Hanbing Korean Dessert Cafe, Bangsar.

9:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Lama rasanya Sally tak share tempat makan yang baru kan...Kalau minggu lepas Sally share pasal Caffe Bene, harini Sally nak share lagi satu kedai yang korang boleh kunjungi untuk makan bingsu dan juga makanan Korea...

Okay, Sally kan duta kecil Korea...So, share dengan korang pasal makanan Korea ialah perkara yang wajib bagi Seketul Sally! Kalau korang dah baca entri pasal Caffe Bene minggu lepas, Sally ada jugak cerita pasal kafe ni dalam entri tu tapi tidaklah secara penuh.

Makanan Korea sebenarnya perlu dihayati...ada orang yang takut dengan makanan Korea sebab tak boleh terima dengan kekayaan rasa rempah yang bukan seperti rempah kita...Sally sendiri rasanya mungkin sebab pengaruh drama Korea yang menjadikan Sally suka dan minat dengan makanan Korea...arwah papa Sally dulu pun mmg selalu biasakan kami dengan makanan selain masakan melayu...

Okay, panjang sangat mukadimah dik!


Masa musim panas ni, bila nampak benda yang berais benda yang sejuk mmg kita akan terasa nak makan...Sally pulak mmg dah lama dah nak mencuba makanan yang ada kat Hanbing Korean Dessert Cafe ni...Yela, sesekali tukar selera...tapi Sally nak cadangakan korang pergi masa baru gaji laaa..hahahaha..If you know what I mean...


Kali ni Sally cuba untuk makan Bibimbap...Bagi Sally Bibimbap kat kafe ni biasa je laa...Mungkin sebab gochujang yang dia bagi tu raw dan tak kena dengan selera Sally tapi overall okay jela...bukannya tak sedap tapi tak kena dengan selera Sally.


Sally angkut Atid Fadzil sekali join Sally kali ni...penat haaa dengar dia membebel sebab Sally makan bingsu tak ajak dia..hihihi..So, kali ni kita belanja laa...kang dia punya sedih bertahun pulak habis laa Sally..


Atid pulak ambik set yang ada tteokbokki dengan Yangnyeom Chicken...Sedap...yang dua-dua ni mmg sedap gila...serius...yang ni mmg beza gila dengan bibimbap yang ada kat kafe ni...Sally betul-betul suka dengan tteokbokki dia...Rasa macam tak cukup...rasa macam nak pergi lagi sekali je..hahahahaha...



Bingsu kat kafe ni dipanggil Snow Ice...kiranya tak Korea sangat laa...kat kafe ni hanya ada 6 jenis snow ice...antaranya yang macam Sally makan ni ialah Blueberry Cheese Snow Ice..Yang lain-lain seperti Mango Snow Ice, Green Tea Snow Ice, Oreo Snow Ice, Injeolmi Red Bean Snow Ice, Injeolmi Snow Ice...Kalau korang nak tau, Injeolmi ni merupakan makanan yang paling digemari di Korea...turut dikenali sebagai Korean Milk Snow Ice..



Injeolmi Bingsu is a perfect Korean summer dessert. It is loaded with Korean glutinous rice cakes, mochi and sweetened red bean paste...Dalam Injeolmi Bingsu ni jugak ada yang campur buah-buahan tropika, jeli dan macam-macam lagi...
 
Kalau korang teringin nak makan makanan Korea, korang boleh cuba kat sini okay..?
 
Hanbing Korean Dessert Cafe
33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Mon-Thurs: 12:00-00:00
Fri-Sat: 12:00-01:00
Sun: 12:00-00:00

You Might Also Like

6 comments:

  1. wahh, nampak sedap sangat injeolmi bingsu tuu.. ^^

    ReplyDelete
  2. saya tengok gamba tteokbokki tu pun rasa mcm sedap je. aaahh bingsu... musim panas mmng syok kalau makan

    ReplyDelete
  3. Their bingsu is superb delicious :)

    ReplyDelete
  4. wah cici pun takut nak cuba makanan korea -_-' sebab bau dah semacam . takut rasa nanti macam mana lah ye. tapi tengok gambar semua sedap je. hehehe

    ReplyDelete
  5. eh awak !! next time tu roger2 la.. ni asyik pegi tinggal kite..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!