Drama Korea pilihan Jan - April 2016 - List Sally!

10:55:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Korang mesti perasan, Sally dengan Korea mmg tak boleh berpisah...baik CNBLUE sampai la ke drama Korea, mmg Sally akan sentiasa update dalam blog..hihihi...Jadinya, kepada korang yang manjang PM Sally kat Facebook, dok tanya drama apa yang best...Sally akan suggest kat korang beberapa drama untuk suku tahun yang pertama 2016 ni...Bermakna drama yang keluar sepanjang Januari - April 2016.

*Senarai ini mungkin akan Sally ubah mengikut kesesuaian masa...

Remember



Drama bersiri 20 episod ni Sally suka tengok...sebabnya watak yang jahat tu sebenarnya daripada episod satu lagi kita dah tau tapi punya la susah nak tangkap dia sebab pengaruh wang dan kedudukan. Kalau nak ikutkan, selagi mana ada korupsi dalam dunia ni...yang lemah akan sentiasa ditindas..So, this will be my first suggestion untuk korang..Walaupun drama ni mula hujung tahun 2015..tapi kira tahun ni punya list la eh..

Watch online : Remember

Descendants of the Sun



Yang mana friends dengan Sally dekat Facebook, rata-rata mesti tau yang Sally mmg tgh gila tengok cerita ni..hihihi...cerita ni dapat kalahkan rating drama "My Love From The Star" tau walaupun baru bersiaran sebanyak 6 episod..How cool is that..?

Cerita ni berkisahkan tentang percintaan seorang askar dan juga seorang doktor...Keadaan mereka sentiasa menjadi punca mereka ni tak dapat bersama...A great drama to watch..plus kawasan penggambaran dia kat Navagio Beach, Zakynthos Island, Greece tu buatkan Sally macam tertarik dengan drama ni..plus ada Joong Ki & Onew SHINee..hihi

Watch online : Descendants of the Sun

Signal



Drama ni mungkin tak ramai yang akan suka tengok...sebab takde pelakon yang agak popular dalam ni...tapi pada Sally...jalan cerita drama ni sangat berbeza daripada drama yang lain...Drama ni mengisahkan tentang sebuah walkies-talkie yang telah berfungsi walaupun berada pada dimensi yang berbeza...seorang detektif pada tahun 2015 vs tahun 2000..Walkies-talkie ni hanya akan berfungsi pada pukul 11.23pm setiap hari untuk 1 minit...Dalam mana dorang tgh solved kes, ada satu kes yang sebenarnya masih menjadi persoalan...Drama ni dah tamat tayangan dia pada Sabtu, 12 Mac yang lepas...ada 16 episod.

Watch online : Signal

Please Come Back, Mister



Drama ni okay la kalau korang bukan nak cari cerita cinta atau cerita yang berat...Sally tunggu drama ni sebab ada RAIN laa pun sebenarnya..hihihi....boleh baca review pasal drama --> Korean Drama | Please Come Back Mister...Link untuk tengok online pun ada sekali...

Ada beberapa drama lagi yang masih on-going dan jugak dah tamat tayangan dia, tapi drama-drama ni Sally tengok jela, takde la minat sangat...tapi Sally share jugak...Korang pilih la mana yang suka yer!
  1. Six Flying Dragons
  2. Cheese in the Trap
  3. Madame Antoine
  4. Marriage Contract
  5. Moorim School
  6. Mrs. Cop , Mrs. Cop II
  7. One More Happy Ending
  8. Reply 1988
  9. Six Flying Dragons
  10. The Village: Achiara’s Secret

You Might Also Like

9 comments:

  1. Dah tgk remember.. sedih sangat dram tuh..

    ReplyDelete
  2. Wah dah siap list ya Sally...hihi..

    ReplyDelete
  3. Remember, DOTS, Signal, CITT, Madame Antoine, Moorim School n Village Achiara je dah tgok..lain2 x tgok lg

    ReplyDelete
  4. six flying dragons lg 4 ep nak habis..6 bulan dok layan citer ni..huhu..

    ReplyDelete
  5. reply 1998 tu paling besssssst . yg signal tu baru nak otw tgk.

    ReplyDelete
  6. Descendants of The Sun! Tiap minggu tak sabar nak tunggu episode baru... btw, Hi Sally! lamanya x singgah sini

    ReplyDelete
  7. Amboi,..senaraiu dia! Selamat menonton, Sally! :)

    ReplyDelete
  8. baru taw pasal cerita descendant of sun tuuu. Padanlah kawan2 saya semua excited bila kementerian kesihatan kata mungkin akan bukak housemanship kat military hospital. Haha misi cari bakal rupanya.

    ReplyDelete
  9. List kita lebih kurang samalah. Tapi semua pun saya tak tengok lagi termasuk DotS. Sekarang ni saya tengok Please Come Back, Mister je sebab nak tengok cerita kelakar.

    Tapi habis final nanti memang nak marathon DotS dengan Signal :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!