Butik Vendor Terbesar Bakal Dilancar, Pret A Porter Sedia Ruang Tapak Niaga!

2:52:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments




Butik vendor terbesar Pret A Porter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi yang mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan.

Pengarah Pemasarannya, Siti Hawa menyatakan butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita. "Servis kami menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah dimana kami menyediakan staff, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya. Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak kami"





Pihak Pret A Porter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netheland. Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan. Bagaimanapun, pihak Pret A Porter memberi lebih keutamaan kepada peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain.

Selain itu, kesedaran tentang kepentingan promosi, pihak Pret A Porter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut. Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini.



Butik Pret A Porter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac 2016 dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan. Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pret A Porter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

You Might Also Like

2 comments:

  1. murah tu kalo dpt rm50 sewa..huhu

    ReplyDelete
  2. Makin banyak tempat shopping dekat Malaysia ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!