The Parenthood Playland Theme Birthday Party for Jane's children!




Tiba-tiba bercakap pasal anak...anak sape pulak kan...Minggu lepas Sally sempat hadiri birthday party anak kepada rakan blogger, Jane Chua...Rasanya korang mesti kenal dengan Mommy Jane kan...

HAPPY BIRTHDAY CHAI WEN & WEI HAN!

7 Ogos yang lepas, Jane buat satu birthday party untuk kedua-dua anaknya di The Parenthood, Sunway Putra Mall...Teruja betul Sally sebab dah lama takde attend birthday party...Lagi-lagi birthday party mereka kali ni bertemakan MINION!

Haaa...mesti teruja kan...bukan setakat budak kecik je yg teruja..The Parenthood Playland Theme Birthday Party mmg telah lama dijalankan oleh The Parenthood tau...Korang boleh pilih nak tema apa...nak superheroes ke nak Pokemon ke ikut korang laa...ada je kat sini...Kalau untuk baby girl, ada juga tema Princess dan Frozen...Pakej bermula daripada RM1,200 dan keatas.

Untuk pemilihan kostum pula, korang kena la check dekat facebook.com/Dream-World-Costume, mana la tau kot-kot dah ada yang guna masa hari kejadian tuu..terus badmood pulak birthday girl/boy tu nanti....



Jangan risau pasal makanan...Sebabnya dekat The Parenthood ni ada sebuah cafe yang dipanggil "Lillipilli"...Comel sangat kan nama...Pasal dekorasi pun jangan kisahkan...sebab dorang akan decorate semua makanan tu mengikut tema yang korang pilih...macam kat gambar tu ada cupcake, sandwich dan macam-macam lagi la dengan harga yang berpatutan...Believed me, bihun goreng dorang ni terbaik tau! Btw, Lillipilli cafe also did food catering for birthday, wedding and all types of functions. Feel free to contact Andy Lam at 0162054048 for any inquiries!

Facebook : Facebook.com/Lillipilli



Nampak tak sesuatu yang comel..?



Hahahaha...disebabkan tema kepada birthday party ni ialah MINION, jadinya kek pun kenalah minion kan? Comel gila kek ni...Kalau korang nak tau, kek ni hasil kerja tangan daripada Catherine Cakery. Ini kali kedua Sally dapat rasa hasil tangan daripada mereka ni...tak pernah Sally tak impress dengan hasil mereka...

Kalau korang nak tempah kek 3D macam ni, korang boleh call 012-392 1217...Sally yakin yang korang pun sama akan teruja tengok hasilnya...

Facebook : Facebook.com/customisedcakesandparties



Untuk ibu bapa pulak...Jangan risau kalau taku boring...sebabnya ada juga benda yang korang boleh buat di The Parenthood ni tau...sebagai contoh main "Nerf Gun"...Hehehehe...dah alang-alang ada kat sini, Sally pun cuba jugak laaa...Korang hanya perlu bayar RM7/pax dan dapat main 3 game..."Nerf Gun" ni sesuai kalau kita dapat buat setiap kumpulan 2-3 orang...baru la syok nak berperang! Hehehehe...

Sebenarnya ada banyak benda yang korang boleh buat di The Parenthood, terutamanya kepada ibubapa yang buntu nak bawa anak-anak bermain kat mana...dan yang penting sekali, kat sini selamat dengan pengawasan CCTV dan staff mereka yang friendly...Harap-harap dapat kesini lagi lain kali!

The Parenthood Playland
2-1, Level 2, Sunway Putra Mall,
50350 Kuala Lumpur.
Contact : 03-40503808.
Website : theparenthood.com.my
Facebook : www.facebook.com/The-Parenthood

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!