Makan Ipoh | Ice Cream Macaroons

3:36:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Sehari dua ni asyik cerita pasal aiskrim je kan...dah baca pasal aiskrim Freshy Freeze? Kalau belom boleh la g baca...biar terliur sikit tengok...hahahaha...tapi yang Sally nak cerita ni ada kat Ipoh je tau...Mmg sedap...serius...Sally suka macaroons dia sebab kurang manis!


Aiskrim ni Sally jumpa masa Sally ke Ipoh minggu lepas...Masa tu kami makan tengahari di Restoran Tasik Raban...Rasanya restoran ni mmg dah femes kalau kat Ipoh...korang cari je sure jumpa nanti...Masa sampai tu lagi Sally dah nampak tapi macam tak kisah sangat sebab kelaparan...itu yang terus terjah nasi...masa balik tu baru pi terjah aiskrim ni...


Namanya Madame Macaron...Dia ada jual macaroon sahaja dan ada jugak aiskrim sekali...Sally pilih untuk rasa aiskrim dia...yang bestnya aiskrim dia pun buatan sendiri tau...bukan yang beli punya...seronok jugak la bercerita dengan Chef tu...Eh, lupa nak cakap...yang macaroon dan aiskrim tu dua-dua dibuat oleh Chef Yus...


Ini kalau korang nak beli macaroons sahaja...satu pcs tu RM2.50...Dalam sebekas tu ada 4 KETUL = RM10...Kalau nak ikutkan agak murah la berbanding kat kedai-kedai bakeri yang lain...kalau kat bakeri mau makan RM4 untuk seketul macaroons...yang penting based dia 100% almond okay! Kalau yang mana suka macaroons tu sure korang tau kenapa pentingnya macaroons ni kena ada banyak almond...



Aiskrim ni datang dengan dua saiz, satu yang bersaiz besar dan yang lagi satu tu 2pcs yang bersaiz kecil...harga dia sama je RM7.50 setiap satu...Sally saje ambik yang kecik sebab senang nak makan dan senang nak pegang...hahahaha...

Kalau korang ada lalu kat restoran ni atau nak cuba rasa...korang boleh contact nombor kat bawah ni okay?

Sherry : 016-225 4562
Chef Yus : 016-202 2747
Facebook : Maison Du Macaron

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!