TAG La, lepas ni tak hilang dah!


"Weh...nampak tak phone aku..?"
"Phone kau kan, mana la aku tau..cuba la missed call dia.."
"Okay, aku missed call dia sekarang!"


Okay, kadang-kadang memang jadi masalah bila kita nak cari barang kan..lepas tu tak tahu benda tu ada kat mana...Kalau la boleh 'call' barang tu kan mudah je kerja....Korang tau, secara purata kita menggunakan hampir 10 minit untuk mencari barang setiap hari!

Percaya tak kalau Sally cakap, korang boleh "call" barang korang yang hilang dengan TAG La!



Tapi apa sebenarnya TAG La ni...?

TAG La ni merupakan Bluetooth Tracker, yang direka khas untuk membantu orang menjejaki item penting yang mudah untuk hilang, seperti telefon, kunci, dan gadget. Fungsi TAG La ni lebih kepada "alarm" yang akan memberitahu kedudukan barang yang kita tinggalkan atau yang kita cari.



Macam mana fungsi TAG La..?

i. Korang boleh letakkan TAG La dalam beg, dompet atau barang berharga yang lain

ii. Kalau barang korang berada dalam lingkungan 75 kaki, dan korang mencari barang korang, gunakan "tracker" dan cari...TAG La akan berbunyi nyaring supaya korang boleh cari..

iii. Tidak dapat mencari telefon korang? Tekan mana-mana satu TAG La yang aktif untuk membuat telefon yang hilang tu berdering. Walaupun ia pada mode senyap.

iv. Dengan TAG La jugak korang boleh menandakan lokasi  terakhir korang, aplikasi ini secara automatik mencatat waktu terakhir dan tempat terakhir korang meletakkan barang tu. Jadi, jika korang berhenti di suatu tempat, dan kehilangan sesuatu, korang boleh tahu nak cari kat mana.

v. Ambil Selfie. Dengan TAG La jugak korang boleh mengambil gambar yang sempurna. Sbb TAG La berfungsi utk jd remote yg boleh diakses dr jauh.



Sebelum menggunakan TAG La, korang kena muat turun dulu aplikasi TROIKA Find, dari situ korang akan dapat aktifkan TAG La korang...Kalau korang masih lagi kurang faham tentang TAG La, korang boleh tengok video promo yang dorang buat...


Haaa...mudah sangat kan kalau ada tracker macam TAG La ni...Sally pun dah ada satu...rasanya nak kena letak dalam poket ibu masa pergi shopping..hahahahaha...sebab manjang hilang je dia, lepas tu jumpa je dah penuh tangan..hihihi...



Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web www.tagla.com.my atau Facebook www.facebook.com/taglaTM...

TAKE La, TAG La, NO WORRY La!

Post a Comment

12 Comments

  1. wah..macam best jer..tq sally share pasal nih..hehe

    ReplyDelete
  2. Wuiyoo canggih gila ni!

    ReplyDelete
  3. wah canggihkan sekarang ni
    barang pun boleh tag supaya tak hilang

    ReplyDelete
  4. wei...suka benar aku gajet ni. Selalu kehilangan weiii hahahahha

    ReplyDelete
  5. berteknologi betul. nice sharing.

    ReplyDelete
  6. Senang la kalau ada benda ni.

    ReplyDelete
  7. Bagus ni.. Saya selalu aje lupa letak barang. Memang nak beli aje bila ada fulus sendiri. Haha.

    ReplyDelete
  8. Menarik ni...mesti tak susah nak cari barang-barang dah lepas ni

    ReplyDelete
  9. Menarik sangat sesuai dgn ekin selalu lupa letak tepon hihihihihi

    ReplyDelete
  10. Menarik sally.. Sesuai untuk suami siqah yang selalu salah letak barang.. Hehe. Tq sally for sharing :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!