MNM 25th Anniversary Hi-Tea & Dinner!

8:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Diam tak diam, tahun ni dah masuk tahun ke-6 Sally bekerja di syarikat yang sama...dan tahun ni merupakan ulangtahun yang ke 25 tahun penubuhan syarikat yang Sally bekerja sekarang...fuhhh...Walaupun syarikat kami tidak la segah nama-nama syarikat gergasi di Malaysia, tapi Sally tetap bangga menjadi sebahagian daripadanya...

Januari yang lepas, MNM telah pun menjangkau 25 tahun...dan untuk meraikan ulangtahun ni, kami buat suggestion kepada bos untuk adakan family day tapi sebab sampai ke sudah tak berjumpa tarikh yang sesuai, akhirnya Dato' buat keputusan untuk adakan MNM 25th Anniversary Hi-Tea & Dinner!



Tahun ni Sally dilantik menjadi sebahagian daripada AJK untuk uruskan majlis ni...Walaupun ada event planner yang dilantik, tapi masih ada jugak beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh staff...sebabnya kita lebih tahu macam mana nak jalankan majlis kan...



Disebabkan tak dapat buat family day tahun ni, jadinya semua staff kena bawa family untuk hadiri majlis ni...kali ni Sally pergi dengan ibu sahaja sebab abang Sally tak ada...huihhh~ Bertemakan smart casual sebab bos tak bagi membazir beli baju, jadinya Sally cari je baju kurung yang dah lama tak pakai..recycle sahaja...hahahaha



Ada macam-macam aktiviti hari tu...tapi tak sempat Sally nak ambik gambar semua, al-maklum laa kena berjalan kehulur kehilir kan untuk macam-macam benda...hahahaha..tapi Sally tak lepas jugak sebab kena join Couple Games...Elok sangat la kena make-up kan muka Senior Sites Supervisor kitorang...hahahaha..nasib la Goh, bukan salah Sally!

Sayangnya tak menang, tapi dapat la jugak hadiah saguhati...awalnya ingat nak join masuk karaoke, tapi bila fikir banyak benda nak kena buat dan takut terlalu rushing...Jadinya terpaksa la tarik diri..hahahaha..plus suara dah yakin tak sedap ni!



The best of the night, Sally menang lucky draw...huhuhu...alhamdulillah sangat sebab tak sangka Sally menang lucky draw yang keempat paling besar malam tu...mmg berkat doa ibu, tapi ralat juga sebab tak dapat menang Grand Lucky Draw untuk mengerjakan umrah...kesian ibu sebab dia berharap sangat Sally dapat...InsyaAllah ada rezeki lain buat dia...InsyaAllah...



Malam tu sempat jugak selfie dengan Dato'...and if you're wondering, the MNM is actually the name of Dato' himself...Dato' Mohamed Nazir Meraslam...So, kiranya MNM tu sebenarnya pangkal nama dia laaa...Sally mmg agak satu kepala sikit dengan dia...mana taknya dia la yang paling stress tengok Sally "membesar" dengan gembira padahal dia suruh kurus!



Part of the committee yang sama-sama dengan Sally dalam menjayakan majlis ni...terharu sebab masing-masing sudi meluangkan masa untuk bertungkus lumus menyediakan segalanya...syabas betteiiyy~ hahahaha...



Btw, ini antara collegues Sally yang sama-sama membantu Sally dalam tempoh 6 tahun ni...kalau takde dorang, entah macam mana la kehidupan Sally nak melayan karenah pekerja-pekerja asing kat sites, tak cukup dengan tu dengan ragam staff, dengan ragam client dan suppliers..hahahaha..semua tu mmg banyak mendewasakan Sally...persetankanlah dengan bekerja dengan syarikat yang besar, as long as kita tak susah dan selesa, Sally rasa dah cukup baik dah...

So, to MNM, Happy 25th Anniversary! :)

You Might Also Like

6 comments:

  1. witwit.wah..menang gopro...tahniah sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak...rezeki pulak malam tuu..hehehe

      Delete
  2. 6 tahun lama jugak tu. Tahniah dpt gopro ! Wahhh boleh guna la untk travel lpasni

    ReplyDelete
  3. Kak Sally memang selalu bertuah kalau melibatkan lucky draw ni kan :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!