalam kafe ni, mmg seronok la rasa sebab kawasan dia santai dan tidak terlalu serabut dan mmg syok kalau nak buat tempat lepak..Lagi yang buat excited sebab P.S. Tokyo dah celebrates birthday yg pertama! Hahahaha..mmg banyak gila benda nak makan, nak rasa kat situ…Everything so un-resistible! Hahahaha…terutamanya all the soft serve!



Tema dia black and white...sebabkan malas...Sally pakai je all black...janji ikut tema kan..? Kalau korang perasan...decoration tu semua ikut tema...cantik sangat walaupun hanya tema hitam dan putih, tapi nampak elegan tauu! Semua cupcakes dengan macaron tower, daripada French Crullers Dessert Bar dan semua dekorasi belon tu daripada The Balloons!



Start je, Sally cuba all the soft serve! Disebabkan P.S. Tokyo Cafe fokus kepada menyediakan makanan yang berunsurkan dari Jepun, walaupun tidak terlalu banyak menu tapi semuanya sedap tauu...Soft serve @ aiskrim kat atas ni semuanya terbaikk, antara yang ada kat sini; dari kiri Minty Chocolate, Matcha, Hojicha dan Milk. Favorite Sally mestilah Milk dengan Matcha tuu...

Semua bahan-bahan untuk menghasilkan soft serve ni terutamanya Matcha dan Hojicha diimport terus daripada Uji, Kyoto bagi memberikan rasa yang sempurna seperti yang ada kat Jepun!



Yang ini menu terbaru tauu...Japanese Hot Cakes...Hot Cakes dia sangat gebu dan lembut...makan panas-panas dengan buah-buahan segar tu mmg syok sangat..

Ini ada satu berita baik!

Sally nak kongsikan macam mana korang nak cuba Japanese Hot Cakes dengan harga RM1!

Pada 18th / 25th October, 2016, korang boleh dapatkan Japanese Hot Cakes yang terbaru ni dengan harga RM1...Macam mana nak dapatkan tuu...Korang kena tunggu announcement daripada P.S. Tokyo Cafe di Facebook page mereka...Senang je kan?



P.S. Tokyo Cafe juga sangat terkenal dengan kepelbagaian menu cheesecake tau, 4 jenis kek yang dilengkapi dengan elemen Jepun ialah Tofu Cheesecake, Sesame Tofu Cheesecake, Matcha Milk Chocolate Cake dan Soft Cheesecake.

Macam yang dalam gambar ni Sally cuba Tofu Cheesecake & Matcha Milk Chocolate Cake...Serius sedap sangat...terutamanya yang Tofu Cheesecake tuu...Walaupun pelik sikit rasa dia..lama-lama makan terus jadi ketagih...tak rasa langsung tofu tu tauu...Lepas tu korang kena jugak rasa Hanjyuku Cheesecake..itu mmg superb!



Kalau korang bukan peminat kopi, Sally nak ajak korang cuba 3 jenis Japanese tea yang korang boleh rasa;
Matcha (Green Tea), Hojicha (Roasted Tea) dan Genmaicha (Rice Tea)...All time favorite Sally mmg Hojicha...sbb dia ada rasa macam terbakar sikit..hihihi



Eh, sebelum terlupa...Korang jangan lupa cuba yang ni...OMG! Ini yang paling marvelous! Kalau la Sally tak kenyang gila masa tuu...mmg Sally makan 2-3 tau kek ni...tapi kenyang gila la kekdahnya ka...serius mmg sedap...Nama dia Elderflower Lime Cheesecake..Masam masam manis sedap..gabungan limau dan keju..

Tak sabar nak g sini lagi...mmg puas hati la makan segala jenis dessert yang ada...dan kalau korang nak melepak lama pun takde masalah sebab ada WiFi dan tempat dia selesa...cuma nak kena jaga iman daripada makan segala jenis makanan kat situ laa..hahahaha...


Facebook: www.facebook.com/pstokyocafe
Instagram: www.instagram.com/pstokyo
Twitter: www.twitter.com/pstokyocafe
Email: pstokyocafe@gmail.com
Address: 80A, Jalan SS2/60, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Operating hour: Tuesday to Sunday (12pm to 12am / 11pm last call)

#pstokyo #JapaneseSoftServe #matcha #hojicha #softserve #japanese #dessert #ss2eats

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buku Kebahagian Yang Kutahu oleh Datuk Stella Chin - Kenapa semua wanita kena dapatkannya?

1:07:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Sally ni bukan jenis baca buku motivasi...Rasa macam jarang gila la Sally baca buku motivasi...Kalau English novel, yes..tapi buku "Kebahagian Yang Kutahu" oleh Datuk Stella Chin ni memang lain sikit...sebabnya buku ni bukan hanya sekadar buku motivasi tapi ada banyak tips yang boleh digunakan oleh wanita untuk lebih berjaya.


Siapa dia Datuk Stella Chin?

Beliau mengasaskan MELILEA International dan memacunya bersama suaminya, Datuk Dr Alan Wong menjadi sebuah syarikat multinasional yang berjaya pada hari ini.



Sally suka buku ni sebabnya intipati dia sangat santai dan tidak terlalu berat...Gaya penceritaan dalam buku ni bukannya kepada teori semata, tapi lebih kepada penceritaan tentang kehidupan seawal daripada jatuh bangun Datuk Stella Chin. Dan apa yang paling Sally banggakan sebab Datuk Stella Chin merupakan rakyat Malaysia yang berjaya bukan sahaja di Malaysia tapi di dunia.


Dalam buku ni, Datuk Stella Chin menegaskan yang kita boleh menjadi wanita yang serba boleh dan bukannya perlu bergantung harap pada lelaki...Walaupun macam tu, Sally suka bila baca buku ni sebab kita boleh mengimpikan hidup yg macam “Cinderella” tapi dalam masa yang sama kita berpijak dalam dunia yang nyata...sebabnya kita boleh ambil Datuk Stella Chin sebagai contoh...

Kisahnya Sally mmg cemburu dengan Datuk Stella Chin sebab dia sangat berjaya dalam hidup dia, dapat kerjaya, dapat cinta dan dapat anak-anak yang menjadi harta paling berharga...Bohong la kata kalau kita tak jealous kan...tapi jealous in a good way laa..bukannya dengki...kira inspired!


Sally sendiri dah pernah jumpa dia face to face and honestly, dia mmg sama macam mana dalam buku dia...seorang wanita yang sangat down to earth...Dia bukan jenis yang “Datuk” style...dia mmg macam seorang perempuan, seorang wanita yang bernama Stella Chin. Dia seorang yang memartabatkan wanita dan mementingkan perkembangan kanak-kanak...

Ada banyak program yang dia laksanakan bawah “StarLadies” sebab bg Datuk Stella Chin, wanita semua umpama bintang yang bersinar... Buku ni mmg semua wanita kena ada...sebabnya dalam ni ada banyak sangat tips dan cara macam mana kita nak jadi seorang wanita yang serba boleh dan yakin diri! Setiap keinginan, kemahuan, inspirasi, transformasi, kejayaan, masa dan segalanya berkait dengan tips kehidupan seorang wanita ada dalam ni..

Jangan lupa dapatkan buku KEBAHAGIAAN YANG KUTAHU di kedai buku berhampiran dengan harga RM39.90.

"Kita tidak perlu mengejar kesempurnaan dalam aspek kekeluargaan dan kerjaya tetapi kita boleh mencari kelengkapan dan keindahan.." - Datuk Stella Chin

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!