Autumn in Melbourne 2016 | Shrine of Remembrance & things to do in Melbourne

4:21:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments

Eh, lupa pulak nak sambung tulis travelogue..hahahaha..maafkan saya!

Selepas check-in ke hotel Mercure Welcome Melbourne...sempat la berehat sekejap...ibu, sampai je hotel terus tidur...Agaknya dah tua ni mudah penat kan...Sally pulak menanti kawan Sally yang sama belajar dengan Sally masa kat KPM Beranang dulu jemput...Oh! Lupa nak bagi tau...sampai ke airport, dorang yang ambik Sally...Sally dah kenal dorang since 2008 lagi...ni pun kebetulan dorang ada kat sana, saje la ajak buat jejak kasih kan..hahahaha...Lepas dorang drop Sally dengan ibu kat hotel, dorang balik dulu then baru la datang ambik lagi sekali...

Tempat pertama dorang bawak Sally ke Shrine of Remembrance...Tempat ni merupakan tugu peringatan kepada rakyat Victoria yang telah berjuang semasa perang dunia pertama (World War I) dan sekarang telah menjadi tugu peringatan untuk semua yang telah gugur semasa perang.


WEBSITE : www.shrine.org.au





Hari pertama tak banyak tempat pun sempat Sally singgah, hujan salah satu sebab laa...tapi sempat jugak jalan-jalan sekitar bandar Melbourne ni...Lepas jengah Shrine of Remembrance, bergerak pulak ke Hosier Lane..eh, entah betul ke tak nama dia entah...hahahaha...kat sini korang boleh tengok macam-macam jenis graffiti yang cantik-cantik...sayang jugak la bila ada yg vandalized some of the picture... 



Dah puas berjalan kat lorong gelap berseni tu, jenguk la jugak Flinders Street Station...kalau kat Malaysia, stesen ni macam KL Sentral laa..atau selalunya orang akan ke Federation Square...kat Federation Square ada banyak tempat yang best nak lepak dan chill out..boleh minum kopi, makan churros.

Daripada sini jugak korang boleh tengok YARRA RIVER yang cantik tu...in a short word, a great place to chill out and find a good foods.





Okay laa...itu je yang Sally boleh kongsikan...sebenarnya banyak lg tempat yang boleh korang teroka di bandar Melbourne ni...Dengan turun naik tram pun korang boleh dapatkan perjalanan yang seronok...Korang boleh ke Royal Botanic Gardens, National Gallery of Victoria, Block Arcade, State Library of Victoria, dan yang paling tak boleh tinggal; Eureka Skydeck 88.

Entri yang berikut ni Sally akan kongsikan tempat makan yang sedap kalau korang tetiba rindu nasi masa ada kat sana..hihihi

-to be continue-

You Might Also Like

5 comments:

  1. Suka tengok kereta kuda tu Sally.. :)

    ReplyDelete
  2. seronok sally dapat tengok negara orang :)

    ReplyDelete
  3. teringin gila nak pegi melbourne :(

    ReplyDelete
  4. nak naik Skydeck tapi tetiba malas so tukar plan hahaha.. padahal dari Malaysia dok aim.. nampaknya kena pergi lagi ni..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!