Peraduan Tayangan Perdana bersama Sally – Hail, Caesar!

11:59:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Hai korang!

Perghhh...tiba-tiba ada peraduan kan...hihihi...Walaupun tidak la popular sangat tapi Sally nak ajak korang untuk join satu peraduan mudah, Peraduan Tayangan Perdana bersama Sally – Hail, Caesar! yang mana hadiahnya merupakan sepasang tiket untuk tayangan perdana filem Hail, Caesar!, sebuah filem thriller dan komedi yang pastinya korang akan asyik dan gelak sakan menontonnya.

Peraduan ni dijayakan bersama FoodPanda dan United International Pictures

Filem bergenre drama komedi dan thriller berjudul Hail, Caesar! ini diarahkan dan diterbitkan oleh Ethan Coen bersama Joel Coen. Filem ini dilakonkan oleh beberapa pelakon kelas A di Hollywood seperti Scarlett Johansonn, Clanning Tatum, dan Frances Mcdormand. Filem Hail, Caesar! mengisahkan tentang kehidupan seorang krew di studio yang tugasnya mencegah skandal yang berlaku kepada bintang-bintang Hollywood daripada tersebar luas kepada masyarakat.

Jadinya, Sally nak ajak seorang blogger bersama pasangan untuk menjadi antara orang pertama yang menonton filem ni bersama Sally...buat masa ni hanya akan ada seorang sahaja pemenang dan Sally akan pilih mengikut beberapa kriteria yang pada Sally sesuai...Kepada korang yang tak berkesempatan menonton di tayangan perdana, korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 18 Februari 2016.



Sinopsis Filem HAIL, CAESAR!
Filem Hail, Caesar! mengisahkan tentang seorang krew filem bernama Eddie Mannix yang bekerja di sebuah studio Hollywood pada tahun 1950-an. Eddie ditawarkan untuk bertugas di studio tersebut untuk menjaga dan melindungi para pelakon yang sedang menjalani pengambaran di lokasi tersebut. Dengan profesinya itu, Eddie menjaga pelakon yang sedang diduga terlibat dengan dadah, curang dengan pasangan, ancaman, penganiayaan, dan tindak keras lainnya agar nama mereka tetap terjaga di Studio Hollywood tersebut. Sampai ketika, Eddie harus mencari seorang bintang yang tiba tiba hilang secara misteri dari lokasi pengambaran.

Peraduan Tayangan Premiere Filem HAIL, CAESAR!

Tarikh:
16 Februari 2016 (Hari Selasa)

Tayangan Filem:
9.00 malam 

Tempat:
GSC, Mid Valley Megamall

Apa yang korang perlu buat ialah: 

1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally dan Like Fanpage Sally
2. Komen di kotak komen slogan yang kreatif


Slogan: Saya nak menonton Tayangan Perdana filem Hail, Caesar! kerana...
(tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Jawab soalan mudah ini:
Namakan dua orang pelakon filem Hail, Caesar! dan pengarahnya.
*Sertakan juga email bagi tujuan pemberian hadiah di dalam kotak komen

Tarikh tutup peraduan:
14 Februari 2016

Pemenang akan dihubungi melalui email pada 15 Februari 2016

Jangan lupa untuk menonton filem Hail, Caesar! yang bakal ditayangkan bermula 18 Februari 2016.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FoodPanda merupakan antara syarikat yang berada dalam pasaran penghantaran makanan yang mana beroperasi di lebih 40 buah negara termasuk India, Pakistan , Rusia , Brazil , Mexico, Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk memilih dari restoran tempatan dan membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih dan juga laman web. FoodPanda telah bekerjasama dengan lebih daripada 580,000 restoran.

You Might Also Like

7 comments:

  1. bertuahlah sapa yang dapat tu.

    ReplyDelete
  2. saya suka cerita komedi berbanding thriller...senang nak faham :)

    ReplyDelete
  3. Kalau bukan tgh tunggu hari..akak join segmen ni. Good luck buat yg join!

    ReplyDelete
  4. Slogan

    Saya nak menonton Tayangan Perdana filem Hail, Caesar! kerana saya perasan di sinopsis cerita ini sangat menarik dan saya suka jenis cerita yang ada plot twist di tengah tengah cerita dengan itu saya akan filem ini juga antara filem yang akan membuatkan saya teruja dengan jalan cerita yang sangat menarik di dunia hiburan Hollywood.. Selain itu, menerima tiket ini dari syarikat penghantaran makanan yang popular iaitu Food Panda juga adalah satu tuah yang saya amat inginkan.. Tq So much Kak Sally and Food Panda sudi anjurkan peraduan ini! ^^

    Namakan dua orang pelakon filem Hail, Caesar! dan pengarahnya

    Dua pelakon - Josh Brolin, George Clooney

    Pengarah - Ethan Coen, Joel Coen

    Email

    mohdnoorshawal@ymail.com

    ReplyDelete
  5. Slogan:
    Saya nak menonton tayangan perdana filem hail, caesar! Kerana saya teruja untuk menyaksikan pengembaraan yang bakal eddie lalui semasa mencari bintang yang hilang tersebut.

    Pelakon: Scarlett johansonn 2. Clanning tatum

    Pengarah : ethan coen dan joel coen

    Email ; fatihah.fadzil@yahoo.com

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!