Bila banyak sangat tengok drama Korea.

4:58:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Biasanya sebelum mula kelas untuk semester baru, Sally mmg akan marathon drama Korea yang mana yang dah tertinggal dan yang baru laa...ada jugak yang tgh on going...Bila dah marathon tu...kadang-kadang satu drama boleh habis dalam masa satu hari...sebab rata-rata drama ada 16 episod je...

Semalam mmg takde pape plan, mmg sangat tak produktif betul...lipat baju sambil tgk drama, makan nasi sambil tgk drama, tengok TV pun masih sambung tgk drama...mmg genap 16 jam yang sangat tidak produktif...Bangun lepas Subuh mmg dah tak boleh tidur balik...terus on laptop...hihihi...stok drama yang download dah banyak...

Ibu ajak ke kenduri pun Sally malas nak ikut, tapi bila dah keluar ayat nak "merusuh 3 bulan" kan...mmg kena ikut laa...siap download episod tu masuk dalam phone sekali...hahahaha...Rasa macam ape je semalam...ibu pun sampai dah malas nak membebel...mmg membatu je depan laptop...

Haihhh...cepat la sikit mula semester baru, kalau tidak...makin lalai laa jadinya!


12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

WiFi percuma di sekitar Seoul bermula 2017!

12:06:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Berita baik untuk mereka yang bercadang nak ke Seoul, Korea pada tahun 2017 sebabnya Seoul Metropolitan Government telah mengunjurkan yang mereka akan menyediakan WiFi percuma di sekitar kawasan tumpuan ramai di Seoul bermula 2017 sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan penggunaan peranti digital di bandar mereka!

Lepas ni dah tak perlu risau nak sewa portable WiFi di lapangan terbang sebab ada WiFi dimana-mana sahaja termasuklah didalam bas dan juga subway mereka...dalam masa yang sama, Seoul sekarang dalam proses memajukan sistem 5G dinegara mereka...makin lama makin laju!


Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon berkata yang Seoul Metropolitan Government bercadang untuk melabur  460.5 billion Won (US$373.9juta) untuk temph 5 tahun akan datang bagi memperkembangkan lagi industri "diginomics", hasil daripada gabungan perkataan digital dan ekonomi...

Bandar Seoul juga sedang menambahbaik teknologi sedia ada Internet of Things (loT), berdasarkan kepada pelan Seoul Digital General Plan 2020 yang sudah dijalankan oleh Seoul. Teknologi Internet of Things (loT) merupakan satu teknologi yang mana mampu menghubungkan objek yang sedia ada sambungan Internet untuk bertukar data kepada peranti mudah alih yang lain.
Dalam masa yang sama, Seoul juga dalam proses untuk menubuhkan sistem letak kereta yang bersepadu di mana pemilik kereta boleh menyemak lokasi kenderaan mereka di tempat letak kereta dan menerima data yang berkaitan dengan telefon pintar mereka. Sistem ini akan diguna pakai di hampir 550 tempat letak kereta awam dan swasta dalam menjelang tahun 2020.

Sama-sama la kita nantikan semua perubahan ni..Harapnya lepas ni akan ada lebih banyak penambahbaikkan seperti ini di Malaysia..Tak sabar nak tengok semua teknologi ni di Seoul!

Kredit : english.yonhapnews.co.kr

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Cara untuk menang pass Meet and Greet bersama Lee Min Ho di Malaysia, 25 March 2016

11:21:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Peminat Lee Min Ho, Sally rasa rata-ratanya dah tau yang Lee Min Ho akan datang ke Malaysia untuk sesi Meet and Greet bersama KyoChon sebagai duta kepada KyoChon...kalau nak tau, KyoChon merupakan antara rangkaian syarikat yang menjual ayam goreng terbesar di Korea Selatan sejak tahun 1991 lagi...

Lee Min Ho telah dilantik menjadi duta KyoChon sejak tahun 2014, menggantikan kumpulan Super Junior...



So, macam mana nak menang pass ekslusif untuk sesi Meet and Greet ni..?

Caranya mudah sahaja...
  1. Pergi ke Facebook KyoChon Malaysia dan cari pinned post berkaitan event ni...
  2. Komen di bahagian komen, seleksi ayam KyoChon 1991 yang mana korang akan pilih untuk diberikan kepada Lee Min Ho dan kenapa
  3. Jangan lupa sertakan sekali hashtag #‎Minho325‬
  4. Siap!
Senang sangat kan menang pass ni...Jangan tunggu lama-lama sebab ada ramai yang mencuba nasib nak menang..hihihi...Sally tak join pun sebab Sally suka ayam KyoChon je, duta dia tak..hahahaha...

Semoga korang bertuah la yer! Good luck!



*Passes won are NOT transferable
*Terms and Conditions apply: http://on.fb.me/1QCTeNC

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Geng blogger kalau bergambar....

4:13:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Teringat pulak pasal gambar ni...Sally ni jenis kalau orang tak ajak ambik gambar, mmg jenis lupa terus...hahahaha...paling-paling pun menyesal lepas dah sampai rumah laa...kenapa tak ambik...kenapa lupa..bla bla bla...

Sally tak suka ambik gambar sebenarnya...nak selfie pun kadang fikir dua tiga kali..unless kalau betul terasa nak buat baru laa buat...tapi kalau capture gambar orang...mmg Sally suka...Sally suka candid daripada gambar yang bersedia...




Sally yakin kornag pun mesti excited jumpa kawan-kawan blogger kan...? Sally ingat nak buat short gathering untuk blogger laa...ada yang nak join tak..?

Korang boleh kenal-kenal dengan blogger dalam gambar ni kat link bawah ni okay..?
  1. http://fatihah-fadzil.blogspot.my/
  2. http://bintangpenyembuh.blogspot.my/
  3. http://www.eyzamiel.com/
  4. http://mohdzarin.com/
  5. http://zarithiylia.com/
  6. http://www.inanihazwani.com/
  7. http://qileh.blogspot.my/
  8. http://ecahwacha.blogspot.my/

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Obsesi pada poskad

12:05:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments



Sejak tahun lepas kot...Sally rasa Sally dah mula obses dengan poskad...kalau pergi mana-mana, Sally tak cari benda lain dah buat souvenirs...cuma fridge magnet tu tetap la beli sebab kalau g mana-mana benda tu wajib ibu kirim....

Last year, mmg ramai blogger yang hantar poskad kat Sally...terutamanya +Siti Aisya Ibrahim, Farah, +Siti Yang Menaip ... Kiranya dorang ni jela major contributor kepada poskad yang ada dalam simpanan Sally...hihihi...rasa macam ikut dorang berjalan bila dapat poskad...Yang terbaru ni Sally dapat poskad daripada Brunei dan Korea...



Poskad Brunei datangnya daripada kawan Twitter Sally sebenarnya, Nur Liana atau lebih dikenali sebagai Akak Nona...Sally sebenarnya tak ingat macam mana kenal dia...hihihi...Yang Sally tau dia mintak nombor phone Sally untuk bagi lagu...how cool is that? hihihi...

As for CT, rasanya rata-rata korang kenal dia kan...Sally baru je 2 kali jumpa dia tapi dah macam kawan lama dah...hihihi...Last year dia hantar poskad dari Melbourne, this year dapat dari Korea...gagah betul hantar poskad dari tempat yang dia pergi...macam best, maybe I should try that once...

So, lepas ni kalau korang pergi mana-mana, sila belikan Sally poskad...Thank you in advance...Muah ciked!

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sumber inspirasi dah sampai dahhhhh...

9:04:00 AM Sally Samsaiman 15 Comments


Sejak beberapa tahun lepas, Sally mmg akan guna kalender yang ada gambar CNBLUE untuk letak kat atas meja kat office ni...Setiap tahun Sally akan beli sendiri ataupun kirim dekat sesiapa...Tahun lepas takde yang dapat tolong beli, kebetulan masa kat +Anil Wanina pergi pun, kalender CNBLUE masih belum dicetak lagi...jadinya ingatkan tahun 2016 ni takde la harapan nak guna kelendar sumber inspirasi ni..kekekeke...



tapi...hehehehe...kebetulan masa +Siti Yang Menaip pergi sana, Sally pun cuba la risik-risik kalau boleh kirim kalendar ni...and YES! DAPAT!

Walaupun terlambat sebulan guna kalendar ni...tak kisah laaa...janji ada lagi 11 bulan untuk dihabiskan dengan memandang dorang...hahahaha...LOL sangat rasa bila terfikir nak kena ada dorang atas meja selalu..hihihi...dah nama pun sumber inspirasi kan...kekeke...

Korang ada kalendar yang spesifik atau main pakai je mana-mana yang ada..?

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Makan di Alanna's Kitchen, Pandan Indah

4:46:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Selalu kita cerita pasal restoran yang fancy je kan...harini Sally nak ajak korang makan kat area neighborhood kita kat Ampang ni...Alanna's Kitchen ni mungkin tidak terlalu popular tapi kalau korang peminat makanan Arab, ataupun nak cari kelainan dalam masakan Asia, menu barat & masakan tempatan..korang boleh cuba Alanna's Kitchen....

Alanna's Kitchen ni terletak dikawasan yang agak terpencil kat Pandan Indah...Kalau korang tau The Store sekarang nama dia Mid Point Shopping Centre, mmg dah dekat sangat...atau kalau susah sangat, guna Google Maps @ WAZE, cari Alanna's Kitchen..


Bagi Sally, menu kat Alanna's Kitchen sangat berbaloi dengan duit kita..Kita boleh dapat satu set makanan dengan air pada harga serendah RM9.90...Mana nak dapat harga yang macam ni sekarang kan...Bukanlah sebab Sally review kedai ni Sally nak puji, tapi mmg masakan dia semuanya kena dengan selera Sally...


Spaghetti Carbonara - RM10.90
Kalau korang jenis yang suka makan western food, boleh cuba spaghetti ni...Selalu kalau kita makan Carbonara, kita cepat muak kan..? Tapi yang ni Sally yakin korang takkan muak...cheese dia tak terlalu pekat dan mmg sesuai makan bila-bila pun...


Grilled Chicken Chop (Black Pepper/Mushroom sauce) - RM9.90
Basic Chicken Chop, sos dia sedap...tak terlalu pedas...mmg sesuai untuk kanak-kanak makan pun...Sally prefer kalau ada coleslaw sikit...mesti best kan?


Treasure of the Sea - RM12.90
Ni spaghetti...dengan kuah sup seafood...Rasa dia takde la flat atau pelik...mmg sesuai untuk yang suka seafood...sbb korang mmg boleh "treasure" semuanya dalam satu hidangan...udang, sotong, lala, kepah...semua! Yang penting jangan makan tanpa sup dia...sedap tu yang paling addictive sekali..hihihi


Crispy Chicken Burger - RM9.90
Kalau korang cari menu yang simple, boleh cuba Crispy Chicken Burger ni...Nampak macam burger ikan kan..? Hahahaha...sebenarnya Sally pun awalnya fikir yang ianya burger ikan, tapi ni sebenarnya burger ayam...patty dia, sos dia dibuat sendiri oleh owner Alanna's Kitchen...sos dia mmg best, you won't bother to asked for extra chilli sauce..ada special sikit dekat fries dia, sebab chef ada tabur serbuk bawang putih...mmg ketagih makan fries dia..hihihi...mgkn sebab Sally mmg suka bawang putih...


Fried Chicken Chop (Black Pepper/Mushroom sauce) - RM13.90Kalau tak nak makan yang grill, boleh pilih yang goreng...tapi Sally prefer yang grill lagi...Sebab Sally tak suka makan chicken chop yang goreng lepas kena tuang sos..hihi...It was my personal opinion on how I loved to have my chicken chop! :)

Okay, done with Western punya menu, now kita pi Arabic pulak....


Arabic Yemeni Mandy (set dengan air) - RM11.90
Dalam banyak-banyak menu, ini antara yang paling Sally suka...ayam dia, nasi dia, even sambal hijau dia yg bawak kelainan...hihihi...Dalam ni korang tak nampak kan sambal dia...sebab kena tutup dengan nasi...salah angle pulak ambik gambar...maafkan saya!


Arabic BBQ Chicken (set dengan air- RM12.90
Nasi dia sama je macam Arabic Yemeni Mandy tu, tapi bezanya pada ayam dia...Arabic BBQ Chicken ni lebih kering dan rasa macam makan ayam tandoori...hehehe...dua-dua sedap tapi Arabic Yemeni masih menjadi favorite Sally...


Arabic Chicken Haneeth (set dengan nasi putih & air) - RM9.90
Kalau korang nak cari menu arab tapi nak berkuah, boleh cuba yang ni...sup dia ada sedikit berbeza dengan supa ayam biasa...ayam dia pun well marinate dan memang rasa beza...boleh cuba yang ni kalau nak kelainan!


Arabic Chicken Mandy - RM9.90
So far, Sally rasa Alanna's Kitchen satu-satunya yang jual Chicken Mandy dengan harga yang murah...well, mungkin la portion dia tak nampak macam banyak kan...tapi kalau tgk ayam dia pun korang dah boleh tau berapa kenyang korang lepas makan...

p/s : Sambal hijau tu mintak lebih tau! hihihi


Alanna's Special Grilled Chicken (set dengan air) - RM12.90
Yang ni...Sally tak jumpa apa istimewa dia...cuma yang Sally boleh kongsikan...ayam dia mmg well marinate, dipanggang...ada sedikit garing dan hangus sia...mmg perfect...sos tu buat kita kita makan tanpa rasa muak...Orang putih panggil ape, "one of a kind"..hahahaha


Selain menu Arabic dan Western, Alanna's Kitchen juga ada menu tempatan kita...dua menu yang paling popular mestilah tomyam dan Nasi Lemak...


Seafood Tomyam (set dengan nasi putih & air) - RM9.90
TomYam dia mmg served panas...even masa datang pun still ada api kat bawah tuu...tomyam dis cukup rasa...kalau org Malaysia tak makan tomyam mmg rugi laaa hidup..hahahahaha


Nasi Lemak Special (set dengan air) - RM8.90
Personally, Sally tak berapa suka dengan sambal dia..hihihi...sambal yang best kat lidah Sally ni bila ada rasa manis, ada rasa pedas dia...tapi sambal ni rasa plain je...overall bila makan dengan nasi lemak, masih terasa citarasa Malaysia kita...Ayam tu jugak yang best, walaupun cuma ayam goreng biasa...tapi dia punya rangup tu yang buat tak cukup...

Kalau korang tak nak makan menu yang agak berat...ada je kek untuk korang mengopi ke mengeteh ke...setiap pembelian kek dapat percuma black coffee, earl grey tea atau soft drink...all day tau!



Hampir setiap hari kek ni akan berubah ikut mood chef dia nak buat kek ape...semuanya mmg homemade kat dapur dorang...Kalau korang nak tau, korang boleh check kat Facebook page dorang...kalau kebetulan masa korang pergi ada Matcha/Greentea Cheesecake, Sally suggest yang tuu...tu sedap...

RM8.90
Blueberry Cheesecake, Oreo Cheesecake, Green Tea Cheesecake, Dark Forest Cheesecake

RM9.90
Dark Forest Mousse, Hazelnut Mousse

Basically kedai ni tak mementingkan untung je, bagi dorang makanan yang kita makan tu yang yang paling penting...Kalau nak cuba tempat makan baru, boleh cuba kat Alanna's Kitchen..Sally pun rasa lepas ni mmg akan selalu lepak sini...err...sebab ada free WiFi jugak..hehehe

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134
Facebook | Instagram

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

160220 | Iera short birthday celebration

12:05:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Kawan dalam hidup Sally ni tak ramai..hahahaha...ada la beberapa orang yg baik hati nak kawan dengan Sally..hihihi...Sebenarnya mmg dah janji nak keluar masa birthday dia, tapi last minute dia ada CSR program pulak kat Banting dan Sally pulak ada event pukul 2pm...Jadinya batal la plan...

Kebetulan Iera mmg duduk kat Pantai Dalam, dan Sally pulak mmg ada event kat Bangsar...jadinya lepas habis event, contact Iera dan dia pun kebetulan dah balik dari program dia...sempat la culik dia sekejap...sebabnya malam dah ada plan dengan keluarga pulak katanyaa....



Terus bawak dia ke Bangsar South, kebetulan Sally mmg ada dengan Syifa'...dapat la together bertiga...kami mmg mula berkawan masa zaman kolej lagi...yang ini jela pun yang ingat kat Sally lagi..hahahaha...Sebabkan tak sempat nak buat ape, takde rancang pape pun...bawak jela dia kat Secret Recipe...belanja makan jela yang mampu...

Walaupun duduk dalam area KL je, tapi payahnya nak jumpa tau...Kecuali Syifa' la...sebab kalau dapat invitation kemana-mana event, Sally mmg selalu ajak dia...huhuhu...yang Iera mmg nak kena tunggu weekend baru la boleh plan...



To dearest Iera,
Happy 26th birthday!! The warmest wishes to a special person in my life, who probably knows me more than myself... Thank you for being with me through thick and thin, you know you can always count on me..May Allah bless you and your family, always and forever...Love you!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Drama terbaru Lee Jung Shin, 'Cinderella and Four Knights'

12:10:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Selalu kalau dalam blog Sally, mmg cerita pasal Yonghwa je kan...tapi kali ni kita cerita pasal Lee Jung Shin pulak...kalau nak diikutkan, dalam semua ahli CNBLUE, Sally tetap rasa Lee Jung Shin berlakon lebih baik daripada ahli yang lain...hahahaha...Sorry Yonghwa!



Lepas drama dia yang terakhir, The Temptation...kali ni Lee Jung Shin akan berlakon sebagai Kang Seo Woo, generasi ketiga keluarga kaya dan jugak sebagai penulis lirik & penyanyi...Kalau korang yang kenal CNBLUE, rasanya mesti tau yang Lee Jung Shin sebenarnya pemain gitar bass utk kumpulan tuu, bukannya penyanyi...pasal tu Sally excited nak tunggu dia jadi penyanyi dalam cerita ni...



Sasaran drama ni kepada mereka yang berumur dalam 20-an, yang mana drama ni mengetengahkan elemen kekeluargaan, setia kawan dan macam-macam lagi...Drama ni diadaptasi daripada sebuah novel yang diterbitkan pada tahun 2011, yang menggunakan tajuk yang sama...

Selain daripada JungShin; Park So Dam, Ahn Jae Hyun, Jung Il Woo, Choi Min, dan Na-Eun daripada kumpulan APink akan turut sama menjayakan drama 16 episod ni...Tak sabar nak tunggu episod pertama, hopefully soon!

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Chiba Prefecture memperkenalkan Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun!

10:10:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Japanese Sweet Potato, selalu sangat kita nampak benda ni dijual kan...kalau tgk drama ke, masa musim sejuk nampak selera je tengok keledek bakar ni makan panas-panas...tapi harini Sally nak share dengan korang pasal Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun! Chiba Sweet Potato ni mmg sangat lembut dan manis...Sally pulak kalau dapat keledek ni bakar pulak...perghhh...mmg tak pandang benda lain dahh...


Sebenarnya Chiba ni merupakan salah satu kawasan di Jepun..yang memang kaya dengan sumber semulajadi..Chiba ni terletak bersebelahan dengan Tokyo yang mana menempatkan Lapangan Terbang Narita & Tokyo Disneyland. Sally berkesempatan nak ke majlis "Enjoy Chiba Sweet Potato", yang mana merupakan satu majlis untuk memperkenalkan keledek ni kepada pengguna di Malaysia...dan yang paling best, bermula bulan Februari ni korang dah boleh dapatkan keledek ni disekitar pasaraya di Malaysia..!

Majlis ni dianjurkan oleh Chiba Prefecture, yang mana merupakan kawasan pengeluaran utama keledek manis ni. Chiba Sweet Potato datang daripada baka "Beniharuka", yang mana merupakan baka keledek manis yang amat popular di Jepun kerana ia sangat manis dan lembap.



Hihihii...Ni maskot untuk Chiba Sweet Potato, Chiba-kun...ianya bukan seekor anjing atau sebarang jenis haiwan yang lain tapi ianya sebenarnya mewakili peta kawasan Chiba tu sendiri...Comel je kan dia...letak Sally sebelah dia dah macam kembar pulak sama warna...hahahaha...


Kalau korang pun jenis suka makan keledek macam Sally, Sally mmg nak ajak korang cuba Chiba Sweet Potato ni sebabnya dia mmg sangat manis, lemak..dan kalau korang nak cuba, korang boleh sama-sama datang ke pasaraya Village Grocers, di Bangsar Village..sebabnya akan ada Chiba Sweet Potato yang dibakar untuk korang rasa dan juga bakal dijual kepada pengunjung, jadi tak payah susah-susah nak balik masak sendiri...Boleh terus makan dan perasan ada kat musim sejuk macam dalam drama..walaupun Malaysia ni panas...hihihi

Selain daripada itu, korang boleh dapatkan pamphlet yang ada beberapa jenis resepi yang boleh kita variasikan dengan keledek ni dan pelbagai barangan yang memaparkan "Chiba-kun", watak maskot Chiba Prefecture, akan turut sama dijual tau...atau kalau nak cuba dried Chiba Sweet Potato pun ada...



Kalau korang berkesempatan, jangan lupa datang pada harini, 21 Februari 2016 ke pasaraya Village Grocers, di Bangsar Village untuk dapatkan Chiba Sweet Potato, keledek manis original dari Jepun! Ada banyak promosi yang menarik, dan buat masa ni hanya dijual disini...Kalau ada tempat lain nanti Sally update, okay?

#ChibaSweetPotato
Video : http://www.yummyjapan.net/video/1980

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bila kenangan 2009 terjah ke WhatsApp.

12:37:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Terkejut Sally bila dapat gambar ni kat WhatsApp beberapa hari lepas...Gambar lama, gambar kenangan masa kami satu kelas sama-sama keluar untuk berbuka puasa...huihhh...tahun 2009 lagi gambar ni...Ya Allah, rindu sangat kat dorang...yang lelaki kat depan Sally tu takde la rindu mana, sebab dah dekat 4 tahun dah sambung degree sekali dengan dia..hahahaha...yang tu Qim...Sally pernah jugak cerita pasal dia dalam entri KPM Beranang Part 2, atau kalau korang search je Qim kat blog Sally...akan bersepah la pasal dia..hahahaha...

Yang baju biru tu Muhaimin, kawan baik Sally jugak...InsyaAllah akan menjadi suami pada pertengahan bulan Mac nanti...rasa macam nak ke Johor pulak ikut rombongan sambil jalan-jalan cuci mata...okay tak eh..? Kenduri belah dia pulak dijangka pada 19hb Mac di Ipoh...berjalan sakan la Sally bulan depan....

Sebelah Qim tu Yanie...dia la yang hantar gambar ni kat WhatsApp Sally...hihihi...bayangkan...kali terakhir Sally jumpa dia masa lepas konvo tahun 2011...lamanya rasa tak jumpa dengan Yani...hmmm...RINDU!!

Yang ada kat sebelah Sally tu, Zuraihah dan Farina...Farina yang pakai kacamata dan Zuraihah yang ada kat sebelah Sally...dorang ni pun lama dah Sally tak jumpa...rasanya sama macam Yanie jugak laa...Allahu, rindunya dengan kenangan zaman Diploma dulu...hmmm...harap-harap boleh buat gathering satu hari nanti...

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

BOICE date with Ann

4:33:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Kisahnya minggu lepas...lepas meroyan bagai sebab tak dapat jumpa CNBLUE, Sally contact dengan kawan Boice Sally, Ann...saje ajak jumpa sebab dah lama sebenarnya tak jumpa dia...Last jumpa pun lepas konsert tahun lepas, ke masa gi makan Kyochon dengan dia tah...hahahaa...kiranya lama sangat la sampai tak ingat...

Ann ni orang Sarawak, tapi tinggal dan kerja kat KL...suka kawan dengan dia sebab dia jenis yang positif je manjang...dan selalu share dengan dia pasal drama Korea...dan yang penting sekali mestilah CNBLUE kan...itu memang tak tinggal la...kebetulan Ann cuti, dan kami sama-sama mereput tak dapat jumpa CNBLUE kat Singapore, jadinya...lepak jela berdua kat sini...



Tak nak kalah kan...punya la nak menunjukkan sedih tuu...makanan Korea jugak yang dicarinyaa...hahahaha..takde laa..kebetulan je sebab tak tau nak makan ape kat Avenue K tuu...Ann pulak lapar katanya...nak makan nasi...jadinya..pergi jela makan kat sini...Suka gochujang yang ada dalam Bibimbap tuu...


Well, ni laa Ann...Walaupun berpangkat kakak...Sally dah biasa panggil dia Ann..hihihi...tiba-tiba terasa Sally macam dah tuaa..kekeke...

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Boleh gila dengan UiTM Shah Alam ni...

10:56:00 AM Sally Samsaiman 25 Comments



Macam ni la keadaan Sally sekarang!

Sumpah rasa nak gila dengan UiTM Shah Alam ni...Kalau korang yang familiar dengan mode pembelajaran e-PJJ, mesti tau yang biasanya kelas dijalankan kat INTEC Seksyen 17...tapi bermula tahun 2016 ni...kelas dah ditukar ke UiTM Puncak Alam...

Haihhh...nak ke UiTM Shah Alam tu pun Sally dah rasa jauh sangat...ni kan pulak nak ke Puncak Alam...dah la Sally ni takde transport...Selalu mmg naik tren je ke kelas...turun kat KTM Padang Jawa tu dah dekat sangat dengan kelas kat INTEC Seksyen 17...

Ya Allah...dugaan betul nak dapatkan sekeping ijazah ni...dah la berbaki 2 semester lagi...macam mana nak g kelas...macam mana nak gi final exam...macam mana nak jumpa lecturer untuk Industrial Training Project Paper lagi...dah la banyak kali kena jumpa lecturer nanti...entah jadi ape la...2016 yang penuh dugaan sungguh....harap-harap Allah permudahkan segalanya untuk Sally menimba ilmu....

Kalau korang ada suggestion macam mana Sally nak ke Puncak Alam, boleh la komen eh...harap sangat dapat beberapa solution...buntu dah rasa...

25 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bila Sally dengan senang hati habiskan duit bos.

4:51:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Nampak...tajuk dia dah macam kaki kikis dah haa Sally oii...hahaha...takde laaa...Sally macam kesian kat bos, duit dia banyak sangat...tapi tak tau nak belanja kat mana kan...Jadinya Sally hanya membantu untuk habiskan duit dia dengan pergi makan! Weee~

Panjang sungguh mukadimah...hihi..takde laa...selalunya mmg setiap hujung tahun bos akan belanja makan...cumanya tahun lepas tak sempat, jadinya kita claim la tahun ni...Orang kata biar lambat asalkan dapat..hahaha...Terima kasih incik bos!

Plan haritu bos yang pilih, katanya lama dah tak makan kat Cozy Corner/Cozy House yang terletak di Ampang Park...kalau orang yang dah lama kat KL ni sure akan tau pasal Cozy Corner/Cozy House ni...Sally tau kedai ni pun sebab dulu arwah papa suka makan kat sini...dulunya Cozy Corner/Cozy House ni mmg "cozy" tapi lama-lama dah jadi tak sebab dah ramai sangat orang...bising sikit laa...tapi masakan dia masih lagi terbaik....


Menu yang paling best kat sini...Butter Prawn, Tomyam, Butter Chicken, Sizzling Tofu...itu mmg antara menu wajib kalau korang nak makan kat sini...Nampak tak terkena pulak Sally kali ni...duduk sebelah bos...nak makan pun fikir 2-3 kali...hahahaha...tapi takde maknanya nak segan...Lapar wehhh...!

Senang kata bos Sally pasal makan, mmg tak berkira...tapi tu laa...masa dorang yang payah nak booked...sekejap ada meeting sana sini...Yela...nama pun bos kan...tapi overall, masih bos yang terbaik pernah Sally kerja...

hihihi...Thank you bos!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Reality of fear]

12:10:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



The reality of fear.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

What life had thought me.

10:34:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


No matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth but the good part is you get to decide how you're going to mess it up because this is what you make it.

Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world.



As for lovers, well, they'll come and go too..and guys, I hate to say it, most of them or actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up because if you give up, you'll never find your soul mate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will..?

So, keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life is a beautiful thing and there's so much to smile about.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Punca berat badan naik tanpa kita sedari.

3:21:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Selalunya kita terfikir, macam mana berat kita boleh naik sedangkan kita sedang berdiet ataupun tidak makan terlalu banyak, terfikir tak kita yang sebenarnya ada banyak punca berat badan kita naik tanpa kita sedari...dan yang paling ketara sekali dalam 4 situasi seperti dibawah ni...



DALAM KENDERAAN

Hah! ni salah satu tempat...hehehe...lagi-lagi masa nak balik kampung atau kita tengah traveling...alasan dia takut lapar la, boring la...macam-macam...lagi-lagi kalau time tu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan stok makanan di dalam kereta. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus malah kenderaan kita juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan.

DEPAN TV

Rasanya hampir semua lakukan ni! Ramai yang berpendapat akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton tv tanpa mengunyah sesuatu. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan kita mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan cuba mengambil makanan sihat. Daripada makan cikedis ke keropok ke, baik tukar jadi buah-buahan...atleast ada jugak masuk vitamin C...ye dok..?

KETIKA MEMBUAT KERJA/STUDY

Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa untuk mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat selalu jadi pilihan. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali tak pun makan kismis...hehehe...boleh jadi pandai nanti!

ATAS SOFA

Ni sama la sepesen dengan makan depan TV..Sape yang tak suka melepak di atas sofa sambil melakukan aktiviti seperti menonton tv, layan internet atau membaca? Kebiasaan ni tak bagus sebab sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

Kesimpulannya, jangan makan sambil buat sesuatu...sebab kita rasa macam sikit je kita makan sebab kita ambil dalam keadaan tak sedar...bukan la makan sambil pengsan...hehehe...tak caya cuba masa tengok wayang, beli popcorn...cer tengok last nanti habis ke tak makan popcorn tu..hehehe..Pesanan penaja ini dibawa khas oleh penulis yang mmg suka buat benda yang dinyatakan diatas..hahaha

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

13 sebab kenapa elok amalkan makan timun

8:54:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Amboiii Sally...sejak-sejak nak amalkan cara hidup sihat 2016 ni...Asyik cerita pasal makanan yang sihat je kononnya...Bercakap tentang timun, kalau orang Kelantan mesti dah fikir buah tembikai...tapi jangan salah ya, sebabnya Sally bercakap tentang timun hijau tu..Tahukah korang yang makan timun sebenarnya ada banyak kebaikkannya..Di bawah ni Sally senaraikan 13 sebab kenapa amalan memakan timun itu baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Timun menghidrat tubuh anda

Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas

Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.


Timun sebagai sumber vitamin harian

Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan

Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.


Menyegarkan mata

Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser

Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah

Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku

Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut

Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout

Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.


Melegakan migrain dan mabuk


Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik

Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

How to prevent bleeding gums.

12:31:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Last time, I've got this one problem, which is bleeding gums every time I brush my teeth...so, I decided to search from Mr. Google on how to reduce or prevent and if possible to stop bleeding gums and I found this article, I thought it will be useful if I shared it.

Bleeding gums are not uncommon, and while they can be caused by something simple like brushing too hard, they could also be caused by serious conditions such as gingivitis. A visit to your dentist is highly recommended, however you can take some steps to alleviate this problem while waiting for an appointment.
  • Brush gently using a soft-bristle toothbrush.
  • Gargle. The following options are available:
- Lukewarm salt water mixture. Use a cup of water and a ½ tsp of salt.
- Lukewarm triphala mixture. Use a cup of water and a tsp of triphala.
- Hydrogen Peroxide mixture. Use equal parts Hydrogen Peroxide and water. Be sure not to swallow the mixture.
  • Use a toothpaste containing blood-root. It contains alkaloids that help to fight oral bacteria.
  • Use a mouthwash containing sage oil, peppermint oil, chamomile. Avoid alcohol-based mouthwash.
  • Take vitamin C supplements. Scurvy, which is caused by lack of vitamin C, can result in bleeding gums. 
  • Rub gums with clove oil, or chew a whole clove. 
  • Rub aloevera paste on your gums. Rinse well after .

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Geram tapi masih berterima kasih - #CTSG

10:10:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Kisah ni berkesinambungan daripada entri meroyan Sally yang ada Part 1 & Part 2 tuu...Honestly, Sally tau ada quite a few jugak kawan-kawan Boice yang pergi ke konsert di Singapore, tapi saje jela buat-buat tak faham kan..hahahaha...

Sally ada jugak kawan yang memang menetap di Singapore, and I can assume that she's went to the concert as well...dengki tu memang la dengki, tapi bak kata kawan Sally...rezeki semua tu lain-lain...anggap jela kali ni bukan rezeki nak jumpa dorang...huihhh...insaf terus bila dapat mesej macam tuuu....



I received this picture after the concert ends...Jujur kata, geram tu geram la jugak sebab dorang boleh gagah WhatsApp kat Sally beberapa keping gambar plus the video that been taken on the concert itself...

Tapi dalam masa yang sama, Sally tetap berterima kasih sebabnya dorang ingat kat Sally dan kesian agaknya Sally dok mereput kat KL ni...tu tak masuk lagi kes meroyan dia kat blog dengan Facebook...hahahaha..I know that they were concern and pity me..

Sally rindu kat CNBLUE..I am...seriously...but I am okay already...hahahaha...bohong la kalau nak kata dah tak meroyan kan..tapi I'm okay...betul ni tak tipu..hihihi... Million of thanks to those who updating me about the concert and everything...Love you all! :)


As for ibu, she really made my day...Sally bangun pagi dengan bantal Jung Yong Hwa dengan bantal CNBLUE kat depan dan atas kepala...Bangun pagi tu agak terkejut jugak laa...dalam mamai tuu dok ingat, "weh...apa ni...Yonghwa.."

Nasib baik la tak menjerit ke ape...Konon bangun tidur ada Yonghwa depan mata...hahahaha...Sally tau dia kesian kat Sally sebab tak dapat pergi konsert...She indeed know that I really wanted to see them live, but...hmmm...

Thank you ibu..for your effort..

So, that's all my update about 2016 CNBLUE Live [Come Together] in Singapore..my so called update...yeahh..

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!