Jom pergi Taiwan?

11:02:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Orang lain dengan usia Sally ni dah risau la bila nak kahwin, tapi yang Sally dok risau macam mana kalau tahun depan tak dapat nak travel kemana-mana..hahahahaha...ye, Sally belum sedia nak kahwin, jadinya Sally nak ajak korang ke Taiwan! Hahahahaha...

Kenapa Taiwan?


Jumlah pelancong luar negara yang mengunjungi Taiwan pada tahun 2015 telah mencecah sepuluh juta orang dan mencapai 1049.9 juta orang dan 43 juta adalah pelancong dari Malaysia; Taiwan berada di kedudukan kelima bagi destinasi melancong yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

Taiwan telah berusaha untuk menawarkan persekitaran ‘Muslim friendly’ yang menarik minat umat Islam untuk mengunjungi Taiwan. Awal Ogos yang lepas, Sally sempat menghadiri "Taiwan Tourism Promotion Event" yang mana turut sama menjemput Chef Dato’ Fazley, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 sebagai tetamu khas dan beliau berkongsi tentang sasaran lawatan di Taiwan yang sesuai untuk pelancong Islam.

Jujurnya, mmg agak susah nak berjalan dekat negara yang majoritinya tak memahami bahasa inggeris, tapi sebenarnya rakyat mereka ni sangat peramah dan juga suka membantu...walaupun tak tahu, mereka masih juga insist nak tolong...Teringat masa Sally g Taiwan dulu, pening nak mencari kedai makan...sampai sesat la senang kata, tapi jumpa dengan sekumpulan pelajar dan dorang sungguh-sungguh juga tolong walaupun ada kekangan memahami bahasa masing-masing...


Petang tu ada banyak lucky draw daripada Tourism Taiwan, tapi sayangnya kali ni tak ada rezeki Sally nak menang...tapi tahniah kepada blogger Tya Salmid yang dapat tiket kapal terbang pergi dan balik untuk ke Taiwan...sampai menangis dia terkejut menang tau...Alhamdulillah...lain orang lain rezekinya kan...

Sebenarnya Taiwan ni dah banyak sangat develop kemudahan untuk pelancong Islam walaupun majoriti mereka bukannya beragama Islam...dan Sally suka dengan perkembangan yang mereka lakukan...kalau korang tercari-cari tempat percutian yang baru, boleh la consider Taiwan...sebabnya Taiwan ni sangat cantik tau! Korang boleh baca list Travelogue Taiwan Sally kalau korang nak tau serba sikit pasal Taiwan..

You Might Also Like

6 comments:

  1. mmg ada niat nk g taiwan tp sy nk pegi kawasan2 kampung / bukit bukau bkn kawasan2 bandar or tourist attraction ;-)

    ReplyDelete
  2. Wishlist dr kecik memang nak pwrgi taiwan dan impian nak kawen dgn mamat taiwan .. haha .. tp apakan daya, macam tak mampu je nak capai .. no money no talk kui3

    ReplyDelete
  3. teringin pulak nak melancong. :D

    ReplyDelete
  4. Tq sally for this entry. mmg niat nak gi sana tu ada tapi kurang info utk pelancong Muslim so tangguh dulu. Hope dpt g next year. :)

    ReplyDelete
  5. Enjoy ur life...hehehe walaupun akk kekangan masa. Busy dgn anak. Tp hati sentiasa tenang n senang. So..jgn risau kalau nk kawen ye

    ReplyDelete
  6. i wish i have banyak duit utk pi travel around the world huhu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!