Buffet Ramadhan 2016 : Pearl International Hotel

9:26:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Bertemakan "Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa", Pearl International Hotel kembali dengan pilihan buffet Ramadhan pada tahun 2016...Pearl International Hotel terletak di Jalan Klang Lama..Buffet Ramadhan di hotel ini akan bermula pada 6hb Jun - 4 Julai 2016..

Buffet akan terletak di aras 5 Hotel ini, di Cafe 5, Pearl International Hotel .. Kawasannya sangat luas, selesa dan yang penting dekat dengan swimming pool...Kalau macam nak feeling berbuka dibawah sinaran bulan purnama bertemankan deruan air swimmimg pool, boleh laaa layan buffet kat ni..ihikkss~


Disini, korang akan dapat pelbagai jenis menu yang mengimbau makanan yang lama kita tunggu...ada bubur lambuk, kuah lodeh dan nasi impit, sate, lemang dan rendang dan macam-macam lagi makanan.


Disini ada rojak buah...syok jugak makan selain daripada makan buah sebagai pencuci mulut...


 Seleksi mee akan berubah mengikut hari...antara menu mee yang akan ada disini ialah Mi Wantan, Laksa, Mi Bandung, Mi Rebus, Laksa Johor, Mee Kari dan Laksa Kari Nyonya. Sally dah cuba Mi Wantan dan jugak Mee Kari, dua-duanya mmg sedap dan jugak membuatkan kita lebih berselera dengan sup yang panas...


Peminat kambing, jangan lepaskan peluang untuk mencuba "Roasted Marinated Leg of Lamb" ni...sebab mmg cukup rasa, perapan dia mmg terangkat...dan jangan lupa rasa dengan pilihan sos-sos yang ada...sos lada hitam, sos rosemary dan sos pudina, dan dihidangkan dengan sayur-sayuran dan kentang bakar. 

Sebelum terlupa, Kambing Golek pun ada!


Berlainan daripada pilihan buffet yang pernah Sally hadiri, Pearl International Hotel ada menawarkan Kebab Roti Pita Ayam Shawarma dengan Yogurt dan Salad Mediterranean. Kebab ni dibuat secara "live" dihadapan korang...dagingnya cukup rasa dan yogurt tu membuatkan kita rasa kurang muak dengan makanan yang ada...


Macam biasa, dimana-mana buffet akan ada banyak seleksi kuih muih, kek, puding....dan yang bestnya kalau korang nak makan kuih raya in advance pun boleh...ada je kat sini...hihihi...

So, kepada warga Petaling Jaya ataupun yang berhampiran..boleh la ke Pearl International Hotel untuk berbuka!

Buffet Ramadhan berlangsung selama 3 jam 30 minit iaitu dari 7 petang hingga 10:30 malam.

Harga Buffet (Belum termasuk GST)

  • RM98+ Dewasa
  • RM45+ Kanak-kanak (4 – 11 tahun)
  • RM45+ Warga Senior (55 tahun ke atas)

Voucher Ramadhan

Terdapat promosi penjimatan terbaik kepada pengunjung yang datang berkumpulan. Korang boleh dapatkan Voucher Ramadhan pada harga RM650 bersih (Harga termasuk 6% GST) untuk satu buku voucher. Satu buku terdapat 10 keping Baucar Ramadhan yang boleh digunakan untuk 10 orang, bermakna seorang cuma bayar RM65 sahaja.

Setiap pembelian satu buku (10 voucher) sebelum 5 Jun 2016, dapat 1 baucar tambahan PERCUMA!

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!