Buffet Ramadhan 2016 : Pearl International Hotel

9:26:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Bertemakan "Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa", Pearl International Hotel kembali dengan pilihan buffet Ramadhan pada tahun 2016...Pearl International Hotel terletak di Jalan Klang Lama..Buffet Ramadhan di hotel ini akan bermula pada 6hb Jun - 4 Julai 2016..

Buffet akan terletak di aras 5 Hotel ini, di Cafe 5, Pearl International Hotel .. Kawasannya sangat luas, selesa dan yang penting dekat dengan swimming pool...Kalau macam nak feeling berbuka dibawah sinaran bulan purnama bertemankan deruan air swimmimg pool, boleh laaa layan buffet kat ni..ihikkss~


Disini, korang akan dapat pelbagai jenis menu yang mengimbau makanan yang lama kita tunggu...ada bubur lambuk, kuah lodeh dan nasi impit, sate, lemang dan rendang dan macam-macam lagi makanan.


Disini ada rojak buah...syok jugak makan selain daripada makan buah sebagai pencuci mulut...


 Seleksi mee akan berubah mengikut hari...antara menu mee yang akan ada disini ialah Mi Wantan, Laksa, Mi Bandung, Mi Rebus, Laksa Johor, Mee Kari dan Laksa Kari Nyonya. Sally dah cuba Mi Wantan dan jugak Mee Kari, dua-duanya mmg sedap dan jugak membuatkan kita lebih berselera dengan sup yang panas...


Peminat kambing, jangan lepaskan peluang untuk mencuba "Roasted Marinated Leg of Lamb" ni...sebab mmg cukup rasa, perapan dia mmg terangkat...dan jangan lupa rasa dengan pilihan sos-sos yang ada...sos lada hitam, sos rosemary dan sos pudina, dan dihidangkan dengan sayur-sayuran dan kentang bakar. 

Sebelum terlupa, Kambing Golek pun ada!


Berlainan daripada pilihan buffet yang pernah Sally hadiri, Pearl International Hotel ada menawarkan Kebab Roti Pita Ayam Shawarma dengan Yogurt dan Salad Mediterranean. Kebab ni dibuat secara "live" dihadapan korang...dagingnya cukup rasa dan yogurt tu membuatkan kita rasa kurang muak dengan makanan yang ada...


Macam biasa, dimana-mana buffet akan ada banyak seleksi kuih muih, kek, puding....dan yang bestnya kalau korang nak makan kuih raya in advance pun boleh...ada je kat sini...hihihi...

So, kepada warga Petaling Jaya ataupun yang berhampiran..boleh la ke Pearl International Hotel untuk berbuka!

Buffet Ramadhan berlangsung selama 3 jam 30 minit iaitu dari 7 petang hingga 10:30 malam.

Harga Buffet (Belum termasuk GST)

  • RM98+ Dewasa
  • RM45+ Kanak-kanak (4 – 11 tahun)
  • RM45+ Warga Senior (55 tahun ke atas)

Voucher Ramadhan

Terdapat promosi penjimatan terbaik kepada pengunjung yang datang berkumpulan. Korang boleh dapatkan Voucher Ramadhan pada harga RM650 bersih (Harga termasuk 6% GST) untuk satu buku voucher. Satu buku terdapat 10 keping Baucar Ramadhan yang boleh digunakan untuk 10 orang, bermakna seorang cuma bayar RM65 sahaja.

Setiap pembelian satu buku (10 voucher) sebelum 5 Jun 2016, dapat 1 baucar tambahan PERCUMA!

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

4:54:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Kak Shidaaa ooo kak Shida...Bukan main lama tak update tiba-tiba balik dengan segmen kad raya dia..hahahaha...sabar jelaa kita kan...

So, sebabkan tahun ni nak jugak kad raya daripada kak Shida, so marilahh kita bersama-sama join dan dapatkan kad raya!

Pendapat Korang Tentang Blog Shida

Macam biasa laaa...Sally suka masuk blog kak Shida sebab warna dia biru..hahahaha...susunan sangat kemas, drop down menu pun mudah untuk digunakan...warna, font tulisan yang dipilih juga sangat bagus sebab mudah pada mata pembaca...

So, kalau korang nak join, pastikan join sekarang tau!

Segmen bermula hari ini 31/5/2016 (10:00 pagi) - 1/6/2016 (9:59 pagi) = SEHARI

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Terimalah nasihat, walaupun daripada mereka yang serba kekurangan.

3:56:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments



Fuhhh...dah lama betul Sally rasa takde kongsikan benda yang bermotivasi dalam blog Sally...Sally terjumpa sekeping gambar masa scrolling Twitter...terus terdetik dalam hati Sally, "aku mmg terlalu memilih!"

Kadang-kadang Sally memilih daripada siapa Sally nak terima teguran, jika org tu nampak baik...nampak bijak baru akan terima padahal kita tahu setiap manusia tu ada kekurangan mereka sendiri....dan sejauh mana kita yakin mereka yg nampak begitu sempurna ada benda yg kita perlukan..?

Tapi rasanya dah fitrah manusia, hanya nampak benda yang baik sahaja...Sally akui Sally manusia yang paling banyak kekurangan...walhal yg ditunjukkan hanya benda yang baik...terdetik kadang bila orang kata..."wahhh, sally baiknya..." dan sebagainya walaupun dalam hati bergetar tanda sedih kerana kadang-kadang kita tidak setinggi itu nilainya...

Hmmm...jadi, Sally nasihatkan...terimalah teguran atau nasihat daripada sesiapa pun...mana tau sekeping nasihat yang diberikan tu mampu menyempurnakan kekurangan, kekosongan yang kita rasa...

Yang Benar, 
Sally; manusia penuh kekurangan.

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : Santapan Kampung Tradisi di Enak KL.

12:14:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Memilih juadah berbuka puasa, kadang-kadang ada banyak benda yang kita nak makan, nak rasa...Kalau Sally, berbanding masakan barat Sally lebih mencari masakan melayu dan masakan tradisi...Berbanding kek, puding dan sebagainya...Sally mencari kuih muih tempatan...Kalau dapat kuih-kuih yang ada kuah, fuhh...mmg tak cari benda lain...

Kat KL ni ada banyak kedai, kafe yang jual makanan melayu, tapi Sally rasa ENAK KL punya masakan lebih asli dan sedap...yang penting sekali semua masakan mereka tiada tambahan MSG dan sihat. Kalau korang baca reviews dekat Trip Advisor, korang mesti percaya dengan apa yang Sally ceritakan ni..


Enak KL terletak di Starhill Gallery Bukit Bintang...berada ditengah-tengah JW Marriot dan juga Fahrenheit 88....Kalau daripada Pavilion tu dah dekat sangat dah...Sally sebenarnya dah lama tak rasa masakan melayu yang cukup rasa, cukup perisa...tapi kat sini semuanya ada...Mmg terasa macam makan masakan masa kat kampung.



Ruangannya tidaklah terlalu besar, tapi mmg sangat selesa dan sesuai untuk makan bersama dengan keluarga...Masa Sally kesini pun, ada sekumpulan rakyat Jepun yang datang makan tengahari..Ternyata la selera di Enak KL ni mmg mampu menarik ramai orang untuk mencuba makanan asli Melayu.



Pada bulan Ramadhan nanti, Enak KL akan mengadakan buffet Ramadhan yang bertemakan "Santapan Kampung Tradisi" yang mana bakal mengetengahkan masakan-masakan asli melayu yang susah kita nak cari...

Setiap hari akan ada beberapa menu yang berbeza...sambal tumis udang petai, udang lemak nenas, ikan lemak belimbing buluh, ikan masam manis, daging goreng halia, gulai daging, ayam kari kapitan, ayam madu, paceri terung, sayur lemak putih, kacang buncis tumis telur, terong belacan dan macam-macam lagi menu utama yang memang membuka selera.




Selain daripada lauk pauk masakan melayu, ada jugak menu seperti laksa johor, asam laksa utara, kambing dan udang bakar. Menu pembuka selera pun ada macam-macam pilihan dan yang paling menjadi idaman Sally, kerabu ikan pari dan kerabu taugeh dengan kerang.

Untuk pencuci mulut, ada pelbagai jenis kuih muih dan manisan...yang paling korang kena cuba ialah pisang karamel dia...



So, kalau korang mencari masakan melayu asli semasa nak berbuka nanti...boleh letakkan Enak KL sebagai salah satu pilihan korang...semestinya masakan yang asli, tiada MSG dan mestilah enakkan!

RM85nett (dewasa)
RM45nett (bawah 12 tahun)

Enak KL
Starhill Gallery | 181 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100, Malaysia
03-2141 8973

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Weekend date dengan ibu di Alanna's Kitchen.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments



Kalau dah berdua kan...pergi kemana-mana memang Sally angkut je ibu...kadang tu kesian jugak kat dia sebab sepanjang hari terperuk dalam rumah...Sally pulak kadang-kadang penuh aktiviti dan selalu keluar...Bila dah balik tu nak melayan ibu berborak pun dah takde tenaga..hahahaha...

Kalau orang yang dah biasa dengan blog Sally, mesti dah tau kan lokasi Alanna's Kitchen ni kat mana...Sally rasa mmg Alanna's ni dah jadi tempat melepak wajib bagi Sally...lagipun ada free WiFi kot...syok ape!


Menu wajib Sally kat sini semestinya home-made waffles yang mereka served dengan aiskrim dan coklat sirup yang dibuat sendiri...fuhhh...kalau makan memang terangkat kot...hahahaha...Maafkan saya yang suka makan ni..LOL!

Ini pun signature dish, Spaghetti Carbonara...Sally tak pernah rasa sos carbonara yang sedap macam kat sini...sebabnya tak muak laa...Sally boleh makan dengan penuh gembira...eh, Sally pulak kan...mmg makan tu berpisah tiada..hahahaha...


Ini menu tambahan bila dah berebut dengan ibu makan waffles..hahahaha...kali ni Sally ambil aiskrim Greentea dan Mango...dua-dua sedap dan yang pasti Rasberi tetap menjadi pilihan Sally...huhuhu...Kalau korang berminat nak makan kek, waffles atau nak makan Nasi Arab sekali pun...semuanya ada..

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bianco Mimosa lancarkan tiga koleksi terbaru.

11:54:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Rasanya penggemar fesyen takkan terlepas dengan berita baik ni...Bianco Mimosa (BM) kini maju selangkah lagi dengan menghasilkan dan memperkenalkan tiga koleksi terbaru mereka; JUST MIMOSA, MIMOSA RAYA dan MIMOSA MEN.

Ketiga-tiga koleksi ini telah dilancarkan di Hotel Royale Chulan Damansara dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan turut sama dihadiri oleh beberapa orang artis tempatan dan wakil media.

Bianco Mimosa (BM) diasaskan oleh Dato Ida Suraya Binti Mustapha.


JUST MIMOSA menyediakan busana yang Ready To Wear (RTW) khas untuk wanita, masih trendy namun sesuai dengan konsep BM sendiri yang inginkan kesederhanaan dalam setiap helai pakaian mereka...

Fabrik bagi penghasilan JUST MIMOSA telah diimport khas dari Eropah bagi menjaga kualiti untuk setiap satu busana yang dihasilkan. Antara fabrik yang digunakan terdiri daripada fabrik Chiffon, Shantung Silk serta Brocade. Sesuai dengan trend semasa, JUST MIMOSA menggunakan rona terang seperti merah, hitam, biru dan jingga.





 Sejajar dengan bulan Ramadhan dan juga sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, BM telah hadirkan MIMOSA RAYA bagi perempuan dan juga lelaki..Menariknya sebab tahun ni MIMOSA RAYA membawa tema "dimensi" yang menyaksikan rekaan yang lebih segar, unik dan juga potongan yang lebih berciri moden.





Menggunakan perincian manik yang serba ringkas, MIMOSA RAYA tetap menerapkan elemen mewah. MIMOSA RAYA terdiri daripada baju kurung, jubah moden yang sesuai bagi mereka yang inginkan keindahan di Aidilfitri.

Fabrik yang digunakan diimport daripada Milan dan Italy menyaksikan Brocade, Chiffon dan Organza sebagai fabrik utama.



 2016, BM telah membawa kelainan dengan mengeluarkan keluaran sulung pakaian lelaki mereka yang diberi nama MIMOSA MEN. Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris telah diangkat menjadi ikon selebriti bagi koleksi MIMOSA MEN.


MIMOSA MEN terdapat dalam rangkaian printed T-Shirt, seluar jeans serta kemaja moden. Logo MIMOSA MEN telah diajadikan motif utama dalam rekaan koleksi ini...

Seluar jeans dibawah label MIMOSA MEN telah dihasilkan diluar negara dan menggunakan 100% daripada idea Datuk Najmil sendiri. Sebanyak tujuh rekaan telah dikeluarkan dan bakal menemui semua penggemar fesyen lelaki.


Bianco Mimosa Boutique
48-G, Jln Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sg. Buloh, Selangor
+603-61450029 / +6012-7555407

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort

9:39:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Seperti 2 tahun sebelum ni...Sally sekali lagi dijemput untuk menghadiri preview bagi Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort...Macam yang korang semua sedia maklum, buffet di BGR merupakan antara buffet Ramadhan yang menjadi pilihan Sally sejak saban tahun...



BGR akan menjalankan Buffet Ramadhan yang bermula dari 9 Jun sehingga 4 Julai 2016. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM. Buffet Ramadhan di BGR ini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga hampir 200 pilihan!

Pada tahun ini, BGR membawa masakan dari Timur sebagai masakan utama mereka...Kalau korang teringin nak makan Selera Pantai Timur, especially Nasi Kerabu dan segala lauk sampingannya...Korang kena cuba kat sini...selain daripada Selera Pantai Timur, ada juga beberapa masakan tradisional seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.


Di bahagian Masakan Ala Barat pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang serta Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, BGR juga turut menyediakan Beef Lasagna, dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.



Di BGR, menu kambing bakar merupakan specialty mereka dan manjadi antara menu yang paling cepat habis pada tahun lepas...So, kalau nak makan kat BGR nanti...jangan lupa cuba kambing bakar. Kalau korang yang tak makan kambing, boleh la cuba makan satay ayam dan daging yang turut menjadi antara menu penting...haiya! semua sedap ni macam mana...??


Dekat BGR ada bihun sup dan mee rebus jugak...



Kalau korang peminat makanan manis macam Sally, korang kena makan semua jenis desserts yang ada kat sini...dan yang paling special sekali ada gelato...gelato cendol! itu yang paling korang tak boleh ketinggalan masa berbuka kat sana!




Pendek kata, korang takkan ada masalah nak selarikan nafsu makan dengan kehendak tu sebab semua benda ada kat sini...tinggal bawak diri dan rajin berjalan jela...

Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari.

BGR juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...

Untuk tempahan boleh la hubungi mereka, sebab kalau buat tempahan awal, boleh dapat harga yang lebih murah...hehehe...sebab kalau walk-in harga lain tau!

Dewasa : RM58/pax
Kanak-kanak : RM29/pax

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.
Additional Contact :
Nurul Atikah (012-343 1375)

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Senarai pemenang Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6)

4:05:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Mintak maaf sebab agak lewat nak umumkan pemenang...fuhhh...bila dah akhir semester ni...macam lipas kudung...tak menang tangan nak siapkan assignment dan macam-macam lagi...bila pergi event pulak, satu hal lagi nak kena siapkan write-up..hahahaha...

Okay laaa...Sally tak nak buang masa korang baca bebelan merapu, so kita teruskan dengan pengumuman pemenang Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6). Sebelum tu, kepada yang akan menang poskad DIY yg Sally akan buat. mohon bertabah la sebab Sally belum sempat design lagi..huhuhu...expected late la sikit yer..hihihi...

Seramai 45 orang blogger yang sudi join, link korang boleh tengok kat SENARAI PESERTA.


So, pemanangnya ialah:

DIY POSCARD BY SALLY


KEYCHAIN @ FRIDGE MAGNET


Okay, kepada pemilik blog diatas...boleh la emailkan details kepada Sally di sally.samsaiman@gmail.com...Lagi cepat lagi bagus la....kalau boleh sebelum hari Sabtu (4hb Jun 2016) Kalau korang tak tuntut...Sally bagi kat orang lain..hehehehe

Subject : Pemenang Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6)
Nama :
Alamat :

So, that's all...Tahniah diucapkan kepada yang terpilih, kepada yang tak terpilih tu...cuba lagi dalam giveaway seterusnya ehh..Terima kasih juga kepada blogger yang datang memeriahkan giveaway Sally...maaf sebab tak dapat nak bagi hadiah kepada semua orang...Budget lariii ooo berjalan kat oversea ni..hehehe...

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Beli toner printer di Apple Toner, gila senang!

4:00:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Korang! Still guna printer tak...? Mestilah guna kan...? Ni Sally nak cite pasal satu e-tailer site yang Sally jumpa, Apple Toner. Diorang nie deal exclusively dengan penjualan printer toner both original and yang, as they would say it, Like Original. But diorang nie bukan deal jual fake printer ink products, tapi lebih kepada macam pihak ketiga yang tonernya dibuat khas untuk accommodate most of the brands yang di jual di pasaran..

Their printing products are not re-fill or re-made one, but all made to meet mainstream names specifications, requirements and quality.

Nak dijadikan cerita, masa Sally tercari-cari Canon printer ink untuk office, sebabnya stok yang ada pun dah habis, nak beli kat supplier biasa pun harga dah naik...terus Google dan Sally jumpa dengan website Apple Toner...cuba-cuba la jugak tengok, mana tau ada yang sesuai dengan yang Sally cari...Kalau nak suruh pergi beli sendiri, mmg tak sampai lagi seru nak berjalan mencari...

Pergi mana-mana website, Sally suka pastikan website dia mudah untuk Sally teroka...Apple Toner punya website sangat clean, practical and straight to the point. Takde nak main-main atau up-sell. They broke their categories down by type, printing brands, dan relevant searches. The search function pun quite good, so senang jugak la. Nie sample site diorang Sally sempat screenshot untu share dengan korang...Warna site dorang pun suci lagi murni haaa...takde la terlalu crowded sampai kita yang tgk ni pun pengsan..hihihi...



Kalau korang nak tau, Apple Toner ni offer free nationwide delivery kalau korang tempah lebih dari RM100. Shouldn’t be too hard la since kat kedai pun memang around nak dekat RM400 pun.

Jadinya, Sally pun mula la search Canon printer ink cartridge guna search function. Sally letak Canon and also the serial number, and dapat la a few options. Sally tengok through the selection of printer ink types yang they offer. Ada both original printer toner and compatible toner. Gila la price difference! Almost half of the original price! Terfikir jugak la betul ke tak ni kan? Buatnya scam ke ape, lagi masalah..

Awalnya dok la berfikir, berbolak balik nak ambik yang mana...but then diorang nya USP stated yang they offer 1-year warranty for all products sold. So ape-ape hal, boleh jer contact diorang untuk fix kan, FOC. Jadinya, Sally pilih yang compatible and placed my order. Nasib pun baik gak yang they ada offer next day delivery, provided I order before 2pm. Memang best la timing, lepas ni bos tak boleh marah Sally dah..hahahaha

So, for those of you yang tengah mencari an easy and affordable way untuk get printer ink, I recommend Appletoner.com. Memang super convenient!

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Projek Smiles : Sharing Smiles with Mamee & Neffos di Bukit Broga!

11:00:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Fuhhh! Lama betul Sally tak ke Broga, masa zaman kat kolej dulu pernah la jugak jejak kesana, lepas habis diploma je dah tak ada la rajin nak buat aktiviti macam tuu...Semasa cuti Hari Wesak yg lepas, Sally sempat la jugak bersama-sama dengan beberapa orang blogger dan Mamee melaksanakan Projek Smiles : Sharing Smiles with Mamee.


Seawal jam 5.00 pagi, kaki Bukit Broga sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur tu, walaupun hujan tapi masih tidak membantutkan rancangan kami untuk berkongsi produk Mamee kepada rakyat Malaysia.


Sally betul-betul bangga sebab dapat berkongsi kegembiraan dengan mereka...Awalnya ramai yang agak pelik dengan kehadiran kami dan menolak snek yang diberikan, tapi akhirnya mereka sendiri faham dengan kempen yang kami cuba jalankan...



Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah.


Pendakian ke puncak Bukit Broga kali ini berbeza dari sebelumnya kerana,kali ini lebih dari 500 orang pendaki Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di puncak Broga.



 Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat
seperti ini..Bertuah sungguh mereka yang ke Bukit Broga kan...?


Diharapkan akan ada lagi aktiviti sihat seperti ni lain kali...terima kasih kepada Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel kerana berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia.

Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang mendaki pada hari tersebut kerana menyokong aktiviti yang dilakukan oleh kami...Semoga berjumpa lagi..!


0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!