Ikan Patin Masak Tempoyak terbaik daripada Restoran Temerloh Catering!

12:37:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Siapa kat sini suka makan ikan patin @ ikan sungai...?

Arwah papa mmg biasakan kami dengan makan ikan sungai...segalanya la senang...tapi Sally mmg tak boleh makan ikan keli...Kalau nak makan ikan patin yang sedap, kena la pergi ke tempat dimana ianya popular...tapi takkan sampai ke Temerloh nak pergi..?

Tapiii...kalau Sally cakap yang korang boleh dapatkan ikan patin fresh dari Temerloh di KL macam mana...?


Kalau korang nak tau, mereka ni dah lama wujud...mulanya hanya ada di Temerloh dan kemudiannya mula berkembang ke area Lembah Kelang atas permintaan ramai...Sally mmg suka makan ikan patin, berjumpa pulak dengan kedai ni..makin membuak-buak la rasa excited tu...cawangan yang Sally kunjungi ni terletak betul-betul belakang pusat beli belah, Wangsa Walk di Wangsa Maju.


Tengok la tuuu...dah la gebu..besar pulak tuu...percaya tak korang yang Sally habiskan dua mangkuk sebab blogger Naomie tak makan..hahahaha...Sally pun terus kebas jela dah orang bagi kan..hahahaha...Kalau korang nak tau, ikan patin yang Sally makan ni merupakan ikan patin sangkar...tapi jangan salah sangka yer...Patin Sangkar tak sama dengan Patin Kolam...Patin Sangkar ni dibela didalam sungai...jadinya isinya lebih sedap..

Di Restoran Temerloh Catering, korang boleh pilih sama ada nak Patin Buah, Patin Sangkar atau Patin Mas...Di katakan Patin Mas lebih sedap berbanding Patin Buah, Patin Sangkar...tapi jangan terkejut dengan harga dia pulak tau...tapi kalau korang penggemar ikan patin, rasanya kualiti Patin Sangkar pun dah terbaik kan?


Ini lagi satu yang menggugat nafsu, di letaknya ikan Kerai goreng...goreng garing, boh sikit rempah ratus bagi naik sikit rasa...mmg Sally sorang jela yang hadap ikan ni...hahahaha...segala sudut dia Sally makan...sedapnyaaa...Masa tgh menaip ni, asyik terfikir kerangupan dia!


Makan masakan kampung, takde ulam-ulaman mmg tak jalan la kan...pastikan tempoyak, sambal belacan, sambal cili kicap makan dengan ikan goreng...hoooiiiiiii...makan bertambah Sally!


Selain daripada masak tempoyak, ada juga pelbagai jenis masakan yang lain contohnya asam pedas, masak lemak cili padi, masak lemak putih dan sebagainya...tapi kalau dah ikan patin, mmg masak tempoyak la baru kena dengan dia kan...

Selain daripada ikan patin, ada banyak lagi jenis ikan sungai yang boleh korang pilih, contohnya macam ikan kerai, ikan talapia, ikan baung dan macam-macam lagi laaa...setiap satunya ada harga, jadinya korang boleh memilih mengikut kemampuan korang...



Lepas makan nasi, kita kena la maniskan mulut kita...kat sini ada disediakan tapi pulut, fresh lagi dalam daun getah tu haaa..hahahaha...bukan mengampu eh tapi mmg tapai dia cukup rasa, cukup lemak dia..masak sekata..tak terlebih ragi dan pastikan habiskan satu pinggan jugak! hahahaha


Ini lagi yang special, PUDING RAJA! Mana nak cari puding yang betul-betul ikut spesifikasi macam yang original...hanya RM8 sebekas...Sally berani jamin korang takkan menyesal rasa puding ni...kuantiti pun agak banyak dan boleh kongsi..


SENARAI HARGA IKAN

Ikan patin buah - RM29
Ikan patin sangkar - RM12
Ikan patin mas - RM22
Ikan baung - RM18
Ikan kerai - RM12 / 100gm
Ikan jelawat - RM12 / 100gm
 
Selain daripada branch di Wangsa Maju ni, mereka juga ada cawangan lain...korang boleh tengok alamat kat bawah ni kalau nak berkunjung yer!
 
CAWANGAN SHAH ALAM
2-G, Jalan Pahat J 15/J,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor.
Dibuka setiap hari (8.30 pagi - 6 petang)
.
CAWANGAN BANDAR BARU BANGI
No 4 & 6, Jalan 8/36,
Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi - 8 malam)
.
CAWANGAN WANGSAWALK, KL
No. 35-G, Kedai D'Wangsa, Blok 1D,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (11 pagi - 8 malam)
 
PERHATIAN!
 Sepanjang bulan Ramadhan 2016, kedai akan dibuka pada pukul 3 petang sehingga 9 malam!
 

You Might Also Like

5 comments:

  1. Gambar lawa dan sharp! Sally pakai kamera apa ye? Or phone je..

    ReplyDelete
  2. Hurmmm dapnye semua lahaiii... nnt leyh ajak family dtg sini huhu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya Ikan Patin Tempoyak memang kegemaran kita.. Bangga jadi orang Pahang kan hehehe...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!