Cerita Seram : Orang Sebelah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


Beberapa tahun lepas, Sally mmg kerap ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebabnya kakak Sally belajar kat sana..biasa laa..dah namanya adik, konon rindu rinduan jadi kenang kenangan la..Jadinya selang seminggu mmg akan kesana sebab jarang kakak Sally akan balik hujung minggu..katanya tak berbaloi dengan penat lelah.

Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan pelajar akan pulang...lagi-lagi kalau cuti yang agak panjang..tapi kadang-kadang tu, ada yang lebih sanggup untuk tinggal di asrama kerana kekangan kewangan yang membuatkan kita berfikir sama ada berbaloi untuk pulang atau simpan duit untuk kehidupan seharian. Lain orang lain rezekinya kan?

Kalau nak cerita pasal Mak Cik Karipap, Sally rasa mesti dah biasa dengar kan..Kakak Sally pun pernah ditegur di tingkat tingkat 3...Bayangkan tingkap kakak Sally menghala ke bukit belakang bukannya ke koridor, boleh pulak Mak Cik Karipap jual karipap pukul 2.30 pagi..

*Kisah ini bukannya rekaan tapi masih ada sedikit tokok tambah*

Kisah ini berlaku pada kawan sebelah bilik kakak Sally..Kebetulan pada masa tersebut kebanyakkan pelajar pulang untuk cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum pada hari Isnin. Kakak Sally pun balik jugak sebab kurang sihat..Jadinya agak lengang la asrama sebab kebanyakkannya mmg balik ke rumah masing-masing...
 

Nak dijadikan cerita, Ain (bukan nama sebenar) tinggal bersendirian di bilik, kawan sebilik yang sepatutnya tinggal bersama terpaksa pulang ke rumah kerana ada urusan keluarga. Ain cekalkan hati juga walaupun agak seram sejuk bila terfikirkan terpaksa bersendirian untuk 3 hari..Mujur ada beberapa rakan di bilik yang lain yang tidak balik. Sama nasib la gamaknya.

Malam pertama tiada apa yang terjadi, malam kedua...hampir 12 tengah malam...ada satu ketukan dipintu bilik..Sangka Ain, mungkin rakan di bilik bersebelahan yang datang..Biasa la kalau tinggal di asrama, tengah malam tu la perut nak berkeroncong minta diisi. Ain sempat bertanya sebelum membuka pintu, "Siapa tu?"

Ada sahutan, tidak kuat tapi masih lagi boleh didengari... "Orang sebelah..", sahut di pintu.

Ain, tanpa berfikir panjang terus buka pintu dan......terus pengsan.

"Orang sebelah" yang datang tu mmg ternyata orang sebelah. Bukannya jiran di bilik sebelah, tapi satu lembaga yang hanya mempunyai sebelah badan. Kepalanya sebelah, mata juga sebelah, tangan, kaki juga sebelah. Ain hanya dijumpai rakan-rakannya pada keesokkan harinya.

Mmg seram, mendengarnya pun buat kita tak keruan..tapi kita kena tahu, kita menumpang bersama di bumi Allah..Jangan terlalu takut dan jangan terlajak berani...Kisah ni Sally ceritakan sempena dengan satu contest yang dijalankan oleh Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.


Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Cerita Volkswagen Kuning telah menjadi buah mulut sejak beberapa dekad yang lalu, ada yang katanya pernah nampak...ada yang hanya mendengar dan tak kurang juga dengan cerita mulut ke mulut...Bagaimana kisahnya? Kalau korang nak tau, kena la sama-sama tunggu kemunculan filem ni di pawagam!

Kalau korang nak dapat juga jemputan ke Tayangan Perdana filem Volkswagen Kuning, korang boleh sertai contest anjuran Bro Framestone (Volkswagen Kuning), dan peserta yang layak akan dijemput (termasuk +1) menghadiri Majlis Tayangan Perdana di MM Cineplexes, E@Curve Damansara. Dengar kata ada hadiah tambahan kalau contest ni ada sambutan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


#OppoF1s #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis

Post a Comment

21 Comments

  1. Seram gak dengarnyaaa. ermmm ermm sally nii. dah lah stay tingkat atas nii huhu

    ReplyDelete
  2. macam pernah dengar jugak kisah orang sebelah masa zaman sekolah dulu T____T moga tertutup hijab pancaindera dgn benda2 ni. ameen

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar citer ni masa Matriks dulu..
    Kaklong pun nak pengsan masa reveal maksud orang sebelah..
    Dah ler memang duduk asrama..
    Sejak tu ramai je bergurau cakap "orang sebelah" bile kita tanya "sapa tu?"
    Takot woooo nak buka pintu.. >_<

    ReplyDelete
  4. nasib baik mase duduk tingkat atas dulu tak pernah kena kacau macam tu. masyaAllah..
    sabau je laaa.. filem ni memang tak tengok dah lah.. banyak dok sorang kat rumah sekarang ni, kang terbayang2 plak.. hahaha.. ^_^

    ReplyDelete
  5. aduhhh.. dah la baca entri ni masa tengah malam.. seram pulak kite..hahahaha

    ReplyDelete
  6. ishhhh...naik segala bulu yg ado nie hah...ish..budak nie..

    ReplyDelete
  7. Aiyoo ni cerita hantu kedua dah Nani baca. Seraam pulak oi

    ReplyDelete
  8. Seram lah cerita hantu. Teringin nak tengok tapi seram..

    ReplyDelete
  9. alamak aii..org sblh ni men2 plak..=.=

    ReplyDelete
  10. ishh i cannot dengar cerita seram macam ni haha nanti terbayang2 pulak T_T

    ReplyDelete
  11. ayoooo...bab tunjuk rupa ni yg seram....

    kita join jugak contest ni :)

    ReplyDelete
  12. Huhuhu ... Sebaik baca dah pagi ... Memang pernah dengar cerita nih ... Seram oiii kalau nak cerita pasal duk asrama sensorang masa cuti ... Semua nyer dibuat dengan segera terutama nyer mandi dan membuang ... Hahaha ...

    ReplyDelete
  13. Errrrr ... nasib baik baca entry niiih tgahari .. haha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!