Kenapa Song Joong Ki tidak mempunyai akaun media sosial?

11:38:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Fuhhh! Demam “Descendants of the Sun” makin lama makin hebat...Serius Sally tak sangka yang drama ni boleh capai rating yang sangat tinggi di Korea...Episod 11 semalam pun dah mampu capai 41% ... Padahal drama-drama lain selepas tamat tayangan pun masih belum mampu nak capai target rating setinggi tuu...

Bila demam Descendants of the Sun mula merebak.

Bila dah obses dengan drama, secara "semulajadi"nya peminat akan mula la mencari pasal pelakon-pelakon yang ada dalam drama tersebut...Dalam kes Descendants of the Sun ni ramai yang pertikai kenapa Song Joong Ki tiada media sosial seperti artis-artis yang lain yang mana agak aktif di media sosial seperti Instagram, Twitter, SNS dan Weibo...



Dalam salah satu temuramah di Korea, Song Joong Ki ada memberitahu sebab kenapa dia tiada mana-mana sosial media...

“There are many different opinions on that. Even people close to me have their own ideas. But, the reason is simple,” Song Joong Ki reveals. “I’m not tech-savvy at all.”

“I don’t use social media because I’m not good at it. I don’t know how to use it,” he laughs, explaining how it’s challenging for him to keep up with the latest technology, including social media."

Tuu haaa...jawapan dia mmg sangat tak disangka..hahahaha...sebab dia bukan artis yang mengikuti perkembangan dunia teknologi, jadinya dia tiada la mana-mana sosial media...Senang kan..?

Kalau yang mana ada follow akaun yang mengaku dia Song Joong Ki, jangan terpedaya ye..sebabnya akaun tu hanya akaun yang diadakan oleh peminat Joong Ki, bukannya akaun yang diwujudkan oleh Joong Ki sendiri...Jadinya, jangan bersedih laa ya!

Sally ada follow akaun Instagram official photographer untuk drama ni... Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang cantik untuk drama ni...boleh la jengah akaun Instagram dia..

A photo posted by 임효선 🆂🆃🅸🅻🅻 📸 (@lim_hyoseon) on

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pengaruh Korea kepada rakan sebaya, makan Patbingsu kat Caffe Bene.

8:30:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Nampak tak tajuk Sally makin lama makin melampau...hahahaha...Sally sebenarnya tak tahu kenapa Sally ni macam agak obses sikit dengan Korea...Padahal bukannya ada apa sangat...hahahaha...Sejak Syifa' Azhar sambung belajar kat UniKL..dia memang selalu jadi mangsa kalau Sally teringin nak makan apa-apa...kalau teringin je dia mesti akan jadi manusia yang pertama tak senang duduk..hahaha...Sally pernah teringin nak makan something sampai menangis-nangis sebab sampai ke sudah tak dapat...Nampak tak kalau Sally dah teringin tu memang kena terus carikan..?

Sepanjang minggu lepas Sally asyik bebel dekat dia yang Sally nak makan bingsu...tapi masalah bila Sally takde masa dan takde orang yang nak teman kesana..Haihhh...Sally mmg sedih gila bila takde orang nak teman, selain daripada harga patbingsu yang tidak menggembirakan masa orang belum gaji...

Jadinya Ahad lepas, selepas Sally lapor diri untuk cover event Nivea (akan Sally update nanti)...Dah selesai tu Sally terus ajak Syifa' Azhar dengan Dayah & Ibu untuk makan bingsu kat Caffe Bene!

Walaupun belum gaji...kita tutup mata dan bayar je!



Sally malas nak cerita pasal asal usul Caffe Bene ni, jadinya korang rajinkanlah diri baca entri Patbingsu Moment @ Caffe Bene, Sunway Pyramid ni ataupun pergi Google! Hahahaha...Sally nak cerita pasal Bingsu je sekarang ni...


Disebabkan Sally dengan Dayah belum gaji, ibu pulak follow Sally je dan Syifa' masih belum dapat elaun...Jadinya kita ambil 2 je yang single okay...Kali ni Sally pilih Strawberry Bingsu dan Green Tea Bingsu.

Di Caffe Bene ni ada macam-maca jenis Bingsu, kalau Sally...Sally mmg suka Green Tea Bingsu dengan Coffee Bingsu...Chocolate Bingsu selalunya akan menjadi promotional item dan akan dijual dalam saiz double...So, cuba la kalau korang jenis sukakan coklat...


 Memang puas hati hari tu sebab dapat Bingsu yang menjadi idaman kolbuuuu..Hahahaha...If you're wondering why did I bring my mum to the event, itu sebab Sally tak nak tinggalkan dia pada hari cuti...dah la Sally kerja dari Isnin sampai Sabtu, Ahad pulak ada event...lagi laa...kesian dia kan....


Sebenarnya ada banyak sangat kedai yang dah mula menjual bingsu kat Malaysia ni...Macam Dal.Komm Cafe, Hanbing Korean Dessert Cafe dan macam-macam kafe yang datang daripada Korea majoritinya akan ada bingsu dalam menu mereka, tapi bagi Sally...Caffe Bene masih lagi antara yang paling murah..hihihi...Dalam ekonomi Malaysia sekarang ni...kita kena berjimat cermat okay?

Siapa pernah makan bingsu..? Angkat tangan sikit!

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

4:32:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Rasanya warga Shah Alam khusunya memang dah sedia tahu yang AEON Mall Shah Alam sudah pun dibuka kepada umum sejak awal Mac yang lepas..Sally berbesar hati dapat sama-sama meraikan Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, pada 22 Mac yang lepas.

Rasanya ini kali pertama Sally dapat melihat Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh kerabat Di-Raja di Malaysia...Terasa bangga sekejap la kan..hihihi...Walaupun diadakan secara serba sederhana, tapi masih lagi meriah...



Dalam majlis tersebut, Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj turut memperkenan bagi menyerahkan cek sumbangan daripada pihak AEON kepada beberapa buah badan kebajikan yang berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Selangor.



Baginda berangkat meninggalkan majlis sekitar pukul 12.30 tengahari. Ianya satu penghargaan kepada pihak AEON dan juga rakyat Shah Alam kerana dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Sedikit info mengenai AEON Mall Shah Alam...AEON Mall Shah Alam merupakan cawangan AEON Mall yang ke-25 dibuka di Malaysia. Uniknya mall ini sebab ianya diinspirasikan daripada 4 musim yang berada di Jepun selaku negara asal yang membawa masuk AEON ke Malaysia dan juga dekorasi luarannya diambil daripada senibina Masjid Shah Alam yang tersergam indah.

AEON Mall Shah Alam berkeluasan 1.5 juta kaki persegi dan mempunyai 2,500 ruangan letak kereta. Di dalam AEON Mall Shah Alam mempunyai hampir 160 kedai yang mewakili beberapa fesyen, servis, F&B dan kiosk kecantikkan serta lain-lain...

Bagi mereka yang belum pernah ke Jepun atau merindui suasana Jepun, AEON Mall Shah Alam yang bertemakan 4 musim di Jepun telah menyediakan beberapa ruangan yang berkonsepkan musim sejuk, musim panas, musim luruh dan juga musim bunga.


3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean.

9:44:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.

Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 29 Mac yang lepas oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.

Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.

Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.



Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.

Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.

Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

16 April 2016 - Jakarta, Indonesia
23 April 2016 - Manila, Philippines
30 April 2016 - Kuala Lumpur, Malaysia
07 May - 2016 Singapore
14 May 2016 - Bangkok, Thailand

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Senarai peserta Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman.

3:06:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Diam tak diam dah tamat rupanya Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman yang Sally jalankan sepanjang minggu lepas bersempena hari ulangtahun kelahiran ibu dan mama Sally...Banyak penyertaan yang diluar jangkaan...ramai blogger baru juga yang sudi sertai..Terima kasih Sally ucapkan!


SENARAI LINK PESERTA

  1. http://seindahcerita.blogspot.com/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  2. http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  3. http://adna2029.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  4. http://mummyayu.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  5. http://bondazahraareesa.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  6. http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  7. http://jombercontest.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  8. http://najwazahid94.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  9. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  10. http://missanisnabilah.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  11. http://missinspirit.blogspot.my/2016/03/giveaway-beauty-stuff-giveaway-by-sally.html
  12. http://superawesomelady.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  13. http://kei-join.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  14. http://eshazara.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  15. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  16. http://alyasygsanda.blogspot.com/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  17. http://www.anajingga.com/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  18. http://athibe.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  19. http://nonasani.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  20. http://akhalilah.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  21. http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  22. http://qileh.blogspot.com/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  23. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  24. http://perducinta.blogspot.com/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  25. http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  26. http://ainaalia5775.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  27. http://cahayanurlight.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  28. http://hikayatleyha.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  29. http://ohthrillers.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  30. http://akusukaketawa.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  31. http://aleiyamustaffa.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
  32. http://atelophobia-me.blogspot.my/2016/03/beauty-stuff-giveaway-by-sally-samsaiman.html
 
Sally akan check setiap penyertaan dahulu sebelum umumkan pemenang...Rasanya dalam hari Jumaat (1hb April 2016) Sally akan umumkan pemenang...dalam pukul 12 tengahari...So, jangan lupa datang tengok siapa yang menang okay..?

Buat sementara boleh jalan-jalan tengok entry kawan-kawan yang lain...

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

MAGIQUE, variasi wangian terbaru daripada koleksi ENCHANTEUR PARIS​.

2:07:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Perempuan dengan wangian mmg takkan terpisah..

Sally pun sama, selain daripada mengekalkan penampilan yang boleh dilihat, penampilan yang tidak nampak dek mata kasar ni pun kena juga kita tititberatkan...terutama sekali dalam pemilihan wangian atau minyak wangi yang sesuai...

Tak dinafikan, Sally sendiri ada 3-4 jenis minyak wangi..Kenapa ada banyak? Sebabnya Sally akan pakai ikut mood Sally masa tuu...kalau rasa nak bekerja, Sally akan pakai yang lebih "fresh" dan "sporty" bau dia...atau kalau setakat nak keluar sekejap, ada variasi yang lain....

ENCHANTEUR PARIS​



Sally rasa kebanyakkan perempuan mesti biasa dengan wangian keluaran mereka sebabnya satu dia berlatarbelakangkan Paris, Kota Cinta...Lepas tu sebab botol dia yang comel...Alaaaa...jangan nak kata tak eh..hihihi...



Minggu lepas Sally sempat ke Majlis Pelancaran variasi wangian terbaru daripada koleksi ENCHANTEUR PARIS​, Magique. Kalau korang perasan dalam variasi sebelum ni ada 3 jenis kan macam ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, Belle Amour & Adore..tapi kali ni ada lagi satu tambahan, Magique. Yang ini Edisi Terhad tau! Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka.

ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza.



ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)

Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.



ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.



ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau layari laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Video, Komen] AMBER 엠버 - Borders

12:50:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Amber Josephine Liu, merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan f(x), antara kumpulan penyanyi wanita di Korea Selatan...Walaupun berdarah kacukan Taiwan dan Amerika, Amber lebih popular di Korea berbanding negara kelahiran dia...


Ramai yang menyangka Amber ni "pengkid" atau "tomboy" tapi pada mata Sally Amber ni macam seorang perempuan yang jadikan penampilan dia sebagai perisai diri...haaa...macam tuu laaa...Berbalik kepada tajuk, lagu "Borders" ni merupakan single keenam Amber sebagai penyanyi solo...Secara peribadi, Sally rasa Amber ni sangat cantik tapi mungkin penampilan dia yang agak boyish tuu yang buat cantik dia tu hilang..bukan hilang la tapi lebih kepada tersorok..hihi


3 hari lepas, Amber keluarkan single "Borders" dan secara jujurnya, Sally rasa lagu ni memang betul-betul dia tulis daripada hati dia...sebuah lagu yang memang betul-betul tulis pasal kehidupan seorang "Amber", Amber yang bukan seorang penyanyi atau Amber seorang selebriti..but just the plain, human Amber.


Ada satu bahagian dalam lagu ni yang buat Sally macam rasa dekat gila dengan situasi dia...you know that sometimes songs can really reflect whatever you feel, the music itself is a magic things...same as this song...
’Cause mom said I’d be crossing borders
Never be afraid even when you’re cornered
Stand up straight, fight your way, fight your way, fight your way
Pada Sally, lagu ni sebenarnya ada "one kind of energy" yang membuatkan kita rasa macam setiap apa yang berlaku tu perkara yang sudah tertulis oleh-NYA, dan kita sebagai manusia kena cekal dan kuat. Kita yang memilih untuk hidup masa ditanya didalam rahim, jadinya tanggungjawab kita untuk menjaga amanah yang kita sendiri minta untuk dijaga.
Oh fear not ‘cause..I know I’m in His hands..Though I can’t see..I know there’s a plan..So thick the fog but..I know I can trust..The feelings that..I feel when the roads rough..
Sally jugak rasa macam terharu sikit la lepas baca mesej Amber yang dia tulis dalam muzik video dia...
Before the song is released there are a couple things I'd like to share. This song took me a lot of courage to write because I was always apprehensive of the subject it talked about. I've been doing this job for a long time and right now I speak not as Amber of f(x) nor "celebrity" Amber, but just Amber. Just plain, simple, human Amber. "Borders" is more than a song; no glamorous concepts, no "trying to be cool." Its a raw and real story about reality. Its shares, not only about my personal experiences but of people very close to me. Everyone involved in this project- the producers, my team DPR, the actors, to the staff- were people specifically chosen as they have never given up on me and believed in my vision. For that, I want to thank them for making this possible for me. When you guys listen to "Borders", there is just one thing i wish everyone could take from it: NEVER give up on yourself. There is always hope in the midst of this dark, demanding world. In the end, live for those that did not get the chance to and just keep fighting. Always, thank you you guys. You guys made it possible. 
Secara keseluruhan, Sally mmg suka gila dengar lagu ni...Sally harap lagu ni pun akan menjadi penguat semangat korang juga!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

8:00:00 PM Sally Samsaiman 33 Comments


Salam.
Sesi mengemas barang-barang dilancarkan, jadinya ada beberapa barang yang Sally rasa nak bagi dekat kawan-kawan blogger yang sudi menjengah ke blog Sally..Sally rasa giveaway ni lebih kepada perempuan laa...tapi kalau lelaki nak join pun boleh jugak...Sally buat giveaway ni as simple as possible..okay..?

Giveaway ini juga bersempena harijadi mama dan ibu Sally yang jatuh pada 16hb & 26hb.



1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman"

2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.

3. Follow Blog

4. Follow Instagram

5. Like Fanpage
Official Sally Samsaiman | Mjölk

6. Dalam entri, jawab soalan ni...

"Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Nature Republic kepada saya..?"

7. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Haaa! kali ni Sally bagi banyak sikit benda nak kena buat...selalunya senang sangat kan giveaway Sally...So, kali ni Sally nak bg korang buat kerja lebih sikit..hihihi...

Sally akan memilih 2 orang blogger berdasarkan jawapan yang diberi...Ada 2 set barangan Simply Siti dan Nature Republic untuk dimenangi.

Mula :16hb Mac 2016 (8.00am) | Tamat : 26hb Mac 2016 (8.00pm)

Kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye...yang penting syarat-syarat nombor 1,2,3,6 & 7 tu wajib...

---- SENARAI PESERTA ----

TAMAT!

33 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Orang lain menanti Sakura, Sally suka dengan musim luruh.

9:52:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments



Bulan April, rata-rata manusia menanti Sakura....tapi pada Sally...musim luruh sentiasa menjadi musim yang paling Sally tunggu-tunggu...Ini pengaruh "Autumn In My Heart" dulu la ni...walaupun masa awal-awal wujudnya drama Korea, Sally lebih suka "Winter Sonata" tapi akhirnya bila pertama kali nampak musim luruh, Sally rasa lebih suka dengan musim luruh...

Tak dinafikan, musim bunga...tengok sakura, tengok bunga yang berkembang mmg cantik...tapi entah kenapa...Sally lagi dekat dengan musim luruh...hihihi...mungkin sebab perasaan gugur tu barangkali..?

Korang suka musim apa..?

Summer - Spring - Winter - Autumn

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

CNBLUE 2016 Korean comeback pada bulan April!

12:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Selepas album "2gether" yang telah dikeluarkan 7 bulan yang lepas, akhirnya CNBLUE akan kembali dengan album yang baru pada awal bulan April 2016!

This is seriously a good news for all BOICE especially which their country did not include in COME TOGETHER concert tour, like Malaysia!





Serius! Sally mmg tunggu dorang datang ke Malaysia...walaupun hampa pada hakikatnya tapi takde la sampai nak merajuk kan...hahahaha..tapi Sally tetap berharap akan ada konsert CNBLUE kat Malaysia tahun ni...Kalau tak Sally yang kena g Seoul nanti..eh?

Buat masa ni belum ada apa-apa teaser yang dikeluarkan oleh agensi mereka FNC Entertainment, harapnya akan ada dalam masa yang terdekat ni la..Menanti dengan penuh tabah!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

My another bro is now married! Alhamdulillah!

11:00:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Sabtu lepas Sally sempat ke majlis perkahwinan kawan baik Sally, Muhaimin di Ipoh...Muhaimin ni merupakan antara kawan baik lelaki yang Sally rapat masa belajar di KPM Beranang...Sally pernah cerita pasal dia dalam beberapa entri dalam blog ni macam entri bila kenangan 2009 terjah ke WhatsApp.

Gagah jugak la ke Ipoh kan...tapi bila fikir kawan baik kita, jadinya ralat sikit la kalau tak pergi meraikan hari bahagia dia...ingat awalnya nak ke Johor masa nikah tapi kebetulan ada kerja pulak masa tu jadinya Sally pergi yang kat Ipoh sahaja...



Ralat sikit la sebab photographer ni ambik gambar senget! Huh! rosak semua gambar...Silap jugak sebab Sally lupa nak check gambar tu sebelum kata okay...haaaaaihhh! Harap-harap gambar yang ada dalam kamera dia cantik laaa...Best jugak makanan sebab ada rojak!



Sally jumpa kembar Sally! Hahahaha...takde laaa bukan kembar pun...saje je ajak Dayah pakai baju yang sama warna...bukan selalu dapat pakai baju yang sama macam ni..Kebetulan Dayah bawak baju ni jadinya Sally pun pakai la baju yang sama warna..hihihi...



Terima kasih jugak kat Fayadh sebab tolong drive sampai ke Ipoh...harapkan Sally dengan Dayah yang takde lesen ni mmg tak sampai laa...

Encik Muhaimin & Puan Aishah, Selamat Pengantin Baru...semoga jodoh ini berkekalan sehingga ke Jannah...Min, semoga dapat pikul tanggungjawab ini dengan penuh cekal...! May Allah bless your journey!

Lepas ni turn Robbani Razali pulak! Wahhhh! All my bro's is going to be married now!

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

2016 Starbucks Korea Cherry Blossom Limited Edition!!

8:00:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Belum habis dengan meroyan sebab tak dapat nak dapatkan koleksi "2016 Rose of Sharon Collection", elok pulak dekat Korea keluar Cherry Blossom punya edition pulak sempena musim bunga sekarang ni...aishhh!



Aduhai...cantiknya warna dia...Sally suka sebab ada bulan tuu...Rasa macam tenang je tengok dekorasi kat tumbler tu...Sally tak kisah sangat pasal mug tu tapi tumbler tuuu...adeh! Serius semuanya cantik-cantik...tapi kali ni rasanya kena pass la kot...tak mampu pulak nak membeli masa ni...huwaaaa....sedihnyaaa rasa hati....

Kalau korang nak beli, boleh beli daripada Seoul Sistas, dorang selalu ada yang up to date punya...kalau tak, takde la namanya StarbuckHolic kan..hihihi

Available to order at >>
http://starbucks.seoulsistas.net (Global Users)
http://starbucks.seoulsistas.net/my (Malaysian Users)

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bila demam Descendants of the Sun mula merebak.

10:19:00 PM Sally Samsaiman 19 Comments


Siapa kat sini yang tengok drama Descendants of the Sun?

 Sally rasa rata-rata peminat drama Korea dah mula ikuti siaran Descendants of the Sun yang sudah masuk episod 8 ni...Sally sendiri pun sememangnya terkena sindrom penyakit senyum sorang-sorang sebab tengok Song Joong-Ki berlakon...fuhh!

Bila dah mula obses dengan sesuatu, peminat ni kadang-kadang banyak betul akal dorang kan...hahahaha...Sally pun suka gila usha #DescendantsOfTheSun @ #DOTS untuk tengok macam-macam benda yang mereka buat...hahahaha...kadang tu ketawaa sendiri tengok mereka ni...



Yang paling Sally tak boleh tahan bila dorang edit gambar Lee Kwang Soo menggantikan gambar watak utama, Song Hye-Kyo...huhuhu...Kalau korang yang bukan peminat Korea, mungkin korang tak tahu yang Lee Kwang Soo & Song Joong-Ki merupakan kawan baik...Bromance antara dorang ni buatkan kita yang perempuan pun boleh jealous dengan Lee Kwang Soo!





Serius Sally tak boleh tahan gelak tengok...dorang ni betul-betul kreatif ke macam mana..? atau sebenarnya stress sangat sebab kena tunggu 2 episod je setiap minggu...? hahahaha...

Jujur kata Sally takde la macam kena sindrom jatuh hati kat male lead, tapi macam suka tengok #SongSongCouple ni berlakon....comel aje la masing-masing pun...kalau korang tengok drama ni...please jangan buat direct eye contact dengan watak Song Joong-Ki..Takut nanti ada yang tak tidur malam macam Faizah Azmi :P



Nightmare weh kalau tengok lama-lama! Jangan lupa tengok drama ni tau...korang takkan menyesal!

Watch online : Descendants of the Sun
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Burnt Caramel Mocchiato daripada Starbucks.

4:39:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Selalunya kalau ke Starbucks, Sally mmg suka beli Americano atau Caramel Mocchiato...Well, typical Sally kan...minum benda yang mudah je...tapi kalau Frappucino akan sedikit berbeza la pilihannya...bergantung kepada mood pada masa tuu....

Terbaru ni Sally ada perasan yang ada menu baru dalam seleksi Seasonal Offerings, "Burnt Caramel Mocchiato" dan "Chocolate Hazelnut Mocchiato"...Sally dah cuba yang Burnt Caramel Mocchiato! Mmg best...manis yang datang sekali dengan pahit caramel yang terbakar tuuu...lepas tu ada bau macam hangit sikit...perghhh...mmg best gila!


Burnt Caramel Mocchiato dah rasa, lepas ni Sally nak cuba Chocolate Hazelnut Mocchiato pulak...kalau korang nak bezakan jenis-jenis kopi yang ada, korang boleh rujuk entri The types of Coffee. Walaupun tidak secara menyeluruh, tapi ada la beberapa yang basic...So, happy choosing!

By the way, kalau korang ada kad Starbucks, jangan lupa cuba Seasonal Offerings : Mocchiato ni sebab boleh kumpul fridge magnet limited edition tau! :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Video] WINNER - SENTIMENTAL

4:46:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Okay..ini sangat pelik!

Serius Sally jarang gila nak share pasal lagu-lagu kumpulan KPOP yang lain..lagi-lagi kalau yang takde kaitan dengan CNBLUE...weh! Since last week Sally terdengar lagi ni kat Music Bank punya klip...sampai ke harini tau lagu ni asyik "humming" dalam kepala Sally!!



WINNER merupakan sebuah kumpulan baru yang ditubuhkan pada tahun 2014 dibawah agensi YG Entertainment..Kumpulan ni terdiri daripada 5 orang "trainees" di bawah YG Entertainment antaranya Kang Seung-yoon, Song Mino, Lee Seunghoon, Kim Jin Woo dan Nam Tae Hyun.


Lagu WINNER tak semuanya Sally dengar, kalau tak silap termasuk lagu "Sentimental" ni ada 3 lagu je yang Sally dengar daripada kumpulan ni..hahahaha..bukannya tak minat tapi sebab banyak sangat kumpulan baru tu yang macam entah kenal entah tidak jela...tapi daripada 3 lagu, lagu "Sentimental" ni mmg "stuck" dalam kepala Sally..hahahaha..berhantu!

Lagu ni baru je keluar tahun ni...kalau tak silap dalam bulan Januari kot...entah la betul ke tidak..hahahaha...tapi rasanya bulan tu dah betul dah...Basically lagu ni menceritakan pasal seorang lelaki yang sedang dalam mood "sentimental" laa...semua yang dia buat serba tak kena...Dia teringat perempuan tu tapi tak tahu sama ada perempuan ingat dekat dia atau tidak...kiranya mmg lagu yang sangat "sentimental" la mood dia...

Kalau korang tgh cari lagu baru yang best, boleh la cuba dengar lagu ni...

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ada produk? Nak iklankan atau review? Sally ada penyelesaiannya!

9:53:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Lama rasanya Sally tak buka slot untuk review/iklankan produk di blog Sally..Jadinya, kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk mengiklankan produk, atau segala jenis servis yang ditawarkan oleh korang, food review atau nak memperkenalkan apa-apa servis, korang boleh beriklan dengan Sally.

Harga bagi iklan dan review berbeza mengikut pakej...Untuk keterangan lanjut, korang boleh email kepada Sally untuk dapatkan quotation bagi servis review daripada sallysamsaiman.com


Jangan takut, jangan bimbang...sebab harga untuk review dengan blog Sally sangat berpatutan..hehehehe...barang baik punya! Sally akan cuba berikan servis yang terbaik bagi setiap pelanggan sebab Sally tahu macam mana susah nak promosikan produk kita.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh berhubung dengan Sally :-

Email : sallysamsaiman@yahoo.com
WhatsApp : +6013 672 7520

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Post] Hebahan mengenai Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal Bakar & artis Malaysia.

4:34:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Sally mewakili blogger Faez Ramly sebagai Official Media Blogger untuk Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal & artis Malaysia, ingin menjemput mana-mana blogger yang berkelapangan pada hari Sabtu (26/03/2016) bagi sama-sama menyumbang tenaga dalam program ini...

Bagi pihak penganjur, mereka berharap blogger dapat membantu menyumbangkan tenaga dan juga memberi hebahan tentang program ini dan semestinya diharapkan usaha ini bukan hanya secara berkala tetapi berpanjangan...

Program ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Jam : 4 petang (Pengumpulan Barang)
Program bermula : 9 malam
Lokasi : Sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Matlamat Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan

Penganjuran Program Charity Anak-Anak Gelandangan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada masyarakat tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, bertanggungjawab dan melakukan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya sayang menyayangi antara satu sama lain.


Kredit : Faez Ramly

Objektif Program
  • Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak gelandangan.
  • Memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
  • Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui sukarelawan.
AJK Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan di antaranya :
  1. Zman Dian - Penganjur
  2. Miza & Koie - HKB Crew
  3. Kak Ann / Datin Nani - Radio Wanita 4U
  4. Abg Lan / Abg Zali - Blood Brothers
  5. Emerald - Persatuan Kita Sama
  6. Faez Ramly - Official Media Blogger
  7. Eijjat & Kery & Echa - The Family
  8. Usahawan Muah
  9. Explore Angel's Club
  10. PEWARIS Malaysia
  11. Big Unity Event
Artis yang bakal terlibat dengan program ini seperti :-
  • Rockers Otai 90-an
  • Pelakon Malaysia
  • Mentor
  • AF
  • Model
  • Designer
Kepada mana-mana blogger yang berminat nak turut serta, boleh terus berhubung dengan Faez Ramly (019-2061053).. Sally dan juga kak Kolin Zainal akan turut sama dengan Faez Ramly pada hari kejadian nanti...Sally harap dapat berjumpa dengan blogger-blogger lain disana.

Sumbangkan tenaga kita untuk mereka, mana tau ada saham kepada kita kelak.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Hadiah terbaik buat BFF!

3:42:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Ni sebenarnya Sally nak cerita pasal rantai je...disebabkan ramai yang tanya...kat mana Sally beli rantai ni...

Menginjak ke usia 8 tahun usia persahabatan Sally dan kawan-kawan baik Sally daripada zaman kolej, Hidayah, Syifa' dan jugak Iera...Sally ada beberapa kali bercerita pasal mereka dalam blog ni...Sally terfikir nak dapatkan satu hadiah yang special untuk dorang...fikir punya fikir...tak tau nak beli ape...Sally ni pulak mmg suka suka beli barangan secara online, jadinya cuba-cuba la bukak laman web Aliexpress.com


Sally jumpa rantai ni...awalnya Sally cuba cari friendship bracelet, bracelet charms dan macam-macam la sebelum Sally jumpa dengan rantai ni...Awalnya ralat nak beli sebab rantai ni ada 3 je dan Sally nak hadiahkan kepada 4 org termasuk diri sendiri...Sally cuba la cari dan cari lagi sampai la jumpa yang ada 4 macam ni...fuhhh...lega! Terus Sally klik untuk beli...


Kebetulan pula batu yang ada pada rantai ni mmg warna kesukaan masing-masing...Jadinya yang merah Sally bagi kepada Hidayah, yang hijau untuk Iera, purple untuk Syifa' dan yang warna biru mestilah untuk Sally kan...

Walaupun harganya tidak seberapa, tapi Sally masih harap yang mereka akan suka...dan jadikan rantai ni sebagai lambang persahabatan kami...Semalam dah bagi kat Syifa'...dia terus pakai..hihihi...

Kalau korang berminat nak beli rantai ni, boleh klik SINI...semua urusniaga dalam dollar yer...

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Yellow Cafe di Dongdaemun, kafe terbaru bagi peminat susu pisang Korea!

8:30:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Seperti yang Sally selalu tekankan, Korea dan Sally berpisah tiada..hihihi...Sally mmg rasa terikat dengan Korea ni...sampai la setiap satu benda pasal Korea menjadi kemestian untuk Sally tau...

Yang terbaru ni ialah pasal pembukaan sebuah kafe baru di Korea...Pengeluar susu pisang yang paling terkemuka di Korea, Binggrae telah membuka sebuah kafe yang dinamakan "Yellow Cafe" di Hyundai City Outlet, Dongdaemun. "Yellow Cafe" ini didedikasikan buat semua peminat susu pisang di seluruh dunia...



Kalau korang nak tau...sejak tahun 1974 hampir 800,000 botol susu pisang sudah terjual di Korea sahaja...Bayangkan berapa ramai peminat susu ni sebenarnya kan...kepada korang yang bakal atau merancang ke Korea, susu pisang keluaran Binggrae merupakan benda yang wajib korang cuba...

Yellow Cafe sudah mula dibuka bermula 11hb Mac yang lepas lagi...



Selain daripada susu pisang, pelbagai barangan yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni...hanya perlu pilih mana yang korang suka...



Pelbagai jenis minuman yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni termasuk la Banana Latte, Banana Shake, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek, pastri dan puding.



Kalau korang berkesempatan ke Korea, spesifiknya ke Seoul...boleh la ke Yellow Cafe ni tau!

Yellow Cafe
Level Basement 2, Hyundai City Outlet
Dongdaemun (beside DOOTA shopping mall)

Operating hours:
Sunday - Wednesday : 11:00-22:00
Thursday - Saturday: 11:00 to 23:00



Credit : Korea Tourism Organization

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Happy 53rd Birthday, Mama

4:30:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments




Diam tak diam, 16 Mac menjengah kembali...harini merupakan ulangtahun kelahiran mama Sally...hihihi..jangan tanya kenapa Sally ada dua mak yer..hihihi...

2016 merupakan ulangtahun mama yang ke 53 tahun...hmmm...makin lama mama dan ibu makin tua, makin nampak perubahan pada muka masing-masing...semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan buat mereka berdua..insyaAllah...

Dear Puan Surina Low, you're more than just a mother to me; you're my teacher, my strength, my guidance and my best friend. Thank you for giving me every part of yourself. I won't asked for anything, I just want you will always be there, till the end of my life...May all the greatest thing in life be with you, always and forever..Allah bless! Love you mama!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Upgrade business card holder Sally.

9:30:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments



Dulu kan...Sally pernah tulis berkenaan Business Card Blogger, penting ke? selepas Sally menghadiri SBB2014...Mmg masa tu dapat banyak jugak kad nama blogger...2014-2016, sebenarnya business card holder yang ada dah tak cukup dah...Jadinya tahun 2016, Sally ambik keputusan untuk upgrade daripada 100 keping kepada yang boleh memuatkan 320 keping...

Lepas ni kalau tak muat jugak, mau Sally beli yang 520 keping pulak...hahahaha...Tak sangka ramai sebenarnya blogger yang ada kat Malaysia...walaupun kad-kad yang ada pada Sally ada yang sudah meninggal dunia, ada yang sudah tidak aktif dalam dunia blog tapi Sally akan tetap simpan juga buat kenangan...

Macam mana korang simpan business card blogger yer..?

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Advanced birthday celebration untuk ibu.

11:43:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



Isnin lepas, Sally dengan sepupu Sally bawak ibu ke Alamanda...awalnya ingat nak jugak tengok Hot Air Balloon Festival kat Putrajaya tuu...tapi Ya Allah, ramainya orang!

Jadinya halakan la kaki ke Alamanda pula sebab dah berjalan jauh kan...lagipun ibu kata dia tak pernah masuk ke Alamanda...Sally bawak ibu makan di Hei Sushi sebab kebetulan masih ada voucher yang berbaki..tambahan pula sekarang ni ada promosi Buy 1 Get 1 Free sempena mereka telah mendapat sijil halal daripada JAKIM..tahniah buat Hei Sushi!

Hei Sushi dan Sakae Sushi berada dibawah pengurusan yang sama, cumanya Hei Sushi lebih mengetengahkan makanan Jepun yang telah diolah..bukan terhad kepada sushi semata la walaupun nama dia Hei Sushi..

Tahun ni belanja ibu makan menggunakan voucher yang Sally dapat masa food review..hmmm...bukannya kedekut tapi biasa laa dah tengah bulan ni bukan mampu nak makan mahal-mahal...Sally pulak terpaksa celebrate awal sebab ibu nak pulang ke kampung untuk menjenguk adik beradik dan juga abang sepupu Sally yang agak tidak sihat...

Walaupun simple, tanpa kek...Sally harap ibu seronok :)

Happy birthday in advance ibu!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Aplikasi Last Minute Booking, bantu kita bercuti tanpa persiapan awal!

4:31:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Bercerita pasal travel, Sally yakin yang semua orang nak rasa bercuti...Kalau yang Kaki Travel tuu rasanya kalau boleh nak berhenti kerja dan jadi traveler sepanjang hidup..tapi macam yang kita semua tahu laa...tiada benda yang percuma dalam dunia ni...Nak tak nak tetap kena bekerja untuk dapatkan rezeki nak sambung kehidupan...

Planning for travel..?

Kalau dalam kepala Sally...mmg banyak benda yang Sally planned, bila AirAsia buat promosi "Free Seating" selalunya ada je halangan nak membeli tiket, tu belum lagi masuk dengan kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan...Ada sesetengah orang pula susah nak dapatkan cuti secara advance, jadinya terpaksa buat planning last minute...selalunya planning last minute mahal dan tak mampu kita nak bayar kan...tapi ni ada satu solusi untuk korang yang jenis travel last minute!


Sally baru tau adanya aplikasi Last Minute Booking ni...Dalam website ni ada banyak pilihan, pakej hotel, flight, pakej tour pun ada...harga dia tak mahal sangat pun...siap ada complete itinerary lagi...haa!

Last Minute Booking telah bekerjasama dengan hampir 32 syarikat penerbangan bagi memudahkan kita mencari tiket penerbangan yang paling sesuai dengan bajet kita.

Bali, Korea, Krabi, Taiwan, Bandung, Jakarta, Cambodia, Pattaya, Lombok, Hanoi, Phuket, Ho Chi Minh...Pilih saha ja negara yang menjadi pilihan korang dan booking!

Lepas ni dah tak ada alasan untuk tidak pergi bercuti, segalanya ada dihujung jari korang...ikut keselesaan sama ada nak buka di laman web Last Minute Booking atau gunakan sahaja aplikasi ni di telefon pintar korang..Senang je kan..? Untuk maklumat lanjut boleh ke Website atau Facebook Page mereka.

Selamat merancang percutian anda!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!