Majlis Penjenamaan Semula Benang Hijau & Pengumuman Peraduan Ibuku.

11:39:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Siapa tau BENANG HIJAU..?

BENANG HIJAU ini merupakan sebuah label pakaian wanita yang sudah mula mencuri tumpuan dalam industri fesyen patuh syariah sejak tahun 2012. Haaa! Kepada peminat dan pelanggan setia BENANG HIJAU, ini Sally ada satu berita gembira nak bagi tahu korang!



Sempena dengan pembukaan secara rasmi butik terbaru BENANG HIJAU, yang bertemakan “Inspirasi Wanita Anggun” di Shaftsbury Square, Cyberjaya, pihak BENANG HIJAU bermurah hati ingin menghadiahkan pakej umrah kepada pelanggan setia BENANG HIJAU (#BHDarling).

Yang lebih istimewa sebab korang boleh membawa bersama ibu kesayangan korang!

Peraduan yang berkonsepkan “Ibuku” ini menanti penyertaan dari semua dengan syarat yang cukup mudah. Semudah 1,2,3!


Pemilik Benang Hijau, Puan Fadzilah Mamat

1. Pelanggan hanya perlu bergambar bersama ibu mereka di mana-mana cawangan butik BENANG HIJAU.
2. Kemudian muat naik foto berkenaan di laman Instagram dan Facebook anda bersama coretan pendek memori terindah antara anda berdua.
3. Akhir sekali jangan lupa sertakan hashtag #benanghijauumrahcontest dan tag @benanghijau untuk melayakkan anda tercalon sebagai pemenang bertuah “Ibuku”.

Bermula 1 Mei hingga 31 Julai, tiga pasangan ibu dan anak yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang tajaan pakej ibadah Umrah kempen “Ibuku”.

Selain Cyberjaya yang menjadi lokasi bagi rangkaian ke-18 label butik muslimah ini, BENANG HIJAU juga bakal menjadikan AEON Kota Bharu, Kelantan sebagai cawangan terbaru dalam empayarnya pada hujung April ini.


Model, Suffila Aida

BENANG HIJAU Cyberjaya
Dibuka dari 11pagi-8malam.
Untuk maklumat cawangan lain, lawati Instagram @lokasibenanghijau.
Jualan atas talian tersedia di www.benanghijau.com

You Might Also Like

9 comments:

  1. tak pernah lagi beli tudung drpd Benang Hijau.Selalu lalu ja tak tersinggah pulak..so after this nak kena singgah la..

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya contest ni. ♥ Rasa macam nak join jerk, mane tau rezeki kan.

    ReplyDelete
  3. akak tau wujudnya Benang Hijau ni mula2 nampak tudung kat website..cantik2 tudungnya...

    ReplyDelete
  4. Ibu dah lama pergi, kalau dengan anak boleh? :D

    ReplyDelete
  5. Suka produk Benang Hijau, semua cantik2.

    ReplyDelete
  6. Pernah try beli sekali je tudung dia

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!