Ilin Cendol House, Kuang

4:26:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Bila petang, cuaca panas..tekak menangisi benda sejuk nak makan...Semalam Sally ke Rawang, g kenduri..on the way balik tu cousin cakap nak singgah makan cendol..katanya masuk dalam JJCM..padahal Sally tak tau pun..tapi dah orang bawak, orang belanja lagi..jangan la kita ego, kita hadap je! Hahaha

Kat Ilin Cendol House, selain daripada cendol, ada juga pilihan nasi dengan lauk asam pedas..dengar kata sedap juga tapi sebab baru balik kenduri, Sally takde la rasa nak makan nasi ke apa...Jadinya kita pilih cendol dan makan makanan yang ringan...



Untuk pilihan cendol, Sally pilih Cendol Campur...yang best nya sebab dalam cendol campur ni..selain daripada kacang merah, jagung dan pulut...ada juga tambahan keladi..haaa..pelik kan? Sally pun baru pertama kali makan cendol yang ada keladi....

Ibu pulak pilih Cendol Durian dan makan pulut mangga...Sally suka pulut mangga dia sebab pulut dia masak dengan elok dan mangga pun manis, kuah santan dia pun rasa la lemak...





Cousin pulak pilih Cendol Pulut Jagung...



As side dish sebab ibu dah makan pulut mangga, Sally pilih pisang goreng cheese..makan kongsi dengan cousin..sedap jugak la sebab makan panas-panas kan..Harga cendol kat sini pun tak la terlalu mahal...masih ok la pada Sally...sebab range pun dalam RM3-RM6 je mengikut jenis cendol yang korang pilih...



Kalau korang ada kat area Kuang atau Rawang atau Sungai Buloh, singgah la cuba cendol dorang tau...pada Sally la lemak cendol ni lain sikit...ada istimewa dia sendiri...Dorang ni dah lama dah wujud sebenarnya, mungkin kurang dikenali sebab jauh daripada bandar KL...Jangan lupa singgah!

Ilin Cendol House, Kuang
Batu 17 Kg Damai, Kuang 47000 Sg Buloh.

You Might Also Like

10 comments:

  1. Replies
    1. kalau dekat dah sally angkut cik Nor seklai :D

      Delete
  2. mak aih. tengok gambar je dah kecur liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan tengok je..meh la makan sekali :D

      Delete
  3. Dekat ngan rumah akak tapi jarang sangat ke sana. Cendol diorang memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Sally baru sekali ni je kak pergi...tapi mmg puas hati, sedap!

      Delete
  4. Kejaaaaaaaaam ! Hahaha . Weh Nani tengok entry ni pukul dua pagi, bergoyang perut tengok. Sedapnya !

    ReplyDelete
  5. Future in law umah kat Kuang tp x pernah tau pun pasal gerai cendol ni...harus pergi ni

    ReplyDelete
  6. tetiba macam nak cari cendol hari ni...ngences dah..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!