Sekitar Sidang Media Aizat Gegar 2016 & Pelancaran Restoren Kari Gegar


Aizat Amdan...

Siapa yang tak kenal dengan artis yang meningkat naik ni...daripada Akademi Fantasia sehingga la beliau mampu berdiri sendiri dalam dunia seni ni...Minggu lepas Sally dapat satu invitation untuk hadir ke Sidang Media Aizat Gegar 2016 & Pelancaran Restoren Kari Gegar milik Kasi Gegar Entertainment yang merupakan milik penuh keluarga Aizat...



Gegar Aizat 2016

Gegar Aizat 2016 merupakan salah satu strategi pemasaran yang dijalankan oleh Kasi Gegar Entertainment bagi memberi kelainan pada karya terbaru daripada Aizat. Dalam Gegar Aizat 2016, Aizat akan menghasilkan satu lagu setiap bulan dalam tahun 2016 dan pada akhir tahun nanti semua lagu akan dimuatkan di dalam satu album yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan...satu konsert juga turut sama dijangka pada awal Januari 2017 nanti...

Lagu Bagai Hidup Semula (Januari) dan Always With You (Februari) sudah mula diperdengarkan, Sally mmg bangga gila sebab dapat jadi antara orang pertama yang dapat dengar lagu ni secara live..hihihi...terus tak nampak CNBLUE dah! hihihihi...Yang menariknya lagi...kesemua 12 lagu beserta klip video akan dimuatnaik di official YouTube channel Aizat sendiri (OfficialAizatAmdan) atau YouTube penaja.

Kalau korang follow Aizat dalam mana-mana media sosial dia, korang akan nampak dia share pelbagai aktiviti dalam vlog dia dan semua media sosial dia...kata Aizat dia nak peminat lebih dekat dengan setiap satu langkah dalam pembikinan album ni nanti...

*Gambar Pengarah Urusan KGE Sdn Bhd: Amar Amdan



Pelancaran Restoren Kari Gegar

Pada hari yang sama, Pelancaran Restoren Kari Gegar turut sama dijalankan direstoren tu sendiri...Kari Gegar merupakan sebuah restoran yang menyajikan Kari Ayam dari Kampung Pintu Padang, Pahang yang merupakan kampung halaman bagi keluarga Aizat.

Resepi yang disediakan di Restoren Kari Gegar merupakan resepi istimewa dari Raub dan masakan kegemaran Aizat...Lepas ni tak payah nak ke Raub kalau nak rasa masakan ni...boleh ke Dagang Avenue, Ampang. Antara masakan yang istimewa kat sini termasuklah Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng Special, Ayam Kampung dan yang korang perlu cuba, Sambal Hitam!

Okay, sama-sama la kita sokong perjalanan seni Aizat Amdan dan juga Restoren Kari Gegar!

Post a Comment

2 Comments

  1. restoran kari gegar? mesti menu nanti pun sedap dan bergegar hihi

    ReplyDelete
  2. nama kedai pun kemain. Kari gegar.. ijat ensem <3

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!