Buffet Ramadhan 2016 : Santapan Kampung Tradisi di Enak KL.


Memilih juadah berbuka puasa, kadang-kadang ada banyak benda yang kita nak makan, nak rasa...Kalau Sally, berbanding masakan barat Sally lebih mencari masakan melayu dan masakan tradisi...Berbanding kek, puding dan sebagainya...Sally mencari kuih muih tempatan...Kalau dapat kuih-kuih yang ada kuah, fuhh...mmg tak cari benda lain...

Kat KL ni ada banyak kedai, kafe yang jual makanan melayu, tapi Sally rasa ENAK KL punya masakan lebih asli dan sedap...yang penting sekali semua masakan mereka tiada tambahan MSG dan sihat. Kalau korang baca reviews dekat Trip Advisor, korang mesti percaya dengan apa yang Sally ceritakan ni..


Enak KL terletak di Starhill Gallery Bukit Bintang...berada ditengah-tengah JW Marriot dan juga Fahrenheit 88....Kalau daripada Pavilion tu dah dekat sangat dah...Sally sebenarnya dah lama tak rasa masakan melayu yang cukup rasa, cukup perisa...tapi kat sini semuanya ada...Mmg terasa macam makan masakan masa kat kampung.



Ruangannya tidaklah terlalu besar, tapi mmg sangat selesa dan sesuai untuk makan bersama dengan keluarga...Masa Sally kesini pun, ada sekumpulan rakyat Jepun yang datang makan tengahari..Ternyata la selera di Enak KL ni mmg mampu menarik ramai orang untuk mencuba makanan asli Melayu.



Pada bulan Ramadhan nanti, Enak KL akan mengadakan buffet Ramadhan yang bertemakan "Santapan Kampung Tradisi" yang mana bakal mengetengahkan masakan-masakan asli melayu yang susah kita nak cari...

Setiap hari akan ada beberapa menu yang berbeza...sambal tumis udang petai, udang lemak nenas, ikan lemak belimbing buluh, ikan masam manis, daging goreng halia, gulai daging, ayam kari kapitan, ayam madu, paceri terung, sayur lemak putih, kacang buncis tumis telur, terong belacan dan macam-macam lagi menu utama yang memang membuka selera.




Selain daripada lauk pauk masakan melayu, ada jugak menu seperti laksa johor, asam laksa utara, kambing dan udang bakar. Menu pembuka selera pun ada macam-macam pilihan dan yang paling menjadi idaman Sally, kerabu ikan pari dan kerabu taugeh dengan kerang.

Untuk pencuci mulut, ada pelbagai jenis kuih muih dan manisan...yang paling korang kena cuba ialah pisang karamel dia...



So, kalau korang mencari masakan melayu asli semasa nak berbuka nanti...boleh letakkan Enak KL sebagai salah satu pilihan korang...semestinya masakan yang asli, tiada MSG dan mestilah enakkan!

RM85nett (dewasa)
RM45nett (bawah 12 tahun)

Enak KL
Starhill Gallery | 181 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100, Malaysia
03-2141 8973

Post a Comment

9 Comments

  1. ikan asam pedas bendi. lama tak makan

    ReplyDelete
  2. menarik..harga pon agak murah..

    ReplyDelete
  3. Fuhh... tempat selesa, makanan pun marveles!!!... mmg sesuai jadi pilihan berbuka ni... menarik... :)

    ReplyDelete
  4. kena book awal kalo mcm ni..menu2nya menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. Sambal udang tu menggoda kalbu laaaa

    ReplyDelete
  6. bestnya kak sally :D semua nampak sedap sedap

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!