Belanja BFF makan di Pretz & Beanz, Bangsar.

8:32:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Mesti korang menyesal tak kawan dengan Sally kan..hahahaha..ok..ok..tak...Sally buat lawak je...kebetulan Sabtu lepas sempat la keluar sekejap jumpa Iera dengan Syifa'...Rumah Iera pulak kebetulan ada kat Bangsar, jadi sebelum hantar dia balik...bawak dia makan dulu kat Bangsar...Sally pilih Pretz & Beanz sebab terkenangkan pretzels dorang yang sedap tuu...

Ini sebenarnya kali keempat Sally singgah ke Pretz and Beanz, bagi Sally...kalau kita dah suka dengan satu-satu kedai tu...makanan dia lama-lama pun mesti teringat balik...Sally sarankan korang pergi la kesini bila gaji baru masuk..hahahaha

Iera - Syifa' - Sally

Sebenarnya tak banyak benda pun Sally boleh cerita...cuma Sally suka dengan kafe ni sebabnya makanan dia tak pernah menghampakan...Cuma selalu hampa hati bila tengok menu harga tak turun..hahahaha...


Aglio Olio Prawn Spaghetti

Yang ni menu baru yang terdapat dalam "All Day Dining" di Pretz & Beanz...rasa dia yang pedas dan udang dia yang segar tu buatkan rasa spaghetti ni sedap dan sedap gilaaa laaa..hahahaha...kalau korang tak nak makan pretzel, korang mesti cuba spaghetti ni tau! Spaghetti ni merupakan antara menu wajib kalau Sally kesini selain daripada pizza Hot Pepper Chilli Chicken...Jangan lupa cuba seaweed dan cinnamon pretzel sekali tau!


Iera makan bubur sebab tak berapa ada selera makan katanya...Sally rasa sedap la jugak tapi I will not recommend this...bubur kat rumah pun boleh masak kalau nak kan? Tapi dah katanya takde selera...Sally iya kan jela...

Yang paling best, masa kitorang makan ni tgh berlangsung game final Lee Chong Wei lawan Lin Dan..Lepas tu sempat la berdiri dekat 10 minit kat kedai bar sebelah sebab nak tgk TV...kalau korang nak tau, semua kedai yg buka channel tunjuk badminton tu semua penuh...Sally betul-betul bangga dengan rakyat Malaysia yang sanggup menunggu depan TV untuk sokong atlet kita!

Eh, panjang pulak malalut...Lepas ni kalau korang nak cari tempat lepak baru, boleh la ke Pretz & Beanz, Bangsar.

Pretz n' Beanz Cafe, Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026

Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz
Google+: bit.ly/PretzNBeanz
Instagram: instagram.com/pretznbeanz

You Might Also Like

3 comments:

  1. wah best2..bila nak belanje iolls plak..hehe

    ReplyDelete
  2. Sally pizza dia pun sedap lain.. doh dia buat guna doh pretzel

    ReplyDelete
  3. Dah lama x makan2 western food di Bangsar.

    Jemputlah join GA abam kie n rakan2. Thanks a lot.

    http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!