Macam bau ibu laa minyak wangi Sweetheart by DD Cosmetics ni!

9:49:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Masa awal-awal Sally dapat minyak wangi Sweetheart, satu je yang terjah kat kepala Sally...Minyak wangi ni sama macam minyak wangi ibu...bila Sally pakai, macam ibu ada dekat je dengan Sally...Hahahaha..tapi sebenarnya minyak wangi ibu jenama lain laa...cuma Sally suka bau ni sebab selalu masa dulu ibu g keja, ibu akan pakai minyak wangi tu...Bau dia lebih sesuai untuk kita ke majlis yang tenang atau pun untuk kegunaan seharian sebab bau dia sangat "sweet" dan buat kita rasa muda selalu..gittew~


Sebenarnya Sally ni mmg pengumpul perfume yang tegar...Walaupun Sally jenis kedekut sikit pasal minyak wangi Sally, tapi Sally mmg tak boleh kalau tak ada minyak wangi la senang kata...Bila dapat minyak wangi Sweetheart ni rasa macam nak g pinang Yonghwa weh..hahahha...almaklum la dah wangi!

Antara sebab kenapa Sweetheart kena ada dalam koleksi korang:

1. Setanding jenama antarabangsa

2. Mesra solat

3. Tahan lama (8 hingga 12 jam)

4. Segar dan membangkitkan semangat


Dah hampir seminggu Sally gunakan Sweetheart, bagi Sally perfume ni sangat berpatutan dengan harga dia..Walaupun mungkin design botol dia takde la vogieee macam perfume dari luar negara, tapi pada Sally, botol dia sangat praktikal sebab kecil dan mudah nak bawa kemana-mana pun...Kalau beg kita kecil pun masih lagi muat dan having a perfume is a must, okay?

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

Kapasiti 30ml sangat banyak..tak perlu nak sembur banyak...sedikit semburan je dah boleh bagi kita wangi dan yang penting sekali tahan lama...Kalau korang mencari wangian yang terbaru atau nak cuba sesuatu yang lebih "sweet", Sally cadangkan korang cuba perfume ni...Kepada yang berminat nak tahu maklumat lanjut tentang minyak wangi Braveheart dan Sweetheart ini, bolehlah klik SINI.


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

You Might Also Like

8 comments:

  1. Wanginya sally!! Hehe. Sampai terus nak pinang Yong Hwa =D Mana nak beli minyak wangi ni Sally? Siqah suka minyak wangi tapi beli yang murah je. Takdelah perfume luar negara pun. Biasa siqah guna Enchanteur Paris Adore je :)

    ReplyDelete
  2. yuhuu..pinang yong hwa?..abis laa..kuat x baunya?..

    ReplyDelete
  3. Yang braveheart mesti utk lelaki kan..curious plak nak tahu bau dia cmne..haha

    ReplyDelete
  4. cantiknya botol minyak wangi ni. saya selalu kedekut nk spent duit utk minyak wangi yg mahal2.. tpi yg mahal nilah yg bagus kan, huhu

    ReplyDelete
  5. mesra solat tu perlu skarang.. kalo x macam2 alkohol ada..

    ReplyDelete
  6. GOOD LUCK

    http://belogs.blogspot.my/2016/08/kau-di-hati-ku-braveheart-oleh-dd.html

    ReplyDelete
  7. salam... terima kasih sudi menghantar entri review minyak wangi..

    keputusan diumumkan pada 22 Ogos 2016. good luck ya..

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!