Makan tengahari dengan set Lunch Gusto serendah RM10.95 di Fish & Co.

11:00:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Siapa penggemar makanan laut?

Haaaa~ untuk kornag yang buntu nak makan tengahari dimana, Sally nak cadangkan korang mencuba set Lunch Gusto di Fish & Co. Pernah dengar Fish & Co..? Kalau korang sukakan makanan laut, Fish & Co antara kedai yang korang tak boleh ketinggalan untuk mencuba.

Sekarang Fish & Co telah melancarkan set makanan tengahari "Lunch Gusto" yang berharga serendah daripada RM10.95..Korang akan mendapat satu hidangan utama dan juga air! Korang boleh pilih sama ada nak menikmati "Value Meal" atau "Premium Meal".


Hah! Jangan tak percaya ye!

"VALUE MEAL"


Spaghetti Pomoooro (RM10.95)

Spaghetti ni mmg Sally suka...Sebenarnya Sally rasa dia macam Spaghetti Arabitta tapi yang ni sedap...kalau nak kelainan sedikit, boleh la cuba.


Caesar Salad with Grilled Chicken (RM11.95)

Kalau inginkan makanan selain daripada makanan laut, boleh la cuba salad ni...kalau yang mana nak diet pun boleh makan...hihihi...tutup mata jela kat bahagian ayam tu...kira protein intake, okay ape...


Vongole Aglio Olio (RM14.95)

Kalau berselera nak makan sesuatu yang pedas, Sally nak sarankan korang rasa yang ni...Vongole Aglio Olio ni menggunakan kepah yang sangat segar dan boleh rasa manis dia...sedap dan pedas, sesuai dengan selera tekak Melayu.



The Best Fish & Chips in Town! (RM16.95)

Ini tak tipu! Fish & Co memang mempunyai "The Best Fish & Chips in Town!"...Rangup dan sesuai untuk mereka yang inginkan kesederhanaan dalam makanan...yang Sally suka mestilah kentang yang berperisa tu!

"PREMIUM MEAL"


Grilled Salmon Mediterranean (RM28.95)

Haaa! Ini special untuk peminat salmon dan mereka yang ada selera yang besar... "Premium Meal' ni sangat sesuai dengan mereka yang sukakan makanan yang sedikit berat untuk makan tengahari...Sally sukakan rasa nasi dan jugak semestinya la sebab kesegaran salmon mereka!


Seafood Lunch Platter (RM 28.95)

Kalau nak rasa semua jenis makanan laut, boleh la ambik platter ni...walaupun nampak je sedikit tapi sebenarnya sangat puas makan tau!


Kalau korang nak tau, korang boleh dapatkan "Soup of The Day" secara percuma semasa makan di Fish & Co, macam mana caranya? Korang hanya perlu upload makanan atau gambar semasa makan di Fish & Co, dan sertakan #GlobalFishCo dan jangan lupa sertakan caption "Hello from Fish & Co Malaysia"...

So, kepada mereka yang berada berdekatan dengan Pavilion KL, IOI City Mall, Main Place, USJ 21, Paradigm Mall dan The Mines Shopping Mall, jangan lupa dapatkan promosi hebat Lunch Gusto di Fish & Co. Jangan lupa promosi ni hanya terhad daripada pukul 11am sehingga 5pm sahaja, Isnin - Jumaat, tidak termasuk cuti umum.


Pilihan air yang ada macam Coke, Sprite, Iced Tea atau Passion Fruit, boleh didapati daripada promosi "Value Meal" dan "Premium Meal" yer...

Facebook :

You Might Also Like

1 comment:

  1. tq share akak

    singgah dari

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!