Mimpi semalam, gembira & sedih dalam satu masa.

4:55:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Setiap malam bila kita tidur, kadang-kadang kita akan bermimpi...kadang mimpi tuu ada yang panggil deja-vu...Harini mimpikan benda yang akan jadi 2-3 tahun atau mungkin benda tu kita mimpi awal daripada yang sepatutnya....Mimpi, semuanya mainan tidur sahaja...

Kadang tuu ada mimpi yang kita harap jadi kenyataan kan...

Semalam Sally sampai lewat...Walaupun daripada Ipoh ke Kuala Lumpur sebenarnya bukanlah jauh sangat, tapi mungkin sebab aktiviti sepanjang perjalanan tu yang membuatkan badan penat dan otak bercelaru agaknya...

9 Disember 2008

Dah 7 tahun berlalu...tapi macam baru je rasanya arwah papa tinggalkan kami...kadang tu bila teringat...sedih tu mmg sedih...Tahun ni Sally agak busy, minggu lepas Sally langsung tak teringat yang dah 7 tahun...dan semalam setelah sekian lama Sally mimpi arwah papa...hmmm...entah nak cakap sedih pun ye...huhu...mungkin sebab terlalu rindukan papa kot agaknya ye...Kalau papa ada, esok hari jadi dia...hmm

Semalam, Sally nampak papa nikahkan Sally...Jangan tanya muka my-so-called-future-husband tuu...Mmg takkan nampak la kan...sebab dia menghadap papa dan Sally boleh nampak muka papa...you know what I meant kan? Sally pandang muka papa...raut wajah dia tenang je...takde pun riak gembira atau apa..tapi Sally nampak airmata dia jatuh masa dah selesai akad tu...He was crying...Lepas saksi kata "sah"...

Sally tak tau nak definasikan apa...I was hoping that my father will do the "akad" with my-so-called-future-husband in the future...but...hmmm...I should faced the reality that he was no longer here...It was a happy dream but at the same time the saddest dream in my life...because the dream will remain as a dream....

Al-Fatihah for Samsaiman B. Mohd Said


8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kaki Selfie! Jom join Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

10:58:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Sapa yang suka selfie?

Haaa! Ni Sally nak share dengan korang pasal Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 yang dianjurkan oleh Indah Water Konsortium atau IWK...Apa yang korang tahu pasal IWK? Kalau ditanya pada Sally...Sally tentunya teringat tentang sistem pembentungan di negara kita...

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) merupakan sebuah syarikat hak milik kerajaan yang menguruskan sistem pembetungan di Malaysia dan demi mendekatkan diri dengan pengguna dan pelanggan mereka, IWK sekarang sedang menjalankan satu peraduan...iaitu Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 yang bertemakan "IWK & I"...


Cara nak join contest ni pun mudah sangat, korang hanya perlu bergambar dengan IWK, tak kisah la korang nak selfie mahupun wefie ke di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas....asalkan kena menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Tempoh Peraduan
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Minggu 1 : 1 – 7 Disember 2015
Minggu 2 : 8 – 14 Disember 2015
Minggu 3 : 15 – 21 Disember 2015
Minggu 4 : 22 – 28 Disember 2015

Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pemenang mingguan akan dipilih pada setiap minggu dan akan ada seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan yang mana akan berentap untuk dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’

Cara Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui email [iwkcontest@gmail.com] dan sertakan bersama (Nama, Nombor Telefon, Alamat. Lokasi gambar, Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil)

Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera 

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, korang boleh berhubung dengan IWK..Email sahaja kepada email [iwkcontest@gmail.com] dan untuk maklumat lanjut tentang peraduan boleh dilayari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium

Selamat ber'selfie' dan ber'wefie'!

#iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!