Sama terjebak dengan Dokoh.

3:04:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Kalau korang perasan, tahun ni design dokoh patch, chunky beads mmg popular untuk baju raya...bukan takat baju raya, shawl yang dah lama tak guna semuanya diberikan nafas yang baru...Sally pun tahun ni recycle baju raya tahun lepas...bg nafas baru dengan tampal dokoh patch atas baju, fuhh.. terus jadi macam baju baru!


Hehehe...so, tahun ni tema kita hijau la lagi..LOL

Selain daripada baju, Sally punya plain shawl pun habis semua Sally tampal dengan dokoh...kiranya ber-dokoh la setiap hari tahun ni...


Siapa lagi yang terkena demam dokoh macam Sally..?

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Musim Raya takkan lengkap kalau tak ada kad raya!

12:21:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments




Raya kalau takde Baju Raya, Duit Raya, Kuih Raya rasa macam tak lengkap kan?

Sally pun sama...Walaupun zaman teknologi yang maju ni...Saban hari Sally tetap akan tunggu kad raya kat post box tu...tapi takde la sampai terbaring tunggu kat situ...maknanya selalu la kalau balik kerja terus tengok ada tak dalam post box tuu...

Tahun ni alhamdulillah...dapat la jugak 4 keping...buat masa ni tak tahu la kalau masa depan ada lagi ke kan..hihihi...

Thank you untuk semua blogger yang bagi kad raya kat Sally :)

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ke mana hilangnya Sally..?

2:09:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Salam Ramadan...

Diam tak diam dah nak menghampiri hujung Ramadan kan...Jujurnya Sally rasa Ramadan kali ni cepat sangat berlalu kan....Korang rasa macam tu jugak ke?

Sally sebenarnya dalam exam mode ni...dah mula final exam since minggu lepas...biasa la kalau dah e-PJJ student ni...kena pandai bahagikan masa...sampai satu tahap ada benda yang kita kena lepaskan untuk dapatkan benda yang lain...Jadinya Sally terpaksa la abaikan blog buat sementara waktu...Lepas raya nanti la baru berkesempatan nak tumpukan balik ke blog...entri review pun masih banyak yang tertunggak...rasa bersalah pun ye jugak...

Macam mana puasa tahun ni..? okay? Sally macam ni jugak laa...puasa, g kelas, ke kerja...tapi dah tu tanggungjawab...kira macam layan jela...malas nak ambik tahu perkara lain...hahahaha...tiba-tiba macam banyak benda nak buat tapi kesuntukkan masa jugak laa...

Hopefully korang semua sihat dan selamat menempuh 10 malam terakhir Ramadan :)


7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

11:59:00 PM Sally Samsaiman 82 Comments


Walaupun dah masuk era komunikasi pantas, tapi Sally tetap rasa yang kad raya tu sangat la best! Tak tau la pada korang macam mana..tapi Sally selalu excited tunggu kad raya...Hahahaha...so, sempena Hari Lebaran yang akan tiba ni...Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau rasa nak kad raya, jangan lupa join ye!



Syarat-syaratnya:
1. Follow blog
Sally Samsaiman | Syifa' Azhar | Fatihah Fadzil

2. Follow Instagram
@sallysamsaiman

3. Like Fanpage
sallysamsaiman.com | Mjölk | The Sister's Closet 

4. Pergi kemana-mana entri dalam blog Sally, tinggalkan komen yang ikhlas.

5. Buat satu entry bertajuk Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

6. Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016
Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye... 

82 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : "Citarasa Ramadan" di Hotel Bangi-Putrajaya

11:54:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Haaa...buffet Ramadhan lagi...hahahaha...Kali ni Sally nak kongsikan buffet di Hotel Bangi-Putrajaya...Mereka menggunakan tema "Citarasa Ramadan" sempena buffet Ramadhan tahun 2016...

Seperti biasa Sally akan kongsikan antara menu pencuci mulut dan yang manis-manis kat sini...Terdapat pelbagai jenis kuih muih dan manisan yang ada...Kepada peminat kuih gulung @ kuih ketayap, kat sini special dia sebab setiap satunya dibuat panas-panas depan mata korang :)





Untuk lauk pauk, ada macam-macam jenis masakan kat sini...terutamanya masakan melayu...Sally jujurnya tak sempat nak rasa lauk pauk dia...tapi sempat jugak la cuit-cuit dalam pinggan ibu...sotong masak lemak cili api dia mmg sedap, lembut dan cukup rasa...









Pelbagai jenis kerabu.



Tauhu sumbat.

Terlalu banyak pilihan makanan kat sini...kesemuanya menu yang selalu kita temui dan ada jugak beberapa menu yang agak asing seperti serawa durian, ubi kayu rebus...


Sally suka nak ajak korang rasa makanan yang ada...Kalau korang berkesempatan nak ke Hotel Bangi-Putrajaya, korang kena cuba Mongolian BBQ...Ada pilihan daging atau ayam, tapi bagi Sally ayam dia lebih sedap dan berperisa...



Jangan lupakan kambing, sate ayam dan daging serta kuey teow goreng panas!

Dim Sum mereka pun sangat sedap...makan banyak pun tak muak...pau kukus pun ada...saiz dia comel-comel je...


Kalau korang berdekatan dengan Bangi/Putrajaya atau ingin berbuka di Hotel Bangi-Putrajaya, bolehlah buat tempahan sehingga 2 Julai nanti di talian 03-82102222 atau emel kepada alamat fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com.

Info lanjut leh dapatkan di :
www.hotelbangi-putrajaya.com

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Masker Penjagaan Wajah SAFI Rania Gold & SAFI Balqis White Trilogy

9:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments



Asyik makanan sahaja...sekali sekala hendak juga kongsikan tentang barangan kecantikkan dan juga penjagaan diri...lagi-lagi sudah menghampiri musim perayaan...Korang semua tahu tidak yang sekarang ini SAFI sudah mengeluarkan masker penjagaan wajah SAFI Rania Gold & SAFI Balqis White Trilogy...?

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD (RM 6.90)



Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu & kusam, serta sentiasa segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy (RM 5.90)

Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya!

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya besar utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman sesawang SAFI, safi.com.my

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Koleksi jubah lelaki dan perempuan di SweetHeart!

10:54:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Alhamdulillah...dah masuk minggu ketiga kita berpuasa kan...masih lagi berbaki beberapa hari untuk ibadah kita dibulan Ramadhan ni tamat kan...Seperti kebiasaan, kita akan menyediakan kelengkapan raya..paling tidak mesti ada baju raya kan..? Korang dah beli ke baju raya tahun ni...?



Ada satu jenama baru dipasaran, SWEETHEART...Bila dengar nama jenama ini...mmg terasa dekat sangat dengan kita...yela...nama SWEETHEART ni diambil sempena tema "sayang"...Lagipun SweetHeart sendiri bermaksud ‘buah hati’@ orang tersayang...kan nama SWEETHEART tu sangat ‘cute’ dan mudah untuk diingati.

Dibawah label SWEETHEART ada beberapa jenis koleksi, termasuklah ‘SWEETHEART’ (Shawl & Tudung 2 muka), ‘MIRABELLA’ (Baju Kurung Moden), SALSABELLA (Jubah Wanita) dan ANDALUSIA (Jubah Lelaki)....kesemua rekaan mereka menggunakan fabrik yang mengutamakan keselesaan mereka yang memakai...

Jubah lelaki ANDALUSIA gunakan fabrik Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco; dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang. Mereka mencipta jubah kolar ‘high neck’ untuk jejaka yang ingin nampak eksklusif, korporat dan ‘macho’ sikit. Kolar leher bulat ala kolar baju Melayu juga ada dijual untuk mereka yang suka simple tetapi tampak bergaya.

Fesyen Jubah lelaki ANDALUSIA ini ada sedikit kelainan seperti ‘piping’ pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah, itu yang membuat sipemakainya kelihatan hebat, bergaya dan eksklusif. Harga Jubah ANDALUSIA yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM149. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga XXL.



Untuk fabrik tudung, mereka menggunakan kain Jameela Crepe @ Bubble Crepe, Chiffon Crepe, Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette. Fabrik Baju Kurung Moden pula menggunakan material Satin Pucci yang bercorak ekslusif.

Jubah wanita SALSABELLA banyak menggunakankan kain bercorak Heavy Dull Satin Ombre; Como Crepe & Italian Monaco.

Harga Jubah Wanita Plain iaitu RM149.
Harga Jubah Wanita Two Tone iaitu RM169.


Tudung Koleksi SWEETHEART didatangkan dalam dua (2) rekaan dahulu iaitu shawl dan instant shawl dua muka (konsep tudung 2 muka) ‘free standard size’ yang menjadi ‘favourite’ dikalangan wanita berhijab sekarang ini, dan boleh didapati dalam beberapa warna-warna natural, terang dan pastel.

Harga instant Shawl : RM49
Harga instant Shawl 2 muka : RM59
 
 
Baju kurung moden MIRABELLA sangat sesuai untuk mereka yang bertubuh lampai dan yang pastinya dengan corak yang agak sederhana pun mampu memberikan impak ilusi yang menarik kepada si pemakai...Harga yang ditawarkan juga mampu dimiliki iaitu RM239. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga L.
 
Penjualan akan dilakukan secara dalam talian @ online dan juga menerusi butik Vendor ‘Nanano’ yang bakal dibuka di Lembah Klang buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut dan pilihan warna yang lain; korang boleh layari,

Facebook Rasmi : www.facebook.com/SHSweetheartOfficial
Instagram Rasmi : www.instagram.com/shsweetheart

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : Buffet Sajian Kampung di Kontiki Restaurant, Federal Hotel

1:08:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Hehehe...Salam Ramadhan!

Lama tak kongsikan dengan korang lokasi untuk berbuka puasa kan...harini Sally nak share la satu lagi hotel yang menyediakan buffet Ramadhan iaitu Kontiki Restaurant, Federal Hotel, KL..Hotel Federal ni terletak berdekatan dengan Plaza Low Yat, mmg senang nak jumpa...

Buffet Sajian Kampung

"Sajian Kampung" merupakan tema kepada buffet di Kontiki...yang bestnya kat Kontiki ni suasana dia santai, dekat dengan swimming pool...sangat la serasi dengan Sally yang sukakan air ni...dekorasi dalaman pun sangat la cantik...


Macam biasa laa...kalau Sally nak kongsikan segala jenis makanan mmg jadi buku resepi la blog Sally...mana tak nya, ada hampir 100 jenis masakan yang terdapat disini...semuanya mmg sedap dan sangat la Sally suka...



Bayangkan...pilihan kuih muih melayu pun ada hampir 20 jenis, ada dodol, wajid, agar-agar, puding buah-buahan, beberapa jenis pastri Perancis, bubur pisang, keladi, ubi kayu...ada puding roti, 4 jenis kek, 3 jenis tart buah-buahan, jeli, mousse dan semestinya ada buah-buahan...

Ini baru dia punya pencuci mulut..hahahaha...Sally mmg terbalik sikit..suka cerita pasal makanan yang manis-manis dahulu sebelum pergi terjah makanan yang lain-lain...Sally kan mmg manis, tu yang suka makan makanan manis tuu..LOL!


Sushi pun ada :)


Pembuka selera dorang mmg sangat membuka selera... ada sushi, gado-gado, rojak buah, ulam-ulaman kampung, ikan masin jangan lupa...tauhu sumbat, pulut kuning dengan sambal serunding, bergedil daging, acar buah, acar rampai dan macam-macam lagi...




Yang paling favorite Sally, dia punya BBQ & Deep-fried station...gila banyak benda ada...udang sajaha ada 3 jenis, ketam, sotong, ikan kembung, ikan pari, kerang...ayam punya pilihan pun banyak...ada chicken wing ooo...ada jugak sate ayam, sate daging...

Yang best lagi bila ada otak-otak, keropok lekor, ayam percik, pisang, keladi dan keledek goreng...semuanya digoreng panas-panas depan mata kita...siap pening nak pilih makanan...



KAMBING BAKAR!


Ini antara menu kerabu yang ada...haaa...banyak kan...ada kerabu mangga muda, kacang botol, kerabu sootong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu taugeh, jantung pisang, kacang panjang, kerabu kaki ayam (favorite), kerabu nenas dan timun, kerabu perut dan kerabu telur...



Pendek kata ada pelbagai jenis makanan di Kontiki...semuanya mmg bertepatan dengan tema Buffet Sajian Kampung yang cuba mereka ketengahkan...Menu di Federal Hotel ni mmg antara menu yang menjadi pilihan Sally sepanjang Sally review buffet Ramadhan tahun ni...harapnya korang pun suka jugak...

Kontiki Restaurant
10 Jun - 2 Julai
6.30pm - 9.30pm
 RM118 (Dewasa), RM38 (Kanak-kanak)
Diskaun 50% utk warga emas

Untuk tempahan:
Telefon : 03-2148 9166

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa - Sedap, tebal, layan!

3:59:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa | Mana kaki bazaar tu, meh sini Sally nak share dengan korang...Korang suka makan murtabak tak..? Kalau korang stay area Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati atau kot korang tersesat ada kat Setiawangsa...Sally nak suggest korang g ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa!


Rasa bersalah share dengan korang masa puasa macam ni, tapi dalam masa yang sama Sally lagi rasa bersalah kalau tak share...macam biasa ada pilihan daging dan ayam (Sally suka yang ayam)...satu keping hanya RM3! yes, you read it right...mmg harga dia hanya RM3 sekeping!


Gila ramai orang beratur nak beli...mmg ternyata sedap la kan...actually ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa mmg dah lama ada kat bazaar tu...rasanya tahun ni dah masuk tahun yang ketiga dah...Apa yang Sally suka dengan ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa, ialah mereka ni mengekalkan bentuk yang sama kepada semua murtabak dorang...


Kalau korang perasan, mereka ni gunakan satu acuan khas yang akan memberikan setiap murtabak ketebalan, saiz yang sama...so, takde la beli dua keping ada yang besar ada yang kecil...semuanya standardized!

Kalau korang risau sebab jauh nak beli untuk keesokkan harinya, jangan risau...ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa ada penyelesaiannya...korang boleh beli murtabak frozen!

Haaa! Ye...lagi sekali korang baca betul...ADE Murtabak D'Bazar Ramadhan Setiawangsa juga ada menyediakan murtabak frozen yang dibungkus 2 keping setiap pek...Satu paket RM7 shj..senang nak masak kat rumah, sahur pun boleh!


013-629 3267 

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Movie | Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai.

3:14:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Fuhhh...terbelit tau nak sebut nama movie ni...Sally baru je nampak trailer cerita ni tadi...dah lama dah pun dia released, since February 27, 2016 lagi...tapi sebenarnya movie ni diinspirasikan daripada komik bersiri manga, "Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai" by Makino (first published February, 2014)...yang bestnya movie ni telah diterbitkan selepas sebulan NTV drama special "Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai" diterbitkan...nama lain bagi NTV drama special "Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai" ni ialah The Black Devil and the White Prince yang telah diterbitkan pada tahun 2015...


Plot


Yu Akahane (Nana Komatsu) moves to a dormitory room after her father's transfer from work. She is excited that she will live in the same dorm as Takumi Shirakawa (Yudai Chiba) aka "White Prince." Yet, Haruto Kurosaki (Kento Nakajima) aka "Black Devil" kisses her as punishment for going against him. It is Yu Akahane’s first kiss. Since then, she becomes obedient to Haruto Kurosaki.
Senang kata cerita cinta budak-budak la ni tapi Sally suka dengan cerita ni..jalan cerita dia comel sangat..hahahaha...tetiba rasa macam blushing sorang-sorang...belum masuk lagi sengeh..hahahaha...

The Black Devil and the White Prince (Drama Special - 2015) ada 2 episod, manakala Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai (2016) hanya ada 1 episod yang berdurasi 74 minit...jalan cerita dia ada sedikit sama tapi ada sedikit plot yang berubah la contohnya macam ada beberapa watak yang baru...

Kalau korang nak tengok, boleh g kat link:

The Black Devil and the White Prince (Drama Special - 2015) - Episod 1, Episod 2
Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai (2016) - (LINK)

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

1:33:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


http://seindahcerita.blogspot.my/2016/06/segmen-sampul-duit-raya-seindahcerita.html

Salam Ramadan yang ke-10..!

Duit raya dah menjadi antara perkara asas semasa Hari Raya kan, kadang tu ada yang berlumba siapa punya sampul duit lagi cantik daripada berapa banyak duit yang ada dalam tu...jadinya Sally nak join Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita kak Nieyla ni...mana tau boleh letak duit RM1 bukak jadi RM100 ke kan...

Hahahaha..punchline melampau!

Korang pun join la sama eh! :)

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kekal cantik dengan kolagen Maria Miracle.

3:57:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Maria Miracle memilih Hafidz Roshdi sebagai duta produk!

Masih ingat dengan entri yang lepas..? Sally sebenarnya tak ketinggalan untuk mencuba kolagen Maria Miracle ni...Mana la tau kot dapat jadi putih gegebu macam Hafidz Roshdi ke kan..hehehehe...Yela...dah orang bagi peluang untuk cuba, kenapa tidak kan...?

Kalau korang nak tahu, produk makanan tambahan untuk kecantikan ini telah mula berada di pasaran sejak September tahun lepas dan terus mendapat kepercayaan pengguna seluruh negara termasuk pengguna daripada Singapura...how cool is that?



Awalnya Sally rasa yang semua kolagen sama...tapi Maria Miracle ada kelainan mereka yang tersendiri...Maria Miracle merupakan sejenis serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi. Ia terdiri daripada L-Cysteine, Asthaxanthin, Asid Askorbik & L-Arginine yang membantu pencerahan sekata pada keseluruhan kulit sekaligus menjadikan kulit gebu dan bersinar secara semulajadi...

Baru amalkan dalam 7 sachet sahaja Sally dah nampak kelainan pada bibir Sally...bibir Sally mmg jenis yang agak hitam dan tidak merah secara semulajadi macam kebanyakkan perempuan kat luar sana...Kesan ini pun ada ramai yang tegur sebab bila Sally gunakan lipstick yang biasa Sally pakai pun ada yang perasan bila dorang kata bibir Sally nampak "pinkish"..

Mengamalkan Maria Miracle secara konsisten dapat membantu melembut, menegang dan menganjalkan struktur kulit. Ia juga bertindak mengatasi kulit kusam, mengecilkan liang roma, membekalkan tenaga serta mengatasi masalah jerawat. Paling penting, minum air putih sangat la perlu dijadikan tabiat setiap hari...baru la boleh kekal cantik...



Maria Miracle mempunyai banyak kebaikan kerana ianya diperbuat dari esktrak strawberi yang berkualiti tinggi. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah strawberi lebih banyak berbanding sebiji limau sunkist. Buah strawberi memberikan 94 miligram Vitamin C atau 1.5 daripada keperluan Vitamin C harian.

1. Kaya dengan Antioksidan
- Sebuah kajian ada menyebut buah strawberi menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan.
- Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser.
- Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberi memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.

2. Buah Strawberi juga mengandungi sebatian-sebatian fitokimia yakni asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asam fenolat dan antosianin yang diketahui dapat mencegah penggumpalan darah yang menjadi salah satu penyebab serangan jantung atau stroke.

Paling penting, Maria Miracle selamat untuk dinikmati dan dijamin halal selain mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dipasarkan.



Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut, boleh berhubung dengan pihak Maria Miracle sendiri okay..?

Facebook: Maria Miracle
Instagram: @mariamiracleofficial
Telefon:03-41629590 | Fax: 03-41629591 | Hotline: 010-5226202

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kombo Jom! Berbuka di restoran 10 Years sempena Ramadhan 2016.

12:18:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments




Kalau masih ingat tahun lepas ada Sally kongsikan pasal restoran 10 Years ni...dan Sally sekali lagi dapat kesini untuk melihat menu mereka...fuhhh! Lama gila rasanya tak makan masakan di 10 Years ni...rindu gila dengan Char kuey Teow dorang!

Okay, tapi kali ni Sally bukan nak ceritakan pasal Char Kuey Teow ke ape ke tapi Sally nak kongsikan dengan korang menu kombo Jom! Berbuka...Selalunya kita berbelah bahagi nak makan ape untuk berbuka kan...semuanya sedap masa tengah lapar..Nampak nasi ayam nak, nampak nasi kerabu nak...nampak segala jenis masakan semuanya berselera la kan!

Haaa! Kali ni kombo Jom! Berbuka menawarkan 4 jenis nasi dengan harga RM60nett sahaja!
Kak Tum Nasi Kuning (Tawau, Sabah), Kak Pah Nasi Dagang (Terengganu), Kak Yati Nasi Lemak dan Nasi Kerabu Kelantan mmg sangat menarik...yela...dah tak payah nak fikir nak makan nasi ape...kita beli je 4 jenis terus..kan? Lagipun set ni datang dengan sate ayam sekali...wehhh~



Kombo Ramadhan :
6 Jun - 15 Julai 2016. Setiap hari bermula 6pm.
RM60 nett (termasuk 10% service charge dan 6% GST)
(Sesuai untuk 4 pax)
Valid utk dine-in dan take away.
Boleh call untuk pre-order, 3 jam sebelum datang.


Nancy Nyonya Laksa – RM16.90


T&T Prawn Mee – RM14.90


Abu Pasembur Indian Rojak - RM12.90


Prawn Curry Carbonara – RM22.90


Linguine Chicken Sambal Tomato – RM19.90

Kalau korang nak cuba makanan yang terkenal di Malaysia tanpa perlu ke negeri dimana mereka popular, Sally suggest korang ke restoran 10 Years...Selain daripada branch Sri Petaling, dah ada lagi satu branch yang baru...So, more choice! Jangan lupa berbuka dengan Kombo Jom! Berbuka di restoran 10 Years sempena Ramadhan 2016.

TEN YEARS
Sri Petaling:
No 1, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9054 9688

Evvolve Concept Mall:

G08, Ground Floor, Evolve Concept Mall, Jalan PJU 1A/4,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78310996

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!