Loji 'Waste To Energy', membantu selesaikan masalah sisa pepejal di Malaysia.

3:00:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Kalau korang masih ingat dalam entri macam mana korang asingkan sampah di rumah?, korang mesti akan ingat pasal sistem 'Waste To Energy' yang ada Sally ceritakan dalam tuu...di Malaysia kita baru ingin membina loji 'Waste To Energy' untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di Malaysia.


Sebenarnya teknologi Waste To Energy ni dah lama diamalkan dinegara-negara diseluruh dunia...ianya bukanlah perkara yang baru..Dinegara-negara lain seperti Singapura, Taiwan, Jepun, Jerman dan lain-lain lagi teknologi ini telah diguna secara menyeluruh bagi mengawal masalah sisa pepejal dinegara mereka...Ini kerana mereka memahami yang masalah sisa pepejal boleh membawa banyak kemudaratan kepada penduduk dan kepada ekosistem negara.


Apa yang bagus tentang loji 'Waste To Energy' ni eh?

Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin meningkat...Jadinya dengan adanya loji "Waste To Energy", pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menjadikan sisa pepejal yang dikumpul, diproses untuk dijadikan tenaga yang boleh digunakan..

Perbezaan antara Loji "Waste To Energy" dengan tapak pelupusan yang sedia ada...

Bermula 1 SEPTEMBER 2015, pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah..Walaupun Selangor, Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain masih belum dikuatkuasakan, tidak salah rasanya kalau kita mempunyai sedikit kesedaran dengan turut sama menyertai kempen pengasingan sisa pepejal isi rumah.

Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.
KENAPA KITA PERLU MENGASINGKAN SISA PEPEJAL DI PUNCA?
  1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
  2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan
  3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal
  4. Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa
 Di Malaysia, ada 3 tapak projek yang dicadangkan untuk membina loji 'Waste To Energy' ini...antaranya :




Ramai yang tidak setuju tentang tapak projek Loji WtE ditapak stesen pemindahan sisa pepejal TAMAN BERINGIN, KEPONG kerana ada yang berpendapat loji ini terlalu dekat dengan kawasan penempatan...Namun harus diingatkan tapak stesen pemindahan sisa pepejal ini telah pun beroperasi sejak 2002 dimana sampah-sampah sebanyak 3000 tan sehari telah dihantar ke sini setiap hari dan dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip “proximity” adalah sangat penting untuk meminimakan kos dan impak kepada alam sekitar. Menurut "Proximate Principle", sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu dirawat di Kuala Lumpur.

Kerajaan telah menjalankan beberapa kajian kesesuaian tapak bagi menentukan kawasan yang bersesuaian di dalam kawasan tapak, keluasan yang diperlukan, serta kaedah-kaedah/teknik-teknik yang sesuai untuk menyediakan tapak bagi membina loji.

Bagi Sally, setiap sesuatu yang ingin diadakan di Malaysia mahupun disegenap pelusuk negara, akan ada kebaikkan dan keburukkan mereka yang tersendiri...Sally tidak la kata loji WtE ini sangat bagus tapi dengan ada loji ini...masalah sisa pepejal di Malaysia mampu diselesaikan...Kita hidup mungkin tidak lama tapi kita masih perlu fikirkan kelansungan hidup untuk generasi akan datang...Nasihat Sally, cubalah berfikiran terbuka dan menerima perubahan dengan hati yang terbuka...Jika bukan kita yang mulakan...siapa lagi..?

Website : wte.kpkt.gov.my
Facebook : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
Twitter : @jpspn_kpkt

#Asingkan

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil: Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: Bagi kesalahan pertama – RM100.00; Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Shopping di Freeport A'Famosa Outlet.

11:11:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Lama betul nak cerita pasal shopping session Sally masa ke Freeport A'Famosa Outlet di awal pembukaan mereka yang lepas...Kalau korang ke Melaka, Sally suggest korang singgah la ke sini...Freeport A'Famosa Outlet is another affordable place to shopping...lebih kurang macam di Johor Premium Outlet laa...tapi kat sini lagi best sebab interior dia macam ala-ala Perancis..Freeport A'Famosa Outlet ni terletak bersebelahan dengan A'Famosa Resort..Kalau daripada Plaza Tol Alor Gajah tu dalam 5km sahaja korang dah sampai...


Masa kena shopping untuk Style On A Shoestring Contest tu..Jujur kata mmg rambang mata nak pilih...bayangkan la ada masa 2 jam je mana sempat nak habiskan duit shopping..Hahahaha...Nasib baik jugak la dapat jugak selesaikan semuanya dan jumpa outfit yang sesuai...


Ada banyak outlet yang best kat sini...Sally punya sasaran macam biasa la Nike, Crocs dengan Nature Republic....tapi ada macam-macam outlet lain yang ada disini...Contohnya macam ELLE, SKECHERS, Levis, Cotton On, Forever 21,  SAMSONITE, HUSH PUPPIES, CLARKS, PONEY, CARLO RINO dan banyak lagiii laa kalau Sally nak senaraikan...

Kat sini juga ada mesin ATM CIMB kalau korang lupa nak bawak keluar duit atau pun tak cukup duit cash...tapi kebanyakkan kedai menawarkan membuat bayaran menggunakan kad debit / kad kredit...Hello! Shopping kot...semua benda boleh buat...

Surau dan tandas juga disediakan untuk kemudahan pelanggan yang datang untuk membeli belah di Freeport A'Famosa Outlet....So, jangan lupa solat pulak bila dah sibuk berbelanja tuu..!



Cantik sangat kan kawasan dia...Sally suka sangat interior Freeport A'Famosa Outlet ni sebab nampak macam kita shopping kat luar negara pulak kan...hihihi...biarlah feeling je pun asalkan dapat la jugak perasaan shopping kat oversea dengan outlet jenama luar negara...kat sini korang boleh dapat hampir 80% diskaun tauu...Rugi kalau tak shopping kat sini...Freeport A'Famosa Outlet akan mula dibuka sepenuhnya bermula Januari 2016...


Happy face after shopping! Full loaded of shopping bag! Hahahahaha...Nice outfit everyone! :)



For more info regarding Freeport A'Famosa Outlet :

Address:
Freeport A'Famosa Outlet
Jalan Kemus , Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Tel: 06-552-8573 or 06-552-8051

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!