Restoran Nine Chefs di IOI Shopping Mall Putrajaya - Variasi makanan Malaysia.

10:10:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Makan dan makan lagi...kali ni kita jengah ke IOI Shopping Mall yang baru dibuka di Putrajaya..tidaklah terlalu baru kan...tapi Sally yakin mesti ada yang masih belum pernah ke sana kan...? Kalau korang nak tau...Sally pun jarang sangat ke sana, tapi yang paling Sally suka dengan IOI Shopping Mall Putrajaya ialah kat sana ada banyak sangat kedai makan!

Baru-baru ni Sally ke restoran Nine Chefs...Haaaa...jangan la terkejut pulak...kat sini bukannya ada 9 orang chef tapi Nine Chefs tu merangkumi 9 buah negeri yang sudah dijejaki oleh chef untuk mencari menu yang sesuai dan mmg menarik perhatian warga Malaysia...Sally jujurnya suka dengan konsep variasi makanan Malaysia yang dibawakan oleh restoran ni...nak pikat selera rakyat Malaysia, mesti kena ada makanan kegemaran rakyat Malaysia kan..?

Kawasan sekitar restoran ni pun sangat best untuk santai...tidak terlalu crowded, boleh pilih nak duduk dalam aircond atau udara panas Malaysia..hahahahaha


Minuman dia kat sini semuanya mmg best...Sally macam biasa laa...kalau nampak kopi je terus gembira...hahahaha...Katanya kopi kat sini ada keistimewaan mereka yang sendiri...tidak di'brew' seperti kedai lain tapi di buat menggunakan serbuk kopi yang kaw!

Ada jugak minuman macam Ribena Laici, Soda Herbs, 3 Layer Tea dan yang sedap sekali, Coconut Blend...Mmg rasa sedap...kalau korang rasa tawar jangan risau, sebab mmg kafe ni tidak emar campurkan gula dalam air kelapa...katanya nak bagi kita rasa "pure" kelapa!
Ninechefs Coffee , Ribena lemon, Soda herbs, 3 Layer Tea dan Coconut Blend.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


Rojak buah ni antara menu pembuka selera...sebelum tunggu makanan sampai, boleh la cuba makan rojak ni...yang buat Sally suka makan rojak ni sebab ikan bilis garing yang ditabur...

Okay, nak mengaku...ni kali pertama Sally makan makanan yang berasaskan telur masin sebagai asas masakan...yang kat atas ni sotong yang digoreng dengan telur masin...wehhh...makan sikit mmg tak cukup kot! 


Okay, yang ni Sally rasa semua tahu kan...Malaysian favorite, Nasi Lemak Combo...apa yang special dengan Nasi Lemak ni ialah lauk-lauk yang ada dalam satu pinggan tu...korang tak payah nak fikir nak pilih lauk apa...sebabnya dalam tu ada ayam goreng berempah, ada sambal sotong dan rendang daging...how cool is that?

Mek Kelate, Awang Kelate...kat sini ada Nasi Kerabu jugak....tapi takde la Nasi Kerabu kombo kat sini...tapi korang boleh pilih nak ayam percik ke daging salai ke...Set ni ada complete segalanyaa...sayuran dia, ada solok lada, telur masin, keropok, sambal tumis dan yang pening budu terrr~

Yang ini salah satu makanan yang paling Sally suka, Laksa Goreng...haaaa...kalau korang nak tau...dia ada rasa macam laksa penang yang versi kering..hahahaha...rasanya sebab ada bau serai dan bunga kantan...Rasa dia sama lebih kurang macam Penang Char Kuey Teow yang original...bukan yg jenis basah macam sekarang punya....


Masak Lemak Cili Padi Daging Salai...

Still teringat lagi macam mana Sally dengan kak +Ayue Idris berebut makan lauk ni...serius mmg yang ni sedap gila...pekat, likat dan cukup rasa....kuah Masak Lemak Cili Padi mmg pedas...kaw kaw gila!

Yang ini Nasi Kerabu goreng...haaa...dah macam mana pulak kekdahnya kan...Ini sebenarnya nasi goreng kerabu...kalau kat Malaysia ni ada banyak cara orang masak nasi kerabu goreng...tapi yang ini mmg sesuai dengan selera Sally...cumanya kalau kurang minyak pada nasi tu maybe Sally boleh habiskan...

Haaaa...dah kenyang ke Sally...? 

Harusnyaaa belum! Hahahaha...lepas dah makan dan makan lagi...kita rasa pencuci mulut dia pulak...awalnya nak makan "Red Ruby" tapi takde stok pulak...jadinya kita makan jela yang lain...kalau korang perasan, menu kat sini kat variasi masakan dan menu Malaysia, jadinya kat bahagian pencuci mulut pun ditekankan menu Malaysia...antara yang paling ketara ialah pisang goreng, cendol dan ABC.


Cendol kat sini mmg sedap...semua bahan yang penting ada...tapi sayangnya tak menggunakan santan yang sebenar, tapi guna santan serbuk...Walaupun macam tu masih juga bijak dengan menggantikan bahan-bahan yang penting tuuu...

Ini mmg paling menjadi kegemaran kitorang...Pisang goreng rangup disiram dengan madu dan jugak ada aiskrim vanila...Entah apa la yang dorang letak dalam tepung gorengan tu...walaupun dah hampir sejuk, tapi masih lagi rangup macam baru lepas goreng...hihihi...Rasanya kalau nak meniaga pisang goreng lepas ni, boleh tanya resepi kat chef..hihihi


Ini makanan trending, Pisang Goreng Cheese...yang ni combo punya...ada Oreo, Milo dan Cheese...masih lagi menjadi favorite tapi preferable yang disiram dengan madu...weee~

Lepas ni kalau singgah ke IOI Shopping Mall Putrajaya, dan teringin nak makan makanan Malaysia dibawah satu bumbung...boleh la singgah kesini tauuu...

NINE CHEFS
GE11, Ground Floor, Symphony Walk,
IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Telefon : +603 8959 8026
Website : www.ninechefs.com.my
Facebook : www.facebook.com/ninechefs
Instagram : www.instagram.com/ninechefs

BUSINESS HOURS
Mon – Thu, Sun: 10am - 10pm
Fri - Sat: 10am - 11pm

You Might Also Like

4 comments:

  1. Sally !!!!! whats with the food !! kejam..

    ReplyDelete
  2. dahla tu makan2.. i cannot take it anymore..

    ReplyDelete
  3. Pisang Goreng Cheese nampak sangat menggoda di pagi hari. fuhhh

    ReplyDelete
  4. Semua makanan pun nampak sedap! Ya Allah, kita kat sini makan Maggi kari je hahahhahahahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!