Chef Wan masak-masak dengan Golden Churn Spreadable butter!


Sepanjang hidup ni...Sally sebenarnya tak pernah tau pun ada jenama Golden Churn Butter...Walaupun pada hakikatnya ianya dah berada dipasaran hampir 70 tahun...Wahhh! Kalau betul la butter ni hidup, rasanya mesti dah tua sangat kan? Hehehehe...Golden Churn Butter telah menjadi jenama antarabangsa yang terkemuka dengan menghasilkan produk premium yang berkualiti dengan slogan “Goodness Guaranteed”.

Minggu lepas, Sally dapat jumpa dan tengok Chef Wan masak secara LIVE! Yang lagi teruja sebab Sally dapat makan makanan yang dimasak oleh Chef Wan menggunakan Golden Churn Butter. Kalau korang nak tau, Golden Churn dah melancarkan rangkaian terbaru Golden Churn Spreadable yang memadankan Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil) serta minyak Avokado.



Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil
Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.




Golden Churn Spreadable with Avocado Oil
Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter dengan tekanan sejuk minyak Avokado dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit, potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich.

MS JOY DING, DATUK CHEF WAN & MR JONATHAN SEKHON



Dapat tgk dan rasa sendiri masakan daripada chef kesayangan Malaysia ni mmg sangat buat Sally rasa bertuah...Bukan semua orang dapat rasa kan...lagi-lagi dimasak terus dekat situ kan...Pelancaran produk Golden Churn ni diadakan di The Talent Lounge, Empire Damansara. Masa masuk kedalam kedai dan tgk interior susunan sempena pelancaran ni mmg Sally suka gila...al-maklum la jarang-jarang tgk interior yang macam tuuu..hahahaha...

DATUK CHEF WAN DOING A COOKING DEMONSTRATION FOR THE MEMBERS OF MEDIA

Datuk Redzuan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mencipta 2 resepi diinspirasi daripada 2 produk mentega baru ni. SPECIAL LEBANESE CHICKEN RICE & SPECIAL SAVOURY CORN MUFFINS...Kedua-duanya sedap...

SPECIAL SAVOURY CORN MUFFINS MADE BY CHEF WAN USING THE NEW SPREADABLE BUTTER

 SPECIAL LEBANESE CHICKEN RICE RECIPE MADE BY CHEF WAN USING THE NEW SPREADABLE BUTTER

Lepas ni kalau korang ke pasaraya, jangan lupa cari butter keluaran Golden Churn tau...Golden Churn butter telah berada di pasaran Malaysia berabad lamanya dan tidak diragui lagi sebagai pilihan utama mentega premium dalam komuniti Malaysia.

Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan Golden Churn Spreadable with Avocado Oil sangat mudah untuk dikenal pasti melalui reka bentuk bekas berwarna perak ‘metalik yang menyerlahkan keaggunan serta rasa & aroma premium dengan kebaikan yang terjamin.

Post a Comment

4 Comments

  1. singgah pagi jumaat....
    InsyaÁllah...kalau terjumpa nanti akak try beli n masak :)

    ReplyDelete
  2. wahhh bertuah kak sally dapat rasa masakan chef wan terkenal malaysia. :D
    butter tu macam sedap je. rare sungguh :3

    ReplyDelete
  3. bestkan dpat tgk chef wan msk live.
    pppstt: sally, da kluar erk entry tu. sbb tgh edit td. pastu ttba hp teroff. on blk cr entry tu x da.. ingat dh hlng.. huhuhu..
    lgpon dh terset date.. x smpat nk ubah

    ReplyDelete
  4. wah untungnya Sally dapat jumpa dan tengok CW masak.... macam best je butter tu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!