SAFI Shayla Pek Fleksi; Lebih mudah lebih jimat.

11:06:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.


Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Ada 8 variasi yang boleh korang cuba:

1. Hitam Menawan
2. Segar Bermaya
3. Anti Kelemumur
4. Kawalan Minyak
5. Anti Gatal
6. Kawalan Rambut Gugur
7. Kawalan Rambut Rosak
8. Licin Terurus


Sally memang dah gunakan SAFI Shayla sejak daripada awal kemunculannya...Variasi yang Sally biasa pakai ialah anti-kelumumur dan yang terbaru ni Sally cuba pulak kawalan minyak sebab rambut Sally memang agak sedikit bermasalah dan berminyak dan Sally memang puas hati sangat sebabnya SAFI Shayla memang diinspirasikan untuk wanita bertudung.

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Domino's Pizza Fabulous Four

1:40:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Siapa yang tak suka makan pizza kan..? Walaupun menderita teruk memikirkan berat badan yang tak pernah surut, pizza sangat la tak boleh tolak...Terbaru ni Sally perasan ada satu pilihan menu yang baru dekat Domino's Pizza..."Fabulous Four" ni merupakan menu pilihan yang terbaru kat Domino's Pizza tau yang diinspirasikan daripada menu utama dan juga menu sampingan yang paling digemari rakyat Malaysia..


Dalam "Fabulous Four" ni ada Cheesy Mozarella Stix, Mini Cinnadots, Garlic Cheese Onion Rings dan Roasted Chicken Drummets...Kesemua pilihan ni merupakan pilihan yang paling banyak sejak mula dijual tau...dan sekarang ni Domino's berbesar hati nak bagi bukan satu tapi semua sekali dalam satu menu pilihan; "Fabulous Four"!

 
Walaupun ada 4 jenis, jangan risau sebabnya harga pengenalan Fabulous Four hanya RM19.90! Okay, ini sangat betul tau...mmg hanya RM19.90 je korang dah boleh makan 4 menu yang paling disukai ramai ni...jangan la sedih bila fikir takde pizza sebabnya dah nama pun  Domino's Pizza, mesti ada promosi jugak untuk pizza...

Korang boleh dapatkan 2 Regular Pizza dengan harga RM30 atau 2 Large Pizza dengan harga RM50...Ada lebih 28 jenis pizza yang korang boleh pizza...Kalau Sally, my all time favorite mestilah Beef Pepperoni dan Tuna Temptation...Yang lain tu Sally makan jugak tapi yang dua ni mmg all time favorite laa...


Haaa...Jangan tak tauu...Fabulos Four ni ada rival tauu...Fabulous Four Women & Fabulous Four Kids! Hahahaha..takde laa..gurau je...seronok makan-makan dengan dorang ni...lagi seronok sebab puas makan pizza favorite kan...Alhamdulillah dengan rezeki yang dapat...

Okay, untuk maklumat lanjut pasal Domino's Pizza Fabulous Four atau anything pasal Domino's Pizza termasuklah promosi terbaru dan lain-lain, korang boleh ke Facebook (facebook.com/DominosMY) atau terus ke laman web rasmi Domino's di www.dominos.com.my okay?

Jangan lupa cuba Domino's Pizza Fabulous Four!


2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Senarai penyertaan Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

5:00:00 PM Sally Samsaiman 20 Comments


Haa! Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung dah kan...So, sebelum Sally nak umumkan pemenang dia...Sally senaraikan la dulu link penyertaan...Kepada yang link dia takde, sila pastikan yang semua syarat-syarat penyertaan yang Sally senaraikan tu korang dah buat...Sally dapat track yang ada beberapa akaun Instagram dah un-follow walaupun masih lagi dalam tempoh peraduan, so...kalau tak menang jangan tanya kenapa la kan..hihi...kira macam takde rezeki laa..kalau menang tu kira rezeki...lagipun Sally cakap kena follow, tak cakap pun tak boleh un-follow kan..So, kira penyertaan masih lagi diambil kira..


SENARAI LINK PENYERTAAN:


Masih sempat lagi kalau ada yang masih nak mencuba nasib...sebabnya selain daripada hadiah utama 1x Beauty Box yang ada macam-macam dalam tuu...Sally juga mungkin akan pilih beberapa orang yang Sally baca entri dia dan barang tu ada kat rumah Sally! HAHA...tgh baik hati ni baik join cepat!

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Education Fair 2016

3:51:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Korea Education Fair 2016 is here!! Check this out~

For those who wish to further study in Korea, come and join the event to know more about the educational institutes and Korean Language Courses~

The event will be held in Penang (5th November 2016) and Kuala Lumpur (6th November 2016).

For more information, visit facebook.com/korea.education.fair


2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SISTA Malaysia - Aksesori smartphone yang semua perlu ada!

9:11:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Bercakap pasal aksesori telefon pintar, contohnya macam power bank, data cable, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, screen protector dan macam-macam lagi...kita mesti nak pilih yang terbaik kan...Yela..bukannya harga seringgit dua kita beli smartphone kita kan...ada yang sanggup ikat perut sebab nak dapatkan gadget yang terkini idaman hati...

Baru-baru ni Sally kenal dengan satu lagi brand aksesori telefon, SISTA..Sekali baca dah macam nama kumpulan KPOP kan..hahahaha...SISTA diwujudkan di Hong Kong dan sekarang ni beribupejabat di Shenzen, telah dicipta oleh sekumpulan warga muda yang sangat berminat dengan dunia teknologi. Mereka datang daripada Hong Kong, Shenzen dan juga Malaysia sendiri dan mereka ni sangat dedikasi dan mementingkan kualiti pada setiap produk yang dicipta.


Mereka telah mereka produk yang sangat diperlukan oleh pengguna gadget dan pada masa yang sama mereka menjanjikan produk yang berkualiti dan berkelas tinggi. Kalau korang nak tau, "SISTA" sebenarnya disebut juga sebagai "Sea-star", yang membawa makna tapak sulaiman. Ini kerana, pengasasnya berpendapat tapak sulaiman merupakan salah satu hidupan laut yang boleh hidup walaupun penuh dugaan.

Haritu Sally ada gunakan Apollo data & charging cable...Kebetulan Sally ni ada satu je kabel yang boleh transfer data, yang lain-lainnya hanya untuk cas sahaja..Jadinya kadang tu renyah nak bawak ke office lepas tu nak angkut pulak bawak balik rumah, jadinya Sally simpan SISTA Apollo data & charging cable ni kat rumah.



Apa yang Sally suka pasal Apollo data & charging cable keluaran SISTA ni:

1. Sangat pantas masa transfer data
2. Selamat semasa mengecas
3. Material dan silikon yang berkualiti
4. Direka dengan rekaan tanpa gumpalan sebab wayar dia nipis dan flat
5. Bau yang menyenangkan
6. Panjang wayar sehingga 1000mm

Pendek kata, apollo data & charging cable keluaran SISTA ni mmg sangat memuaskan dan sangat berguna kepada mereka yang kaki gadget...dan harga untuk setiap produk keluaran SISTA pun tidak terlalu mahal dan masih lagi worth your money...Macam yang Sally punya ni, hanya RM39 je..dan yang paling penting, original!

Kalau korang nak cuba atau mencari aksesori smartphone, korang boleh cuba produk keluaran SISTA ni...Just pergi kat Facebook mereka untuk tau lokasi kat mana nak dapatkan produk mereka atau boleh je klik kat link ni (https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037)

FACEBOOK : SistaMalaysia

WEBSITE : www.sista.hk

PHONE : 03-89417677

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Nur Batrisyia MSN 1st Birthday!

12:14:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Diam tak diam, anak buah Sally dah masuk umur setahun dah...Minggu lepas sempat jugak la buat majlis harijadi dia yang pertama...walaupun ayah dia takde sebab kerja, acik acik dia jela yang excited...Awal-awal lagi kakak Sally dah cakap nak buat tema Doraemon, ye...Doraemon...bukan sebab Sally okay...kakak Sally yang nak tau!

Rata-rata friends kat Facebook cakap Sally yang pengaruh kakak...

I is rasa macam difitnah, hokay!

Hahahahaha...Jadinya semuanya cuba jugak adakan Doraemon...Sally cuba cari party kits yang berunsurkan Doraemon, tapi macam susah sikit nak jumpa...jadinya beli jela apa yang ada...Kakak Sally pulak busy nak sugar cookies, jadinya Sally la mangsa kena buat...sebab dia tgh sibuk masak dengan mama...


Malam sebelum tu dah siapkan goodies untuk kanak-kanak...Nasib baik jugak buat tak banyak...kalau tak mesti lagi banyak keja Sally...belum masuk lagi dengan nak membakar cookies lagi...Nasib la anak buah baru je sorang...so, boleh la melayan!


 Haaa! Ini la kek Batrisyia...Hahahaha...disebabkan tema kepada birthday party ni ialah Doraemon, jadinya kek pun kenalah Doraemon kan? Comel gila kek ni...Kalau korang nak tau, kek ni hasil kerja tangan daripada Catherine Cakery. Ini kali ketiga Sally dapat rasa hasil tangan daripada mereka ni...tak pernah Sally tak impress dengan hasil mereka...Setiap details yang ada kat kek ni buat Sally excited, terutamanya kat bahagian loceng tuu...mmg sebiji macam yang betul!

Kalau korang nak tempah kek 3D macam ni, korang boleh call 012-392 1217...Sally yakin yang korang pun sama akan teruja tengok hasilnya...

Facebook : facebook.com/customisedcakesandparties


Haaa! Ni la sugar cookies yang Sally buat...okay, Sally mengaku Sally tak sempat nak buat icing dia...mmg banyak gila benda nak kena buat sampai tak sempat nak decorate cookies ni...hahahaha...tapi kira okay jugak la kan sebab masih lagi nampak bentuk muka dia kan...hihihihi..okay jugak kan? kan? kan?


Tadaaaaa...ni la birthday girl nya! Siap pakai Hanbook okay? Nasib la dia sebab dapat nanny, mama dengan cik yang gila Korea...sampai ke baju dia pun kena Korea jugak..hahahaha..Btw, abaikan muka acik ly yang tak touch-up habis tuu..penat berlari kesana kesini sebab nak bakar cookies, nak pick-up cake dia...macam-macam lagi laaa....


Dah alang-alang beli cake, siap pawww kat nanny Batrisyia kek cheese durian! Hahahaha...Nasib la walaupun Batrisyia tak makan kek, acik ly dgn mama, pak long dengan pak ngah dia boleh habiskan kek ni..hahahahaha...Believe me, Secret Recipe punya DURIAN CHEESECAKE is awesome!

So, that's how her birthday celebration turn on...mmg agak santai dan tidak berapa meriah, sebab banyak benda yang jadi before that..tapi overall, masih lagi best...InsyaAllah tahun depan kita buat yang lebih baik! :)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Watan Fried Kuey Teow, woohooo~

9:30:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments



Kuey teow je pun...apa yang nak review kan?

Tapi ni Sally nak share jugak dengan korang...Kalau korang kebetulan lalu kat Ampang atau spesifiknya kat Taman Watan, Sally suggest korang cuba fried kuey teow abang ni...Sally mmg suka gila makan...walaupun hakikatnya dia sama je macam kuey teow goreng yang lain, tapi ada special sikit la kat Sally...mungkin jugak sebab dia goreng panas-panas, tu yang buat Sally suka makan kot..hahaha


Kalau la korang ada kat area berdekatan, boleh la cuba...Landmark kedai ni, tepi jalan lepas daripada padang tuu...btw, ada jual sate jugak tau...itu pun sedap!

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sihat tu pun pinjaman.

1:06:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Ketika entri ni siap menaip, Sally dah masuk hari keempat dah demam...Kali ni demam agak lain macam sikit...daripada 40.0° ke 38.6° dan menginjak balik ke 39.8°...Panas badan tak jugak kebah...Sally pun dah lama tak berdarah hidung, sampai meleleh la semalam kat office hidung ni...Nasib jugak sekejap je dia berdarah...kalau tak sampai ke baju la mengalirnya...

Betul la orang kata, apa yang kita ada semunya pinjaman daripada DIA, kalau DIA nak tarik balik...belum puas kita guna pun DIA boleh rampas kembali...Kesihatan kita pun macam tu...Jadinya, jangan lupa bersyukur ketika kita sihat, dan bersyukur jugak kerana terpilih bila kesihatan yang dipinjamkan ditarik balik...

Buat masa ni rasanya demam je yang masih berlarutan...walaupun masih lagi selsema, dan hilang selera makan...tapi takde la sampai terdampar atas katil sepanjang hari...masih boleh bangun cuma tak la sekuat macam biasa...dan masih lagi MC buat masa ni...Doakan la Sally cepat sihat ye! Banyak benda nak buat lagi ni..

Kaohsiung - November 2015

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kumpul koleksi DreamWorks® “Trolls® Magnet” di 7-Eleven

4:25:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Trolls? Haaa! Kalau korang nak tau...DreamWorks Animation kembali dengan sebuah lagi filem animasi terbaru, Trolls yang bakal ke pawagam pada 4 November. So, sebabkan adanya filem ni, 7-Eeleven telah berkolabrasi denganpihak DreamWorks® untuk keluarkan fridge magnet edisi terhad ni...

Kempen ni bermula daripada 13 September sehingga 7 November, tapi jangan risau sebab masa untuk korang redeem bermula daripada 13 September sehingga 14 November..Ada extra masa seminggu tau nak redeem...


“Trolls® Magnet” ni comel tau...Sally dah ada dua..hahahaha...kalau korang nak tau, ada 15 jenis “Trolls® Magnet” yang boleh korang kumpulkan...dan yang penting sekali, cara dia mudah je...dengan setiap perbelanjaan RM5, korang ada dapat sekeping sticker...dan lepas tu...kumpul je sampai jadi 12 keping sticker dan redeem! Suka tengok Poppy & Branch, comel gilaaa laaa! Hahahaha...Tak sabar nak dengar suara Anna Kendrick dalam ni...


Kalau korang nak thrill lagi, boleh join "Show Your Trolls Colour", mudah je cara dia..Korang hanya perlu berpakai macam karakter Trolls yang paling korang minat, amik gambar dan upload ke Facebook Page 7-Eleven...dan korang berpeluang untuk menang Go Pro Hero 4!
 Ok, dah..jangan tunggu lagi..lepas ni pergi la kat 7-Eleven dan kumpulkan sticker okay...kalau tak nak, bagi dekat Sally..I'm happy to have it! Hihihihi...Maklumat lanjut korang boleh ke laman web rasmi www.7eleven.com.my atau ke Facebook: 7ElevenMalaysia

P/s : Kalau cashier lupa nak bagi, jangan segan-segan mintak tau..hihi

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

8:59:00 PM Sally Samsaiman 24 Comments


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


 

Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari
Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90.

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell Serum ini? Kesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik, mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my


Sila jawab soalan-soalan berikut :

1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : ibu)
2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : kulit berjeragat, kusam dan tidak bermaya)
3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana ibu saya masih mencari produk yang mampu mengurangkan jeragat diwajah, kurangkan kulit kusam dan tidak bermaya (sila berikan jawapan anda)

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

24 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

11street Offers Exclusive ‘Malaysian-ised’ Kit Kat Flavours in Conjunction with Malaysia Day

11:30:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


In conjunction with the upcoming Malaysia Day, chocolate fans will get to pre-order four never-been-seen-before special editions of the 4-finger Kit Kat bar, exclusively on 11street starting from September 16 and to expect delivery of their Kit Kat bars right to their doorsteps on a date of their choosing from 22 September onwards.

To kick start the pre-order process, 11street will debut four new special edition flavours – ‘King of Fruits’ for the discerning Malaysian, ‘Orange and Pineapple with Crunchy Pecan’ for a taste and feel of the tropics, ‘Café Latte with Cookies and Cream’ for coffee lovers, and ‘Banana Nut Caramel Cluster’ to appease your sweet tooth.



Shoppers who pre-ordered the special edition Kit Kat bars can opt to have them delivered to the comfort of their homes, on a date after Thursday, 22 September. Meanwhile, those who prefer to collect their Kit Kat bars can do so personally at Kit Kat Chocolatory, which will mark its inaugural presence in Kuala Lumpur soon. Collection will begin from Thursday, 22 September onwards, but shoppers must advise their preferred collection date. The price for 4-finger Kit Kat bar will start from RM9.90 to RM14.50 per box.



11street shoppers who pre-order the special edition Kit Kat bar will have to allocate at least one day for Kit Kat Chocolatory to prepare their order. They have to indicate their preferred delivery date upon check out on 11street. To date, delivery is available only for consumers in Klang Valley.


New 8-finger Kit Kat Bar with Customized Personal Message on Box to be launched

Starting October, 11street will also feature another one of Kit Kat’s new product offerings – the 8-finger bar. Fully customization, shoppers can incorporate every ingredient that they love into the 8-finger bar, from what goes into the fingers, choosing from three types of chocolate (milk, dark and white); nuts, fruits and a variety of exotic inclusions all the way to the look and feel of the box, including of a personalized message and photograph.The price for 8-finger Kit Kat bar is RM22.90 per box.

For more information, please visit www.11street.my

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[MV] Step Step by Suran (Jealousy Incarnate OST)

11:00:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Bila tengok cerita atau drama Korea, bohong la kalau kata kita tak cari pasal OST dia kan..Sally ni jenis minat lagu OST...tengok jugak laa...ada certain tu sampai ke hujung drama pun Sally tak kisah langsung dengan lagu yang ada...tapi ada certain drama, OST dia macam menusuk kolbuuu~

Terbaru ni Sally tgh ikuti drama Jealousy Incarnate; lakonan Gong Hyo-jin, Jo Jung-suk, Go Kyung-pyo, Lee Mi-sook, Park Ji-young, Lee Sung-jae dan Seo Ji-hye. Pada Sally drama ni tidaklah terlalu menarik, tapi sangat comel dalam pada masa yang sama..hehehe...Tapi Sally bukan nak review drama ni, Sally nak kongsi dengan korang salah satu OST dalam drama ni yang buat lagu ni stuck dalam kepala sejak 2-3 minggu yang lepas...hahaha

Suran merupakan penyanyi Korea walaupun lagu OST ni ber'genre' English..Cuba la dengar, kalau tak boleh tidur ke..boleh dengar lagu ni...Suka dengan suara Suran.. 


Step Step by Suran

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I will be next to you
You let me be on the line

Step Step
Where do we go now?
It feels like lost in a wrong maze

Step Step
Here we are half way home
And we will never give up
Hush, you can find your stars

Someday in your dream
Yes, I know it’s not so easy
Yeah, but don’t you ever let go
I know it’s all or nothing
But we’ll make it all right
Oh, so live your life shining like a star
And I’ll be your moonlight

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I’ll be right here by your side
So don’t you ever let go
Wish, I could just show you
But it’s not so easy

What everyone else gonna say
Cannot stop us forever
I’ll say it again
I know it’s all or nothing
But we’ll make it all right
Oh yeah, so live your life shining like a star
And I’ll be your moonlight

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I’ll be right here by your side
So don’t you ever let go
If you just remember this
Oh, tell me that we can get it over
Even if it’s gonna hurt me in the end
I’ll always be yours

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I’ll be right here by your side
So don’t you ever let go

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I’ll be right here by your side
So don’t you ever let go

Look in my eyes
Can you see my heartbeat?
Swirling everywhere I go

Look in my eyes
I’ll be right here by your side
So don’t you ever let go

Step Step
Where do we go now?

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kenapa masih menulis walau tiada yang baca?

1:48:00 PM Sally Samsaiman 45 Comments


Hmmm...Sally rasa rata-rata yang selongkar blog setiap hari ni merupakan blogger..Tak kira la blogger lama, blogger otai, blogger newbie, pura-pura jd blogger sebab nak barang free ke..eh? Kira sama la satu kategori kan...

Pernah tak ada yang tanya kat korang..."Kenapa masih menulis walau tiada yang baca?"

Jujurnya kan...Sally perasan dah ramai yang tak singgah blog Sally..biasa laa..dalam Malaysia ni ada berapa juta manusia pulak yang ada blog...rata-rata skrg lebih mahir guna ilmu fotografi, semua gambar cantik-cantik...Lagi menarik perhatian...Tak kurang jugak yang kerap terbang kesana sini...kita yang mampu tengok ni...sanggup meredah habis semua blog sebab nak baca pengalaman orang lain...


Keratan ni Sally dapat dalam awal April lepas...Kebetulan je...Sally pun bukannya jenis rajin baca surat khabar..Kalau ibu beli then baru la baca...Keratan tu ada statistik tentang pengaruh blog kepada pengguna...Walaupun peratusnya rendah..tapi kiranya hampir 20% kadar pengaruh dan keuntungan datangnya daripada blog, regardless paid or non paid review...

Ada sesetengah blogger, mereka suka bercerita pasal pengalaman...Walaupun tidak dibayar, dia nak cerita pasal semua benda yang dia rasa mungkin akan benefits kepada orang lain...Lain pula dengan certain blogger yang mencari makan dengan blog, jadinya perlu ada sedikit penghargaan sebelum nak buat sesuatu entri tuu...tapi mereka tetap masih menulis...

Walaupun jumlah manusia yang singgah ke blog Sally tidak serancak macam tahun lepas...Sally masih lagi menulis...sebabnya pada Sally...mungkin sesuatu yang Sally kongsi tu tidak diperlukan sekarang...Mana tau masa hadapan, ada sesuatu yang boleh diambil kan?

Sally menulis sebab Sally nak menulis, bukannya nak kejar populariti...Harapnya masih istiqamah la jiwa ni pada penulisan walaupun kadang tu rasa macam syok sendiri setiap hari (patah balik kat tajuk entri)..hahahaha...tapi takpe laa...korang kan ada..? Korang tgh baca kan?

Hehe :)

45 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Cerita Seram : Orang Sebelah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

4:29:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Beberapa tahun lepas, Sally mmg kerap ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebabnya kakak Sally belajar kat sana..biasa laa..dah namanya adik, konon rindu rinduan jadi kenang kenangan la..Jadinya selang seminggu mmg akan kesana sebab jarang kakak Sally akan balik hujung minggu..katanya tak berbaloi dengan penat lelah.

Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan pelajar akan pulang...lagi-lagi kalau cuti yang agak panjang..tapi kadang-kadang tu, ada yang lebih sanggup untuk tinggal di asrama kerana kekangan kewangan yang membuatkan kita berfikir sama ada berbaloi untuk pulang atau simpan duit untuk kehidupan seharian. Lain orang lain rezekinya kan?

Kalau nak cerita pasal Mak Cik Karipap, Sally rasa mesti dah biasa dengar kan..Kakak Sally pun pernah ditegur di tingkat tingkat 3...Bayangkan tingkap kakak Sally menghala ke bukit belakang bukannya ke koridor, boleh pulak Mak Cik Karipap jual karipap pukul 2.30 pagi..

*Kisah ini bukannya rekaan tapi masih ada sedikit tokok tambah*

Kisah ini berlaku pada kawan sebelah bilik kakak Sally..Kebetulan pada masa tersebut kebanyakkan pelajar pulang untuk cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum pada hari Isnin. Kakak Sally pun balik jugak sebab kurang sihat..Jadinya agak lengang la asrama sebab kebanyakkannya mmg balik ke rumah masing-masing...
 

Nak dijadikan cerita, Ain (bukan nama sebenar) tinggal bersendirian di bilik, kawan sebilik yang sepatutnya tinggal bersama terpaksa pulang ke rumah kerana ada urusan keluarga. Ain cekalkan hati juga walaupun agak seram sejuk bila terfikirkan terpaksa bersendirian untuk 3 hari..Mujur ada beberapa rakan di bilik yang lain yang tidak balik. Sama nasib la gamaknya.

Malam pertama tiada apa yang terjadi, malam kedua...hampir 12 tengah malam...ada satu ketukan dipintu bilik..Sangka Ain, mungkin rakan di bilik bersebelahan yang datang..Biasa la kalau tinggal di asrama, tengah malam tu la perut nak berkeroncong minta diisi. Ain sempat bertanya sebelum membuka pintu, "Siapa tu?"

Ada sahutan, tidak kuat tapi masih lagi boleh didengari... "Orang sebelah..", sahut di pintu.

Ain, tanpa berfikir panjang terus buka pintu dan......terus pengsan.

"Orang sebelah" yang datang tu mmg ternyata orang sebelah. Bukannya jiran di bilik sebelah, tapi satu lembaga yang hanya mempunyai sebelah badan. Kepalanya sebelah, mata juga sebelah, tangan, kaki juga sebelah. Ain hanya dijumpai rakan-rakannya pada keesokkan harinya.

Mmg seram, mendengarnya pun buat kita tak keruan..tapi kita kena tahu, kita menumpang bersama di bumi Allah..Jangan terlalu takut dan jangan terlajak berani...Kisah ni Sally ceritakan sempena dengan satu contest yang dijalankan oleh Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.


Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Cerita Volkswagen Kuning telah menjadi buah mulut sejak beberapa dekad yang lalu, ada yang katanya pernah nampak...ada yang hanya mendengar dan tak kurang juga dengan cerita mulut ke mulut...Bagaimana kisahnya? Kalau korang nak tau, kena la sama-sama tunggu kemunculan filem ni di pawagam!

Kalau korang nak dapat juga jemputan ke Tayangan Perdana filem Volkswagen Kuning, korang boleh sertai contest anjuran Bro Framestone (Volkswagen Kuning), dan peserta yang layak akan dijemput (termasuk +1) menghadiri Majlis Tayangan Perdana di MM Cineplexes, E@Curve Damansara. Dengar kata ada hadiah tambahan kalau contest ni ada sambutan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


#OppoF1s #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Shopping Online di Hermo tanpa Online Banking? Kan ada MOLPay!

2:51:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments


Shopping online dengan MOLPay | Siapa kat sini suka online shopping? Hehehe...Sally angkat tangan! Korang pun mesti suka online shopping...yela..senang je, klik sana klik sini...terus checkout dan bayar! Sejak-sejak jadi #kakakcantik ni...Sally dah mmg kerjanya asyik shopping online je...dari satu website ke satu website..kalau takde, baru pergi virtual store..hahahaha..nampak tak masalah dia?

Sebelum ni Sally ada jugak baca pasal Hermo, tapi belum sampai seru lagi nak shopping kat sana...sampai la barang yang Sally cari takde stok dekat kedai! Terus zapppp pergi website hermo.my! Nasib baik ada stok tau!



Sally rasa korang mesti jarang dengar pasal HERMO kan? Hermo ni merupakan sebuah portal online shopping yang menawarkan rangkaian kosmetik, siri penjagaan kulit, siri penjagaan rambut dan macam-macam lagi daripada jenama terkemuka seperti barangan daripada Korea, Taiwan, Jepun, Malaysia dan serata dunia...termasuklah Nature Republic, The Face Shop, Etude House, April Skin, Too Cool For School, Maybelline, Elianto...eh, banyak pulak nak senaraikan...

Sally dengan Korea kan mmg tak boleh berpisah..Nak beli pun barang Korea, kan Sally ni Duta Kecil Korea...hahahaha...Sebenarnya Sally tgh mencari pencuci muka Sally...pergi kat satu website tu takde, pergi kat online store pun takde..Jadinya takde pilihan terpaksa la cari juga kat website lain, nasib la kat Hermo barang dia updated, ada je pencuci muka Sally...


Dah siap godek bagai, penuh excited nak bayar dah ni...Pilih la online banking, sekali sampai ke sudah TAC number tak sampai! Hoii...macam mana nak shopping kalau gini! Dah la kita urgent nak membeli kan...boleh pulak masa ni la dia buat hal tak nak hantar TAC number! Korang tau tak berapa punya stress kalau dah excited nak bayar tapi TAC number tak sampai..hahahaha..

Nasib baik tau kat Hermo ni kita boleh bayar guna MOLPay...Senang je tak payah nak ada online banking pun kita boleh shopping secara atas talian tau...Korang pernah dengar MOLPay tak?


MOLPay, Cara mudah bayar tanpa perlu online banking.
MOLPay CASH : http://www.molpay.com/v3/cash

Sally tak pasti sama ada korang aware atau tidak dengan MOLPay...Sally yang kaki online ni mmg biasa sangat dah dengan MOLPay ni...tapi jangan tertukar MOLPay dengan MOLPay Point tau...MOLPay ni sebenarnya merupakan sebuah gerbang pembayaran pelbagai mata wang yang pertama di Asia Tenggara yang menerima wang tunai untuk pembayaran dalam talian.

Macam mana nak guna tunai?

Korang cuma perlu ke 7-Eleven atau Petronas yang berdekatan dengan korang untuk bayar...Alaaa..bukannya susah nak mencari 7-Eleven kat Malaysia ni...Jangan nak malas okay!


Masih tak faham macam mana nak gunakan MOLPay?

Jangan risau, Kakak Sally akan bagitau satu-satu step dia untuk korang menyambung legasi sebagai pembeli barangan online..hahahaha...Kali ni Sally share macam mana Sally gunakan MOLPay semasa shopping di Hermo..


Langkah 1: Pilih barang yang dikehendaki, tekan checkout dan pilih MOLPay Tunai sebagai pilihan pembayaran
Langkah 2: Ambil gambar atau screenshot bukti transaksi (Transaction ID, verification code, jumlah)
Langkah 3: Pergi kemana-mana cawangan 7-Eleven untuk buat pembayaran.
Langkah 4: Jangan main sergah je, cakap dengan juruwang nak buat transaksi MOLPay Tunai.
Langkah 5: Tunjukkan Transaction ID, verification code
Langkah 6: Lepas tu bayar dan pastikan juruwang tu bagi 2 jenis resit, yg pertama resit MOL-MOLPay dan yang kedua, resit 7-Eleven.


Haaa! Tak sabar dah kan nak shopping sebab tau kaedah ni kan...selain daripada memudahkan kita nak shopping, MOLPay ni juga memudahkan kita nak bayar jumlah yang ganjil...macam kang tiba-tiba ada RM2.30 laaa...dah macam mana pulak nak masukkan dalam cash-deposit machine..Iye dok?

MOLPay - Convenient, easy, quick & hazzle free payment method

Sebelum korang bergegas nak shopping tu, ini nak bagi tau...sebabkan Sally ni baik hati, Sally nak bagitau korang yang Hermo akan bagi diskaun RM5 kalau korang masukkan kod (HMOLPAYCASH05), tapi ada syaratnya!

1. Kod ni hanya boleh digunakan sekali sahaja utk setiap pemilik akaun
2. Kod ni hanya layak ditebus untuk pembelian melebihi RM60 sahaja
3. Kod ni sah sehingga 31/12/2016

Alaaaa...tapi takkan la korang shopping tak lebih RM60 kan? Hahahaha..eh, mengata diri sendiri..LOL...Ok, berbelanja dengan bijak okay! Save RM5 tu dah boleh beli makanan tengahari kat 7-Eleven sambil-sambil g bayar tuu..kan?

Ok laaa...dah boleh start shopping dah...Sally dah habis bebel..hahahaha...Nanti kalau ada masa, barang dah sampai...Slaly akan review apa yang Sally beli di hermo.my!

17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

4:34:00 PM Sally Samsaiman 69 Comments


Salam...

Lama betul rasanya Sally tak buat giveaway dekat blog kan..hihihi...Haa! Ni Sally nak buat satu giveaway ringkas...Hadiah dia pun sama macam tajuk giveaway...Haaa! Sally akan hadiahkan 1x Beauty Box yang ada macam-macam dalam tuu...skincare, mekap dan macam-macam lagi...Suka takkk?


Cara-caranya mudah je...

Syarat-syaratnya:

1. Follow blog
www.sallysamsaiman.com

2. Follow Instagram
@sallysamsaiman

3. Like Fanpage
sallysamsaiman.com

4. Pergi kemana-mana entri dalam blog Sally, tinggalkan komen yang ikhlas (min 3 entri)

5. Buat satu entry bertajuk Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

6. Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.
7.  Dalam entri, ceritakan satu produk yang korang pakai/suka/wishlist (min 20 patah perkataan)

8. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Mula - 13/9/2016 | Tamat - 26/9/2016

UPDATE : TAMAT!

69 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine, kini di Malaysia!

7:18:00 PM Sally Samsaiman 25 Comments



Sebagai peminat tegar kopi, adanya mesin brew kopi kat rumah mmg perkara yang paling bahagia...Bayangkan kita boleh buat kopi kegemaran kita kat rumah je...Cakap je nak Espresso, Lungo, Americano, Latte atau Cappuccino...semuanya boleh kita sediakan kat rumah tanpa perlu pergi ke kedai kopi.

NESCAFÉ GOLD BLEND Coffee di proses daripada biji kopi Arabica dan Robusta terbaik!

Nestle dan Nescafe baru-baru ni dah keluarkan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine yang mana membantu kita sediakan premium coffee dengan hanya satu sentuhan...Syok kan? Sebelum ni Nescafe dan keluarkan Dolce Gusto, dan kali ni dengan pilihan yang hampir sama…dorang keluarkan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine. NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine datang dengan dua warna yang berbeza; merah dan hitam…Sally suka warna merah!



Kalau tanya Sally, kedua-dua machine ni ada kegunaan yang berbeza…Sally suka Dolce Gusto sebab setiap capsule tu ada rasa dia yang sendiri, tapi NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine pada Sally sangat bagus sebab bagi kita rasa macam jadi barista dirumah.

Antara sebab NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine menjadi pilihan Sally:
i. 5 pilihan kopi dengan satu sentuhan - Espresso, Lungo, Americano, Latte dan Cappuccino
ii. Kita boleh buat buih susu yang cantik tanpa perlukan frother yang berasingan, untuk pilihan Latte dan Cappuccino, hanya perlu masukkan susu segar sebelum brew dan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine akan hasilkan buih yang cantik dan sempurna!



Selalunya di rumah, Sally akan minum Iced Americano (sebab terkenangkan Yonghwa..hihi) dan juga Latte, kalau datang time rajin Sally akan olah sikit Latte Sally supaya lebih sedap dengan jadikan dia Iced Caramel Latte...Caramel ada je dijual dipasaran atau kalau rajin nak buat sendiri pun ada je resepi kat Google..

Ni ada berita baik kalau korang nak dapatkan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine di rumah!

~ LAZADA akan melancarkan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine pada 14 September 2016!

~ Korang boleh dapatkan NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine dengan harga pengenalan RM239 dan akan turut dapat 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack

~ Dapatkan di Lazada - http://www.lazada.com.my/nescafe-barista

Haa! Kepada peminat kopi macam Sally, usah buang duit buang tenaga nak ke kedai kopi, korang pun boleh hasilkan kopi premium korang sendiri dirumah atau dipejabat. Jangan lupa dapatkan satu tau! Kat bawah ni ada video Sally guna NESCAFÉ GOLD BLEND Barista Machine..

A video posted by Sally Samsaiman (@sallysamsaiman) on

25 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sally dan Korea berpisah tiada.

10:22:00 PM Sally Samsaiman 30 Comments




Sally dan Korea berpisah tiada.

Orang lain sibuk dengan rendang, Nasi Dagang, lemang, daging korban...yang Sally boleh menghadap makanan Korea..hahahaha...bukannya apa..kadang-kadang tu mmg tak boleh nak tahan...Bila dah mengidam tu dah mmg tahap kena cari terus, takde tapi-tapi dah!

Menu kat atas ni ialah Dolsot Bibimbap dan Yuk Gae Jang...Menu ni mmg favorite Sally kalau Sally kesini...Kalau korang nak cuba makanan Korea, korang boleh ke Ampang Point, cari kedai yang bernama Gomonae...kat situ ada macam-macam jenis menu masakan Korea yang korang boleh cuba...Kalau nak beli kimchi pun boleh, dan jangan lupa cuba teh jagung dorang tau...sedap! :)

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Promosi terbaru D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill, Shah Alam

2:37:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Korang suka makan steamboat tak? BBQ? Grill?

Sally suka gila makan benda-benda macam ni...Lagi-lagi kalau makan ramai-ramai..bertambah la gembira...Makan sambil berborak kan...Pernah dengar D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill? D'Kayangan ni terletak di bawah Sri Acapella Service Apartment, Seksyen 13, Shah Alam...Mmg terkenal dengan menu kepelbagaian mereka dalam Steamboat, BBQ & Grill dan yang paling penting, kambing bakar!

Baru-baru ni Sally singgah kesana sebab ada promosi terbaru...Kalau korang suka bersantai hujung minggu, nak masak tapi terasa macam nak gantung kuali...Sally suggest korang cuba la promosi terbaru D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill, ada "SYOK SUNDAY FAMILY DAY" tau...

Apa pulak promosi "SYOK SUNDAY FAMILY DAY" ni..?


SYOK SUNDAY FAMILY DAY

"SYOK SUNDAY FAMILY DAY" ni merupakan promosi brunch (breakfast dan lunch) yang diadakan bermula pukul 12 tengahari sehingga pukul 3 petang setiap Ahad..apa yang syoknya? Mestilah harga! Syok sebab harga bagi seorang dewasa hanya RM22.90 manakala untuk kanak-kanak, RM9.90 sahaja!



Haaa..murah kan? Tak payah susah-susah nak masak breakfast dan lunch, ni kalau makan buffet steamboat; BBQ & Grill, boleh bawak kenyang sampai ke malam...Untuk pilihan makanan pulak, jangan risau...mmg ada banyak jenis makanan...Selain daripada steamboat; BBQ & Grill, ada juga menu lain macam Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Bihun Goreng..Masakan panas lain pun ada tapi hanya dimasak mengikut hari-hari yang ditetapkan...Pelbagai jenis buah, kek dan aiskrim pun ada...




Haaaa! Apa lagi tunggu kan...Setiap Ahad tau promosi ni, bawak la mak ayah, adik kakak abang, anak sedara anak sepupu anak kucing semua g makan steamboat...Jimat pun dah jimat...Masakan dia semuanya Sally suka...dan kalau korang nak tau, resepi ni semuanya resepi asal daripada Chef Shanizam, yang dah ada 15 tahun pengalaman dalam dunia kulinari ni tau!

Untuk steamboat, boleh pilih nak sup ayam atau tom yam...kedua-duanya sedap...Kalau korang suka pedas, Sally cadangkan korang ambik yang tomyam laa...letak banyak-banyak seafood dalam tu, kuah dia makin lama makin sedap!

PROMOSI SYOK SUNDAY FAMILY DAY INI HANYA TERHAD PADA HARI AHAD (12PM - 3PM)...Selepas daripada masa tu harga akan kembali menjadi RM33++ untuk dewasa dan RM18++ untuk kanak-kanak...Jangan risau sebab masih lagi berbaloi..kan?

Disarankan supaya membuat tempahan awal kalau nak datang, sebabnya D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill selalunya hanya akan dibuka pada pukul 5pm setiap hari, jadinya kalau hari Ahad tidak ada RSVP untuk datang pada pukul 12pm-3pm, mereka akan buka pada masa yang kebiasaannya sahaja..Haaa, kang kempunan!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA!

Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang ni, ada promo tau...Untuk Buffet Merdeka ni, bayar RM33++ utk dewasa, RM18++ untuk kanak-kanak dan makan dengan lebih 150 pilihan seafood dan grill serta menu 1Malaysia seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Pelangi, Mix Vegetables (Chinese style), Sup Kambing dan macam-macam lagi!


FACEBOOK : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!