Chiba Prefecture memperkenalkan Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun!

10:10:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Japanese Sweet Potato, selalu sangat kita nampak benda ni dijual kan...kalau tgk drama ke, masa musim sejuk nampak selera je tengok keledek bakar ni makan panas-panas...tapi harini Sally nak share dengan korang pasal Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun! Chiba Sweet Potato ni mmg sangat lembut dan manis...Sally pulak kalau dapat keledek ni bakar pulak...perghhh...mmg tak pandang benda lain dahh...


Sebenarnya Chiba ni merupakan salah satu kawasan di Jepun..yang memang kaya dengan sumber semulajadi..Chiba ni terletak bersebelahan dengan Tokyo yang mana menempatkan Lapangan Terbang Narita & Tokyo Disneyland. Sally berkesempatan nak ke majlis "Enjoy Chiba Sweet Potato", yang mana merupakan satu majlis untuk memperkenalkan keledek ni kepada pengguna di Malaysia...dan yang paling best, bermula bulan Februari ni korang dah boleh dapatkan keledek ni disekitar pasaraya di Malaysia..!

Majlis ni dianjurkan oleh Chiba Prefecture, yang mana merupakan kawasan pengeluaran utama keledek manis ni. Chiba Sweet Potato datang daripada baka "Beniharuka", yang mana merupakan baka keledek manis yang amat popular di Jepun kerana ia sangat manis dan lembap.



Hihihii...Ni maskot untuk Chiba Sweet Potato, Chiba-kun...ianya bukan seekor anjing atau sebarang jenis haiwan yang lain tapi ianya sebenarnya mewakili peta kawasan Chiba tu sendiri...Comel je kan dia...letak Sally sebelah dia dah macam kembar pulak sama warna...hahahaha...


Kalau korang pun jenis suka makan keledek macam Sally, Sally mmg nak ajak korang cuba Chiba Sweet Potato ni sebabnya dia mmg sangat manis, lemak..dan kalau korang nak cuba, korang boleh sama-sama datang ke pasaraya Village Grocers, di Bangsar Village..sebabnya akan ada Chiba Sweet Potato yang dibakar untuk korang rasa dan juga bakal dijual kepada pengunjung, jadi tak payah susah-susah nak balik masak sendiri...Boleh terus makan dan perasan ada kat musim sejuk macam dalam drama..walaupun Malaysia ni panas...hihihi

Selain daripada itu, korang boleh dapatkan pamphlet yang ada beberapa jenis resepi yang boleh kita variasikan dengan keledek ni dan pelbagai barangan yang memaparkan "Chiba-kun", watak maskot Chiba Prefecture, akan turut sama dijual tau...atau kalau nak cuba dried Chiba Sweet Potato pun ada...



Kalau korang berkesempatan, jangan lupa datang pada harini, 21 Februari 2016 ke pasaraya Village Grocers, di Bangsar Village untuk dapatkan Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun! Ada banyak promosi yang menarik, dan buat masa ni hanya dijual disini...Kalau ada tempat lain nanti Sally update, okay?

#ChibaSweetPotato
Video : http://www.yummyjapan.net/video/1980

You Might Also Like

7 comments:

  1. Sedappppp T_T the natural sweetness sangat umph! <3 Till we meet again kak sally!!!!!!! <3

    ReplyDelete
  2. Sedaaap sangat. Memang tak rugi cuba!

    ReplyDelete
  3. sesetengah orang tak suka makan keledek sebab menyebabkan angin..hihihihi..tapi PC memang suka jenis ubi ni...ubi kentang ke..ubi keledek ke,,dan senagkatan dengannya..hihihi..jadi makan je..

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je. Boleh cuba nanti ni.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. suka jugak sweet potato ni :-)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!