Majlis Pelancaran Jenama & Koleksi Rekaan MS Couture by Mia Sara.


Fuhhh! Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, bermula dengan bidang lakonan seawal umur 4 tahun, sekarang ni Mia Sara dah ada jenama dan koleksi rekaan beliau yang tersendiri...Sally mmg salute gila dengan adik Mia Sara ni sebabnya kecil-kecil lagi dah pandai merancang masa hadapan dia...

Kalau korang perasan, pada awal Disember tahun lepas, Mia Sara sudah pun berhijrah dengan mula memakai tudung dan mula menjaga auratnya..Mia Sara mendapat idea untuk menjual tudung dan pakaian muslimah selepas beliau pulang daripada mengerjakan umrah...



Mia Sara telah melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri iaitu MS COUTURE..Dibawah label ini terdapat tiga jenis tudung yang didatangkan khas untuk ibu dan anak antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah.

Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah berpotongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena pula tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan potongan kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe.

Kredit : siakapkeliori.blogspot.my

Bagi koleksi baju kurung moden pula, MS Couture ada menyediakan kurung Samira yang berpotongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik kapas yang tidak bercorak dan bercorak, serta menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi.

Sally harap jenama MS Couture daripada Mia Sara akan mendapat sambutan dan semoga penghijrahannya akan berterusan dan usaha Mia dalam mengembangkan dan memberikan kesedaran tentang penjagaan aurat wanita akan mendapat hidayah dari Allah SWT.

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah...
    semoga terus murah rezeki MS..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... salute adik mia ni.. moga terus berjaya ..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah besar dan cantik MS. Semoga terus berjaya dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. kecik2 dh pandai berbisnes,,hebat2....

    ReplyDelete
  5. wahhhh..dah besar Mia ye..siap ada brand sendiri :)

    ReplyDelete
  6. kecik2 lagi dh hebat. tahniah mia :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!