Pancake House International, resepi dari Filipina!

2:47:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Sebelum Sally sambung pasal entri travelogue Melbourne Sally, Sally nak share dengan korang satu kedai makan yang sesuai untuk kita bersantai...Pancake House International membawa resepi original daripada Filipina...Kalau korang nak rasa kepelbagaian masakan berkonsepkan Filipina, kena datang cuba kat sini...


Sebelum korang terliur lagi, Sally nak bagi tau...Entri ni akan penuh dengan makanan yang sedap-sedap...dan Sally akan suggest yang mana yang menjadi pujaan hati Sally eh..hihihi...Makanan kot, mmg hati Sally takkan berbelah bahagi..LOL


BEST TACO IN TOWN
Yang ni mmg best...Starter kita makan taco, walaupun taco dia takde feel macam Mexico kan, tapi best jugak makan...Salad macaroni dengan tuna tu pun mmg sedap dan tak muak sangat..Inti dia ayam dan salad segar, lepas tu ada taburan cheddar cheese kat atas tu..mmg marvelous!


ASPARAGUS CAYENNE SOUP
Sup ni sedap, sebab dia ada taburan rempah Cayenne tu...pedas pedas sikit, asparagus tu dia celur dan masih lagi rangup...sup ni ada sikit sama macam chicken soup...


Sandwich ni sama je macam sandwich yang lain, tapi sangat tebal..hahahha...pastikan mulut korang boleh nganga besar barulah syok nak makan! Inti yang ada dalam tu telur dan mayonis, dengan kepingan daging salai.


Tau tak ikan Tinapa? Haaa...kalau orang kita panggil ikan Tinapa ni ikan susu...yang bestnya makan ikan ni sebab dia rasa berlemak dan lembut...Di Pancake House International ni...Set Smoked Golden Tinapa ni digoreng garing selepas disalai...fuhhh...bau salai tu buat kita makan ikan ni tanpa henti kot...tak pandang dah nasi ke ape benda lain kat sebelah tu...


Haaa! Jangan salah sangka eh...yang ni bukan Ayam Masak Merah okay! Menu ni merupakan favourite kepada blogger +Khai Artzfar ... Southern Maple Chicken ni tak pedas pun walaupun nampak merah mak ngah dia tuu...rasa dia manis manis masam sikit...yang peliknya, ianya tak disajikan dengan nasi, tapi dengan waffle...macam mana rasa dia tu korang kena cuba!


Sekali pandang macam ayam goreng biasa...tapi istimewanya Classic Pan Chicken ni sebab rasa dia...rasa ayam tu sedikit masam, tapi digoreng garing!


HOUSE BURGER!

Burger daging istimewa dengan kepingan daging salai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaa! Bermula menu selepas ni semua benda yang menjadi favorite Sally! Waffles dan pancakes!






Coconut Pandan Pancake ni hanya terdapat sepanjang Syawal 2016 sahaja tau...tapi jangan risau, akan ada banyak lagi menu selepas ni...dan yang penting semuanya sedap....


Halo-Halo Dessert merupakan ABC istimewa daripada Filipina...Tak sama seperti kita punya ABC, Halo-Halo Dessert menggunakan bahan-bahan seperti pisang, nangka, keledek dan jagung untuk dihasilkan sebagai pencuci mulut...mmg ada kelainan pada rasa dia...Kalau korang ke Pancake House International, pastikan korang tak lupa order Halo-Halo Dessert!!

 Pancake House International mempunyai beberapa cawangan di Malaysia termasuk di Mid Valley, Paradigm Mall, IOI City Mall, Quill City Mall dan Atria Shopping Gallery...So, kalau korang berada dimana-mana shopping complex seperti yg Sally sertakan ni...Jangan lupa berkunjung ke Pancake House International!!

Pancake House International
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Autumn in Melbourne 2016 | Mercure Welcome Melbourne Hotel

2:54:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Yuhuuuu...ada ke yang menanti sambungan? Hahahaha...sebelum Sally tambahkan tahap excited korang, Sally nak share jugak la ruang berteduh Sally dengan ibu untuk 5 hari kat sana...Disebabkan trip ni lebih kepada trip yang disponsor, jadinya Sally tinggal kat hotel...

Di Melbourne sebenarnya nak cari hotel yang bertaraf 5 bintang tu agak mustahil la...kalau setakar 4 bintang tu masih lagi releven...Unless kalau korang nak sewa service apartment...then okay laa...Lagipun hotel 3 bintang dia pun pada Sally macam hotel budget biasa kat Malaysia, mungkin sebab dia agak mahal kat sana kot...Kalau korang nak consider tinggal di hotel 3.5 bintang dengan kadar budget di tengah bandar Melbourne, boleh la letak hotel ni as your choice.


So, sepanjang Sally tinggal 5 hari kat Melbourne, Sally duduk di hotel Mercure Welcome Melbourne..Hotel ni kalau tak silap Sally ada beberapa cawangan lain, means di negara yang lain laa...Bagusnya hotel ni sebab ianya terletak hanya 5 minit perjalanan daripada stesen keretapi Melbourne Central. Tram pun ada betul-betul depan hotel ni...




Sally dapat bilik yang Twin Bed...Pada Sally bilik ni agak kecil sebenarnya, tapi okay la as long as ada jugak ruangan nak solat...bilik air mmg kecik dan takde paip ye...macam biasa la...err...bidet pun takde okay...tapi nak hidup, kena la cari jalan jugak macam mana pun...


Katil Sally dengan ibu..best tidur!


Basic necessities dalam sebuah bilik tu ada laa...setiap bilik ada TV, iron board dan seterika...kettle dan teh, kopi semua ada...peti ais kecik pun ada jugak...Kiranya agak selesa jugak la nak tinggal untuk beberapa hari...Hotel ni jugak provide kita dengan sarapan pagi...disebabkan ada banyak benda yang kita tak boleh nak makan, jadinya Sally dengan ibu pilih benda yang basic jela macam roti, telur, dan oats..


So, itu jela yang boleh Sally kongsikan dengan korang pasal hotel ni...kalau korang nak tengok bilik yang lain ataupun nak buat research pasal hotel ni untuk masa depan, boleh layari website dia..

Address:
265 Little Bourke St, Melbourne VIC 3000, Australia

Phone: +61 3 9639 0555
 

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

FORWARD Kedah kembangkan promosi negeri Kedah dengan Kedah Travel Fair 2016

12:57:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Kemeriahan Tahun Melawat Kedah 2016 akan diserikan lagi dengan Kedah Travel Fair 2016 yang bakal berlangsung di Pusat Pelancongan (MATIC) Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 September 2016.

Program yang dianjurkan oleh FORWARD KEDAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism, Matic, MITA dan Santai Travel ini merupakan satu langkah proaktif dalam mempromosikan Kedah sebagai satu destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa. Ianya bakal menjadi satu platform untuk pengusaha pengusaha industri pelancongan untuk menjual produk dan perkhidmatan pelancongan secara pukal atau pada harga yang sangat kompetitif.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini akan turut dimeriahkan dengan beberapa acara sampingan termasuk business matching (B2B), forum tamadun Kedah Tua, pelancaran buku ‘Kedah Travel Guide’, Job Fair, Persembahan Kebudayaan, pertandingan fotografi dan memperkenalkan makanan unik negeri Kedah.



Penganjuran Kedah Travel Fair 2016 adalah sangat penting untuk mendapat perhatian dan sambutan dari pelancong tempatan terutama ketika Kedah sedang menyambut Tahun Melawat Kedah pada tahun ini sehingga 2017. Pengerusi Forward Kedah, En Khairil Hanafi pula yakin program ini bakal dikunjungi oleh lebih 30,000 orang dan mampu menjana jualan lebih dari RM2 juta. Ifa Raziah telah dilantik untuk menjadi duta kepada program ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.kedahtravelfair.com

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Autumn in Melbourne 2016 | Departure

3:48:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Perghhh...Akhirnya, mood nak menaip entri travelogue ke Melbourne telah datang kejiwa..tapi dukacita dimaklumkan, Sally pergi kali ni dengan otak yang kosong...I mean I got zero knowledge about Melbourne, as I'm not really put Melbourne in my travel list..but Allah always The Greatest Planner and here I am...Jadinya jangan expect nak dapatkan info yang berkaitan dalam trip ni sebab ni kategori Sally redah je asalkan sampai..hahahaha...

Departure date tu Sally saje ambil masa malam supaya Sally dapat sampai ke sana pada waktu pagi dan teruskan perjalanan...Seperti yang korang tahu, Melbourne dan Malaysia ada perbezaan masa 3 jam...Jadinya Sally sampai kesana tepat jam 8.20pagi waktu Melbourne..


Maafkan jela muka masing-masing tu...Flight kami pukul 11.30malam waktu Malaysia...Sally pulak masih lagi kerja sebelum flight malam tu...pasal tu la dengan muka kosong, lesu tu masih lagi nak ambik gambar kan...Hahahaha..biasa la kan...typical Sally yang suka kamera...

Masa dalam flight tu Sally duduk bersebelahan dengan ibu, tapi lepas beberapa ketika tu perempuan yang duduk kat sebelah ibu tukar kebelakang...Ini kes tak nak bazir duit pilih seat la ni..hahahaha...lepas tu dah naik baru sibuk nak tukar seat, jadinya itu 3 seat Sally dengan ibu je yang occupied...Selesa gila tidur siap bersila kaki ke atas weh!


Walaupun nak ke Melbourne, darah Korea dalam diri Sally ni masih lagi menebal...jadinya kat dalam flight makan Bibimbap wehh! Bibimbap! hahahaha....Untuk ibu Sally kekalkan darah melayu dia, bagi dia makan Nasi Lemak Pak Nasser tu...Nasib la sedap tauu....lepas ni nak makan ape pulak eh masa naik flight..hmmm

Masa Sally ke Melbourne, dah masuk hujung autumn...silap jugak sebab pilih bulan May sebabnya bila hujung autumn selalunya akan kerap hujan...dan, yes..mmg hujan kerap masa Sally kesana...tapi dalam hujan tu pun, Sally redah jugak berjalan..hahahahaha...

Alhamdulillah, selamat sampai pukul 8.20 pagi...dalam banyak-banyak negara yang Sally dah pergi, Sally rasa Australia sangat la strict...nak masuk dalam negara dia mmg ada macam-macam jenis pengawasan...siap ada anjing pengesan lagi kot...Sally puas elak...tapi Sally takde la ambik gambar...kang elok ada yg keluar secara selamat, kena tahan pulak..hihihi


So, HELLO MELBOURNE!

-to be continue-

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Minyak Herba Asma Mujarab, pastikan asli baru beli.

2:07:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Pernah dengar Minyak Herba Asma Mujarab tak..?


Minyak Herba Asma Mujarab merupakan minyak herba yang membantu mengurangkan batuk, lelah, asma...Ianya juga sangat mujarab untuk hilangkan kembung perut, sakit perut, sakit gigi, terseliuh dan lain-lain lagi...Minyak ni sebenarnya dibuat khas oleh seorang pakcik yang dah lama mengamalkan perubatan tradisional kampung, jadinya minyak ni dijamin selamat dan halal. Minyak ni mendapat sambutan yang baik di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti Singapore, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India.

Sally sendiri gunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni...Beberapa hari ni kaki Sally sakit, masuk angin kata orang...letak minyak ni, alhamdulillah jugak berhasil kurangkan bengkak angin tu dan dah surut pun...Biasa la bila dah berbadan besar ni..kaki kecik tu tak dapat nak tampung berat kita..hihihi

Kebetulan kawan satu office Sally pun, mak dia guna minyak ni...Sebabnya mak dia ada penyakit semput dan asma yang "mild"..Katanya mmg agak menjadi untuk emak dia..Emak dia dah takde masalah nak tidur malam walaupun cuaca sejuk...Itu yang membuatkan Sally yakin Minyak Herba Asma Mujarab ni mmg mujarab.


Biasa la, benda kalau dah elok...mesti akan ada banyak saingan...kalau saingan produk lain tu mmg dah menjadi lumrah la...tapi macam mana kalau kita bersaing dengan produk lain, yakni produk tiruan..?

 Bagi mendapatkan Minyak Herba Asma Mujarab yang asli, korang kena pastikan adanya logo hologram yang asli...macam yang Sally tunjukkan dalam gambar tu..Kalau korang nak lebih kepastian atau nak tau sendiri cara logo holgram ni berfungsi, korang boleh buka www.herbaasma.com untuk dapatkan lebih info ataupun tengok je kat video bawah ni...


Kepada korang yang menghadapi masalah seperti batuk, lelah, asma atau sakit-sakit lain...Korang boleh dapatkan Minyak Herba Asma Mujarab, mana tau usaha yang sedikit tapi kita dapat pulih. Lagipun tak salah mencuba, dah banyak testimoni berjaya menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab..InsyaAllah dengan izin Allah, setiap usaha tu mesti ada hasilnya kan?

Kalau korang nak cuba, boleh hubungi nombor Puan Nurul : 017 623 9935 (Owner) atau En. Hafiz : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) atau boleh jugak tengok senarai stokis dan dealer yang lain dekat akaun Facebook rasmi dorang...Jangan lupa cuba tau!


3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Happy Birthday Althea! #AltheaTurns1

2:48:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments



Wahhhh...Althea dah sambut ulangtahun mereka yang pertama...tak sangka kejap je dah setahun rupanya Althea bertapak di Malaysia...eh, sebelum tu...korang tau tak Althea ini siapa?

Althea merupakan sebuah laman web yang menyediakan pembelian secara atas talian barangan kecantikkan, terus daripada Korea...haaa...kepada peminat KBeauty stuff tu korang kena beli dengan Althea.


Sebagai Duta Kecil Korea (unofficial + perasan je lebih), Sally mmg teruja sebab Sally tak perlu nak ke Korea semata-mata nak membeli barangan yang Sally nak...kalau korang perasan hanya ada beberapa jenama yang telah membuka branch mereka kat Malaysia ni...tapi kalau korang nak tau, kat Korea sana ada 3-4 kali ganda jenama lain yang lebih popular dan lebih berkesan...dan yang paling best sebab korang boleh membeli tanpa perlu jejakkan kaki ke Korea.

Dan Sally sangat excited nak share dengan korang beberapa promosi bonus yang boleh korang dapatkan sempena ulangtahun Althea!

Haaa! Excited ke tidak...?


Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!Rebate berbentuk "Reward Points" dan tak boleh ditukar kepada wang tunai.
*READ T&C*


Free Goodies for first 1,500 shoppers
Jadi antara 1,500 orang pelanggan yang pertama dan dapatkan goodies barangan bersaiz sebenar tapi ada limit la ye untuk setiap customer...kasi can la jugak orang lain nak dapat jugak.

Antara promosi bonus yang lain, kalau korang membeli dalam tempoh promosi (20th - 31st Julai), korang akan dapat Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit, dan yang paling best lagi..korang boleh join #AltheaTurns1 Instagram Contest untuk melayakkan korang memenangi pelbagai jenis hadiah seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea kredit dan hamper kecantikkan daripada Althea yang bernilai KRW10,000,000!

Okay, Sally malas nak cakap banyak...korang sepantas kilat, usha website www.althea.kr. Maklumat lanjut boleh tengok Facebook Althea!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

TAG La, lepas ni tak hilang dah!

10:46:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


"Weh...nampak tak phone aku..?"
"Phone kau kan, mana la aku tau..cuba la missed call dia.."
"Okay, aku missed call dia sekarang!"


Okay, kadang-kadang memang jadi masalah bila kita nak cari barang kan..lepas tu tak tahu benda tu ada kat mana...Kalau la boleh 'call' barang tu kan mudah je kerja....Korang tau, secara purata kita menggunakan hampir 10 minit untuk mencari barang setiap hari!

Percaya tak kalau Sally cakap, korang boleh "call" barang korang yang hilang dengan TAG La!



Tapi apa sebenarnya TAG La ni...?

TAG La ni merupakan Bluetooth Tracker, yang direka khas untuk membantu orang menjejaki item penting yang mudah untuk hilang, seperti telefon, kunci, dan gadget. Fungsi TAG La ni lebih kepada "alarm" yang akan memberitahu kedudukan barang yang kita tinggalkan atau yang kita cari.



Macam mana fungsi TAG La..?

i. Korang boleh letakkan TAG La dalam beg, dompet atau barang berharga yang lain

ii. Kalau barang korang berada dalam lingkungan 75 kaki, dan korang mencari barang korang, gunakan "tracker" dan cari...TAG La akan berbunyi nyaring supaya korang boleh cari..

iii. Tidak dapat mencari telefon korang? Tekan mana-mana satu TAG La yang aktif untuk membuat telefon yang hilang tu berdering. Walaupun ia pada mode senyap.

iv. Dengan TAG La jugak korang boleh menandakan lokasi  terakhir korang, aplikasi ini secara automatik mencatat waktu terakhir dan tempat terakhir korang meletakkan barang tu. Jadi, jika korang berhenti di suatu tempat, dan kehilangan sesuatu, korang boleh tahu nak cari kat mana.

v. Ambil Selfie. Dengan TAG La jugak korang boleh mengambil gambar yang sempurna. Sbb TAG La berfungsi utk jd remote yg boleh diakses dr jauh.



Sebelum menggunakan TAG La, korang kena muat turun dulu aplikasi TROIKA Find, dari situ korang akan dapat aktifkan TAG La korang...Kalau korang masih lagi kurang faham tentang TAG La, korang boleh tengok video promo yang dorang buat...


Haaa...mudah sangat kan kalau ada tracker macam TAG La ni...Sally pun dah ada satu...rasanya nak kena letak dalam poket ibu masa pergi shopping..hahahahaha...sebab manjang hilang je dia, lepas tu jumpa je dah penuh tangan..hihihi...



Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web www.tagla.com.my atau Facebook www.facebook.com/taglaTM...

TAKE La, TAG La, NO WORRY La!

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Travelogue ke Melbourne, ada ke yang nak baca?

9:45:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Diam tak diam dah 2 bulan Sally berjalan ke Melbourne...Rasanya macam baru je nak simpan duit, menggila dengan +Siti Yang Menaip pasal itinerary dan macam mana nak ke sana kesini...hihihi...Sampaikan Sally dah sampai Melbourne pun masih lagi kacau dia...mesej setiap hari mintak pendapat, tanya itu dan ini....

Ramai jugak yang bertanyakan pasal trip ni...Sally jujurnya belum sampai mood lagi nak cerita...nak mengarang travelogue ni macam nak tulis buku tau tak? Silap hari bulan kang, ajaran sesat Sally cerita kat korang..hihihi...

 
Korang tau tak sebenarnya Sally tak minat sangat dengan negara-negara Eropah, dan negara Omputih ni...Sally sendiri ada bagitahu dalam entri Rindu Melbourne 200%...Walaupun macam tuu...Sally tetap bersyukur sebab Allah berikan kesempatan kepada Sally untuk bawa ibu kesana...kalau nak harap Sally kumpul duit nak bawak, mmg ibu duduk la kat rumah tu..hihihi

Hihihihi...sebenarnya just nak tau; Travelogue ke Melbourne, ada ke yang nak baca?

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Menu Makanan Arab di Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi.

10:15:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Makanan Arab Terbaik di Restoran Tarbush | Selalunya Sally akan kongsikan makanan yang ada kaitan dengan Korea...tapi kali ni kita jauh sikit...kita nak usha makanan yang ada di restoran Arab, Tarbush...Tarbush ni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia ni...Sally perasan yang branch pertama buka kat Ampang Point dulu lepas tu dah tutup..tapi jangan risau sebab ada banyak lagi branch yang ada...


Pertama kali Sally g makan siap ada letak nama Sally macam ni...rasa macam terharu pun ye jugak..hahahaha...


Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi ni sebenarnya merupakan restoran yang berada dibawah satu pengurusan yang sama...Walaupun makanan Arab ni mmg terkenal dengan menu yang berunsurkan sayuran, daging lembu, kambing yang dipanggang dan Nasi Biryani, tapi jangan pandang rendah dengan kualiti yang mereka persembahkan...



Suka betul Sally dengan dekorasi dalaman Restoran Al Halabi. Semuanya nampak kemas...cantik je dan yang penting nampak ekslusif...Seronok berbual dengan pengasas Tarbush, Puan Shereene dan dapat jugak la tau serba sedikit tentang sejarah macam mana Tarbush ni mula-mula ditubuhkan dulu...

Okay, sudahlah dengan mukadimah tu kan..meh Sally nak share dengan korang antara menu yang ada kat sini...yang ini sebahagian je tau...itupun pada Sally dah cukup banyak sebab setiap satunya portion sangat besar...


Peminat kambing, ini Whole Uzi Lamb with the flavourful Bazilla rice. Sedap dan yang penting sekali penuh dengan kacang peas tau...Hahahahaha...tak menyabar nak share menu utama...


Tabouleh
A unique salad of chopped parsley, tomatoes and onion with just the right touch of lemon juice and olive oil.


Falafel
Patties formed from chickpeas combined with spring onions, deep fried and served with tahina sauce.


Alamak! yang ini tak ingat ape..hahahaha


Kibbeh
Deep-fried minced lamb balls encased in a lamb and cracked wheat shell. Kibbeh ni ada persamaan dengan bergedel kita cuma bezanya pada luaran dia disaluti dengan tepung...jadinya dia lebih mampat dan sedap :)


Tarbush Hommus
Chickpeas with tahina sauce (sesame paste), garlic and parsley topped with olive oil. A strong-flavoured dip and the house signature dish.

Mutabal



Fetush
Serius...yang ini mmg sedap...Sally bukannya jenis yang suka makan salad bagai tapi yang ni mmg sedap...ianya terdiri daripada Romaine lettuce, tomato, timun dan lobak putih. Atas dia ada taburan crunchy toasted Lebanese bread dan semestinya ada perahan jus lemon, minyak zaitun dan balsamic vinegar.


Tarbush Mixed Grill
A mouth-watering medley of Shish Tawook, Shish Kebab, Lamb Cubes, Grilled Prawns and Grilled Arayes.


Bamyeh with White Rice
Ladies fingers with lamb served with basmati rice.

Lepas makan-makan kat Restoran Al Halabi, kami pergi makan pencuci mulut kat restoran Tarbush pulak...hahahaha...yes, mmg makan jauh-jauh...tapi xde la jauh sebab dua-dua branch ni ada dalam kawasan yang sama...Dapat minum teh dan kopi...


Ada dua pencuci mulut yang sedap kat sini...salah satunya, Mahalabia...Mahalabia ni puding krim susu yang ditaburkan dengan kacang pistachio. Yang lagi satu tu "cream caramel"...Dua-dua puding ni takde la manis sangat tapi mmg sesuai rasa dia :)


Lepas tu Sally cuba kopi dia...Kopi ni datangnya daripada Turki...Owner Tarbush, Puan Shereene ada ceritakan satu mitos...selalunya orang Arab akan minum kopi dan selesai je cawan tu akan diterbalikkan...dan serdak yang ada baki daripada kopi tu akan menjadi beberapa gambaran dan ada yang cakap gambaran yang kita nampak tu ada sebabnya...Haaa...macam tu la lebih kurang mitos tu...

Kalau korang nak mencuba makanan daripada Timur Tengah, makanan Arab...Sally cadangkan korang cuba kat Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi.

Maklumat lanjut:
Facebook : www.facebook.com/TarbushRestaurantMalaysia
Website : web.tarbush.com.my

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!