Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal Bakar & artis Malaysia bersama Radio Wanita 4U.fm


Dah seminggu berlalu, tapi Sally masih lagi teringat dengan program amal ini...Jujur kata, semasa zaman kolej dulu mmg Sally kerap mengikuti program amal macam ni tapi bila dah bekerja, mmg masa Sally sangat terhad dan kurang peluang nak mengikuti program macam ni...


Pertama sekali, Sally memang nak berterima kasih kepada blogger Faez Ramly sebagai Official Media Blogger untuk Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal & artis Malaysia bersama Radio Wanita 4U.FM sebab sudi menjemput blogger bagi sama-sama membantu dan menyertai program amal ini...

Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan ini berjalan disekitar Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 26hb Mac 2016 yang lepas...Walaupun ianya tidak terlalu meriah, tidak terlalu heboh diperkatakan, namun program ini berjalan dengan lancar dan Sally seronok nampak wajah-wajah gembira yang mendapat bantuan...


Ada perasaan sebak, gembira dan terharu...Itu apa yang Sally rasakan...Sally rasa bersyukur sangat sebab walaupun hidup tidak semewah mana tapi Sally masih ada ibu, ada keluarga...masih ada kerja...ada rumah untuk berteduh dan cukup makan dan pakai...Sebenarnya Sally rasa sangat bertuah dan tiada apa yang yang mampu Sally ungkapkan selain daripada Alhamdulillah dan terima kasih kepada segala rezeki yang Allah berikan...


Orang kuat dibelakang program ini, Hanis Kamal Bakar, Datin Nani CEO kepada Radio Wanita 4U FM dan Zman Dian...Gambar diambil semasa Majlis Pelancaran Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan.


Beratur untuk mendapatkan makanan, beratur untuk mendapatkan mainan, beratur untuk mendapatkan segala keperluan seharian, pakaian...Sejauh manakah kita rasa kita tidak bertuah sedangkan kita hanya perlu melayangkan nota duit untuk memiliki segalanya..?

Melihat sendiri kepayahan mereka ni, Sally tak sangka di dalam negara kita yang serba maju ni masih lagi ada golongan yang tercicir daripada kemajuan...hmm...nak salahkan mereka pun tak boleh sebab desakan hidup sekarang ni mmg boleh melemahkan orang yang tiada daya...



Tiga peristiwa yang Sally betul-betul ingat masa malam kejadian:

Masa Sally sampai, Faez ada bagi sebungkus bihun goreng dan juga air mineral...disebabkan Sally sampai agak lewat, jadinya Sally takde la makan kat sana, Sally simpan kat dalam beg..Selain daripada susah nak makan sebab takde kawasan yang sesuai, Sally rasa bersalah nak makan sebab mereka, gelandangan ini terpaksa beratur...Sally tak nak mereka terliur..Sebelum majlis tamat, ada seorang pakcik yang datang..bertanyakan makanan...tapi semua dah habis, bila sukarelawan nak berikan benda lain selain makanan, dia hanya senyum dan katakan dia hanya mahukan makanan...Sally betul-betul lupa yang Sally ada bihun dalam beg, bila dia dah duduk kat tepi bahu jalan tu...Kawan Sally, Dayah sempat lari dan berikan bihun tu kepada dia...lepas Sally tiba-tiba teringat..berkali-kali dia cakap terima kasih..Allah, senikmat itukah bihun goreng pada dia..?

Ada seorang budak yang kerap ikut Sally...Sally perasan dia, dan ada jugak tegur dia beberapa kali...Setiap kali Sally tegur dia akan lari...Sampai satu tahap dia perasan yang Sally nak balik, dia datang lari dan bertanyakan kamera yang Sally pegang...Dia tanya, "ini apa?" ..Tak tahu nak respon macam mana, Sally hanya terangkan yang itu kamera, Sally bagi dia main...dia ambil gambar kiri dan kanan, sebelum lari lagi sekali...Sebelum Sally beredar, Sally sempat jugak minta diri daripada penganjur dan Faez, lagi sekali budak tu datang...dan kali ni dia mintak untuk salam, dan Sally hulur...kebetulan masa Sally hulur tangan, Sally ada pegang lollipop...Dia terus salam, ambil lollipop dan makan, terus lari..Tergamam jugak laa tapi takpe, Sally harap kemanisan yg sedikit tu akan berikan dia nikmat sepanjang malam :')

Ada seorang makcik tua, hampir sebaya dengan mama Sally rasanya...dia mundar mandir, nak mintak serba tak kena, nak ambil takut dimarahi penganjur...Dia pun hanya ambil bila ada sukarelawan yang bertanyakan pada dia...Dia ada jugak berbisik dengan sukarelawan, minta apa yang dia mahukan...Sally betul-betul respect dia, sebab walaupun dia tidak punya apa-apa, tapi dia masih lagi ambil apa yang dia perlukan...Tidak meminta-minta..Bukanlah Sally menghina gelandangan yang lain, ada yang ambil sehingga 4-5, walhal hanya diberikan satu...Bukannya takde yang buang makanan bila mereka rasa tak sedap pasa lidah, semuanya Sally lihat..tapi biarlah mereka gembira untuk satu malam...Mana tau bila lagi akan ada rezeki seperti ni..?


Antara team blogger yang sudi meluangkan masa pasa malam tersebut, Sally sangat berbangga sebab masih ada golongan seperti mereka yang ingin nampak senyuman pada wajah org lain...Walaupun orang kata, blogger ni selalu gembira, banyak sponsor sini sana, rezeki sentiasa murah..tapi Sally tetap mahukan blogger dapat menjadi aktivis dalam program amal seperti ini...


My personal thanks for both my favorite baby ever, Syifa' Azhar dan Hidayah Zakaria sebab sudi menyokong program ini...Wajah-wajah ini jugak la yang sentiasa ada dalam jerih payah Sally masa di kolej dulu...Mereka jugak yang sentiasa menyokong Sally dalam bidang penulisan ni..


Last but not least, to this adorable blogger siblings, Bella Ramly & Faez Ramly, terima kasih untuk semua penat lelah, dan terima kasih sebab jadikan kami blogger ni sebagai mereka yang prihatin diatas kesusahan, kepayahan yang boleh menjadikan kami "manusia" yang kenal erti syukur!

Semoga lebih banyak lagi aktiviti seperti ini akan melibatkan blogger, bukan hanya sebagai media yang melaporkan tetapi mereka yang membanting tulang menyumbangkan tenaga.

“When we fulfill our function, which is to truly love ourselves and share love with others, then true happiness sets in.

Post a Comment

6 Comments

  1. Actually, teringin nak jadi aktivis untuk para gelandangan ni.. Tapi kesihatan naik turun.... :) Apapun , respect to all bloggerssss --! InsyaAllah satu hari nanti kalau ada lagi, rasa nak join :)

    ReplyDelete
  2. Bertuah Sally, akak last minute x dpt join. mudahan ada yang seterusnya :-) tahniaj sally

    ReplyDelete
  3. Million thanks to kak sally dan semua blogger yang terlibat. Faez happy bila korang kata nak turun, sebab tak semua blogger berminat event macam ni. i salute you alls. sayang semuaaa .

    ReplyDelete
  4. Seronok event macam ni. Macam mana nak join ye?

    ReplyDelete
  5. bagosnya!

    Uncle tompang bangga!

    ReplyDelete
  6. baru baca hihihi.. zman dian tu bekas office mate kak zaza hehe.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!