Jumpa dengan duta baru Korea di Malaysia!

2:54:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Korang tau tak Kedutaan Korea di Malaysia ni dah ada duta yang baru..? Hahahaha...amboi sangat Sally sampai duta bertukar pun dia tau kan..LOL...

Hehehe...sebenarnya Sally tau duta dah bertukar pun sebab Sally jengah kat website KTO (Korea Tourism Organization)...Biasa laa...Sally kan orang Korea celup..mmg suka betul buang masa usha website KTO tanpa hala tuju ni...

Kebetulan Sally dapat jemputan daripada KTO untuk satu majlis perjumpaan tak rasmi dengan duta baru ni...Sally wakil kepada "CNBLUE - BOICE of Malaysia" je pun sebenarnya sebab duta yang baru ni kira fans jugak dengan artis KPOP...so, dia nak jumpa la dengan wakil daripada beberapa fan-club yang wujud dan aktif kat Malaysia ni...


Haaa...ni la duta dia, His Excellency Yu Hyun-seok...korang jangan la rasa duta dia macam Lee Min Ho ke ape...dia basically orang Korea laa yang bekerja di Kedutaan Republic of Korea di Malaysia...Serius tinggi kot orangnya...Walaupun ada sedikit kekangan dengan bahasa, tapi dia masih lagi boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris...So, takde masalah sangat laa...


Sambil-sambil tu kitorang join sekali kelas memasak makanan Korea...hahahaha...belajar buat "Flower Gimbap" dengan "Chicken Mushroom Stew"...Sally semeja dengan beberapa wakil daripada fan-club lain macam EXO, BIGBANG (Taeyang Malaysia), TVXQ and SONE Malaysia...Walaupun basically interest kami kepada idol yang berbeza, tapi sampai bab makan...orang Malaysia mmg peramah! hihihi...


Lepas sesi masak-masak dan makan-makan tu...sempat jugak la KTO buat sesi dialog dengan duta baru tu...ada beberapa soalan yang kami tanyakan...lebih kepada dunia KPOP, peranan kedutaan dan jugak memberi beberapa idea kepada kedutaan dan semestinya beberapa permintaan la kan supaya ada lebih banyak lagi event yang melibatkan dunia KPOP, K-DRAMA dan kepelbagaian masakan asli daripada Korea.

Sebenarnya perjumpaan macam ni bagus sebab boleh memberi ruang kepada kedutaan tahu apa yang peminat Malaysia mahukan...takde la semua benda peminat yang kena buat sendiri kan...ada sokongan daripada kedutaan lagi bagus...



Sempat jugak bergambar dengan wakil BigBang (Taeyang Malaysia), Ben & Ashraf..Jumpa lagi lain kali...

Harapnya duta baru ni akan ada lebih banyak perancangan untuk peminat Korea di Malaysia...Jangan lupa layari laman web KTO (Korea Tourism Organization) untuk dapatkan maklumat terbaru tentang Korea dan jangan lupa join contest yang mereka anjurkan, mana tau ada rezeki nak ke Korea nanti?

You Might Also Like

10 comments:

  1. WOW AKAK...
    TAHNIAH...
    SINGGAH SYAWAL

    http://belogs.blogspot.my/2016/07/pengikut-besar.html

    ReplyDelete
  2. Memang peminat KPOP sungguh ni. =)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya ♥
    kalau KOREA je..memang terbayang dah wajah sally...:P

    ReplyDelete
  4. amboi sally korea celup rupanya.. hihihih...

    ReplyDelete
  5. Ohhhh, jumpa dengan admins for fanclubs je rupanya :D

    ReplyDelete
  6. Bertuah sally dapat peluang camni. Sally memang pengemar tegar CN Blue ek.. Hee.. Siqah dah buat ID untuk KTO tapi jarang masuk website tu. Nak kena rajinkan diri lah. Mana tahu boleh ke korea nanti 😁😊

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!