Muka ada jerawat? Guna Refinity Acne Hydrogel..!

11:20:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Bercerita pasal jerawat ni...mmg rata-rata kita mmg akan kena...baik lelaki, mahupun perempuan kan...perempuan pulak kalau nak dekat datang bulan tuuu...terus laaa penuh haaa muka...huhuhu...Sally ni pulak mmg selalu ada masalah yang sama...

Kadang-kadang ada masa, bila kita ada dinner ke ada hal ke ada date ke, tiba-tiba pulak papp! Sebutir jerawat ada...kadang kat dahi kadang kat pipi kadang tuu lagi best bila kena kat batang hidung sendiri...hahahaha...okay okay...Melalut dahhh!


Last week, Sally mmg ada masalah ni...elok dah nak attend satu event tuuu...tiba-tiba je kena kat tepi dagu! Mmg stress...Nasib baik jugak la jumpa Refinity Acne Hydrogel, produk anti-jerawat yang dirumus khas dari bahan semulajadi oleh Ahli Farmasi Malaysia, yang mana mampu mengatasi masalah jerawat dengan pantas...paling awal kesan dia dalam masa 24 jam! Gila pantas kann??


Kalau korang tgk dalam gambar ni...mmg cepat dia kecut walaupun tidak sepenuhnya...Biasa laa...kena ikut jugak jenis kulit kita...kadang ada yang serasi tuuu sekejap je dah elok...Ynag Sally ni mgkn sebab jerawat baru dan ada dalam...tuu yang macam lambat sikit...hihihi...

Bahan-bahan yang terkandung dalam Refinity Acne Hydrogel ni antaranya ialah...
  • Aqua
  • Salix Alba Extract - Salix Alba Extract bertindak 3 kali lebih berkesan dengan menghapuskan Staphylococcus aureus dan Propionibacterium, iaitu dua bakteria yang menjadi punca pembentukan jerawat. Ia juga akan mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.
  • Glycerine
  • Phenoxythanol
  • Triethanolamine
  • Propylene Glycol
  • Acrylates / Beheneth-25 Methacrylate Copolymer
Antara sebab kenapa korang kena pilih Refinity Acne Hydrogel ni :
  • Pantas Bertindak
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.
  • Senang & Mudah
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
  • Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
  • Pengiktirafan
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.
  • 98% Pengguna Berpuas Hati
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Secara keseluruhan, Sally mmg yakin dengan keberkesanan Refinity Acne Hydrogel dalam membantu mengurangkan, mengecilkan dan menghilangkan jerawat...dan yang paling best sekarang ni ada promosi daripada RM90 sekarang hanya RM70 untuk satu botol...yang lagi best kalau beli dua dapat harga RM130! Syok ke tak tuuuu???!

Lepas ni korang-korang yang ada tabiat nak kopek, nak picit jerawat tuuu...lupakan!

Guna Refinity Acne Hydrogel laaa baru okay..hihihi...Info lanjut, boleh rujuk kat laman web www.refinity.com.my

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bikers Kental : Daripada filem ke pentas teater.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Teater Bikers Kental | Selepas kejayaan filem Bikers Kental pada pada tahun 2013, kini pengarah Nazrul Asraff Mahzan ingin mencuba nasib dengan membawa naskhah Bikers Kental ke panggung Istana Budaya...Jujur kata, Sally hanya nak tengok lawak Zizan Razak dan juga gandingan beliau dengan Awie dalam dunia nyata...Ternyata mmg tidak menghampakan..

Plot teater ni masih tidak lari jauh daripada penceritaan tentang dunia Mat Moto dan mereka yang menunggang motosikal berkuasa tinggi namun untuk teater ni, pengarah lebih menekankan penceritaan mengenai nilai dan hubungan persaudaraan antara penunggang motosikal...



Selain daripada mengekalkan dua teraju utama daripada filem, teater ni turut sama membawa mengambil pelakon Nadia Brian yang sedang meningkat naik, seorang pelakon wanita Thailand supaya jalan cerita lebih serasi seperti didalam filem. Teater ini turut sama dijayakan oleh Ameerul Affendi dan Kamarul Yusuf.

Sebenarnya, kalau daripada pandangan mata Sally, Sally rasa teater ni tidak boleh buatkan kita rasa teruja seperti mana dalam filem...kelebihan pada teater ni Sally lihat pada lawak daripada gandingan Awie dan juga Zizan serta beberapa aksi lasak, berlawan yang dibawa oleh Nadia Brian...selain daripada tuu tiada yang memberikan aura "teater" tuu...

Itu pada pandangan mata Sally laa...Sally tidak terlalu terbuka kepada teater jadi mungkin pandangan peribadi Sally ni ada silapnya pada mana-mana bahagian..hihihi...tapi, overall masih lagi memuaskan daripada segi lakonan semua pelakon...



Teater Bikers Kental terbitan MS Intergrated Sdn Bhd ini akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 23hb hingga 31hb Januari.

Tiket Bikers Kental boleh didapati di kaunter Istana Budaya atau boleh juga didapati menerusi pembelian di www.AirAsiaRedTix.com dengan harga tiket bermula pada harga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185 dan RM305.

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Apakah diet yang ideal untuk kucing?

3:26:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Sape kat sini bela kucing kat rumah..???

Seperti yang korang semua tahu, Sally ada 8 ekor kucing daripada 11 ekor sebelum ni...yang lagi 3 ekor dah ada yang mintak...so, dengan berat hati pun bagi jugak laaa kat orang yang mintak...Bila dah ada banyak kucing ni...kena la jenguk sama diet mereka kan selain daripada penjagaan bulu dan kesihatan mereka...

 Korang yang bela kucing, macam mana korang bagi makan kat kucing korang? Tahukah korang makanan bercampur tu sangat disarankan, sebaiknya sekali sehari...?

Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat...


Pemilik kucing hari ini sangat beruntung sebab ada pelbagai jenis makanan kucing komersial yang menawarkan hampir semua nutrien diperlukan haiwan itu untuk diet yang seimbang, dengan pilihan sama ada makanan kering atau basah. Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka.

Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing [1]. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.

Jujur kata, Sally antara 71% pemilik kucing di Malaysia ni yang bagi makanan kering sahaja dirumah...Yela...bila dah ada 8 ekor kat rumah ni..Semuanya pulak sedang membesar...sebulan Sally memerlukan 24kg makanan kering untuk mereka, jadinya budget untuk makanan basah tu mmg tak ada laa..hihihi...Sebenarnya, makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat..sebab tu la diet dengan campuran kedua-dua jenis makanan ni perlu..


Tapi...bila Sally bagi mereka cuba diet yang disarankan oleh pihak Whiskas, mmg ada nampak perubahan pada selera mereka...Pada hari pertama, Sally campurkan makanan basah sekali dengan makanan kering...licin!

Ada sekali Sally campurkan dengan nasi, tapi nasi sebenarnya tidak sesuai untuk kucing...dan mereka pun nampak kurang selera bila ada nasi...Jadinya Sally hanya teruskan bagi makanan kering yang dicampur dengan makanan basah...Alhamdulillah...takde yang muntah balik macam masa Sally bagi campuran nasi...


Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badan mereka kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat umur dia. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing korang.

Sambil mengambil kira umur kucing korang, adalah perlu untuk memberikannya nutrien yang betul, keadaan fizikal kucing anda juga sama pentingnya. Kucing yang obes tidak kelihatan menarik atau sihat. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan korang mengawal berat badan kucing korang tuu..

Diet yang ideal untuk kucing biasanya diet sihat dan seimbang yang memenuhi keperluan kucing kita. Pemakanan bercampur adalah penyelesaian yang terbaik jika korang mahu memberikan diet bernutrisi lengkap 100% buat kucing kesayangan korang. Cara ini memberikan kepuasan kepada korang kerana mempunyai kucing yang sihat, dan kucing itu sendiri akan menyukai campuran makanan basah dan kering.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Ke Melbourne Ke Sally]

10:10:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments



Ayuhhh ke Melbourne! Thank you Airasia, Tourism Melbourne! :)

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Taiwan Drama | Bromance

4:25:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Enough with K-drama awhile!

Hehehe...sekarang ni Sally tgh tengok drama Taiwan yang terbaru, tajuk dia "Bromance"..Cerita dia sangat biasa laa...tapi Sally suka tengok lakonan Megan Lai. Dia punya lakonan mmg sangat best laa...dari dulu lagi Sally suka tgk dia berlakon, lagipun dah lama tak tengok Baron Chen berlakon drama...wahhh! Rindu dorang berlakon!!


Description:
Could anyone be more excited to reach her 26th birthday? Pi Ya Nuo (Megan Lai) had an inauspicious start to her life. When she was born 25 years ago, her family and a fortuneteller eagerly awaited her arrival in the delivery room so that they could bless the beginning of the Pi family’s heir. Upon hearing her first cry, the fortuneteller predicted on the spot that the baby boy would be a great success and a natural-born leader.

But when the nurses announce that the baby is a girl, the stunned fortuneteller immediately announces that the girl would not survive her childhood unless she lives as a boy for the first 25 years of her life. Only then can Ya Nuo change her bad fate and bring prosperity to her family.

On her 26th birthday, Ya Nuo can go back to her true gender without any repercussions. Doomed to live her life as a boy, Ya Nuo is shy and always tries to keep her distance to people to hide her true identity, and the mysterious aloofness makes her irresistible to the girls around her. One day, she accidentally helps out Du Zi Feng (Baron Chen), who happens to be a triad leader, and his sister, Du Zi Han (Mandy Tao). While Zi Han falls in love with Ya Nuo, Zi Feng becomes Ya Nuo’s “sworn brother” and best friend. With her 26th birthday fast approaching, will Ya Nuo find her much-anticipated return to being a female will be as easy as she had hoped?

Description by Sally:
Cerita ni berkisar tentang Pi Ya Nuo (pronounce as : Pi Ha No) yang kena hidup sebagai lelaki selama 25 tahun...Kisahnya masa dia lahir tuu, ada bomoh yang kata dia tu anak lelaki, tapi bila jururawat bagi tau yang dia perempuan, tuu yang ibubapa dia suruh hidup sebagai lelaki supaya takde nasib malang yang akan kena pada dia...Haaaa...banyak konflik jadi bila ada yang jatuh hati pada dia, termasuk la "sworn brothers" dia...haaa...cerita ni mmg macam biasa je...tapi entah kenapa...cerita Taiwan ni lain sikit pada Sally...Tapi dia boleh pilih nak kekal menjadi lelaki atau tidak menginjak ke harijadi dia yang ke 26 tahun...haaa...agaknyaa apa pilihan dia?

Country:
Taiwanese

Released:
2015

Genre:
Romance

P/S : Cerita ni tgh on-going...ada lagi 5 episod belum keluar...yang stressnya, satu minggu satu episod je..hahahaha...bertabah la nak tgk sambungan minggu depan!

Watch online : Bromance
Download : Use Dramadownloader.com (Check here)

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Plan To Start Your Health Right in 2016

4:50:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Tahun 2016 ni...ada yang masih kekalkan usaha nak kuruskan badan...tapi Sally tak pernah ada niat nak kuruskan badan...tapi tahun ni Sally cuba nak kekalkan gaya hidup yang sihat...makan secara "bersih"...

Harituu ada la join satu sharing session, "Plan To Start Your Health Right in 2016"...Sharing session ni dijalankan oleh Chantel Liew...

Chantel Liew is an award winning health nutritionist and business builder. She took a leap from the familiar by joining Usana after her first child. After 7 years in the business, she is a Diamond Director, mentoring and coaching many female leaders to succeed. She believes that network marketing makes it possible to have it all, a happy family, joyful marriage and time for the kids. Find out more about her at www.chantelliew.com

Masa sharing tu dapat beberapa tips untuk makan secara sihat...bukan diet je yang boleh sihat tau...Yang penting kita kena pandai kawal apa yang kita makan, kawal kalorinya dan kena jaga masa makan...

Masa makan yang sesuai:

Sarapan : 7am-9am
Makan Tengahari : 12pm-2pm
Makan Malam : 6pm-8pm

Yang paling penting, jangan pernah tinggalkan sarapan pagi!!



Makan malam tuu ditaja oleh kafe Raisin' The Roof...Kafe ni mmg serve semua jenis makanan yang mmg sangat sihat dan bersih...Jangan ingat bila kita diet, kita tak boleh makan makanan yg sedap...contohnya macam Purple Pecan Pie tuu...Sally mmg suka sangat...terutamanya kacang pecan dia tuu...syok sangat makan!

Facebook : Raisin' The Roof


Jujur kata, Sally sebenarnya tak yakin boleh ikut menu yang dorang anjurkan, but guess what..?

It's my fifth day!

Walaupun agak susah pada awalnya...tapi Sally rasa agak selesa dengan cara makan ni...mmg agak sedikit drastik perubahan diet yang biasa..tapi okay jugak laa...takde rasa nak pitam atau nak pengsan ke even tak makan nasi semua tuu...


Sally juga cuba mengamalkan diet dengan bantuan USANA...Usana ni merupakan salah satu meal replacement yang mana membantu kita membersihkan lemak di dalam badan dan membantu mengurangkan berat badan secara sihat...Tak perlu berlapar pun dan yang penting badan tetap rasa bertenaga...

USANA was a public listed company in USA founded by immunologist and microbiologist Myron Wentz. USANA products encompass three product lines: USANA Nutritionals (Essentials, Optimizers, and Digestion/Detox nutritional supplements), USANA Diet & Energy (RESET meal replacement shakes, and Sensรฉ personal care (skin care, skin treatment) that market in 20 countries.
So far, Sally masih boleh tahan dengan diet dan meal replacement menggunakan bantuan USANA...Nanti Sally akan share lagi macam mana kesannya lepas ni ye...Harap-harap ada sedikit perubahan dalam badan ni...

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Rasa kosong tapi tak tahu kenapa

9:23:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



Pernah tak korang berada dalam keadaan tiba-tiba jiwa rasa kosong sangat tapi tak tahu sebab apa...bukan rindu, bukan sedih, bukan jugak penat tapi just nothing, kosong....

Beberapa hari lalu tiba-tiba Sally berada dalam state of empty mind...rasa macam lost tapi tak tahu apa yang hilang...Sampaikan mood nak bercakap, berbual...semua hilang...spoil for all day long~


8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Travelogue Taiwan - Perjalanan mencabar ke bandar Taichung

8:00:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Semalam ada dekat Masjid Kaohsiung.

Pagi tuu kami dah nak berangkat ke Taichung pulak...Memang rancang sehari je di Kaohsiung, sebabnya semua attraction dia sangat jauh dan memerlukan kenderaan untuk kesana...hmmm...rugi sehari masa kat Taiwan ni haaa...so, seawal 8.30 pagi dah siap-siap, breakfast dulu makanan yang ada sebelum nak ke Taichung...

Daripada Kaohsing nak ke Taichung, Kak Nadia suggest kami gunakan tren...sebab ambil masa hampir 2 jam jugak nak sampai kesana...Daripada hotel, terus la ke TRA Station...TRA Station ni ada persamaan dengan train KTM kita untuk perjalanan ke Ipoh, Kelantan dan lain-lain tuu sebabnya kena beli tiket secara advance...


Tapi disebabkan kami ni tak tahu...Jadinya, dengan penuh yakin pergi kat kaunter...beli 4 tiket...sekali check, semuanya kena duduk di gerabak yg berlainan...ada 2 tiket dapat duduk sehingga certain station, ada 1 tiket yang dapat duduk sehingga Taichung dan lagi satu tiket kena berdiri selama 2 jam sampai la ke Taichung...

Terus panik sekejap...dan Sally suggest untuk tanya kepada Information desk mereka...Nasib jugak la ada yang paham English...mereka kata mmg takde cara lain selain daripada duduk je ikut tiket yang dibeli...melainkan kalau kami nak duduk di gerabak 12...

Bila Sally cakap duduk...kami mmg betul-betul duduk..!



Yerr...

Mmg kami kena duduk kat lantai besi tu untuk masa 2 jam...Allahu...dah namanya nak sama-sama susah dan senang kan...tuu yang jadi macam ni...Sebenarnya gerabak 12 merupakan gerabak untuk simpan barangan, basikal, motorsikal dan lain-lain yang besar...Awalnuya ingatkan kami je yang ada...rupa-rupanya ada ramai yang takde tempat duduk yang kena bertafakur kat lantai gerabak 12..hahaha...


Selama 2 jam ni...macam-macam la kami buat...makan biskut, makan coklat...minum air, berdiri sekejap sebab kaki kebas dan ambil gambar...what else there to do kan..? Hahahaha...overall...kami bersyukur sebab selamat sampai ke bandar Taichung dengan selamat...

Website : Taiwan Railways Administration.MOTC


6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Travelogue Taiwan - Kaohsiung Mosque

4:05:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Kisah bersambung daripada Dome of Light...

Dah lewat petang, perut pun sangat laa lapar...terus la nak ke Masjid Kaohsiung terletak di daerah Lingya di Kaohsiung...dekat kawasan sini...tak pelik kalau nampak orang Islam kat sini...Masa Sally sampai kat sini baru nak menganjak pukul 4 petang tapi mmg gelap macam nak senja...

Kenapa kami kesini..?

Sebab disebelah masjid ni ada kedai makanan halal milik warga Indonesia...Jadinya kita cari la makan kat sini...Sayangnya Sally tak dapat masuk ke masjid sebab ada bas yang membawa pelancong kat situ...mmg pack sangat dalam tuu dan semuanya dah menanti nak solat Maghreb..



Kalau korang nak tau...Masjid Kaohsiung ni merupakan masjid kedua yang dibina di Taiwan...Binaan dia agak moden jugak walaupun dibina pada tahun 1992...Wahhh...Sally baru umur 2 tahun di dah siap dibina...SubhanAllah!


Sempat ambik gambar kat depan je..hmmm...rugi pulak rasanyaa...Disebabkan kesedihan tuu..ingat nak pergi la mengisi perut...tapi lagi sekali rasa terkilan sebab orang yang datang berjemaah dengan bas tuu dah sewa restoran tuu untuk makan malam...jadinya mmg tak la kami nak dapat duduk kan...

Akhirnya ikhtiar jugak la mintak bungkus, nasib jugak laa dilayan...ambik je menu yang sama supaya cepat siap...Pilih je nasi goreng...ohhh please laa...kekekeke...




Duduk la kami kat tepi jalan sebab dah kelaparan..hihihi..makan dalam gelap bertemankan lampu jalan...sedikit sadis kan disituu...? Takpe...dapat jugak makan...dan untuk pengetahun korang...Ini nasi yang pertama dan juga nasi yang terakhir Sally makan kat Taiwan...hahahaha...lepas tuuu dah tak jumpa makanan halal!!

Harga nasi goreng : $70 (RM9.95)

Sedap jugak laa nasi goreng dia walaupun minyak tumpah tak tau berapa gelen...tapi ada udang banyak...hihihi...alhamdulillah...

Macam mana nak ke Masjid Kaohsiung:

Take MRT to Weiwuying Station, and take a walk less than 15 minutes in Jianjun Rd (Exit the station just walk straight to your left to find Kaohsiung Armed Forces General Hospital) or take bus no 88 in-front of Kaohsiung Train Stations (25 minutes)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jung Yong Hwa dijemput GUCCI ke Milan.

9:30:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Lama rasanya Sally tak merepek pasal CNBLUE dalam blog ni...hihihi...maafkan saya...saya seorang fan-girl yang masih belum boleh move on..hahahah...

Macam biasa laa...disebabkan bias Sally sentiasa dan akan kekal kepada Jung Yong hwa, jadinya harini Sally nak share perkembangan Yonghwa yang baru sahaja pulang dari Milan selepas menghadiri 2016 Gucci Men's Fall-Winter Collection.



Yonghwa dijemput secara khas oleh pihak GUCCI untuk menghadiri majlis yang berprestij tu..perghhh...ayat Sally tak habis baku lagi...takde laa...macam agak bangga on behalf BOICE sebab Yonghwa merupakan selebriti pertama daripada Korea Selatan yang dijemput kesana..hihihi...Yonghwa, kita bangga dengan awak neh walaupun rasa nak gelak bila tengok baju yang GUCCI buat untuk Yonghwa..hihihi..


Spotted at the #Gucci men’s fashion show, musician Jung Yong Hwa in a #GucciSS16 stretch twill suit with oriental floral embroidery.

CNBLUE baru sahaja selesai konsert 2016 CNBLUE LIVE [COME TOGETHER] in Bangkok sabtu yang lepas dan Yonghwa terus ke Milan selepas tuu...huihhh...masa pakcik ni mmg penuh dalam flight je agaknya eh...ish...dan yang terbaru, Yonghwa juga baru je lancarkan satu kolabrasi dengan penyanyi, Sunwoo Jung-A yang bertajuk "Empathy"...Nanti korang dengar la eh...

Okay laa...kang makin banyak pulak benda Sally nak cerita kat blog kalau pasal Yonghwa..hahahaha...

Happy Tuesday!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Travel buddies get together again!

10:30:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments


Heyyo!

Sekali sekala travel buddies Sally masa ke Korea, Taiwan dulu akan buat gathering...takde benda penting pun...just a short meet...hahahaha...tapi selalunya orang akan cakap, bila bebudak ni berkumpul..mesti ada tempat yang dorang nak pergi tuu..hahahaha...

Guess what..?

It's a YES!


Tapi...buat masa ni tak boleh la nak reveal lagi kat mana kan...tengok aje la nanti...mana tau kot ada rezeki, barulah sampai...punya santai nak membeli DIY things untuk buat Travel Log Book, sampai kelantai duduk mencari barang kat Kaison...suka hati hang la labuuu...asalkan hang bahagia...



Hehehe...takde benda pun nak cerita...Saje nak share aktiviti minggu Sally..kahkah...kesian pulak kat blog kalau tak update...biasa laaa...orang yang dah habis exam ni mmg masaaaaa dia banyak sangat! hahahaha...

Happy weekend korang semua!

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pretz n' Beanz, Kopi dan pretzel di Solaris Mont Kiara

11:36:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


2016 ni Sally dengan kawan-kawan nak mula dengan Cafe Hopping Session kat kafe-kafe yang ada kat area Kuala Lumpur ni...Walaupun ada yang kata membazir bila kita melepak di kafe macam ni tapi bagi Sally kopi merupakan medium terbaik untuk Sally kurangkan stress dan penat, asyik Starbucks pun muak jugak...eh..

Pretz n' Beanz

Ni salah satu kafe yang Sally nak kenalkan pada korang...Pretz n' Beanz sendiri dah melambangkan apa yang dijual disini...Basically kafe ni menekankan penjualan kopi dan juga pretzel sebagai menu utama mereka...tapi jangan terkejut dengan cara mereka variasikan pretzel ni...Tunggu sampai habis entri ni, mesti korang akan tergoda..hahahaha




Apa yang Sally suka dengan kafe ni ialah kawasan dia...sangat santai dan tidak terlalu sesak...susun atur dia pun mmg best...kita boleh pilih nak bersantai kat luar, nak duduk berbual disofa atau di kerusi makan yang tersusun rapi...pendek kata mmg selesa laa...

Menu utama kat sini semestinya pretzel...kepada peminat pretzel, kafe ni korang mmg tak boleh ketinggalan...yang menarik pasal pretzel yang ada kat Pretz n' Beanz ni ialah pretzel mereka dibakar sepenuhnya...takde goreng dan dibuat fresh setiap hari...haa...jom tgk menu apa yang best kat sini...Ikut selera Sally okay?

Basil Cheese (RM 8.05)

Cinnamon Sugar (RM6.90)

Dah nama pun kafe jual pretzel, menu yang paling utama mestilah pretzel kan..hihihi..kat atas ni ada dua jenis menu yang Sally suggest korang cuba...Sally mmg suka dengan cinnamon (kulit kayu manis) dan yang menjadi pilihan Sally mestilah Pretzel Cinnamon Sugar...kepada peminat keju, korang boleh cuba Pretzel Basil Cheese...Basil Cheese ni best sebab kita boleh rasa masin-masin lemak keju mozarella, daun basil dan juga garam laut...sedap!

Kalau rasa tak cukup ummmph lagi..korang boleh ambik extra dip selection yang ada macam Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream with Onion..

Chicken Hawaiian & Hot Pepper Chilli Chicken

Kat sini pun ada seleksi pizza tau...istimewa pizza yang ada di Pretz n' Beanz ni sebab kerak pizza tu diperbuat daripada pretzel...haaa...macam mana kekdahnya tuu korang kena la cuba sendiri...yang menjadi pilihan Sally semestinya Chicken Hawaiian & Hot Pepper Chilli Chicken...korang boleh pilih daripada dua saiz yang ada sama ada nak 7 inci atau 10 inci...Harga berlainan mengikut topping yang dipilih...

Sally pilih yang 7 inci je supaya boleh makan lagi banyak benda..hahahaha...typical Sally yang berazam nak kurus..hihihi...

Pretzel n' Stew : Green Curry (Chicken) - RM 19.70

Pernah makan pretzel dengan stew?

Di Pretz n' Beanz ni korang boleh cuba makan pretzel dengan stew...ada 3 jenis stew yang menjadi kegemaran mereka yang datang kat sini...tapi Sally masih lagi dengan Green Curry (Chicken) ni...rasa lemak dia cukup dan mmg sama macam Green Curry yang famous kat Thailand...

Kalau korang tak suka kari, korang boleh cuba Beef Goulash atau Cheesy Chicken..

Champignon Baked Egg (RM 19.70)


Kat Pretz n' Beanz juga ada seleksi menu, "All Day Breakfast"...Hahahaha...tak kira la pagi ke malam ke korang boleh je nak makan breakfast pun...Sally pilih Champignon Baked Egg, sebab dalam ni ada banyak cendawan...Basically Champignon Baked Egg is a freshly cook eggs with mushrooms and cheese, served with freshly baked plain pretzel.

Benda ni sedap sangat...entah kenapa...mungkin jugak sebab ada banyak cendawan yang membuatkan Sally gila sekejap...tapi yang paling penting tak muak walaupun ada banyak cheese...boleh main tarik-tarik kot cheese dia..hahahaha...

Green Tea  (RM16.20)
Florentine Cookies (RM16.20)

Dah selesai dengan makanan, kita pilih air pulak...hahaha...selalunya boleh je pilih air dulu...tapi bila lapar, makanan itu satu kemestian...Sally mulanya ingat nak cuba kopi yang ada kat sini...tapi macam terpesong sekejap...Sally pilih Florentine Cookies, sebab tu antara menu baru yang ada...

Triple Chocolate Cake (RM11.55)

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream (RM15.05)

Caffe Green Mint Mocha (RM16.20)

Okay, Sally terpedaya...Sally cuba jugak kopi dia kat sini...tak complete la kalau cafe hopping tapi tak cuba seleksi kopi yang mereka ada kan...Sally cuba Caffe Green Mint Mocha...rasa dia sangat creamy dan mmg pekat...sebenarnya Sally bukan peminat mocha, tapi Slaly nak tau macam mana rasa bila Mocha digandingkan dengan Mint...tapi ternyata tidak mengecewakan...

Kalau korang berada di kawan Solaris Mont Kiara atau nak cari tempat untuk bersantai, Sally suggest korang cuba Pretz n' Beanz Cafe...

Pretz n' Beanz Cafe
Address : 22, Jalan Solaris 4, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 03-6204 9733
Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz

Opening Hours:
Monday – Thursday & Sunday [7.30am - 12.00am]
Friday & Sunday [7:30 am - 1:00am]

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

11:59:00 PM Sally Samsaiman 51 Comments


Beberapa hari lepas Sally ada share pasal entry DIY poskad dari picreo.com, dan ramai yang bagi respon positif kata nak poskad tu...sebahagian daripada poskad tu dah pun bertukar tangan dan ada tinggal beberapa keping selain daripada yang utk simpanan Sally sendiri...

Jadinya Sally nak kongsi juga la dengan korang poskad ni sebagai tanda menyambut tahun baru...Kalau sudi, join la yer nanti...



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk "DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman"
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung dari 10th - 15th January 2016 (11.59 pm waktu Malaysia)


Sally akan pilih secara rawak 8 orang untuk diberikan poskad...Kalau yang mana takde G+ ke, takde Facebook ke, takde Twitter ke, takde Instagram ke...boleh je join asal jangan takde blog laa..hihi..Sally niat nak share dengan korang, so..harapnya korang jujur dan ikut semua syarat yer...

51 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jom Blogwalking!

1:37:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Semalam Sally ada keluarkan satu status untuk mintak link blog blogger kat Facebook sempena Sally dah habis paper final exam semalam...ramai jugak yang rajin nak bagi Sally blog-walking blog dorang...So, instead of me alone who do the blog-walking session, why not I share it here and you can do your own blogwalking session too..

New blog will be explore, maybe..?

So, lets blog-walking!


  1. www.syafierayamin.com
  2. www.kitepunye.com 
  3. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/ 
  4. www.penaberkala.com
  5. www.ceritashark.com
  6. http://jindrisska.blogspot.my
  7. www.arzmoha.com
  8. www.shedaucu.com
  9. www.jmr23.com
  10. kataubaid.com
  11. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.my
  12. www.hafizhafizol.my 
  13. http://ctfand.com 
  14. www.mariafirdz.com 
  15. www.sayidahnapisah.com 
  16. www.kisahsidairy.com 
  17. http://mummysupplementshop.blogspot.my/ 
  18. www.azlindaalin.com
  19. www.dikbee.com
  20. www.sunshinekelly.com
  21. www.akifimtiyaz.com 
  22. www.mieranadhirah.com 
  23. http://hanyadihatiku.blogspot.my 
  24. http://ayuarjuna.blogspot.my 
  25. www.yanieyusuf.com 
  26. http://nad-lifeisfun.blogspot.my 

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!