Pancake House International, resepi dari Filipina!

2:47:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Sebelum Sally sambung pasal entri travelogue Melbourne Sally, Sally nak share dengan korang satu kedai makan yang sesuai untuk kita bersantai...Pancake House International membawa resepi original daripada Filipina...Kalau korang nak rasa kepelbagaian masakan berkonsepkan Filipina, kena datang cuba kat sini...


Sebelum korang terliur lagi, Sally nak bagi tau...Entri ni akan penuh dengan makanan yang sedap-sedap...dan Sally akan suggest yang mana yang menjadi pujaan hati Sally eh..hihihi...Makanan kot, mmg hati Sally takkan berbelah bahagi..LOL


BEST TACO IN TOWN
Yang ni mmg best...Starter kita makan taco, walaupun taco dia takde feel macam Mexico kan, tapi best jugak makan...Salad macaroni dengan tuna tu pun mmg sedap dan tak muak sangat..Inti dia ayam dan salad segar, lepas tu ada taburan cheddar cheese kat atas tu..mmg marvelous!


ASPARAGUS CAYENNE SOUP
Sup ni sedap, sebab dia ada taburan rempah Cayenne tu...pedas pedas sikit, asparagus tu dia celur dan masih lagi rangup...sup ni ada sikit sama macam chicken soup...


Sandwich ni sama je macam sandwich yang lain, tapi sangat tebal..hahahha...pastikan mulut korang boleh nganga besar barulah syok nak makan! Inti yang ada dalam tu telur dan mayonis, dengan kepingan daging salai.


Tau tak ikan Tinapa? Haaa...kalau orang kita panggil ikan Tinapa ni ikan susu...yang bestnya makan ikan ni sebab dia rasa berlemak dan lembut...Di Pancake House International ni...Set Smoked Golden Tinapa ni digoreng garing selepas disalai...fuhhh...bau salai tu buat kita makan ikan ni tanpa henti kot...tak pandang dah nasi ke ape benda lain kat sebelah tu...


Haaa! Jangan salah sangka eh...yang ni bukan Ayam Masak Merah okay! Menu ni merupakan favourite kepada blogger +Khai Artzfar ... Southern Maple Chicken ni tak pedas pun walaupun nampak merah mak ngah dia tuu...rasa dia manis manis masam sikit...yang peliknya, ianya tak disajikan dengan nasi, tapi dengan waffle...macam mana rasa dia tu korang kena cuba!


Sekali pandang macam ayam goreng biasa...tapi istimewanya Classic Pan Chicken ni sebab rasa dia...rasa ayam tu sedikit masam, tapi digoreng garing!


HOUSE BURGER!

Burger daging istimewa dengan kepingan daging salai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaa! Bermula menu selepas ni semua benda yang menjadi favorite Sally! Waffles dan pancakes!






Coconut Pandan Pancake ni hanya terdapat sepanjang Syawal 2016 sahaja tau...tapi jangan risau, akan ada banyak lagi menu selepas ni...dan yang penting semuanya sedap....


Halo-Halo Dessert merupakan ABC istimewa daripada Filipina...Tak sama seperti kita punya ABC, Halo-Halo Dessert menggunakan bahan-bahan seperti pisang, nangka, keledek dan jagung untuk dihasilkan sebagai pencuci mulut...mmg ada kelainan pada rasa dia...Kalau korang ke Pancake House International, pastikan korang tak lupa order Halo-Halo Dessert!!

 Pancake House International mempunyai beberapa cawangan di Malaysia termasuk di Mid Valley, Paradigm Mall, IOI City Mall, Quill City Mall dan Atria Shopping Gallery...So, kalau korang berada dimana-mana shopping complex seperti yg Sally sertakan ni...Jangan lupa berkunjung ke Pancake House International!!

Pancake House International
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

You Might Also Like

9 comments:

  1. wow...sedap..nyummy..boleh terasa sampai sini sally...agaga...

    ReplyDelete
  2. Perghh, bila Kak Sally nak Azwar p makan ni ;)

    ReplyDelete
  3. taco bukan dari brazil ke..? hahaha..

    lama giler x singgah sini sampai blog ni pun dah banyak berubah.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Menu yang menarik..! Jom pergi hihihi

    ReplyDelete
  5. Paling berkenan dengan waffle dan pancake! Sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  6. "club sandwich" haha nampak mcm sedappppp

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!