FORWARD Kedah kembangkan promosi negeri Kedah dengan Kedah Travel Fair 2016

12:57:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Kemeriahan Tahun Melawat Kedah 2016 akan diserikan lagi dengan Kedah Travel Fair 2016 yang bakal berlangsung di Pusat Pelancongan (MATIC) Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 September 2016.

Program yang dianjurkan oleh FORWARD KEDAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism, Matic, MITA dan Santai Travel ini merupakan satu langkah proaktif dalam mempromosikan Kedah sebagai satu destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa. Ianya bakal menjadi satu platform untuk pengusaha pengusaha industri pelancongan untuk menjual produk dan perkhidmatan pelancongan secara pukal atau pada harga yang sangat kompetitif.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini akan turut dimeriahkan dengan beberapa acara sampingan termasuk business matching (B2B), forum tamadun Kedah Tua, pelancaran buku ‘Kedah Travel Guide’, Job Fair, Persembahan Kebudayaan, pertandingan fotografi dan memperkenalkan makanan unik negeri Kedah.



Penganjuran Kedah Travel Fair 2016 adalah sangat penting untuk mendapat perhatian dan sambutan dari pelancong tempatan terutama ketika Kedah sedang menyambut Tahun Melawat Kedah pada tahun ini sehingga 2017. Pengerusi Forward Kedah, En Khairil Hanafi pula yakin program ini bakal dikunjungi oleh lebih 30,000 orang dan mampu menjana jualan lebih dari RM2 juta. Ifa Raziah telah dilantik untuk menjadi duta kepada program ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.kedahtravelfair.com

You Might Also Like

3 comments:

  1. belum pernah jejakkan kaki ke kedah lagi...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

    pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

    ReplyDelete
  2. wow..banyak pakej pakej baru katanya..harga pun level bergegarrr jiwaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!