Menu Makanan Arab di Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi.

10:15:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Makanan Arab Terbaik di Restoran Tarbush | Selalunya Sally akan kongsikan makanan yang ada kaitan dengan Korea...tapi kali ni kita jauh sikit...kita nak usha makanan yang ada di restoran Arab, Tarbush...Tarbush ni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia ni...Sally perasan yang branch pertama buka kat Ampang Point dulu lepas tu dah tutup..tapi jangan risau sebab ada banyak lagi branch yang ada...



Pertama kali Sally g makan siap ada letak nama Sally macam ni...rasa macam terharu pun ye jugak..hahahaha...



Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi ni sebenarnya merupakan restoran yang berada dibawah satu pengurusan yang sama...Walaupun makanan Arab ni mmg terkenal dengan menu yang berunsurkan sayuran, daging lembu, kambing yang dipanggang dan Nasi Biryani, tapi jangan pandang rendah dengan kualiti yang mereka persembahkan...





Suka betul Sally dengan dekorasi dalaman Restoran Al Halabi. Semuanya nampak kemas...cantik je dan yang penting nampak ekslusif...Seronok berbual dengan pengasas Tarbush, Puan Shereene dan dapat jugak la tau serba sedikit tentang sejarah macam mana Tarbush ni mula-mula ditubuhkan dulu...

Okay, sudahlah dengan mukadimah tu kan..meh Sally nak share dengan korang antara menu yang ada kat sini...yang ini sebahagian je tau...itupun pada Sally dah cukup banyak sebab setiap satunya portion sangat besar...



Peminat kambing, ini Whole Uzi Lamb with the flavourful Bazilla rice. Sedap dan yang penting sekali penuh dengan kacang peas tau...Hahahahaha...tak menyabar nak share menu utama...



Tabouleh
A unique salad of chopped parsley, tomatoes and onion with just the right touch of lemon juice and olive oil.



Falafel
Patties formed from chickpeas combined with spring onions, deep fried and served with tahina sauce.



Alamak! yang ini tak ingat ape..hahahaha



Kibbeh
Deep-fried minced lamb balls encased in a lamb and cracked wheat shell. Kibbeh ni ada persamaan dengan bergedel kita cuma bezanya pada luaran dia disaluti dengan tepung...jadinya dia lebih mampat dan sedap :)



Tarbush Hommus
Chickpeas with tahina sauce (sesame paste), garlic and parsley topped with olive oil. A strong-flavoured dip and the house signature dish.

Mutabal





Fetush
Serius...yang ini mmg sedap...Sally bukannya jenis yang suka makan salad bagai tapi yang ni mmg sedap...ianya terdiri daripada Romaine lettuce, tomato, timun dan lobak putih. Atas dia ada taburan crunchy toasted Lebanese bread dan semestinya ada perahan jus lemon, minyak zaitun dan balsamic vinegar.



Tarbush Mixed Grill
A mouth-watering medley of Shish Tawook, Shish Kebab, Lamb Cubes, Grilled Prawns and Grilled Arayes.



Bamyeh with White Rice
Ladies fingers with lamb served with basmati rice.

Lepas makan-makan kat Restoran Al Halabi, kami pergi makan pencuci mulut kat restoran Tarbush pulak...hahahaha...yes, mmg makan jauh-jauh...tapi xde la jauh sebab dua-dua branch ni ada dalam kawasan yang sama...Dapat minum teh dan kopi...


Ada dua pencuci mulut yang sedap kat sini...salah satunya, Mahalabia...Mahalabia ni puding krim susu yang ditaburkan dengan kacang pistachio. Yang lagi satu tu "cream caramel"...Dua-dua puding ni takde la manis sangat tapi mmg sesuai rasa dia :)


Lepas tu Sally cuba kopi dia...Kopi ni datangnya daripada Turki...Owner Tarbush, Puan Shereene ada ceritakan satu mitos...selalunya orang Arab akan minum kopi dan selesai je cawan tu akan diterbalikkan...dan serdak yang ada baki daripada kopi tu akan menjadi beberapa gambaran dan ada yang cakap gambaran yang kita nampak tu ada sebabnya...Haaa...macam tu la lebih kurang mitos tu...


Kalau korang nak mencuba makanan daripada Timur Tengah, makanan Arab...Sally cadangkan korang cuba kat Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi.

Maklumat lanjut:
Facebook : www.facebook.com/TarbushRestaurantMalaysia
Website : web.tarbush.com.my

You Might Also Like

4 comments:

  1. woooooooo very exclusive la tempat dia :OOO

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab yg branch ni ada dalam hotel JW Marriott :D

      Delete
  2. Semua sedap ni terliur tengok

    ReplyDelete
  3. Exclusive nya tempat diaaaaa ~ Seram siqah nak masuk.. Hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!