Korean Dessert Cafe Sulbing, Myeongdong.

11:23:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Haa..bingsu lagi menjadi topik kita harini...Selain daripada Cafe Bene kat Gangnam, Sally actually ada jugak ke Sulbing...Sulbing ni antara kafe bingsu yang agak popular di Korea...Kalau korang ke Seoul, actually korang boleh jumpa 3 rangkaian kafe ni sekitar Myeongdong..hahahaha..bayangkan la berapa punya famous sampai kena bukak 3 branch padahal Myeongdong tu bukannya besar mana...


Bingsu kat sini agak special sikit sebabnya kebanyakkan menu dia ada cheese...Kalau tak silap Sally yang agak famous macam "Mango Cheese Snowflakes Sherbet", "Tong Tong Melon Sulbing"...dan signature bingsu, macam biasa la..."Classic Best - Injeolmi"...


"Real Chocolate Snowflakes Sherbet"

Selain daripada Sulbing, ada jugak menu yang lain macam Sulbinggo, Sulbing's Coffee, Korean Drinks, Toast and Breads, dan macam-macam lagi laa...semuanya sedap-sedap tau...Masa ni tgh sejuk gila...Sally minum kopi je instead of nak makan sulbing...yang kat atas ni kakak-kakak yang join trip sekali yang makan..huhuhu


Harga bingsu kat sini pun agak mahal sebenarnya tapi sedap kan...jadinya kita tutup mata dan makan dengan penuh gembira! Hahahahaha...So, kalau korang mencari-cari kedai makan atau saja-saja nak rehatkan diri masa shopping barang kosmetik dekat Myeongdong...Boleh la try Sulbing :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Mimpi tu kadang-kadang seronok!

4:17:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Tak tahu la kenapa, sejak kebelakangan ni Sally kerap betul mimpi...Sally rasa kalau korang tidur pun selalu jugak mimpi kan...tapi mimpi Sally kebelakangan ni semua benda yang seronok tau...

Kalau korang perasan, Sally sebenarnya ada buat pakej ke Korea tahun depan (2017); details lanjut korang boleh baca dalam entri Pakej Murah ke Seoul, Korea; 2017! Jadinya mungkin sebab excited ataupun sebab banyak sangat berfikir pasal pakej ni...terus malam tidur pun tak lena mana...

Semalam Sally mimpi lagi benda yang best...hahahaha...Sally mimpi dapat seorang customer on the spot masa kat Seoul tau...yang best nya sebab customer tu sanggup bayar KRW 300,000 (RM1200), just untuk one day trip ke Nami Island..hahahaha...rasanya ni pun salah satu pengaruh drama Korea jugak ni sampaikan termimpi customer tu gila punya kaya..hahaha..yang penting tak nak kalah tu...customer melayu okay...

LOL! Mmg terasa nak ketawa masa bangun tidur tu...entah apa la yang Sally fikir sebelum tidur tuu...rasanya sebab before tidur Sally tgh berborak dengan partner Sally pasal trip ni, suddenly masing-masing tertidur!

So, kalau ada yang nak join trip ke Seoul, Korea tahun depan...Jangan lupa contact Sally tau!


9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Berbaju kurung di Korea.

3:25:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Sebenarnya niat nak sambung travelogue ke Korea...tapi kekangan masa betul la...nak-nak dekat final exam ni...nak update blog pun tak sempat...Masa tengah scroll gambar kenangan kat Korea masa Autumn yang lepas, teringat Sally yang Sally ada buat kerja gila...

Pakai baju kurung dalam suhu cuaca -4°C!


Sebenarnya dah lama Sally teringin nak pakai baju kurung masa travel...bukan nak menunjuk ke apa...Sebenarnya teringin nak photoshoot yang lain daripada yang lain...Sally pernah jugak bawak baju kurung masa g Taiwan dan Melbourne, tapi macam tak sesuai dengan masa...Lepas tu macam takde geng nak buat kerja gila macam ni...semua malas nak layan..hahaha


So, masa g Korea haritu...puas Sally pujuk Hidayah untuk pakai baju kurung...mmg kerja gila jugak la sebab dengan cuaca -4°C masa tuu...rasa nak beku pun ye...masa terang lagi okay la...malam dah cecah -12°C ke -16°C tau masa kat Seoul...Walaupun awalnya dia macam malas nak layan Sally, tapi dia pakai jugak... I is happy

Sebenarnya cuaca tahun ni agak pelik jugak...sebabnya baru Mid-Autumn, tapi Sally rasa cuaca dah macam End-Autumn dah...beku dia hanya Allah jela yang tahu...FYI, Sally tak pakai any thermal wear tau...mmg berbekalkan baju dan sweater semata...hahaha...

SUICIDE MISSION! LOL!


Jangan tiru aksi Sally menari zapin kat tengah-tengah orang ramai ni ok!


Actually, banyak wishlist lagi Sally nak buat masa kat luar negara...tapi selalu je ada kekangan...takpe laa...mungkin lain kali boleh cuba buat benda lain kan...

Apa benda yang paling pelik korang pernah buat masa travel..?

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Romantic Doctor, Teacher Kim

12:56:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Romantic Doctor, Teacher Kim | Lama betul masa nak update pasal drama ni...Sally kebelakangan ni mmg suka cerita yang suspen, bunuh orang...hahaha...Drama yang kearah selain daripada romance pun Sally suka...terutama sekali kalau ada berkait dengan dunia medikal.

So, kalau korang nak cari drama yang kurang la cerita romantik..boleh la consider drama ni..hehehe...Sally suka betul dengan watak Teacher Kim @ Master Kim...Sebab watak dia dalam ni sangat tenang dan mmg buat kita rasa selamat bila dia ada...Drama ni berbaki lagi 4 episod (as at 27 Dec 2016).


Episodes: 20
Release Date: November 7, 2016 - January 16, 2017

Plot:
Boo Yong-Joo was a famous surgeon with the nickname of "Hand of God." He suddenly disappeared and nobody knew exactly why. Boo Young-Joo is now as Teacher Kim and he calls himself the Romantic Doctor. He enjoys his life in seclusion. Kang Dong-Joo became a doctor to win somebody over and Yoon Seo-Jung become a doctor to be recognized by somebody. After they meet Teacher Kim, they learn about life values and comfort from love.

Watch online : Romantic Doctor, Teacher Kim
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Masak. Tak perlu pandai kena rajin.

12:23:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Selalu sangat kita dengar, kalau perempuan tak pandai masak baik tak payah jadi perempuan...Salah tuu...tak semua orang lahir je terus pandai masak kan...Sally pun kalau nak ikutkan tak pandai masak...kecuali kalau western food mmg Sally suka cuba masak walaupun antara jadi dengan tak laa....

Dulu ibu tak bagi Sally masuk dapur..biasa la anak bongsu kan...hahahaha...tapi Sally suka je buat-buat kacau masakan yang ibu tgh masak..kalau kena halau pun buat batu je kat tepi dapur tu haaa...tapi sebenarnya tu je la cara nak belajar macam mana nak biasakan diri kat dapur.


Hujung minggu lepas, Sally demam teruk jugak...kebetulan pulak ibu takde kat rumah...Jadinya terpaksa la gagahkan diri masak jugak sebab lapar weh! Demam pun selera makan western kay!


Check kat dapur, benda yang paling cepat dan senang nak masak ialah Penne Carbonara...Guna 3 bahan je dah siap dah...kalau rajin lagi potong la bawang putih, cincang bawang merah dengan potong cendawan...tapi sebab nak cepat dan nak elakkan daripada terbaring kat dapur tuu...Slaly mmg masak guna 3 bahan kat atas tu..hahahaha...bukan malas tauu..tak larat je...

So, kesimpulan kepada bebelan Sally ni...kita tak perlu pandai atau dilahirkan dalam keluarga chef untuk pandai masak...org yang tak pandai pun kalau rajin...lama-lama boleh je masak..yang penting; keyword dia RAJIN!

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Harga patbingsu Malaysia dengan Korea.

11:58:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Kebelakangan ni ramai yang search harga patbingsu atau bingsu kat Malaysia...Hehehe...ini mesti sebab pengaruh drama Korea kan...ataupun ada idol korang yang makan bingsu..eh, dah kenapa makan bingsu masa winter ni?

Disebabkan Sally dah pernah cuba bingsu di Korea dan juga Malaysia...jadinya Sally nak buat la sikit perbezaan pada rasa dan harga kedua-duanya...Untuk entri kali ni, kita cerita pasal Cafe Bene. Kenapa Cafe Bene? Sebabnya Sally dah pernah cuba makan bingsu di kedua-dua branch di Korea dan Malaysia..hihi

Cafe Bene, Gangnam.

Sebenarnya Bingsu kat Korea dan Malaysia takde banyak sangat beza pun...cumanya dalam segi harga dan portion tu agak berbeza...Kalau kat Malaysia, range harga untuk Cafe Bene dalam RM17 - RM25 sahaja, dan ada dua portion...single dan juga double.

Di Korea pula, selalunya hanya ada satu saiz sahaja...Saiz double di Malaysia ialah saiz yang serving sebenar di Korea dan selalunya harga lebih kurang dalam KRW 8,000 - 10,000 (dalam RM38 kalau convert menggunakan currencies pada Disember 2016).

Tapi apa yang Sally suka dengan Bingsu di Korea ialah bahan-bahan yang digunakan tu tidak kedekut dan sentiasa ada perasa yang kemungkinan besar takkan ada kat Malaysia..Macam yang korang tgk dalam gmbr kat atas tuu...Sally rasa mmg berbaloi sangat beli dengan harga KRW 10,000, sebab portion nya agak besar dan jugak semua barangan dalam tu banyak...

Daripada segi rasa...selalunya tak banyak beza...cuma ada sedikit sebanyak la perbezaan...contohnya macam susu yang digunakan, sirap coklat, aiskrim dan buah-buahan...Kalau kat Korea ni, selalunya aiskrim dia macam ada rasa yogurt macam tuu...Haa..Ok laa..tu jela yang Sally boleh kongsikan dengan korang pasal bingsu Malaysia dan Korea.

Dah pernah makan patbingsu?

**UPDATE

Harga bingsu kat B.Bap Korean Bistro (Range harga dalam RM17-RM20)..Ada 4-5 jenis pilihan bingsu kat sini.

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Movie | Seondal: The Man Who Sells the River

9:34:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Seondal: The Man Who Sells the River | Hmmm...dah nak penghujung 2016 ni..makin banyak drama yang keluar...Haaa...ini Sally nak suggest satu movie...Yela...sementara korang menanti episod terbaru drama favorite korang...Boleh la luangkan masa 121 minit utk tengok movie ni...

Seondal: The Man Who Sells the River ni merupakan sebuah movie yang terjadi pada zaman kerajaan Joseon dulu...Sally pada awalnya nak tengok movie ni sebab ada Yoo Seung-ho (sebab tak dapat move on lagi daripada drama "REMEMBER"), tapi sebenarnya mmg movie ni agak worth it la untuk ditonton.


Movie ni mengisahkan Kim In Hong (Yoo Seung-Ho), seorang genius yang mmg kerjanya menipu orang dengan tiga orang kawan dia, Bo-Won (Ko Chang-Seok), Bomoh (Ra Mi-Ran) dan Gyeon (Kim Min-seok). Geng dorang ni mmg sangat terkenal dan merupakan buruan. Klimaks cerita ni bila dorang terpaksa menipu Sung Dae-Ryeon (Cho Jae-Hyun) yang merupakan seorang pegawai kerajaan yang sangat kejam.

Cerita ni ada la sedih dia, tapi lebih banyak kepada komedi dan korang takkan expect la apa yang dia mampu buat...hehehe...So, highly recommended! Walaupun movie ni dah keluar sejak bulan Julai 2016 yang lepas, tapi susah betul nak cari yang dah ada subtitles...So, ni dah ada...jangan lupa tengok

Tengok online / download : Seondal: The Man Who Sells the River

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bayar zakat dengan Van Bergerak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

10:37:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments



Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi

Mengeluarkan zakat tu merupakan salah satu kewajipan yang wajib kita sebagai umat Islam tunaikan…Allah sendiri telah menetapkan mengeluarkan zakat itu dalam salah satu rukun Islam (yang ketiga) yang mana perkara wajib pada kita sebagai umat Islam…Seorang Muslim yang memiliki harta yang telah mencapai nisab dan syarat-syarat wajib keatasnya, maka jatuh hokum wajib baginya menunaikan zakat.

Di Malaysia kita ada banyak badan yang menguruskan zakat..Bermula daripada penerimaan bayaran zakat sehingga pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima...Salah satunya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Cadangan untuk penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan telah dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP); Tan Sri Dr. Yusof Noor.

PPZ-MAIWP akan menguruskan pungutan zakat harta di ketiga-tiga kawasan dalam jajahan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam kehidupan kita yang serba canggih ni, ada pelbagai jenis platform yang dirangka bagi memudahkan urusan pembayaran zakat. Antaranya secara online di laman web atau perbankan atas talian, kaunter zakat yang terpilih, Skim Thohir (Bayaran secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual) dan yang paling mudah, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP.


Sesuai dengan “tagline” nya, “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”; Kaunter Zakat Van Bergerak merupakan salah satu platform yang telah diusahakan oleh pihak PPZ-MAIWP bagi membantu umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan untuk membayar zakat..Terdapat sebanyak 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Van Bergerak :

I. Jalan Tunku Abdul Rahman, KL
II. Jalan Dungun
III. CIMB Bank Setiawangsa, KL
IV. KWSP Wangsa Maju
V. Masjid As-Syakirin, KLCC
VI. Menara Binjai
VII. Perbadanan Putrajaya

Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran juga boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT dan CEK. Selain itu juga, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas. Pendek kata semua urusan boleh dilakukan disini.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = www.maiwp.gov.my
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = www.facebook.com/myzakat
4. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian = 1-300-88-5757
5. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
6. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian = 1-800-88-5222

Firman Allah SWT
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Yellow Cafe di Dongdaemun Market

9:00:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Hello! Bertemu la lagi kita dalam sambungan Travelogue Korea Sally...

Masa kat Dongdaemun Market, tujuan sebenar Sally sebenarnya nak ke Yellow Cafe. Awal Mac yang lepas, Sally ada kongsikan dengan korang tentang Yellow Cafe ni...Kalau tak ingat boleh baca kat entri bawah ni.. ↓↓↓



Macam yang korang tau la kan...Korea mmg terkenal dengan susu pisang...Rata-rata kalau pergi ke mana-mana kedai mmg ada jual susu Korea...Jadinya, konsep kafe ni mmg khas dibina untuk peminat susu Korea di seluruh dunia. Jadinya lepas tau yang ada kafe khas untuk susu pisang ni...Mmg Sally terus masukkan kafe ni dalam itinerary...





Kafe ni tak besar pun...kalau tak silap Sally ada dalam 6 meja je kot...dan semua menu kat sini mmg berasaskan pisang...Kalau korang nak tau...sejak tahun 1974 hampir 800,000 botol susu pisang sudah terjual di Korea sahaja...Bayangkan berapa ramai peminat susu ni sebenarnya kan...kepada korang yang bakal atau merancang ke Korea, susu pisang keluaran Binggrae merupakan benda yang wajib korang cuba...

Yellow Cafe sudah mula dibuka bermula 11 Mac 2016 yang lepas lagi...




Hahaha...letak la tiga-tiga gambar...tak tau nak pilih yang mana...Nampak tak punya suka dengan susu pisang...Siap guna shawl ikut tema..hihi..Pelbagai jenis minuman yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni termasuk la Banana Latte, Banana Shake, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek, pastri dan puding.

Kalau korang berkesempatan ke Korea, spesifiknya ke Seoul...boleh la ke Yellow Cafe ni tau!

Yellow Cafe
Level Basement 2, Hyundai City Outlet
Dongdaemun (beside DOOTA shopping mall)
Operating hours:
Sunday - Wednesday : 11:00-22:00
Thursday - Saturday: 11:00 to 23:00

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Apa yang menarik sekitar Dongdaemun Market?

2:12:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Seperti yang dah Sally ceritakan dalam entri travelogue ke Korea, lagi!, mohon bertabah laa dengan membaca travelogue Sally ke Korea buat kali kedua...Disebabkan ada beberapa tempat yang Sally repeat pergi tapi Sally tetap akan cerita jugak laa...yela...lepas 2 tahun macam-macam benda boleh jadi kan..hihihi

Hari pertama sampai, dah lewat petang...lepas check in ke guest house, terus la keluar jalan-jalan...Kalau korang nak tau, Sally stay kat guesthouse yang sama macam tahun 2014...Masa kali pertama ke Seoul... UWA Guesthouse ni mmg cantik...dan Sally selesa sebenarnya tinggal kat sana..

Ok, back to topic...Lepas check-in, terus bergegas keluar...Awalnya ingat nak jalan-jalan jauh tapi sebab dah lewat petang dan masa musim luruh mmg gelap awal, jadinya pergi jela yang dekat...



Dongdaemun Market sebenarnya sesuai kalau korang kunjungi masa awal pagi atau tengahari...sebab kalau dah lewat petang selalunya dah tutup...Nak ke Statue of King Sejong the Great macam malas..hahaha..tapi bukan malas la sebenarnya...lebih kepada tak tahan sejuk je...tapi disekitar tu sebenarnya ada Doota Mall dan Hyundai City Outlet.

Daripada sini jugak korang sebenarnya boleh ke Cheonggyecheon Stream yang cantik tu...Cheonggyecheon Stream merupakan sebuah terusan sepanjang 12km dan selalunya orang akan ambil masa untuk jalan-jalan sekitarnya la...



Oullim Square ni terletak kat Dongdaemun Design Plaza (DDP)


Sebenarnya ada banyak benda yang korang boleh buat kat area Dongdaemun ni...Kalau korang nak tau lebih lanjut, atau nak plan itinerary sehari di Dongdaemun...Korang boleh refer kat entri Beginners Guide to Dongdaemun..

Lepas ni Sally kongsikan satu benda lagi yang best yang ada kat Hyundai City Outlet yang ada sebelah Doota Mall ni...

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth

12:18:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth

Wahh! Akhirnya saat yang kita tunggu dah pun tiba...dah selesai pun tunjuk 2 episod yang pertama minggu ni...Sorry la lambat sikit dapat share dengan korang...Saje je nak kasi derita sikit jiwa dan raga korang kan...

Macam yang Sally janjikan dalam entri senarai pelakon drama: Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth / Hwarang: The Beginning, Sally janji nak kongsikan link supaya korang boleh tengok sepantas kilat...Jadinya, meh laa tengok!


Rasanya semua dah tau kan sinopsis cerita ni...kalau tak tau jugak...hmm...hahaha...Malas nya nak cerita banyak kali...Lulz...Apa yang Sally boleh cakap...dua episod pertama ni mmg best...Kalau korang peminat Lee Kwang Soo, korang kena tengok jugak...sebab dua episod pertama ni ada special appearance daripada dia...


Watch online : Hwarang
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jatuh hati balik dengan Jay Chou.

11:00:00 AM Sally Samsaiman 13 Comments


Sebelum zaman drama Korea mula famous kat Malaysia, Sally mmg merupakan peminat drama Hong Kong...Baik Kantonis, Mandarin atau Hokkien...semuanya Sally suka...Sebenarnya kalau korang perasan dalam drama Hong Kong atau drama cina la mudah katanya, selalu pelakon dia orang yang berulang je...dan Sally suka dengan "chemistry" antara semua pelakon tuu...

Bercakap pasal drama, kalau drama Korea pun kita akan excited nak download semua OST yang ada dalam drama tuu...macam Sally...Sally mmg suka dengar lagu cina...hahaha..percaya atau tidak...Sally mmg suka dengar lagu cina...kadang-kadang faham...kadang tu terpaksa la Google jugak lirik lagu..hahahaha...translate okay!


Penyanyi yang Sally suka macam JJ Lin, Nicholas Teo dan Jay Chou...Sebenarnya Sally dah lama gila jadi fan-girl kat Jay Chou...walaupun takde la fanatik macam mana Sally gila kat Jung Yong Hwa...tapi Sally selalu dengar lagu Jay Chou..huhuhu...

Lately ni selalu la search kat YouTube lagu-lagu terbaru Jay Chou...rasanya dah nak dekat setahun lebih Sally takde download lagu cina tauu...ni semua pasal Korea laa ni...LOL...salahkan Korea pulak!

Kenapa Jay Chou?

Entah...Sally sebenarnya tak kisah siapa yang menyanyi...tapi Sally suka dengar suara dan dengar lagu dia...walaupun kadang tak paham...asalkan melodi dan senikata macam best...Sally akan dengar...Korang tau tak...Sally ni jenis yang takde music preference, walaupun popular mana orang tu...kalau Sally rasa tak minat dengan lagu dia...mmg Sally tak dengar..hihi

Ok laa...sebelum Sally melalut lagi jauh, Sally share dengan korang lagu yang Sally suka...lagu ni baru je keluar bulan lepas...kalau tak faham tuu..buat-buat jela macam faham..hikhikhik...Tajuk lagu ni "Love Confession"..


13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Giveaway by Pulsera MY

4:53:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


 http://syafiqahatta.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

Sebelum nak habis waktu bekerja ni...marilah kita join satu giveaway...Nampak mudah..

Kalau nak join, klik SINI okay...

p/s : Entah kenapa tak boleh link banner 👀


15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi : Apam Mekar Mudah Dan Gebu

10:08:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Dah lama rasanya tak kongsikan resepi makanan yang senang dah sesuai untuk minum petang...Jadinya, Sally nak kongsikan dengan korang resepi Apam Mekar Mudah Dan Gebu

Bahan-bahannya:
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan air ice cream soda
2 1/2 cawan tepung gandum
satu penutup esen ros (star brand)
1/4 sudu kecil ovallette

Cara-caranya:
1 - Campur telur, gula dgn ovallette, pukul dgn mixer smpai kembang (mixture akan jd putih dan likat)..
2 - Masukkan tepung gandum selang seli dgn air ice cream soda...buat smpai hbs...
3 - Masukkn esen ros..
4 - Bahagikan ikut berapa bnyk warna nak pastu masuk dlm piping bag.. (Pakai sudu pun boleh)
5 - Isikan dlm paper cup (kalau nak cantik beli cup plastik yg utk buat apam tu)
6 - Lepas tu pipe kan warna lain sedikit 
7 - Kukus dlm pengukus dlm 15-20 minit dengan api sederhana, bila bukak penutup jgn bg terkena air belah atas tu...lap pakai kain..


So, nanti macam ni la rupa apam korang...Mmg senang nak buat apam ni...Sally suka buat dia dalam bentuk kecil-kecil macam ni...sebab senang nak sumbat dalam mulut...hehe

Selamat mencuba!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Anabelle Boutique, Puncak Alam..lancar produk baru.

3:09:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Anabelle Boutique, Puncak Alam | Sekarang ni butik vendor mmg dah menjadi trend kan..? Yang bestnya pasal butik vendor ni ialah benda yang selalu kita boleh beli online, sekarang dah boleh beli secara virtual...Kita boleh tengok material, boleh pilih cuba dulu dan bila dah puas hati baru beli...


Sabtu lepas, kebetulan Sally mmg ada kelas kat Puncak Alam...so, sebelum ke kelas...Sally sempat la lari kejap ke Majlis Pelancaran Produk & Jualan Akhir Tahun (YES) Pakaian Muslimah di Anabelle Boutique, Puncak Alam. Kalau korang nak tau..kat butik ni ada hampir 25 vendor yang mmg sangat popular termasuklah Marykay, SeQyBeauty, @hijabsistabyfinas dan banyak lagi laa...




Selain daripada barangan vendor, Anabelle Boutique juga ada melancarkan produk mereka sendiri tauu...Masa majlis tu, pengasas kepada Anabelle Boutique; Puan Nabila Syazwani sempat jugak menceritakan 3 produk utama Anabelle Boutique yang terbaru....

Anabelle Boutique telah mengeluarkan 2 koleksi pakaian wanita muslimah dan juga pomade bagi jejaka kat luar sana...Kena sangat la dengan trend zaman sekarang kan....Yang bestnya, koleksi pakaian dorang ni mmg sesuai untuk ke pejabat ataupun untuk bersantai....



Dua gambar kat atas ni koleksi pertama Anabelle Boutique; BONITA PANT SUIT SERIES.

Baju ni sepasang, ada baju dan seluar yang didatangkan dengan tona dan corak yang sama...ada 5 pilihan corak dan hanya exclusive dikeluarkan hanya untuk Anabelle Boutique. Menggunakan material Heavy Lycra, baju ni didatangkan dengan 4 saiz; Size XS,S,M,L.

Harga : RM 249.90


Haaa! Yang ini pulak...

Exclusive Trapeze Printed Dress; CHARMAINE Dress

Dress ni cantik tau...Gabungan warna-warna soft dalam susunan simple and random abstract pattern ni memberi perwatakan lembut dan elegant kepada pemakainya.

Trapeze cut dress ni didatangkan dengan lining khas untuk memastikan dress tidak jarang. Material 100% polyester, berat dan exclusive sangat. Sudah semestinya nursing and wudu' friendly. Dress ni didatangkan dengan 5 saiz; Size XS,S,M,L,XL.

Harga : RM 249.00


Pada Majlis Pelancaran Produk & Jualan Akhir Tahun (YES) Pakaian Muslimah di Anabelle Boutique, tuan rumah menjemput Tasha Manshahar sebagai tetamu jemputan untuk membuat persembahan sempena pembukaan butik mereka. Tengok la...cantik kan pengasas kepada Anabelle Boutique; Puan Nabila Syazwani & Tasha Manshahar menggayakan BONITA PANT SUIT.

Selain daripada dua koleksi ni, Anabelle Boutique juga melancarkan OPERATOR Pomade khas untuk lelaki...Ada 4 series semuanya; Iron, Copper, Gold, Platinum.


Kalau korang berminat nak beli mana-mana produk atau koleksi Anabelle Boutique, korang bolah la layari laman web mereka ataupun pergi je ke Instagram dorang...sebabnya sekarang Anabelle Boutique sedang menjalankan Jualan Akhir Tahun (YES) bermula 17 Disember 2016 - 17 Januari 2017...Haa! Sebulan kot!

Dan kalau korang berada sekitar Puncak Alam, boleh je walk-in ke butik..lagi best kan boleh pilih depan mata...

Website: www.anabelleonline.com
WhatsApp: +60132258696 (Amira)
Address: No 2A, Jalan Astana A13/E, Pusat Niaga Astana Alam, Puncak Alam, 42300, Selangor

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Senarai pelakon drama: Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth / Hwarang: The Beginning

9:03:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Senarai pelakon drama: Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth / Hwarang: The Beginning | Diam tak diam dah hampir 19hb Disember, yang mana aan menjadi tarikh episod pertama drama ini akan keudara...Sebelum ni, dalam awal bulan Mei yang lepas...Sally dah ade bagi teaser sikit pasal drama ni dalam entri Hwarang : The Beginning, drama Korea terbaru dengan barisan pelakon yang hebat.

Macam yang korang sedia maklum (kalau korang peminat drama Korea), drama ni mengisahkan tentang 4 orang Hwarang (pahlawan terbaik), sekumpulan mereka yang elit dan tinggal dalam zaman kerajaan Silla...Jadinya, cerita ni adalah cerita zaman dulu-dulu laa..Sebab Sally tau ada zaman pemerintahan Silla sebelum Joseon..


Senarai pelakon drama: Hwarang

~ Park Seo-Joon
~ Park Hyung-Sik
~ Minho (SHINee)
~ Do Ji-Han
~ V @ Kim Taehyung (BTS)
~ Go Ara

dan ramai lagi....Lee Kwang-Soo pun akan ada dalam drama ni sebagai pelakon undangan...Cameo la macam biasa...So, sama-sama la kita nantikan episod pertama 19hb Disember ni! Drama ni akan menggantikan slot drama "Sweet Stranger and Me"...

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

REVIEW | Death Note: Light Up The New World

9:35:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments



REVIEW FILEM Death Note: Light Up The New World | Sally mmg peminat Death Note...daripada yang nombor satu sampai nombor 3 Sally selalu follow...dan bila dapat tau ada Death Note: Light Up The New World yang baru keluar kat pawagam, terus berdesupp laju g pawagam walaupun sorang-sorang je...hahahaha...

Kalau korang yang follow Death Note, mesti tau yang watak utama kedua-duanya (Ryuzaki : L) dan (Kira : Yagami Light) dan mati...sebenarnya bila dapat tau ade movie Death Note yang baru ni..macam curious pulak siapa yang akan kendalikan watak ni...walaupun sequel, Sally berharap sangat movie ni takkan menghampakan...

TRAILER

Genre: Crime / Drama / Thriller

Running time: 135 Minutes 

Release date: 8 Dec 2016 

Starring: Masahiro Higashide, Sosuke Ikematsu, Masaki Suda, Erika Toda, Rina Kawaei, Mina Fujii 

Synopsis: 10 years have passed since the confrontation between Kira and L, and this time, six different Death Notes have fallen to the human world. The Death Note is a supernatural notebook that can grant its user the ability to kill anyone by the writing the person`s name on its pages. The world begins to fall into chaos as six is the maximum number of notes that can exist at once. Global mass murders caused by the Death Notes prompt world famous private investigator Ryuzaki, who is the rightful successor of L, to investigate. When a computer virus called Kira start spreading the message to turn in the six Death Notes, this started a confrontation between people who want to stop Kira and the person who wants its revival.

Directed By: Shinsuke Sato
 
Plot kali ni agak berbeza sebab semuanya watak baru...dan ada RYUZAKI yang baru yang terhasil daripada DNA "L" yang dah mati...dan kebangkitan KIRA yang baru dan juga kemunculan beberapa buah buku Death Note yang baru...kali ni punya aktiviti pembunuhan takde la terlalu ekstrem macam yang sebelum ni punya dan watak RYUZAKI yang baru ni kurang menyengat daripada L yang lama...Personally, Sally tak berapa suka dengan sequel ni...mungkin expectation Sally terlalu tinggi..hahahaha...So, kepada peminat Death Note...Jangan lupa tengok tau!

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

AKMU Studio in Kuala Lumpur (2016)

3:19:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments



Good news to Akdong Musician fans, yes..including me!

AKMU;  The super talented sibling duo will be bracing Malaysia's shore this December for their first ever showcase in Malaysia.

Date: 2016.12.26 (Monday)
Time: 6:30 pm
Venue: KL LIVE

Ticket price : CAT 1 (RM380) | UPPER CAT 1 (RM280) | CAT 2 (RM180)

Ticket Open: 2016.12.15 6:00 pm
Tickets on sale @ www.ticketpro.com.my (Hotline : +603 7880 7999)

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Masak-masak dengan Nestle Maggi & Tefal x Lazada.

7:31:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Minggu lepas...huhuhu...dah lama dah benda berlaku tapi tak sempat nak cerita sbb sibuk sangat..hihihi...kalau korang nak tau, Sally masuk pertandingan memasak weh! Hahaha...Lama gila rasanya tak masuk mana-mana peraduan atau pertandingan...tapi bila dapat jemputan daripada InvolveAsia, terus la Sally join.



Lazada x Nestle Maggi & Tefal Workshop

Sally ajak Syifa' Azhar teman sekali masa tu...jadinya Sally dan dia satu kumpulan dengan 3 orang blogger yang lain termasuk Wendy Pua, Suki dengan Denise...Sebelum memasak, Chef Muluk; chef yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang chef bagi Nestle telah membuat demo masakan menggunakan barang-barang daripada Nestle Maggi dan juga Tefal.



Chef masak dua jenis makanan, Seafood Paella dengan Cajun Chicken Oatmee Salad...Paella ni lebih kurang macam Risotto jugak cuma ada sedikit beza daripada segi tekstur dan cara masakan...dan Cajun Chicken Oatmee Salad tu menggunakan produk terbaru Nestle Maggi, Oatmee..



Lepas je selesai demo masakan daripada Chef Muluk, kami diberikan tugasan masing-masing...ada 5 kumpulan yang bertanding dan setiap pasukan ada 5 orang peserta...Setiap kumpulan dapat Kotak Misteri yang berlainan dan kebetulan kumpulan Sally dapat menu yang agak mudah...Antara bahan-bahan yang perlu kami gunakan; ayam, daun kari, serbuk kari, bawang dan halia yang di kisar, minyak masak dan labu! Kalau ikut rasionalnya mmg kena masak kari la kan...tapi kami tak buat!

Kami perlu sediakan satu jenis masakan yang berunsurkan protein dan satu lagi sayuran...Protein bagi kumpulan Sally tu ayam laa dan labu tu sayuran...mmg pening kepala nak masak...Bayangkan la ada masa 45 minit je nak masak...Sally pun main masak jela..



Menu yang menjadi pilihan kami...ayam yang dimasak dengan oatmee dan juga ayam goreng sos masam manis, untuk labu tu Sally masak sup labu dengan sayur campur...



Hehehe...dan cuba teka siapa yang menang?



Yeay!

Kumpulan Sally yang jadi pemenangnya...dan dapat hadiah daripada Tefal dan jugak hamper daripada Nestle Maggi dan voucher membeli belah drpd Lazada! Balik rumah, ibu terus senyum je sebab dapat stok makanan sebulan haa dan yang paling dia happy tgk Tefal tu la kan...hihihi...



Thank you kepada pihal InvolveAsia sebab jemput Sally dan Nestle Maggi, Tefal & Lazada sebab sponsor hadiah...Kalau korang nak tau, kedua-dua produk; Nestle Maggi & Tefal boleh didapati di Lazada...yang pastinya dengan harga yang berpatutan dan lebih banyak diskaun dan promosi!

Untuk membeli, boleh ke laman web Lazada; Nestle Maggi & Tefal.

Credit picture to www.iuzira.com

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!