Sekitar majlis Meet & Greet Session with Azrel Ismail

3:59:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Fuhhh! Lama betul nak sampai mood untuk update pasal event yang satu ni...hahahaha...okay, ni merupakan kali pertama Sally hadiri Meet & Greet Session dengan artis Malaysia...Kalau sebelum ni banyak jumpa di event yang tertentu sahaja...Maksudnya tiada yang spesifik untuk satu-satu artis tu...
 
Seperti yang Sally update dalam entry [Live Update] Meet & Greet Session with Azrel Ismail, majlis ni berlangsung di restoran Peter & Mawar di Nexis Kota Damansara...Majlis berlangsung tepat pukul 3 petang...antara blogger yang hadir ialah kak +Farah Waheda Wahid , +Aqilah Azmi , kak +Anil Wanina , +Mama Darwiish , Aisyah Azizon & DikBee.

Basically majlis ni diadakan untuk mendekatkan lagi Azrel Ismail dengan kelab peminat beliau...biasa laa...artis...kalau takde sokongan daripada peminat mereka, tak kemana pun kan...dan Sally serta rakan blogger yang lain hanya datang untuk memeriahkan majlis sambil daftar jadi ahli kelab peminat..LOL!


Sis Amilathon Bt Jamaluddin, Pengarah Operasi Global Solution Resources Sdn Bhd & Azrel Ismail

So, this is our Azrel Ismail...Orangnya mmg tinggi...Sally rasa first time nampak dia di TV masa dia jd jurucakap untuk Shell...hahahaha...actually Sally perasan dia sebab muka dia iras dengan muka crush Sally..hahahaha...haiya! Ada pulak manusia yang iras melampau macam tuuu..

Lepas sesi kenal-kenal, dapat makan dulu...hihihi...Sally ingat makanan kat sini sama je macam kat kedai-kedai yang lain...but Allahu, makanan dia sedap gilaaa...yang paling best dia punya Creme Brulee...Sally siap berebut dengan Azrel makan...kahkah...eh, takpe ke panggil dia Azrel je? Mihmih...tak kisah laaa!

*Makanan nanti kita cerita entry lain*



Ada persembahan daripada Hady Rahim & Izzmad Harun...Dorang berdua ni sangat talented okay...Rasanya tak lama lagi sure dorang akan lebih terkenal dalam dunia nyanyian di Malaysia, keep it up bro!

Ada banyak aktiviti dengan Azrel hari tuu...ada aktiviti soal jawab, lucky draw...yang paling best sekali aktiviti selfie berkumpulan...Nak kena jadi yang paling kreatif baru boleh menang...Hahahaha...Sally teringatkan selfie gaya +uncle gedek yang tak boleh senyum...dan dapat la tempat kedua...hahahaha...Bolehlahh daripada takde kan...




Sally suka perwatakkan Azrel...dia tak kekok dengan peminat dia...Walaupun sedang meningkat naik...tapi masih lagi ada sifat rendah diri...So, keep it up bro! Hopefully you'll get far in this arena! :) 

Walaupun Sally bukanlah peminat dia...tapi Sally dapat rasakan kegembiraan para peminat beliau yang hadir...Ada yang malu-malu...ada yang very outspoken...dan macam-macam lagi laaa...hahahaha...Sally harap dorang ni akan kekal menyokong Azrel sampai bila-bila...tanpa peminat, artis bukanlah sesiapa...So, stay there guys and keep supporting!


Btw, tahniah kak +Farah Waheda Wahid sebab dapat pass untuk makan malam dengan Azrel Ismail...hahahaha...malam new year dia pi candle light dinner pulak...I is jeles okay...kahkah...nasib la bukan Taufik Batisah sebelah tuuu...kalau Taufik, matilanak! muahahahaha...


Sempat jugak la bergambar dengan Azrel Ismail & Izzmad Harun



Okay, akhir kata...#SeketulSally tepek la gambar dengan star of the day, Azrel Ismail...Jangan jeles okay...hahahaha...btw, in 2016 there will be more and more drama that will featured him...so, please stay tuned and keep supporting our local stars!

Special thanks to GSR Production, Azrel Ismail, Peter & Mawar restaurant for having us in the event..It was superb and I'm proud to be part of the event!

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Review] Oral-B 3D WHITE Whitestrips

11:14:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments



Korang ada masalah gigi kuning tak? Sebagai peminat kopi dan teh, gigi yang kuning dan kusam sebenarnya merupakan masalah kepada penampilan diri...Kadang tu rasa macam agak segan nak senyum takut orang nampak yang gigi kita tak putih bersih...

Kadang tuu gigi kuning bukan sebab kita tak jaga atau tidak memberus gigi...tapi lebih kepada makanan dan minuman yang kita ambil dan ada beberapa sebab lagi seperti genetik/usia, pemilihan ubat dan juga mereka yang merokok...errr...kalau vape tu Sally tak tau laa..hihihi

Ada macam-macam cara kita nak dapatkan balik gigi yang putih...ada yang buat ‘bleaching’ iaitu sejenis teknik menggunakan laser ataupun ‘teeth crown’..tapi harini Sally nak share dengan korang satu produk...Produk ni bukan Sally dibayar untuk tulis tau tapi mmg pengalaman Sally sendiri...

Oral-B 3D WHITE White-strips


Haaa! ni Oral-B 3D WHITE Whitestrips...Diformulasikan untuk menghilangkan kesan kuning yang hampir 10 tahun dalam masa 14 hari...Teruja tak? Sally mmg excited nak guna produk ni...Teringin nak balik gigi yang putih macam zaman dulu...huhu...dan yang paling best, kesan dia boleh tahan sampai 6 bulan!

Cara nak gunakan Oral-B 3D WHITE Whitestrips :


Antara kelebihan menggunakan Oral-B 3D WHITE Whitestrips
  • Kita boleh nampak kesan dia seawal 7 hari, tapi lagi baik kalau guna 14 hari.
  • Menanggalkan kesan akibat minum kopi, wine, dan kesan sebab merokok
  • Sangat mudah digunakan, sangat efektif
  • Lebih murah untuk mendapatkan gigi putih bersih

Sally tak malu dah nak letak gambar...dulu sampai macam tuu sekali kuning dia...sendiri tgk pun naik segan jadinyaa...Alhamdulillah sekarang ni dah okay...dah putihhh!! Errr...cuma lemak bawah dagu tu je tak boleh nak buang lagi...hikhik...

Kalau korang nak cuba Oral-B 3D WHITE Whitestrips ni...Korang kena jumpa dengan dentist atau pergi kemana-mana klinik yang berdaftar untuk jual benda ni sebabnya Oral-B 3D WHITE Whitestrips ni tidak ada dijual dimana-mana farmasi kecuali di klinik gigi sahaja...Harga dia pun masih menjadi misteri sampai la korang jumpa dengan doktor gigi..hihi...

FACEBOOK : Oral-B Malaysia
Here’s the link to check the participating dental clinics : http://spr.ly/6182BTPug

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!