Cheese Naan sedap di Kuala Lumpur; RSMY!

10:03:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Rasanya kalau cakap pasal Cheese Naan sedap di Kuala Lumpur mmg takkan terfikir yang lain...mmg RSMY akan terjah ke kepala...RSMY mmg terkenal dengan cheese naan yang penuh, melimpah dengan cheese..yang penting sekali guna cheese Mozarella okay! Main tarik-tarik sampai langit! hahahaha...okay, Sally melawak jer...


RSMY ni ada beberapa cawangan di Kuala Lumpur ni...yang Sally pergi ni branch yang ada kat Medan Tuanku..Branch yang lain ada jugak macam kat Danau Kota dengan Masjid India..

Selain daripada cheese naan, RSMY ni pun ada juga sediakan Nasi Biryani...Haritu ibu cuba Nasi Biryani Udang Merah...udang dia pedas wehhh tapi sedap! Nasi Biryani Kambing pun sedap jugak...Range harga dalam RM12 - RM19 ikut lauk yang korang pilih...tapi jangan tamak sebab portion besar tau!



Dah la pasal biryani...Sally nak cerita pasal roti naan dia pulak...Syok wehhh...makan panas-panas...cheese dia boleh main tarik-tarik...layannn!



Sally punya favorite macam biasa laaa...mesti Garlic Cheese Naan...dengan extra cheese eh..hahahaha...jangan persoalkan kenapa lelemak Sally makin berkembang dengan gembiranyaaa..hahahaha...Kalau makan cheese naan ni boleh je nak makan kosong macam tu ataupun padankan dengan pilihan kuah yang ada....antaranya:




Ayam Tandoori, Keema, Chicken Magesh, Lamb Shank, Kambing Kerayi dan macam-macam lagi...semuanya sedap...tapi lagi sekali la Sally cakap, jangan tamak sebab portion besar tau! Kongsi la baru syok makan! Hehehe...


Kalau korang ada di KL atau sekitarnya, atau kalau korang teringin nak makan cheese naan, Sally cadangkan korang kunjungi RSMY dan rasai sendiri...tapi kalau korang bukan peminat cheese, sangat la rugi! Hehehe...

PROMOSI

Raikan harijadi korang di RSMY dan dapatkan 50% DISKAUN dalam satu resit.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter!

7:23:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter | Ingat tak pasal entri terbang dengan helikopter keliling Kuala Lumpur yang pernah Sally share minggu lepas..? Ni Sally nak share dengan korang...Weh, mmg serius best naik heli keliling KL...bukannya selalu dapat peluang macam ni kan...lepas ni kalau orang tanya macam mana bentuk Berjaya Times Square daripada atas, boleh jawab weh! Hahahaha...


Majlis perasmian KL Sky Tour telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, YBhg. Dato' James dan juga YBhg. Dato Zakaria pada 25hb Ogos yang lepas...Memang terasa bertuah betul sebab dapat menjadi antara orang yang terawal naik helikopter dan jelajah Kuala Lumpur dalam melalui udara...Selalu kita pandang je kan kali ni dapat naik sendiri mmg terasa berbeza!

KL Sky Tour ni merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai promosi Malaysia dan juga memberi kelainan dan pilihan yang lebih untuk terokai Malaysia.


Haaa! Sally nak share dengan korang antara pakej yang ada untuk korang cuba dengan KL Sky Tour:

The KL Explorer - 6 minit (RM198/pax) - Landmark bandaraya Kuala Lumpur
The City Explorer - 15 minit (RM488/pax) - Kuala Lumpur termasuk Batu Caves, King’s Palace & bandaraya Kuala Lumpur.
The Jungle Escape - 30 minit (RM 960/pax) - Melihat sekitar hutan hujan tropika.
The Mountain View - 45 minit (RM 1,388/pax) - Pemandangan lebih 6,000 kaki untuk melihat bukit bukau, Genting Highland dan kawasan sekitar Kuala Lumpur

Setiap pakej datang dengan view yang berbeza...kalau nak tengok lebih daripada view KL, boleh join The Mountain View...tapi kalau nak jimat boleh je kalau nak ikut The KL Explorer, walaupun hanya 6 minit, korang boleh tengok macam-macam view di bandaraya Kuala Lumpur!



Fleet atau helikopter bawah Helikopter Cempaka yang beroperasi dengan KL Sky Tour ada dua pilihan, sama ada THE ROBINSON R44 (kapasiti penumpang seramai 3 orang) atau pun THE ROBINSON R66 TURBINE (kapasiti penumpang seramai 4 orang)...Jangan risau walaupun jauh kat atas langit tu masih ada air-cond dan yang penting sekali selesa dalam tu sebab luas!
 

 
Jangan lupa cuba tau! Memang ada kelainan!! :)

Untuk maklumat lanjut:
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Minat main LOZ Block datang balik!

4:57:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



Hehehehe...dah lama gila tak sampai mood nak update blog sebab dah terkena demam rindu! Rindu bukan rindu kat orang tau tapi rindu nak main LOZ Block...Kalau yang dah lama dengan blog Sally mesti perasan yang Sally suka gila main lego versi mini ni...LOZ Block ni bukan jenama LEGO tau...dia datang dari China tapi hampir sama la dengan LEGO...

Kalau korang perasan, dekat tab atas ni pun ada satu page Sally dedicate untuk LOZ Block and kat situ korang boleh cikidaut antara koleksi yang Sally ada...Untuk stok kali ni Sally utamakan beli instuments...hehehehe...kenapa Sally nak buat instruments ni Sally akan share dengan korang lepas siap...Sally siap beli case tau nak letak dorang ni...Adoi...melayang duit! Nasib baik jugak beli daripada China, jimat la jugak berbanding beli dekat sini...

Cuti ni korang buat ape..???

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

3 Cara Mudah Nak Hilangkan Ketuat.

4:47:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


3 Cara Mudah Nak Hilangkan Ketuat | Sedihnya! Jari Sally naik ketuat pulak...orang tua kata bila naik ketuat ni sebab pemalas nak basuh tangan..hahahaha...Sally sentap! Hahahaha..Jujurnya ada jugak la masa yang tak rajin nak g basuh tangan..tapi tak tau la sampai teruk jadinya...Sampai thumb print tu ada hole sikit..nasib baik valid!

Jadinya Sally nak kongsikan 3 tips mudah nak hilangkan ketuat..(InsyaAllah la menjadi)

Gunakan bahan-bahan berikut untuk menghilangkan ketuat:

1) Daun Kesum


a. Tumbuk daum kesum sehingga lumat.
b. Campurkan sedikit garam dan gaul.
c. Kemudian sapu campuran tersebut kat ketuat.
d. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkan sehingga ketuat tu hilang.

2. Kapur Sirih


Sapu kapur sirih ke atas ketuat. Biarkan ia mengering.

3)Pasir Basah


Gosok ketuat dengan pasir basah, guna pasir di sungai atau di kawasan pantai. Amalkan selama tiga hari dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

BIGBANG 2016 MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR

9:30:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Fuhh! lama betul Sally takde share pasal konsert Kpop kat Malaysia kan...Sebenarnya Sally bukan peminat semua kumpulan Kpop...cuma ada certain laa dan harini Sally nak share dengan korang yang Big Bang akan datang ke Malaysia!!

BIGBANG 2016 MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR

Date : 1st October 2016 (Saturday)
Time : 7:30p.m.
Venue : Stadium Merdeka

Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan G-Dragon, Taeyang, Daesung dan Seungri! Oh! kepada peminat TOP, jangan bersedih eh sebab TOP takkan ikut untuk tour ni nanti...

Ticket launch will drop on 31st August 2016 (Wednesday), 11:00a.m. till 3:00p.m. at Tropicana City Mall ground floor main concourse area.


Ticket price for BIGBANG MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR as below :

SUPER VIP RM780 (numbered seat)
VIP RM680 (numbered seat)
ROCK ZONE RM680 *come with queue number
CAT1 RM580 (numbered seat)
CAT2 RM480 (numbered seat)
CAT3 RM390 (numbered seat)
CAT4 RM298 (free seating)
CAT5 RM198 (free seating)

** Ticket price inclusive 6% GST but exclusive RM4 processing fee
** Each person is entitled to purchase a maximum of 10 tickets on any ticket categories at ticket launch.


Online and outlet sales will begin on 31st August 2016 (Wednesday), 3:00p.m.
Ticketing website: www.ticketcharge.com.my
Ticketing hotline: 03-92228811
Ticketing outlet : Speedy music outlet, Victoria music outlet, Neway Karaoke outlet, The Mines shopping mall, TicketCharge office
For more information please login to IME Asia Facebook.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ilin Cendol House, Kuang

4:26:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Bila petang, cuaca panas..tekak menangisi benda sejuk nak makan...Semalam Sally ke Rawang, g kenduri..on the way balik tu cousin cakap nak singgah makan cendol..katanya masuk dalam JJCM..padahal Sally tak tau pun..tapi dah orang bawak, orang belanja lagi..jangan la kita ego, kita hadap je! Hahaha

Kat Ilin Cendol House, selain daripada cendol, ada juga pilihan nasi dengan lauk asam pedas..dengar kata sedap juga tapi sebab baru balik kenduri, Sally takde la rasa nak makan nasi ke apa...Jadinya kita pilih cendol dan makan makanan yang ringan...



Untuk pilihan cendol, Sally pilih Cendol Campur...yang best nya sebab dalam cendol campur ni..selain daripada kacang merah, jagung dan pulut...ada juga tambahan keladi..haaa..pelik kan? Sally pun baru pertama kali makan cendol yang ada keladi....

Ibu pulak pilih Cendol Durian dan makan pulut mangga...Sally suka pulut mangga dia sebab pulut dia masak dengan elok dan mangga pun manis, kuah santan dia pun rasa la lemak...





Cousin pulak pilih Cendol Pulut Jagung...



As side dish sebab ibu dah makan pulut mangga, Sally pilih pisang goreng cheese..makan kongsi dengan cousin..sedap jugak la sebab makan panas-panas kan..Harga cendol kat sini pun tak la terlalu mahal...masih ok la pada Sally...sebab range pun dalam RM3-RM6 je mengikut jenis cendol yang korang pilih...



Kalau korang ada kat area Kuang atau Rawang atau Sungai Buloh, singgah la cuba cendol dorang tau...pada Sally la lemak cendol ni lain sikit...ada istimewa dia sendiri...Dorang ni dah lama dah wujud sebenarnya, mungkin kurang dikenali sebab jauh daripada bandar KL...Jangan lupa singgah!

Ilin Cendol House, Kuang
Batu 17 Kg Damai, Kuang 47000 Sg Buloh.

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Autumn in Melbourne 2016 | The Arch

11:00:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments




SubhanAllah!


Dalam banyak-banyak tempat semasa ke Great Ocean Road, Sally paling terpegun dengan The Arch...tapi jangan tertukar London Arch (dulu dikenali sebagai London Bridge), juga antara tarikan yang ada di sekitar Great Ocean Road ni...The Arch located just 6 kilometres west of Port Campbell.





Kalau la korang boleh tengok masa ombak tengah menghempas ke batu-batu tu...serius Sally cakap mmg sangat cantik! Jujurnya Sally suka sangat dengan The Arch ni berbanding yang lain-lain...Macam Sally sellau cakap la kan...Sally mmg agak obses dengan laut...hahahaha...kat sini sangat sejuk dan angin kuat, jadinya Sally sarankan korang hati-hati kalau ada kat sini...takut kang melayang pulak...

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bermalam di M Boutique Hotel, Ipoh.

10:55:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Beberapa minggu lepas, Sally pergi ke kenduri kawan baik Sally kat Ipoh. Keluar rumah awal pagi dah tapi tersesat jalan la plak..padahal dah siap guna Waze dah..sampai ngam-ngam pengantin tengah bersanding. Phew nasib baik sempat tengok pengantin. Sally memang suka kalau datang wedding ni tengok pengantin bersanding. Dah nama pun kawan, kalau tak datang mau nya dia merusuh 2 tahun! Hahaha..

Seronok la dapat jumpa kawan-kawan…Dah lama kot masing-masing tak jumpa…lagipun macam korang tau, lepas belajar semua ada urusan masing-masing….Dekat lepas Asar jugak la baru kitorang bertolak dari rumah pengantin, yela bila dapat bergosip, berbual dan bergambar memang tak sedar masa berlalu. Lagipun pengantin ni memang rapat dengan Sally…kawan kolej pulak..

Dah lewat macam tuu…driver pulak kata tak larat nak drive balik lepas tu katanya nak food hunting dekat sekitar Ipoh…So, kitorang decide nak cari hotel dekat area Ipoh untuk bermalam. Sally pun bukak handphone, usha website https://www.traveloka.com/en-my/ dan terus senarai hotel yang ada di bandar Ipoh.

M Boutique Hotel yang memukau

Lepas berbincang dengan kawan Sally, kitorang pilih untuk bermalam di M Boutique Hotel, Ipoh. Sally terus booked dan kitorang terus ke hotel la sebab dah penat sangat kan. Sampai-sampai kat situ tak sangka cantiknya hotel ni. Rekaan bangunan luaran dia nampak sangat vintage dan artistik.


Cantik kan..?

Hotel dia kecil je takdela besar sangat tapi interior design dia cantik. Setiap ruang dalam hotel ni hiasan dia cantik-cantik. Kalau korang jenis suka bergambar memang best la duduk kat hotel ni.

Rekaan dalaman dia mmg berkonsepkan rekaan hipster. Walaupun kecil tapi dekorasi dia buat kita rasa WOW sangat! Hahahaha…Ini kalau propose nak deko ni macam kat rumah, mmg sure ibu kata okay punya!


Suasana dalam hotel ni mmg selesa. Lagi best sebab staff kat sini pun sangat friendly. Hotel ni ada tiga tingkat dan setiap tingkat di hotel berbeza kategorinya. The Adventure, The Majestic dan The Exselsior. Ha camtu la staff hotel ni explain kat kitorang. Sally pun penuh konfiden je angguk..hahaha…Bilik kitorang kat tingkat satu, The Adventure.

Tak pernah lagi Sally duduk dekat hotel jenis boutique ni. M Boutique Hotel Ipoh nilah yang pertama kali. Kalau korang nak tau, hotel M Boutique Ipoh ni ada dua branch tau… Satu yang Sally duduk ni, satu lagi M Boutique Station 18. Yang Sally pilih ni dekat dengan bandar Ipoh.

Kredit : http://ipoh.mboutiquehotels.com

Masuk-masuk bilik je mmg terpesona dengan dekorasi bilik. Bilik yang Sally pilih ni takde la besar sangat tapi sesuai laa dengan kitorang…Lagipun kan bilik ni bersih dan dekorasi dia buat kita rasa macam ada kat dimensi yang berbeza..gittew! Hahahaha…


Opps! Sally lupa amik gambar bilik sebelum sebab excited sangat rasmikan katil. Kira halal la amik gambar kat website kan? Sempat amik gambar bilik air jela. Sally suka bilik air macam ni. Hitam putih nampak sangat classy. Kalau ade apa-apa yang berkenan, kat bawah ade kedai jual barang-barang yang ada dalam hotel ni. Tula sebabnya hotel ni dinamakan boutique hotel. Kiranya boleh la nak shopping..Takkan la korang tak suka shopping kan?

Esok paginya, Sally dengan kawan breakfast di Myth Café sebab malamnya dah dinner dekat Old Town. Kalau korang perasan dalam lot bangunan tu ka nada Old Town kan, kalau lapar boleh je terus isi perut kat situ…Waktu check in kitorang diberi voucher dan boleh pilih nak breakfast dekat Old Town atau Myth Café. Kat sini takde buffet macam hotel lain. So, the choice is limit sebab Sally dan makanan kan berpisah tiada… Dekat Myth Café. Sally pilih set A, dan kawan Sally pilih set C. As a coffee lover, Sally suggest korang cuba kopi kat sini tau sebab sedap!

Overall, Sally rasa hotel ni antara Ipoh hotel yang best dan menarik. Sally memang suggest kat korang terutamanya yang gemarkan konsep hipster, suka bergambar dan mencari kelainan. Mungkin next time datang Ipoh, Sally akan cuba branch dekat M Boutique Station 18 pulak.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Hidup dengan makan gaji.

11:48:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments




Sekejap je masa, tengok-tengok dah hujung bulan...masuk gaji gembiranya hati macam menang loteri...walhal gaji yang ada nampaknya tak sampai 30 minit pun...Bayar bil bil wajib, masuk tabung, beli barang dapur...tengok-tengok dah cukup untuk duit makan dan transport untuk 2-3 minggu berikutnya...

Sedihnya itulah realiti orang yang makan gaji kan...selalunya mengira detik bila la gaji nak masuk...Kalau yang jenis gaji masuk pada hari-hari yang spesifik, seronok la jugak nak mengira...ada company yang bagi ikut bila nak bagi...kadang awal, kadang hujung bulan...belum lagi yang ikut labour law, masuk sebelum 7hb!

Hahahaha...tapi Sally percaya, walaupun banyak dugaan...sebagai warga yang makan gaji..kita tetap akan ada cara nak hidup...selagi mana kita percaya rezeki tu Allah yang bagi...Sally pun alhamdulilah sebab dapat jana pendapatan dengan blog...Kalau tidak mmg mengira detik setiap hari setiap minit bila la akaun bank nak penuh balik..hahahaha...tapi macam yang Sally cakap laa, yakin dengan rezeki Allah, buat baik dan bahagiakan ibu bapa (doa mereka tu yang penting), kerja keras & ikhlas kan diri dengan tanggungjawab dan yang penting sekali...ikhlas dengan segalanya..

Tips lain, bersedekah laa...Takkan pernah miskin mereka yang bersedekah..

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi : Popiah Cheese Chicken Mushroom.

10:41:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Kalau ikutkan, panjang lagi nama popiah ni..tapi udoh-udoh la dengan nama glemer...Popiah je pun kan..hahahaha...Rasanya popiah ni boleh buat macam-macam inti...dan sebenarnya Sally nak cuba buat pau cendawan yang tgh viral sangat tu tapi sebab malas nak uli tepung untuk pau dia, Sally convert jela kepada kulit popiah...

Resepi ni pun Sally olah sedikit daripada resepi yang ada kat Facebook...So, jom kita masak!

Bahan-bahan yang Sally gunakan ni cukup untuk buat 50 biji popiah...

1. Ayam Cincang (400gm)
2. Bawang Holland (2 labu) - cincang halus
3. Bawang Besar (1 labu) - cincang halus
4. Bawang Putih (3-4 ulas) - cincang halus
5. Hotdong Ayam (1 bungkus) - potong tengah dan potong kecil
6. Cendawan Butang (1 tin) - potong halus
7. Lobak merah (1-2 batang) - sagat halus atau potong dadu
8. Cheddar cheese - sagat halus / potong memanjang
9. Sup cendawan / sup ayam (yang creamy tau bukan masak sendiri)
10. Kulit popiah


Bahan-bahan tadi, korang buat la macam dalam gambar...Disebabkan Sally gunakan sup cendawan serbuk, jadinya Sally kena masak dulu...tapi kalau nak senang, korang guna yang dah ada dalam tin tu ye..


Kalau guna sup dalam cendawan, boleh skip satu langkah dan boleh terus masak..

Dalam kuali, masak semua bahan tadi...pastikan minyak tak terlalu banyak..cukup untuk menumis sahaja...macam biasa mulakan dengan bawang, ayam cincang, lobak merah, cendawan dan sup cendawan last sekali...



Masak semua bahan tadi sampai agak layu sikit dan masukkan sup cendawan, disebabkan kita nak gulung..Kalau boleh masak sampai agak kering sikit...biar nampak creamy tapi jangan basah sangat..boleh agak tak?

Biar sejuk sedikit dan korang dah boleh start gulung dah...

Cheese tu tabur sikit masa tgh gulung...lepas tu dah boleh goreng dah! hehehe...

Selamat memasak, menggulung dan menggoreng!

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Autumn in Melbourne 2016 | Loch Ard Gorge

12:30:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments




Masih lagi di Melbourne, spesifiknya masih lagi di Great Ocean Road..hihihi...selepas ke Twelve Apostles, pit stop kedua dekat Loch Ard Gorge... Kalau korang nak tau, Loch Ard Gorge hanya terletak 3 minit perjalanan kalau korang drive ataupun senang kata 3.5km daripada Twelve Apostles...Kalau jalan kaki mungkin jauh laa..hahahaha...





Ramai yang kata bila nampak Loch Ard Gorge teringat dekat kawasan dekat Navagio Beach, Zakynthos Island yang terletak di Greece...Walaupun nampak sama, tapi masih ada sedikit perbezaan sebenarnya antara dua-dua tempat ni....Loch Ard Gorge dinamakan sempena sebuah kapal layar yang terdampar dipukul ombak.



Jangan lupa kunjungi Loch Ard Gorge selepas korang ke Twelve Apostles tau!

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bawak laptop pi travel, nak cas dekat mana? Nasib ada Innergie!

1:36:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Blogger yang kaki travel ada masalah ni...macam mana nak update blog masa travel, kalau bawak laptop nak cas macam mana...charger mmg sah-sah la tak same kepala...last choice, update guna smartphone..tapi mana puas kan nak guna...Macam mana nak jadi blogger yang berjaya bila tak update blog kan?



Nampak tak mukadmimah nak bagitau ape...hahahha...Sally ada travel adapter baru...tapi yang ni bukan sebarangan adapter tau...tapi khas untuk laptop...yang korang tengok tu PowerGear ICE 65 (travel adapter) yang mana fungsi dia jadi laptop adapter untuk mengecas...

Jangan risau kalau korang guna laptop yang berbeza sebab dalam pack ni ada "tip" yang sesuai dengan laptop jenama Dell, HP, Lenovo, Acer, ASUS dan Toshiba...mmg sangat memudahkan kalau kita nak travel ke luar negara tapi masih perlu gunakan laptop.





AC PLUG ni pula macam biasa ada 4 jenis yang sesuai digunakan di serata dunia...ada UK, AU, US dan EU...di Malaysia kita guna UK plug yang ada 3 pin tuu...Kiranya ada back up la kalau tiba-tiba charger korang rosak, boleh je guna travel adapter ni...feeling macam g travel walau duduk rumah kan..hahahahha



Innergie sudah ada dalam pasaran sejak tahun 2008...Jadinya jangan risau dengan keselamatan dan juga keupayaan produk ni tau...Selain daripada PowerGear ICE 65 (travel adapter), Innergie juga ada lagi 2 jenis produk yang mmg memudahkan kita dalam masalah mengecas ni...ada LifeHub Plus dan WizardTip..Kedua-duanya ada fungsi yang berbeza tp masih lagi dengan matlamat yang sama...

Kalau korang nak lebih info pasal Innergie, boleh layari www.myinnergie.com

‘Traveler’s Power Pack’ni dah boleh dibeli di LAZADA (http://www.lazada.com.my/innergie-powergear-ice-65-uk-with-free-wizardtip-11582974.html) dan beberapa pengedar yang telah dilantik untuk menjual...Untuk pengesahan retailers, korang boleh hubungi Afforda Notebook Solution SB (03-8070 8315) dan Convergent Distribution (M) SB (03-2144 1881)

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Autumn in Melbourne 2016 | Twelve Apostles

8:43:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments




Finally!

Sampai jugak entri yang paling Sally nak share dengan korang...Twelve Apostles ni merupakan tarikan utama kalau kita berkunjung ke Victoria..Twelve Apostles ni merupakan kumpulan batu kapur yang berada di kawasan perairan Port Campbell National Park...

Walaupun dinamakan Twelve Apostles, sekarang ni hanya tinggal lapan sahaja batu kapur sebab batu yang kesembilan dah lenyap dek kerana ombak pada tahun 2005 (Wikipedia)...



Suka betul Sally dapat kesini...Mmg excited sama macam nampak CNBLUE..hahahaha...kaitan sangat kan..LOL...Overall, ibu pun suka sangat dapat kesini...dia asyik cakap cantik cantik sejuk cantik...hahahahaha...Bila menjelajah masa tgh musim luruh ni mmg cuaca agak sejuk dan juga sering/kerap hujan...Mungkin sebab perubahan cuaca...





Twelve Apostles!!!







Kalau korang ke Victoria, jangan lupa masukkan Twelve Apostles dalam itinerary tau! Twelve Apostles terletak 275 km daripada bandar Melbourne, lebih kurang 4 jam perjalanan sepanjang Great Ocean Road.

visit12apostles.com.au

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!