Shopping Online di Hermo tanpa Online Banking? Kan ada MOLPay!


Shopping online dengan MOLPay | Siapa kat sini suka online shopping? Hehehe...Sally angkat tangan! Korang pun mesti suka online shopping...yela..senang je, klik sana klik sini...terus checkout dan bayar! Sejak-sejak jadi #kakakcantik ni...Sally dah mmg kerjanya asyik shopping online je...dari satu website ke satu website..kalau takde, baru pergi virtual store..hahahaha..nampak tak masalah dia?

Sebelum ni Sally ada jugak baca pasal Hermo, tapi belum sampai seru lagi nak shopping kat sana...sampai la barang yang Sally cari takde stok dekat kedai! Terus zapppp pergi website hermo.my! Nasib baik ada stok tau!



Sally rasa korang mesti jarang dengar pasal HERMO kan? Hermo ni merupakan sebuah portal online shopping yang menawarkan rangkaian kosmetik, siri penjagaan kulit, siri penjagaan rambut dan macam-macam lagi daripada jenama terkemuka seperti barangan daripada Korea, Taiwan, Jepun, Malaysia dan serata dunia...termasuklah Nature Republic, The Face Shop, Etude House, April Skin, Too Cool For School, Maybelline, Elianto...eh, banyak pulak nak senaraikan...

Sally dengan Korea kan mmg tak boleh berpisah..Nak beli pun barang Korea, kan Sally ni Duta Kecil Korea...hahahaha...Sebenarnya Sally tgh mencari pencuci muka Sally...pergi kat satu website tu takde, pergi kat online store pun takde..Jadinya takde pilihan terpaksa la cari juga kat website lain, nasib la kat Hermo barang dia updated, ada je pencuci muka Sally...


Dah siap godek bagai, penuh excited nak bayar dah ni...Pilih la online banking, sekali sampai ke sudah TAC number tak sampai! Hoii...macam mana nak shopping kalau gini! Dah la kita urgent nak membeli kan...boleh pulak masa ni la dia buat hal tak nak hantar TAC number! Korang tau tak berapa punya stress kalau dah excited nak bayar tapi TAC number tak sampai..hahahaha..

Nasib baik tau kat Hermo ni kita boleh bayar guna MOLPay...Senang je tak payah nak ada online banking pun kita boleh shopping secara atas talian tau...Korang pernah dengar MOLPay tak?


MOLPay, Cara mudah bayar tanpa perlu online banking.
MOLPay CASH : http://www.molpay.com/v3/cash

Sally tak pasti sama ada korang aware atau tidak dengan MOLPay...Sally yang kaki online ni mmg biasa sangat dah dengan MOLPay ni...tapi jangan tertukar MOLPay dengan MOLPay Point tau...MOLPay ni sebenarnya merupakan sebuah gerbang pembayaran pelbagai mata wang yang pertama di Asia Tenggara yang menerima wang tunai untuk pembayaran dalam talian.

Macam mana nak guna tunai?

Korang cuma perlu ke 7-Eleven atau Petronas yang berdekatan dengan korang untuk bayar...Alaaa..bukannya susah nak mencari 7-Eleven kat Malaysia ni...Jangan nak malas okay!


Masih tak faham macam mana nak gunakan MOLPay?

Jangan risau, Kakak Sally akan bagitau satu-satu step dia untuk korang menyambung legasi sebagai pembeli barangan online..hahahaha...Kali ni Sally share macam mana Sally gunakan MOLPay semasa shopping di Hermo..


Langkah 1: Pilih barang yang dikehendaki, tekan checkout dan pilih MOLPay Tunai sebagai pilihan pembayaran
Langkah 2: Ambil gambar atau screenshot bukti transaksi (Transaction ID, verification code, jumlah)
Langkah 3: Pergi kemana-mana cawangan 7-Eleven untuk buat pembayaran.
Langkah 4: Jangan main sergah je, cakap dengan juruwang nak buat transaksi MOLPay Tunai.
Langkah 5: Tunjukkan Transaction ID, verification code
Langkah 6: Lepas tu bayar dan pastikan juruwang tu bagi 2 jenis resit, yg pertama resit MOL-MOLPay dan yang kedua, resit 7-Eleven.


Haaa! Tak sabar dah kan nak shopping sebab tau kaedah ni kan...selain daripada memudahkan kita nak shopping, MOLPay ni juga memudahkan kita nak bayar jumlah yang ganjil...macam kang tiba-tiba ada RM2.30 laaa...dah macam mana pulak nak masukkan dalam cash-deposit machine..Iye dok?

MOLPay - Convenient, easy, quick & hazzle free payment method

Sebelum korang bergegas nak shopping tu, ini nak bagi tau...sebabkan Sally ni baik hati, Sally nak bagitau korang yang Hermo akan bagi diskaun RM5 kalau korang masukkan kod (HMOLPAYCASH05), tapi ada syaratnya!

1. Kod ni hanya boleh digunakan sekali sahaja utk setiap pemilik akaun
2. Kod ni hanya layak ditebus untuk pembelian melebihi RM60 sahaja
3. Kod ni sah sehingga 31/12/2016

Alaaaa...tapi takkan la korang shopping tak lebih RM60 kan? Hahahaha..eh, mengata diri sendiri..LOL...Ok, berbelanja dengan bijak okay! Save RM5 tu dah boleh beli makanan tengahari kat 7-Eleven sambil-sambil g bayar tuu..kan?

Ok laaa...dah boleh start shopping dah...Sally dah habis bebel..hahahaha...Nanti kalau ada masa, barang dah sampai...Slaly akan review apa yang Sally beli di hermo.my!

Post a Comment

18 Comments

  1. habislah duit Yura lepas ni. Haha Yura pertama kali dengar. Selalu pakai VISA je. Nice info lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go Yura! Sambung legasi membeli belah! Kami mahukan anda! LOL

      Delete
  2. Yana selalu shopping kat Hermo ni...hehe. Sbb biasa nya Hermo ni shipping dia cepat, compared to Althea. Tp depends juga la...selalu Hermo & Althea ni Yana suka compare harga brg yg nak beli tu...yg mana murah kat c2 lah Yana beli.

    Hermo ni yg lg 1 bagus nya, dpt kumpul point (beli barang & attendance point) & redeem points untuk BCard taw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally baru first time!

      Tapi Sally perasan brg Hermo tak semuanya yg macam ada kat original store kat Korea...mgkn sbb tu jugak bezanya dia dgn Althea...

      BCard tu Sally sokong! hahahaha

      Delete
  3. Nice info! Tak pernah tau pun

    ReplyDelete
  4. bestnya, kita suka giler shopping online. tq good info

    ReplyDelete
  5. Senang la macam ni..
    Ada juga customer yang takde online banking dorang pos cash je dalam sampul surat..
    Ada yg pakai money order..

    Very convenient (y)

    ReplyDelete
  6. wah dah senang dah nak beli online. wallet kena bersedia la jawabnya

    ReplyDelete
  7. Macam best dan mudah je ni. Laju laju terjah websote diorang. Hehehe

    ReplyDelete
  8. ooohh ini kali pertama dengar pasal MOLpay..

    ReplyDelete
  9. semakin mudah nak shopping la pasni
    duit pun mengalir mcm air hihuhihu (^_^)

    ReplyDelete
  10. Baru tahu pasal Hermo ni. Thanks Sally share. Dah banyak pilihan yang kita ada sekarang. Kena bijak berbelanja macam ni.

    ReplyDelete
  11. tahu dah pasal ni tapi belum pernah try je hehe

    ReplyDelete
  12. belum pernah shopping online takut nanti barang tu bila da sampai sy tak suka or tak sesuai ke apa..hehehe

    ReplyDelete
  13. Waaa menarik laa.
    Kak kalau kita dah bayar kat 7e kene simpan resit lps tuh tunggu barang smpai baru tunjuk resit kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resit kena simpan, tapi tak perlu tunjuk pun..code yg ade tu dah boleh membuktikan kita dah buat pembayaran

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!