7-Eleven kini ada lebih banyak pilihan !

5:01:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Ahad lepas, Sally ke Bloggers Gathering with 7-Eleven, di salah satu outlet mereka di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur...Sebenarnya Sally mmg nak sangat outlet convenient store kat Malaysia ni maju setanding negara-negara lain...bagi Sally, convenient store di sesebuah negara tu akan menunjukkan kemajuan negara tu sendiri...

7-Eleven mmg sangat terkenal dikalangan rakyat kita sendiri...Bahkan masa Sally ke Korea dulu pun, 7-Eleven ni sentiasa ada untuk kita...Kalau Sally tanya kat korang, selalunya apa yang korang akan fikir bila kita sebut 7-Eleven..?

Kalau Sally, tak lain mestilah "Slurpee" yang takde kat mana-mana selain daripada 7-Eleven...dan antara yang best sebab ada beberapa outlet yang buka 24 jam, yang mana bagi Sally sangat memudahkan kita...tapi korang tau tak sekarang 7-Eleven ada macam-macam benda yang menarik, terutamanya makanan mereka yang "Ready To Eat" dan "Fresh To Go"...





Kalau korang nak tau, 7-Eleven sedang membangunkan outlet mereka supaya lebih mesra pelanggan...sekarang kalau korang takde masa nak sarapan, makan tengahari...atau korang nak berhenti minum kopi ke...semuanya dah ada kat satu tempat...Sebut je apa yang korang terdetik nak makan...kebanyakkannya ada di 7-Eleven sekarang...



Nak telur setengah masak pun ada oii..! Apa lagi nak kecoh..?



Jurucakap 7-Eleven, ada share dengan kami yang semua makanan yang perlu dimasak ni dihantar "fresh" setiap hari...So, jangan risau dengan tambahan bahan pengawet ke ape...rata-rata makanan mereka mmg selera rakyat Malaysia...

Sally sendiri kalau tak nampak dengan mata Sally...mmg takkan percaya yang 7-Eleven dah maju macam ni...Kalau dulu Sally hanya terfikirkan 7-Eleven bila nak cari barang selepas pukul 10pm sebab kedai lain dah tutup...tapi sekarang Sally rasa, Sally boleh jengah 7-Eleven ni baik pagi untuk sarapan, tengahari untuk makan tengahari, atau mungkin cari snek untuk minum petang...


Kalau korang jenis suka makan yang panas-panas, jangan risau..kat sini ada microwave untuk panaskan makanan korang tadi...Pendek kata dah macam ada kat rumah je...Jalan, bayar, panaskan dan terus makan...Kalau nak best lagi...beli "in-house coffee" mereka dan lepak makan kat situ...

Cool kot!


Apa benda tu "in-house coffee"..?

Basically, in-house coffee ni menerapkan kita dengan kehidupan "menyediakan kopi seperti dirumah"...tapi korang mesti terfikir, susahnya nak bawak teknologi buat kopi seperti yang ada di coffee house kat Malaysia ni ke rumah..bukannya murah pula kan...mana nak cari mesin dia, mana nak cari biji kopi lagi...Silap-silap kena ambik kursus jadi Barista!

Hahahaha...tapi jangan risau, semua tu tak perlu...Korang boleh dapatkan secawan kopi yang baru di"brew" daripada biji kopi yang setanding dengan coffee house, tak payah susah-susah pun...cuma perlu pilih kopi macam mana yang korang suka, dan bayar kat kaunter...lagi mudah kan..?

Walaupun pilihan yang ada agak terhad kepada Latte, Cappuccino dan Black Coffee sahaja, tapi dengan harga serendah RM3.50, korang dah boleh dapatkan secawan kopi...Jimat, sedap dan segar...Apa lagi yang kita perlukan..?


Sally dapat jugak rasa beberapa menu yang dijual di 7-Eleven ni...I must say, everything is good...the sandwiches, all the pastries, salad, Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung...Everything! Everything just so good...! Tau tak yang vendor 7-Eleven yang supply pastries ni turut sama menyediakan makanan untuk pihak AirAsia! Mmg dah confirm sedap!

Sally suka nak cadangkan kat korang supaya cuba menu yang "Ready To Eat" dan "Fresh To Go"...Mmg sangat kena dengan selera Sally...Ini cuma pendapat peribadi Sally laa...Sally betul-betul suka dengan Nasi Goreng Kampung, Blueberry Tart, Nasi Lemak, Brownies...Itu mmg awesome...yang lain Sally tak pandang dah..hahahaha...

Sally berharap, pihak 7-Eleven akan berusaha lebih untuk memperbanyakkan lagi outlet mereka yang macam ni...sebabnya selain daripada harga yang murah, makanan yang sedap...Sally rasa kepelbagaian yang cuba dibawakan oleh mereka memang sangat bagus...Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di ibukota yang rata-ratanya mengejar masa dan perlu berjimat...

Sally rasa, Sally pun akan jadi pelanggan tetap mereka sebab nak cari Nasi Goreng Kampung dengan Blueberry Tart tuu..hihihi...Lepas ni rajin-rajin la cari 7-Eleven ye!

Semoga 7-Eleven akan terus maju lagi..!


You Might Also Like

9 comments:

  1. Kenapa kat KL Sentral xde banyak pilihan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7-E tgh refurbished lg outlet dia kak...tak semua outlet yg dah implement benda ni...

      Delete
  2. dah mcm kat korea dah yeay bestnyaaa. patutlah pernah nampak orang post kat ig pasal makan2 kat 7e

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited kan? Sally masa pergi sini pun mcm tuuu...happy je tgk byk choice makanan

      Delete
  3. Wahhhh macam macam ada. Dah lah 7Eleven 24 jam :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...seronok...meriah...kalau sebelum ni masuk 7E beli air kotak je...ni dah boleh beli macam macam...harapnya semakin meluaslah...buat masa ni 7E di kawasan PC belum lagi..

    ReplyDelete
  5. banyaknya pilihan kat 7E melaka ni! saya kalau singgah 7E selalu jugak tengok bahagian ready to eat ni sbb nak beli pastries. tpi setakat ni x pernah lagi rasa dia punya pasta, burger. semua nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. Kenapa gambar atas sekali tu terselit seorang eyza.. ����

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!